Home About Facebook Twitter Ask.fm Kawan.r

16 Apr 2017

15 APRIL 2017



Sekali lagi, lama tak jumpa hang wahai blog haha. Setiap kali aku bukak blog ni ja au ulang ayat yang sama. Sebab memang dah kenyataan aku dah lama tak bukak blog ni. Busy oi. 

La ni dah minggu ke 6 lecture, and we got 2 more weeks before midsem break. Ya Tuhan aku rasa masa macam lama sangat berlalu. Kenapa lambat sangat entah aku dok pikir nak balik ja la ni dah dua bulan kot tak balik. Dok sini lama lama bosan aku dok ulang benda yang sama. Dengan banyak kerja nya aduhai. Aku tak tau kenapa sem ni aku macam malas betul. Demotivated sangat pergi kelas pun. Dulu tiap kelas ada notes la aku dok salin la ni dengan notes bercampur, fail yang selalunya aku buat untuk setiap subjek pun dak, pen pun langsung aku tak rasa nak beli baru. Entahlah. Takut tu ya takut subjek banyak yang tough jugak eventhough sem ni ada 3 subjek ja yang ada final. Jasmin pemalas! Itu ja sebabnya ni memang susah nak ubat dah penyakit malas. 

Biarlah tu. Aku sebenarnya terpikir, kenapa kita mimpi orang? Haha. Orang kata kalau kita mimpi orang maknanya orang tu ingat kita, or actually kita yang ingat dia. Gosh. Dulu selalu kalau aku tak contact dengan orang lama gila, pahtu tiba tiba aku mimpi orang tu mesti esoknya papp muncul secara tiba tiba. Semalam pun macam tu. Ya tuhan terkejut bangun tido baru dok pelik dalam mimpi sebab tiba tiba jumpa orang yang dah lama tak bertegur, terjaga cek phone tengok tengok ada mesej hahaha. Petanda apakah? Banyak kali jugak jadi macam tu, so aku akan anggap yang ok itu satu petanda ada orang nak tegur haha. Tapi kadang kadang ja la jadi macam tu bukan selalu. Kalau selalu memang dah jadi ahli nujum dah.

Tapi aku selalu takut kalau mimpi gigi patah. Banyak kali jugak tiap kali aku mimpi gigi tercabut ka gigi patah ka, esoknya mesti ada berita orang meninggal. Ingat lagi aku pernah mimpi geraham aku tercabut, memang terasa betul betul dalam mimpi tu, dok esok nya mak aku bagitau Cik Aju dah takdak. Cik Aju tu kawan mak dengan ayah aku and he was so close to us, dah macam pakcik sendiri rapatnya. Banyak tolong family kami, so masa dia takdak tu memang terasa sangat sangat. Sekali lagi mimpi gigi aku tercabut semua and then esoknya mak aku bagitau yang paklong aku takdak. So bila aku mimpi patah gigi ka apa mesti aku dah tak sedap hati, takut. Nauzubillahiminzalik lah kan, mintak jauh benda benda tak elok.

Dulu pun banyak kali aku mimpi roh naik ke langit. Mimpi tu memang rasa aku tengah tidur and roh aku pelan pelan naik tinggi and tinggi ke langit. Memang rasa real sangat sangat sampai dalam mimpi tu aku dok ulang tanya, aku dah mati ka. And then aku akan cakap, ini mimpi ni cepat bangun cepat bangun. Sampai la aku terjaga. Dulu seram jugak, ya lah mana tau dah sampai ajal kan takut mimpi macam tu. La ni alhamdulillah dah lama tak dapat mimpi macam tu. Dulu tiap kali mimpi roh naik langit tu mesti tiap kali jugak aku akan marah diri sendiri untuk bangun cakap aku tengah mimpi, sebab aku takut huhu.

So yeah, that's about it. Aku tengah bosan aduhai sebab dok buat report and I just don't know what else to write in my report so I end up writing here instead hahaha. That's it. No more idea what to write. Bye. See you when I see you. By the way, tak sabar nak raya !



Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,