Home About Facebook Twitter Ask.fm Kawan.r

29 Mac 2013

Together Gather


Hai alls :) Jangan lupa jawab salam dulu sebab benda baik tu kan ^^, Haha. Memalam ni saja nak merajinkan diri hapdet blog ni. Walaupun sebenarnya takdak benda menarik nak share dalam ni tapi hupdate je lah kan benda yang seadanya. Ya hidup itu sederhana, bila gatal garu. Heh xD

Petang tadi aku hangout dengan sepupu sepapat aku. Along, Angah, Jihah, aku dan tak lupa Adik Layen. Hoho comel je nickname budak kecik tu. Elok-elok sedap-sedap mak dia letak nama Rayyan kami panggil dia Layen ja haha. Memang penat gila lah hari ni ikut kaki-kaki shopping bershopping -_-

Maklomlah aku ni bukan lah kaki shopping sangat. So bila sekali sekala berjalan banyak ni letih lah. Nak-nak lagi melibatkan aktiviti yang membakar lemak degil dalam badan. Heh lagi la aku malas tapi disebabkan excited orang ajak gi so aku pon oke no hal lah hoho xD

Punya semangat ingat sepupu aku si Epon tu ikut. Ingat nak pau duit dia lah. Memandai janji nak bagi hadiah kat aku kalau dapat result elok. Bila dah dapat aceceh tetiba nyanyuk. Haha suwey ja mamat ni nak cari pasal ngan aku. 

Tapi tak kesah sangatlah, lagipon best ja hari ni jadi pengasuh -.- Dengan aktifnya si Layen bergerak sana sini so memang pening habes lah aku ngan Jihah mak menakan dia ni. Mak dengan ibu dia best ja shopping haha :3

Balik rumah, terus mak ajak kuar gi ekspo niaga kat K.Nerang. Memang jem kaki aku malam ni. So jangan kata pa kalau sampai la aku tak tido sebab lenguh kaki haha xD

Tapi yang superb mantop bila gi ekspo niaga ni, ceh baju murah murah do ! Walaupun memanglah takdak brand tapi alah asal boleh pakai cantik elok kesah apa kan? Jersey pon RM 10 je, hoho sebelom ni memang tak pernah belilah jersey tapi kali ni memang aku bantai jugak. Siap kaler pink lagi haha :3

Heran jugak sejak bila fanatik pink kan padahal dulu, huh tak leh belah la kalau tengok kaler pink. Nyampah siot sebab rasa jambu ayu ja tapi la ni, haih -.-

Apapon best ! Walaupun malam ni penuh siksanya aku nak tido sebab lenguh kaki tapi apa ada hal. Buat bodoh je. Nanti lenguh tu dah penat dia stop lah kan. hoho xD

Okelah goodnight ! ^^, Baca doa tido dulu nak tido tu jangan main bedal je :D

Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

27 Mac 2013

Terima Kasih Arigato Thank You Syukran



Ya Allah boleh jugak! Haisy penat do aku nak ngadap perangai benda alah si internet ni. Like seriously aku tak tau sebab pe lah lambat cam siput sedut sangat. Aku ingat memang peluang untuk aku hapdet blog ni memang dah takde sebab tak lepas tahap kritikal dah. Ada lagi rupanya :'3

Sorry tetiba membebel tapi, tak kesah sangat sebab aku paham takde orang baca. Yes aku paham. Sadis pulak rasa hoho -.-"

Tadi baca paper hari ni. Main issue, tentulah yang kes kat Lahad Datu sekarang ni kan. Takkan pulak tetiba dan tak semena wartawan nak tulis pasal aku -.- Pastu, aku kan masa baca paper hari ni tu kan, suddenly out of blue tetiba aku rasa nak teriyak. Tssk :/ Series sedih bila baca berita pasal wira-wira negara kita kat sana. Pastu dalam paper hari ni ada yang dorang terbitkan surat "Satria Lahad Datu" tu kan. Series talk, jatuh air mata aku. Sebak :/


Warkah Satria Lahad Datu

* Wahai isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan, jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna

* Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada di saat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah

* Wahai mak dan abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak dan abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna kepada negara

* Wahai ibu dan ayah mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu dan ayah menjadi balu sebelum usia

* Oh Malaysiaku! Maafkan aku andai aku gugur di medan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya


Bila aku baca kan, series aku tak tipu, aku nangis! Rasa sebak sangat baca, padahal aku ni bukanlah jenis yang cepat feeling sangat ( kot -.-') Tambah lagi baru ni, sepupu aku sendiri as pasukan Maritim kena lapor ke Kota Kinabalu. Walaupun bukan di Lahad Datu, tapi kat sana pon baru-baru ni kena serang kot.

Ape pon, just mampu doa yang terbaik untuk para pejuang kita, dan doa yang terbaik untuk negara kita sendiri ni, Malaysia. Doa banyak-banyak bagi negara kita ni sentiasa aman dan makmur. Doa bagi kes di Lahad Datu tu settle nicely then doa bagi benda ni tak jadik dah lepas ni :')

Kepada para pejuang negara, chaiyok ! Dan bagi keluarga wira negara yang telah kembali ke rahmatullah, be strong. Insya Allah, syahid fi sbilillah perjuangan mereka, kan :) Syahid itu ganjaran yang sangat besar, Masya Allah, besar ganjarannya :')
 
Oke then, maaf terfeeling pulak x) Terima Kasih Pahlawanku :')


Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

23 Mac 2013

Sinar Bersinar


Sebulan telah berlalu, diriku muncul kembali, dengan pelbagai kenangan. Tanpaku sedari ku petik keyboard ini, ku tulis pelbagai memori. Lalalalalalalalalalalalala~

Hohohoho hoi ! Hai ^^, atoto rindu gila nak menaip. Lama bebenor tak berhupdate blog aku ni. Usah kata bersawang, dah siap ada habitat semulajadi dah aku rasa. Hoho sebulan kot tak hupdate blog ni, so muka hairan tak diperlukan di sini okeng.

Title tak berkaitan sila maklum. Hah baru baru ni result SPM dah keluar. Setelah beberapa jangka masa dan saat menanti, akhirnya bersalin jugak SPM tu. So, amacam? 

Gang-gang satu batch gumbira ke berduka cita dengan result baru ni? Haa, aku tau  macam-macam ada lah kan. Buat yang cemerlang mantop tip top punya result, CONGRATES :)

Dan yang tak dapat seperti yang diharapkan, sabar oke ^^, Insya Allah ada jalan kejayaan lain buat korang. Aku pulak? Hoho, perlu ke nak gitau kat sini -.-

Tapi dah nama pon blog, tempat meluah perasaan dan cerita kan. So, oke aku tulis jugak lah kan. Result aku, sangat sangat sangat sangat sangat sangat dan sangat tak dijangka. Huhu, memang menangis meratap ratap lah aku hari tu. Siot tak sangka. Classmates aku semua terkejutlah. Dengan aku sekali terkejut.

Alhamdulillah, aku dapat capai keputusan yang mak dan ayah aku sampai menangis gembira dan bangga dengan aku. Bagi aku tu dah cukup buat aku rasa puas.

2A+ 5A 1A- 1B. Result yang sangat tak dijangka dan disangka oleh aku sendiri. Kawan aku Asma siap perli lagi. Selalu tido, main main masa study, buku tak baca pon boleh dapat gak, sungguh tak sangka.

Hadoi, apa nak dikata. ALhamdulillah je lah. Bagi aku apa yang aku capai kali ni, hanya rezeki aku. Allah banyak bantu aku. Walau hakikat dia macam yang Asma kata. Aku bukan pelajar yang obses dengan pelajaran. Aku hanya obses dengan lagu dan makanan. Ops :3

Ape pon aku sangat sangat bersyukur Alhamdulillah. Tanpa bantuan Dia, aku tau aku takkan capai semua ni. Tambah tambah kalau tengok usaha dan cara aku belajar lah kan >_<

Mak aku teriyak (nanges) dengan gumbira, dah buat aku puas. So misi lepas ni, capai cita-cita !
Hoho, dengan tadi silap isi maklumat dalam UPU, pastu dah takleh kemaskini. Dorang mintak IC mak ayah aku bubuh nama, apa la --' Malang betul, takleh nak kemaskini dah. tsskk tsskk :'(

SEMOGA SEMUA GET BETTER DAN BERJALAN LANCAR LEPAS NI. AMINN ^^,



Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,