9 Okt 2015

9 October 2015




Hye fellas! Ok assalamualaikum. Haha. Hye hye ape kan. Bosan sangat, tak tahu nak buat mende. Dear diary, hilangkan kebosananku ini. Haha. K entah pape.

So hye, it's been a while I guess. Been busy lately, sejak ayah aku buka kedai malam, and I'm one of his worker so memang busy melampau. Everyday kerja dari pukul 9p.m till 3a.m. Gila tak penat? Haha. Kalau dulu selalu complain takleh tido sebab insomnia, sekarang hah ambik kau keje sampai 3 pagi.

Tapi takpelah. Apa salahnya kan, daripada duduk saje kat rumah baik jugak tolong ayah aku dekat kedai. Ok ape. Kedai siap ada karaoke, layan je lagu. Walaupun setengah menyakitkan jiwa aku dengar orang menyanyi. Haha

Oh ya, yesterday was my father's birthday. Happy birthday ayah! Yang ke 46 dah. Semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki ayah, diberi kesihatan dan kegembiraan dunia akhirat, semoga hidup diberkati Allah sentiasa. I love you, more than I ever told you ❤






This picture was taken this evening. Plan nak ke Kuala Perlis lepak tepi pantai and pergi rumah Wanie. Tapi cancelled last minute sebab Wanie takdak kat rumah. Last last kona pi Aloq Setaq pi cari KFC dengan Dominos. Haha jadi la, janji boleh makan sekali. Gambaq pun ada hat ni ja sebab takdan dah nak ambik gambaq kebuloq tahap apa lagi tadi.

Okay enough for that one. Sekarang ni cerita dia aku bosan tak tahu nak buat apa sebab selalu time camni dok sibuk serve orang dekat kedai sambil lentok dengar lagu orang karaoke yang entah pape jeritjerit. So gatal pergi godek pulak post lama lama. Haha.

Teruk jugak aku meroyan eh. Broken heart betul. Haha. Aku godek tu pun sebab semalam termimpi hamba Allah sorang tu. Dah lama tak pikir sebab busy tetiba mimpi so teringat pulak dah. Haha takpe. Allah nak uji je tu kuat ke tak gigih nak move on tu.

Tapi bila godek balik post ni baru la macam tersedar sikit. Haih ape ke teruk sangat. Haha. Nak padam. Taknak padam. Takyah la, buat modal nak gelakkan diri sendiri masa tua nanti boleh kot. Haha.

Ok gelak gelak je padahal tak gelak. Alhamdulillah kali ni aku rasa aku makin ok. Pelan pelan aku mampu buang dah. Eleh dari dulu pun kata gitu, end up meroyan jugak kan? Kk tak kali ni In Sha Allah aku serius. Aku dah taknak pandang dah, even umpan dengan aiskrim walls banana smoothie yang sedap nak mati tu pun, aku tak pandang dah, ok tipu mungkin aku jeling sikit tengok aiskrim tu.

Kadang rasa nak gelakkan diri sendiri pun ada. Bila lah nak matang? Haha. Entahlah. Mungkin ni a part of growing up kan? You get hurt, but you grow stronger. You lost, then you could learn. Ini process membesar. In Sha Allah, berguna. Penciptaan Tuhan itu tak ada yang sia sia. Kan? ^_^

Tipu la kalau boleh terus lupa. Tak. Tapi step by step aku ambil langkah tu. Dulu mungkin aku tak berjaya sebab aku sebenarnya taknak move on. Degil nak harap kunun puih. Haha. But this time, hati aku sendiri yang pilih untuk give up. So it's been a while and aku rasa aku boleh dah lupa. Tapi tetiba termimpi tu yang ingat tu. Haha adehh spoil la elok je aku dah tak ingat tetiba mimpi pulak.

Takpe takpe. Tak marah pun mimpi tu. Sekali sekala tahu he's fine dalam mimpi pon ok la tu. Haha.

So aku busy dengan life aku. And In Sha Allah will be graduating soon, I mean the convocation lah. Plan next week meeting up with my girls nak pergi ambik transkrip diploma and spend dua tiga hari dekat Tanjung Malim lepas rindu.

And aku dalam process applying for my degree. Alhamdulillah, result MUET keluar and aku dapat band 4. Well agak terkejut actually tak sangka dapat jugak sebab pikir balik entah pape aku meraban aku tulis. Tapi mungkin ni peluang Allah nak tunjuk jalan dekat aku..sebelum ni aku confuse nak sambung ape and my parents had always wanted me to continue my journey in TESL so that I can be an English teacher. Awal ragu ragu but now, dah nampak jalan tu, in Sha Allah aku akan ikut apa yang mak ayah aku impikan selama ni.

So, ok lah itu je setakat ni. Ok bye diary


Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,