23 Mac 2013

Sinar Bersinar


Sebulan telah berlalu, diriku muncul kembali, dengan pelbagai kenangan. Tanpaku sedari ku petik keyboard ini, ku tulis pelbagai memori. Lalalalalalalalalalalalala~

Hohohoho hoi ! Hai ^^, atoto rindu gila nak menaip. Lama bebenor tak berhupdate blog aku ni. Usah kata bersawang, dah siap ada habitat semulajadi dah aku rasa. Hoho sebulan kot tak hupdate blog ni, so muka hairan tak diperlukan di sini okeng.

Title tak berkaitan sila maklum. Hah baru baru ni result SPM dah keluar. Setelah beberapa jangka masa dan saat menanti, akhirnya bersalin jugak SPM tu. So, amacam? 

Gang-gang satu batch gumbira ke berduka cita dengan result baru ni? Haa, aku tau  macam-macam ada lah kan. Buat yang cemerlang mantop tip top punya result, CONGRATES :)

Dan yang tak dapat seperti yang diharapkan, sabar oke ^^, Insya Allah ada jalan kejayaan lain buat korang. Aku pulak? Hoho, perlu ke nak gitau kat sini -.-

Tapi dah nama pon blog, tempat meluah perasaan dan cerita kan. So, oke aku tulis jugak lah kan. Result aku, sangat sangat sangat sangat sangat sangat dan sangat tak dijangka. Huhu, memang menangis meratap ratap lah aku hari tu. Siot tak sangka. Classmates aku semua terkejutlah. Dengan aku sekali terkejut.

Alhamdulillah, aku dapat capai keputusan yang mak dan ayah aku sampai menangis gembira dan bangga dengan aku. Bagi aku tu dah cukup buat aku rasa puas.

2A+ 5A 1A- 1B. Result yang sangat tak dijangka dan disangka oleh aku sendiri. Kawan aku Asma siap perli lagi. Selalu tido, main main masa study, buku tak baca pon boleh dapat gak, sungguh tak sangka.

Hadoi, apa nak dikata. ALhamdulillah je lah. Bagi aku apa yang aku capai kali ni, hanya rezeki aku. Allah banyak bantu aku. Walau hakikat dia macam yang Asma kata. Aku bukan pelajar yang obses dengan pelajaran. Aku hanya obses dengan lagu dan makanan. Ops :3

Ape pon aku sangat sangat bersyukur Alhamdulillah. Tanpa bantuan Dia, aku tau aku takkan capai semua ni. Tambah tambah kalau tengok usaha dan cara aku belajar lah kan >_<

Mak aku teriyak (nanges) dengan gumbira, dah buat aku puas. So misi lepas ni, capai cita-cita !
Hoho, dengan tadi silap isi maklumat dalam UPU, pastu dah takleh kemaskini. Dorang mintak IC mak ayah aku bubuh nama, apa la --' Malang betul, takleh nak kemaskini dah. tsskk tsskk :'(

SEMOGA SEMUA GET BETTER DAN BERJALAN LANCAR LEPAS NI. AMINN ^^,



Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)