Home About Facebook Twitter Ask.fm Kawan.r

27 Dis 2015

27 Disember 2015




Hello. Diary. Cewah. Haha. Kunun je update kat diary, padahal updatenya malas. Maklumlah busy bekerjaya hehe.

Well ni garagara balik keja penat sangat mengantuk tapi degil lagi taknak tidur. Saje. Melayan perasaan tak habishabis. Jiwa kacau betul jasmin. Haha.

Weh aku dok debor nunggu result nya. Entah dapat ke tak aku pergi interview. Jujur la aku langsung tak konfiden. Sebab aku rasa macam entah apa yang aku jawab masa iv tu. Macam hancus. Entahlah. Harap yang terbaik je.

Well, that day was kinda a bad day for me. But! Aku tak tahu la hari yang teruk plus happy rasanya kot. Unplanned. Tetiba kona gi ipoh. Pegi jumpa si naga itu. Haha. Dulu cengkerik sekarang aku panggil naga. Biarlah. Haha.

Well, it was unexpected. Tak pernah terpikir pun he would meet my parents. Maybe it was nothing. Tapi entahlah, it means something for me. Sorry for that. And thank you lah, sebab usaha nak jumpa my parents. Maybe it was for nothing. Sesaje jumpa but, I appreciated that.

I don't know what's actually happening between us. Kadang macam huhahuha baik kamcing. Kadang awkward. Haha entahlah. I don't know dah apa yang aku sebenarnya rasa sekarang. Aku tertanya jugak, sebenarnya aku ni masih sayang ataupun just sekadar terikat dengan kenangan yang aku teringat lagi. Aku pun tak tahu.

Tapi sebetulnya, rasa cemburu tu masih ada. And kadangkadang sentap sendiri. Aku pun tak tau kenapa. Tak sepatutnya aku rasa pape kan. I am stuck between holding on, try harder or just give up on everything. Sebab kadang macam terpikir, aku dok tunggu ni macam ada menghala ke mana mana ke. Or semua akan siasia at the end.

I know it takes time. Nak memaksa memang taklah. Kalau dia cari aku, haa ok lah. Kalau tak aku nak buat macamana. Tapi tipulah kalau tak terasa. Kadang rasa macam, I am just an option bila dia bosan takde benda lain dah nak buat. Just that. Maybe tak macam tu and it's just me who overthink but, can't help but thinking like that. Untuk aku pulak nak cari dia. Aku tahan diri aku jelah. I do care a lot. Even aku busy, penat. Aku macam masih nak cari masa untuk dia. Tapi, bila aku tengok yang most of time he never done that to me so aku macam, ok lah ignore jelah. Kalau dia cari aku ok la respond, kalau tak pasrah jelah.

Expectation really kills me homaiGod. Tak suka betul rasa mengharap. Menanti menunggu mimpi yang  pasti di hatimuu dihatimuu lagu apa ni tak ingat tajuk. Kadang macam nak cakap weii aku rindu kau tak nampak ke. Haha. But then, hah nevermind lah kau tak ingat aku, aku pun taknak ingat kau padan muka wek. Haha gila jasmin 

Satu lagi, aku selalu rasa macam kadang dia sebenarnya lebih kepada nak menjaga hati and simpati dekat aku. Ok ini tak suka rasa macam ni. Selalu rasa macam, dia ni cari aku terpaksa ke nak jaga hati aku ke. Ni yang buat aku overthink lagi ni. Pahtu sedih sensorang pahtu gila. Haha. Ish. Malas pikir. Malas. Malas. Malas.

Takpalah. Buat masa sekarang, aku tunggu jelah. Nak nyanyikan lagu you belong with me kang rasa terhegeh pulak over confident je kata you belong with me haha. All this time how could you not know, standing by and waiting at your back door. Ok dah.

Nak share satu lagu. Sebab best. And some lyrics make me want to sing my heart out






Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

8 Dis 2015

8 Disember 2015




Hello jawab salam dulu. Dah? Ok. Hai. Haha. Lamanyaaaa tak bukak blog ni. Tak tipu je, selalu bukak baca postpost yang ada. Yang lama tu bab update. Lama betul tak update.

Ok so how's life? Okay. Just okay. Haha. Oh yaa, I've officially graduated from UPSI. My convocation was on 25 November. And it was great! Finally I managed to get on the big stage. And to see those proud smiles on my parents' faces, that was priceless. Alhamdulillah. Wait let me 'payung' some pictures. Nak jugak kunun hipster payung bagai ceh nyampah. Haha. Jap jap nak upload

Yuhuu I dah graduate. Ok topi pinjam haha






















Haa kemain excited. But the saddest part was didn't get chance to take photo of us five. Huaaa. Dua tahun bersama kot janji nak photoshoot konvo sesama dengan Bella Yana Mari Wani. Last last kelam kabut jumpa pun tak. Sempat dengan Yana Bella tapi gamba tu takde dalam phone dah padam :'( And dengan Wani pun ambik masa nak hanta jubah. Mariana langsung takde gamba sekali. Sedih pilu.

Tapi takpelah. We made it, right? Congratulations to all. Hehe. Lepas ni inshaAllah degree pulak. K nervous nak tengok dapat ke tak panggilan iv medsi uitm esok lusa ni. Huh. I applied for TESL and it's freaking scary. Haha.

Well malas nak cita bebanyak. Ni dah pukul 4 pagi. And I'm awake, still not asleep actually baru balik keje. And I am so happy as I'm using this burung hantu internet that's why I can update this blog meh. Haha.

Ok. Actually tetiba teringat yang last november masa pegi ambik jubah, aku pegi Ipoh dulu stay rumah Yana. And unexpectedly, I met him. Well, sudden plan. Tetiba hah jumpa. After a year, nearly two years. It was awkward so I didnt speak much, sorry. But then, haih. I don't know.

I didn't expect for us to meet again. When I was so sure yang aku dah move on dengan jaya dan penuh jitu, Tuhan jumpa kan aku semula dengan dia. Always like that. I thought I was okay already so I agreed to meet, believing that I moved on so no problem lah. Gitu punya konfiden. But then, it becomes complicated again huaaaa nak nangis. K tak tipu je tetiba nak nangis drama betul. Haha.

Tapi tu lah. Haih. Mengeluh. Mengeluh. I want to express feelings here, but then I don't know how to describe it. Betullah orang kata, pendam semua tu lagi senang dari nak explain apa sebenarnya dalam kepala hotak ni.

We got close again. To be frank, I was so afraid. Aku takut dengan diri aku sendiri. Because of that feelings of course. Aku dah kata yang aku tahu aku ni tengah main dengan api. Bahaya. Nanti yang luka yang sakitnya aku jugak. Aku sedar benda tu. Tapi, entahlah.

I don't know why it's so hard to give up on him. To let him go. To forget him. To feel nothing anymore. I started to have hope again. Nahh ini masalahnya yang aku takut ni. Because I start to have expectation. And you know how expectation could kill you.

Eventhough it's so unclear of where it's heading to but, I notice that I slowly started to try again. And again. Hard isn't it? Would you be worth it? I don't know. But why does it seems like I'm going to take that risk again, to try again?

Now I feel like crying. I am so afraid of burning myself, since I'm playing with fire. I wish I could tell you how I feel but then, it will burden you and maybe we won't talk to each other anymore.

I was happy again since that meeting. Thank you for that. We talk again. We laugh. We become friend. But you know it's hard for me, because of this unchange feelings. I just want to be there, even just as your friend. That's what I've been thinking of. Stupid? Yaaa I feel kinda stupid. Dah lama sedar bodoh tu haha.

Hmm. Entahlah. Things getting awkward again lately and it saddens me. Sorry. Sometimes I don't know how to react, how to talk to you in a way that can make you happy. Entahlah. Bila awkward rasa macam, sedih. Aku kalau boleh macam nak borak happy happy gelak itu ini, bertegur pun tak awkward boleh selamba semua. Kadang okay but kadang kadang it's too awkward and it kills me inside. I hate feeling awkward, I hate feeling like not happy talking to each other. Entah. Rasa macam orang asing yang baru kenal sehari. Tak suka perasaan tu sebab rasa macam haihhhh entah benci la nak describe ni. Hmm

K malas dah. Baik tidur. K.k. 





Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

9 Okt 2015

9 October 2015




Hye fellas! Ok assalamualaikum. Haha. Hye hye ape kan. Bosan sangat, tak tahu nak buat mende. Dear diary, hilangkan kebosananku ini. Haha. K entah pape.

So hye, it's been a while I guess. Been busy lately, sejak ayah aku buka kedai malam, and I'm one of his worker so memang busy melampau. Everyday kerja dari pukul 9p.m till 3a.m. Gila tak penat? Haha. Kalau dulu selalu complain takleh tido sebab insomnia, sekarang hah ambik kau keje sampai 3 pagi.

Tapi takpelah. Apa salahnya kan, daripada duduk saje kat rumah baik jugak tolong ayah aku dekat kedai. Ok ape. Kedai siap ada karaoke, layan je lagu. Walaupun setengah menyakitkan jiwa aku dengar orang menyanyi. Haha

Oh ya, yesterday was my father's birthday. Happy birthday ayah! Yang ke 46 dah. Semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki ayah, diberi kesihatan dan kegembiraan dunia akhirat, semoga hidup diberkati Allah sentiasa. I love you, more than I ever told you ❤






This picture was taken this evening. Plan nak ke Kuala Perlis lepak tepi pantai and pergi rumah Wanie. Tapi cancelled last minute sebab Wanie takdak kat rumah. Last last kona pi Aloq Setaq pi cari KFC dengan Dominos. Haha jadi la, janji boleh makan sekali. Gambaq pun ada hat ni ja sebab takdan dah nak ambik gambaq kebuloq tahap apa lagi tadi.

Okay enough for that one. Sekarang ni cerita dia aku bosan tak tahu nak buat apa sebab selalu time camni dok sibuk serve orang dekat kedai sambil lentok dengar lagu orang karaoke yang entah pape jeritjerit. So gatal pergi godek pulak post lama lama. Haha.

Teruk jugak aku meroyan eh. Broken heart betul. Haha. Aku godek tu pun sebab semalam termimpi hamba Allah sorang tu. Dah lama tak pikir sebab busy tetiba mimpi so teringat pulak dah. Haha takpe. Allah nak uji je tu kuat ke tak gigih nak move on tu.

Tapi bila godek balik post ni baru la macam tersedar sikit. Haih ape ke teruk sangat. Haha. Nak padam. Taknak padam. Takyah la, buat modal nak gelakkan diri sendiri masa tua nanti boleh kot. Haha.

Ok gelak gelak je padahal tak gelak. Alhamdulillah kali ni aku rasa aku makin ok. Pelan pelan aku mampu buang dah. Eleh dari dulu pun kata gitu, end up meroyan jugak kan? Kk tak kali ni In Sha Allah aku serius. Aku dah taknak pandang dah, even umpan dengan aiskrim walls banana smoothie yang sedap nak mati tu pun, aku tak pandang dah, ok tipu mungkin aku jeling sikit tengok aiskrim tu.

Kadang rasa nak gelakkan diri sendiri pun ada. Bila lah nak matang? Haha. Entahlah. Mungkin ni a part of growing up kan? You get hurt, but you grow stronger. You lost, then you could learn. Ini process membesar. In Sha Allah, berguna. Penciptaan Tuhan itu tak ada yang sia sia. Kan? ^_^

Tipu la kalau boleh terus lupa. Tak. Tapi step by step aku ambil langkah tu. Dulu mungkin aku tak berjaya sebab aku sebenarnya taknak move on. Degil nak harap kunun puih. Haha. But this time, hati aku sendiri yang pilih untuk give up. So it's been a while and aku rasa aku boleh dah lupa. Tapi tetiba termimpi tu yang ingat tu. Haha adehh spoil la elok je aku dah tak ingat tetiba mimpi pulak.

Takpe takpe. Tak marah pun mimpi tu. Sekali sekala tahu he's fine dalam mimpi pon ok la tu. Haha.

So aku busy dengan life aku. And In Sha Allah will be graduating soon, I mean the convocation lah. Plan next week meeting up with my girls nak pergi ambik transkrip diploma and spend dua tiga hari dekat Tanjung Malim lepas rindu.

And aku dalam process applying for my degree. Alhamdulillah, result MUET keluar and aku dapat band 4. Well agak terkejut actually tak sangka dapat jugak sebab pikir balik entah pape aku meraban aku tulis. Tapi mungkin ni peluang Allah nak tunjuk jalan dekat aku..sebelum ni aku confuse nak sambung ape and my parents had always wanted me to continue my journey in TESL so that I can be an English teacher. Awal ragu ragu but now, dah nampak jalan tu, in Sha Allah aku akan ikut apa yang mak ayah aku impikan selama ni.

So, ok lah itu je setakat ni. Ok bye diary


Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

17 Sep 2015

17 September 2015


Finally, I've made that decision. Berapa banyak kekuatan yang aku kumpul untuk tegur kau and ask for your help. Sebab aku dah tak nampak cara lain dah.

Sejujurnya, lepas aku cakap macamtu, terus datang rasa menyesal. Kau tanya aku, perlu ke sampai macamtu. Aku sendiri tak tahu. Tapi aku betul dah tak tahu cara apa lagi yang aku boleh buat untuk pelan pelan lepaskan semua ni.

Mungkin nampak remeh. Mungkin nampak macam 'perlu ke sampai macam tu'. And of course, nampak pathetic gila kan. Kalau boleh memang taknak tunjuk, macamana patheticnya aku struggle untuk lupakan satu demi satu. Tapi it's a fact. Memang aku dah sadis sangat dah, sadis nak belajar untuk get over you. Sebab dah setahun lebih aku tunggu kau, and the result is nothing. Sah sah dah situ pathetic nya aku.

Tapi aku sendiri tak tahu kenapa lepas je keputusan dibuat, terus datang rasa menyesal bertimpa. Kalau lah aku boleh tarik balik apa yang aku kata. Tapi. Benda dah jadi kan.

Aku rasa kau faham. Bukan sebab benci. Bukan sebab marah. Lagipun semua benda dah settle between us. Ok je sebenarnya. Tapi disebabkan perasaan aku yang still tak berubah ni, it's ruining everything. Sebab aku tak dapat nak paksa diri aku untuk berhenti berharap yang suatu hari nanti kau akan nampak aku dekat belakang kau. Kau dah jauh melangkah pergi depan, tapi aku, still berdiri dekat tempat yang lama, tunggu kau toleh untuk tengok aku semula. Yes, I'm still waiting. Tapi, sampai bila?

Kalau ikutkan, memang aku taknak give up. Aku taknak give up tunggu kau. Tapi macam yang aku kata, sampai bila? Sebab kemungkinan, kau takkan pernah perasan pon yang aku ni wujud. Even if kau perasan, bab hati perasaan, aku tahu mana boleh paksa. Sebab kalau boleh paksa, aku sendiri pon dah lama move on dan jatuh hati dengan orang lain.

Banyak sangat benda aku nak bagitahu kau. Dan banyak benda aku nak dengar kau bercerita. Mungkin kau tak pernah tahu, satu benda yang aku suka pasal kau is bila kau bercerita. Aku suka dengar entah apa kau membebel cerita itu ini, pasal hari kau teruk ke best, kau komplen itu ini. Cerita dengan sound effect lagi semangatnya. Semua tu, aku tak boleh nak buang. Kau pernah kata bercakap dengan aku kau rasa macam cakap dengan tunggul sebab aku asyik diam kau bercakap. Haha. Sebab aku suka dengar kau bercerita sebenarnya.

Kalau boleh, aku nak kau ingat aku as someone yang selalu ada, susah senang kau. Aku nak dengar semua cerita kau, kau sedih ke happy ke marah ke ape. Tapi semua tu, tinggi sangat harapan aku tu kan. Kalau lah kau tahu, how much I care about you. And how I've waited for you to realize that.

Tapi, aku boleh nampak yang memang takde ruang. Aku tahu, kau sendiri tengah kumpul kekuatan untuk bangun. Jadi takpelah, aku faham bukan mudah untuk kita nak lupa someone yang pernah ada. Dan bukan mudah nak buka hati kita untuk terima orang lain kan? Apa yang kau lalui, itu yang aku lalui. Kau dengan aku masingmasing tengah cuba untuk melupakan, melepaskan. Bezanya, kau belajar melepaskan dia. Dan aku belajar melepaskan kau 😪😖

Mungkin suatu hari nanti kita akan jumpa semula. Aku harap kita jumpa semula. Dan mungkin masa tu, kita masingmasing dah bahagia. Dan kita boleh bertukar cerita, masingmasing gelakkan ketidakmatangan kita. Kan?

Terima kasih sebab pernah ada. Aku rasa beruntung sangat sebab pernah kenal kau, pernah rapat dengan kau walaupun sekejap. Sebetulnya, aku rasa berat nak paksa diri aku untuk give up tunggu kau. Rasa sesal sebab aku dah tak kuat nak hold on lagi. Sebab aku tahu, kau, tak nampak aku ada. Kau tak faham yang perasaan aku masih sama. Jadinya, mungkin betul apa yang aku buat ni.

Memang ada rasa menyesal sebab mintak tolong kau buat macam tu. Sebab kalau tak buat macamtu, mungkin aku masih lagi akan try, akan tunggu. Tapi, mungkin ada sebabnya kenapa tibatiba aku buat keputusan macamtu.

Kau akan tetap dalam ingatan. Aku simpan kau. Aku akan selalu doakan kau. Moga kau jumpa bahagia tu. Aku harap kau jumpa orang yang mampu faham kau, mampu buat kau gembira, yang akan selalu dengan kau susah senang, yang akan selalu support kau, jadi kawan dan sahabat kau. Dan yang paling penting, dia takkan give up untuk kau.

Terima kasih.

P/s: Kadang aku harap sangat kau baca semua ni, sebab aku tahu aku takkan cakap benda ni dekat kau. Tapi, it doesn't matter to you, right? Nevermind, mungkin satu hari nanti kau akan baca 😊 Mungkin




Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

13 Sep 2015

Determination versus Desperation



Hello there, it's been a long time since I've wrote in here. Been busy with my practical last few months. Ahamdulillah everything was settled perfectly I guess since most of us managed to get A for industrial training course. Thanks Dr.Napisah! Hehe

Now it's been more than 2 months since I finished my study in UPSI. Some of my friends are working and some had already pursue their degree. Me? Still at home, doing nothing. Hahaha I don't know why I'm so not ready to work. Been thinking of applying for some work but I kept procraste the application process and end up nothing was done. Haha.

Never mind. Well. Determination or desperation. We somehow need to differentiate between these two. When you are determine to do something, you will try your best. But when you are desperate, you seem so pathetic. That's what I am right now. I was so determine to not give up on you. It's been more than a year. Yes, more than a year and I'm still here, holding onto you. And then, by time I realize that I should stop, before my determination turns into desperation. Don't I deserve better? Don't I deserve someone who will love me as much as I will love him? Yes. I deserve that.

I'm really sorry. Sometimes, I regret the decision I made, to say 'hi' again, because I was so confident that I've moved on. Yes, I was so sure that my feelings had changed through time since you were not the one who kept popping out in my mind before I sleep. I didn't think about you anymore. So I was sure, yes I have moved on.

And then, I say 'hi' again. Yes we cleared everything, we agreed that there's no more issues between us. Trust me, it is. Because I could feel that my feeling had changed. And then, we spoke as friend.

I didn't realize that I was playing with fire. Forgive me, I didn't mean to feel again. But I did. And then I realize, it's still you. It's always you all this time. I decided to try again. And again. And then I could see that, you are not the same person anymore.

You are not the same person I used to fall for. It saddens me to look how you've changed. But nevermind, it shouldn't matter right?

I do want to tell you, I'm still here. Don't you see that I'm still here? But then I realize, you know that I'm here. You just don't care. So I laugh at myself. I'm making the same mistake again, am I? You will never notice my existence, that's for sure.

But I'm not blaming you. Because me myself didn't expect that I will feel the same again towards you. My fault. My wrong. I underestimed those feelings. They are stronger than I thought. I'm sorry that I ruined everything again. Forgive me for this feeling. Believe me, I want it to vanish as well. I don't want to feel this way. Me too want to give up, move on and find someone else.

I do want to see you happy. It still saddens me to see you upset. You might say I'm pretending to be nice or whatsoever to you. But, nevermind. I just want you to be happy. No matter what you do, or whoever you are being with. Just, be happy. And, do pray for me to give up on you and find my own happiness too.


Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

28 Mei 2015

25/5/95 ~ 25/5/15



Heh. Lama tak update. Haha biasalah orang busy kan. Mana ada masa nak menaip ni. Sedangkan report tak bersentuh apatah lagi si blog ini. Biasala, benda paling malas aku nak buat sebenarnya nak buka netbook aku ni. Sebabnya netbook yang dah lama ini dah berat so nak buka pon dah makan masa apatah lagi nak buka internet.

So sekarang ni memang tengah busy dengan kerja. Well kerja lah sangat kan, maksudnya internship lah. Sedar tak sedar dah nak habis dua bulan dah. Tinggal lagi sebulan je lagi nak habis praktikal and then graduate. Pikir graduate je, tu report bertimbun tak pikir pulak. Hahaha biasa la nak pikir benda yang happy je yang susah susah buat tak nampak kan.

Whatever it is, memang penat lah bila dah start bekerja macam ni. Even aku ni ditugaskan as a call agent. Jawab call je. Duduk depan komputer, jawab call klik klik send order. That's it tapi dia punya penat tu mengalahkan apa lagi. Well maybe sebab kerja aku ni kena deal dengan orang yang banyak sangat ragam dan karenah. Ada yang menyakitkan hatinya ya ampun. Mampu tunjuk penumbuk depan komputer je lah sebab nak tinggi suara tak boleh. Ada yang sengal macam apa lagi nak gelak tak boleh so menahan gelak sakit perut ok. 

Tapi pengalaman tu penting kan. Macam macam aku belajar bila aku deal dengan macam macam jenis orang ni. Pentingnya sabar. Pentingnya jaga bahasa. Pentingnya adab. Orang ni pelbagai, ada yang boleh consider yang agent yang tengah ambik order ni jugak manusia. Tapi ada setengah orang, sebabkan kami berpegang dengan slogan "Customers are always right" so dorang punya adab memang ke laut lah. Depa layan macam kita ni robot.

Tetiba pulak dok bercerita pasal customer kan. Menyimpang dari title. Ok la kona masuk balik cerita asal. Me turning 20. Alhamdulillah, dah cukup umur aku 20 tahun. Walaupun fizikal tu, maksud aku ketinggian la, masih lagi di tahap yang mengecewakan but ok apa, at least aku ni macam kanak kanak selalu. Pendek dan bulat. K

Haha, but this time agak sedih dan terharu lah. Sebabnya again aku sambut birthday jauh dari family kan. But this time, memang terharu dengan surprise dari bebudak ni. Hampeh betul dengan segala lakonan dan kejutan.  Apa pun, thanks a lot for the surprise. Walaupun 3 hari lebih awal kalau tak silap, sebabkan Bella jauh, so dorang rancang untuk Bella datang time dia cuti. Memang macam hampeh punya berlakon. Si Yana tetiba pulak kononnya ada hal so tak ikut balik sekali lepas keja. Lepastu aku tetiba nak makan pizza so mintak Aida tapaukan pizza 5 ringgit tapi cuba dihalang oleh Wani dan Mari, tapi aku kepala batu jugak nak pizza tu.

Time aku tengahh main game, tetiba  si Wani marah Mari kes toilet kotor. Dia punya marah tu memang aku dengar pon menyirap. Tspi memang dah jenis aku ni, lantak hangpa la nak gaduh ka apa. Walaupun aku agak blur sebab tetiba ja Wani nak marah marah kata Mari kuang haja la apa la. Pastu tetiba si Yana dok ketuk pintu. Aku buat dono ja dengar dia ketuk pintu sebab aku nampak dia dah buka pintu luar. Maknanya dia ada kunci so why pulak tak reti nak bukak pintu sendiri nak ketuk ketuk. Tapi sebabkan Mari suruh bukak pintu so aku pon dengan bebal nya pegi buka pintu. Nampak ana dok menyengih ja terus aku jeling masuk dalam rumah balik, bengan sebab kena bangun buka pintu. 

Tetiba dengar orang nyanyi lagu birthday. Pusing and, ok ramainya orang dekat belakang aku. Bila masa depa ni ada dekat belakang? And, depa ni sambut birthday sapa tetiba ni? And tetiba nampak Bella. Ok fine. dengar ayat Happy Birthday CikMin ok ok, paham. Blur muka. Haha.

Semua tanya aku, tak suspect apa apa ke? Jawapannya, tak. Dah korang pon tahu perangai aku, stick dengan game kat phone bukan aku nak peduli dah orang dok cakap apa. Sebab tu Wani dengan Mari dok bergaduh pon aku buat bodoh je. Walaupun dalam hati, apa benda pulak budak budak ni dok bergaduh tak reti nak cakap elok elok ka. Aku marah dalam hati ja tapi mulut tak kata apa, muka stay poker.




So, I'm really grateful for everything I have for this 20 years of living. Setiap semua yang pernah aku lalui tu, aku yakin sebenarnya membawa aku ke arah takdir aku sendiri. Akan lead aku ke arah something yang terbaik untuk aku sendiri. Semua yang jadi tu tak ada yang sia sia. Semua bersebab kan. Kalau nak dibandingkan setiap kepayahan tu, rasanya lagi banyak nikmat yang aku dah dapat sebenarnya. Mungkin kadang kadang, cepat sangat mengeluh sampai lupa untuk bersyukur dengan apa yang dah ada selama ni. Banyak benda sebenarnya yang perlu disyukuri. Mak ayah, family, kawan kawan, pancaindera, kesihatan, kesenangan. Setiap kali nak mengeluh dengan kesusahan diri, harapnya aku cepat cepat sedar yang ada orang lain tengah lagi susah dari aku.

Seperti biasalah kan, apa yang aku harapkan bila dah bertambah umur ni, harapnya bertambah la kesedaran dalam diri aku. Semoga berubah ke arah kebaikan, semoga cepat cepat berubah jadi lebih baik dari sebelumnya. Semoga aku ni jadi lebih matang dalam nak handle masalah dunia ni. Semoga aku ni dijauhkan dari semua sifat buruk. Sombong, riak, takbur, pendendam, pendengki. Semua tu, mintak dijauhkan dari diri aku. Aku harap aku sentiasa jadi diri sendiri, tapi dalam masa yang sama masih lagi rasional nak pikir pasal orang lain. Mohon tak jadi orang yang selalu pentingkan diri sendiri. Sebab kadang kadang aku rasa, aku ni agak pentingkan diri sendiri so harap boleh buang sikap ni jauh jauh.

So, actually I was like waiting jugak lah. Haha, aku sendiri pon tak pasti kenapa. Walaupun aku yakin je sebenarnya mustahil kan. Macam last year pon. Tapi entahlah. Bila aku pikir pikir balik, entah lah, aku lebih kepada terkilan sebenarnya. Memang lah nampak macam bangang je, sedih pon ada kan. Tapi, entah. Rasa terkilan sebab, aku tunggu ucapan tu. At least, sebagai salah seorang yang aku pernah panggil kawan. Tapi. Semuanya dah terlalu jauh berbeza kan? Aku terkilan sebab, lepas apa yang jadi aku bukan hilang someone, tapi aku hilang terus seorang yang aku boleh panggil, at least seorang kawan. Completely, stranger. 

Lagi sedih sebenarnya sebab aku tak boleh nak buat apa apa. Aku mula tolak semua yang ada. Yang mula rapat, aku tolak jauh jauh. Sebab aku taknak benda yang sama jadi, bila rapat, then bila something come out, terus bertukar semuanya. Stranger. Stranger. Well, aku tak faham macamana orang lain boleh buat dengan mudah. Macamana ya, kau tengok orang yang sebelum ni rapat dengan kau, tanpa rasa apa apa. Tak bertegur sapa lagi, macam tak pernah kenal. Sebab aku tak boleh, tak boleh nak berlakon yang aku tak pernah kenal orang tu, sebab aku tau dulu dia pernah ada dalam hidup aku. So tak mudah sebenarnya. Kadang kadang, aku macam nak je tanya, kenapa sampai semua jadi macam ni, sampai terasing yang seasingnya. Padahal sebelum ni, kita pernah kata yang walaupun memang apa yang aku harapkan tu tak akan jadi nyata, tapi jangan buang friendship yang pernah ada. Tapi, mungkin jugak ini yang terbaik kan. Aku sendiri tau yang semuanya tak mudah bagi aku, Dan aku cuma boleh assume yang, semuanya juga tak mudah bagi orang lain. Sebab dalam hidup ni, bukan pasal diri kita je, kan? Apa yang kita anggap tak salah tu kadang kadang sebenarnya benda yang akan memudaratkan diri kita sendiri ataupun orang lain. Ok. Pahamkan Jasmin. Paham.

Ok. Melencong. Sebab lama sangat kot tak menaip. So, better stop sebelum melalut ke arah yang lebih mengarut dan syahdu. Haha. Ok lah, tak sabar nak habiskan praktikal. Doakan aku kurus. Haha. Doakan aku berjaya habiskan diploma dengan jayanya. Doakan aku sempat merasa konvo bulan 11 nanti nak ambik gambar lompat lompat baling topi. Doakan aku berjaya dunia akhirat. Terima kasih, untuk setiap yang pernah ada, yang masih ada, dan akan ada. Semuanya. Nanti balik nak tebus pizza free Domino's bagi kupon untuk hadiah birthday. Jangan jeles ok bye.






Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

7 Mei 2015

Life's Confusing


Pernah tak sesekali, kau rasa macam kau nak something to happen this way. And sometimes kau nak benda tu jadi macam lain. Kadang kadang kau tak tahu apa sebenarnya yang kau nak. Satu saat, kau rasa kau patut menyumpah, pedulikan. Yang salah tetap salah. Tapi satu saat, kau rasa buat apa semua sumpahan. Semuanya meresahkan diri sendiri. Jadi kau pujuk hati untuk redhakan, ikhlaskan. Tapi masalahnya, benda yang sama tetap nak ganggu fikiran kau, even dalam mimpi pon.

Entah, kebelakangan ni aku kerap mimpi seseorang tu nampak sedih. Serabut. Semuanya. Saat aku tengok dia dalam mimpi aku, bila bangun sakit tu terasa. Seolah aku resah tengok kesedihan seseorang tu. Tapi kata orang, kalau kita mimpi orang dalam keadaan susah hati, sedih, maknanya dia tengah bahagia, tengah gembira. Makanya aku yakinkan diri, dia bahagia. Cukuplah. Baguslah. Redhakanlah. Ikhlaskan. Lepaskan semuanya.

Kadang kadang rasa nak ambik tahu lagi. Entah apa khabar dia. Sihatkah. Baikkah. Gembirakah. Ketawakah. Tapi, akal larang hati, sebab taknak sakit lagi. Tahu, saat kau lihat orang yang kau simpan dalam hati kau bahagia dengan orang lain, kau tak boleh tipu. Cemburu tu ada. Sakit apatah lagi. Sedih, jangan tipu kata tak ada. Tapi, kau tak mampu nak buat apa. Jangan cuba cuba ambik tahu, cukup kalau kau harapkan dia bahagia selayaknya. Cukup.

Kata orang masa menghapus semuanya. Memories supposed to fade, kan? Aku expect, bila aku dah tak ambik tahu, aku akan lupa semuanya. Kenangan tu. Gelak tawa tu. Senyum tu. Tapi makin aku tak peduli, makin kerap hadir dalam mimpi. Makin menyesakkan hati setiap kali aku bangun dari mimpi. Kenapa? Aku tak tahu. Macam biasa, yakinkan diri, Tuhan nak menguji je, tahap mana kekuatan kau nak ikhlaskan semuanya.

Kadang aku rasa diri aku merimaskan. Masih nak bicara pasal kenangan, pasal orang yang pastinya sudah lupa sendiri siapa aku. Orang sekeliling akan menyampah. Kau ni tak habis habis dengan kenangan. Come on. Move on. Bukan dia seorang yang ada. Apa sangat yang ada dalam diri dia. Apa yang kau nampak sangat dalam diri dia sampai kau bodohkan diri sendiri berpegang dengan kenangan yang dah tak ada makna tu. Nampak sadis. Menyedihkan.

Apa yang aku nampak dalam diri dia? Semuanya, semua yang orang lain tak pernah nampak. Di sebalik kasar bicara, ada lembutnya. Di sebalik baran, ada sabarnya. Di sebalik serius, ada gila gilanya. Di sebalik gila, ada rasionalnya. Entah. Kalau orang lain pon hairan kenapa aku terlalu sayangkan kenangan yang ada. Jangan tanya. Sebab aku sendiri tak tahu. Kenapa. Kenapa. Aku pon mencari jawapan.

Ye. Kalau ikutkan hati, aku taknak putus asa. Aku taknak putus harap. Tapi aku ikutkan akal, kalau kejar macamana sekalipon, andai bukan takdir memang takkan pernah berjumpa lagi. That's it. Dan akal menyedarkan diri, tak perlu. Tak perlu berusaha untuk mendapat tempat dalam hidup seseorang. Sebab kalau betul tempat tu dah ada, kau takkan perlu fight sesadis ini. Tak perlu.

Aku tak tahu. Di mana kau sekarang. Apa khabar kau sekarang. Baikkah. Gembirakah. Bahagiakah. Aku tak tahu. Sebab aku usahakan untuk tak peduli lagi. Aku usaha untuk lenyapkan diri aku dari semua yang berkaitan dengan kau. Tak, bukan maksud aku nak angkat kau sebagai musuh. Tak. Cuma aku tak rasa aku kuat. Walaupun dah lama berlalu, aku masih tak yakin yang aku dah betul betul kuat untuk lepaskan semuanya.

Kadang kadang aku tak tahu nak meluah dekat sapa. Kawan kawan. No, mereka mungkin faham. Atau sebenarnya tak faham. Yang akan ada cuma nasihat biasa, move on. Lupakan. Lepaskan. Ye aku tahu. Makanya semuanya terpendam lama. Sampai saat mereka pikir yang aku dah fully healed. Dah ok. Dah bagus. Mereka tak tahu apa apa.

Kadang kadang aku harap aku boleh ulang masa dan mulakan semuanya. Kadang kadang aku harap aku tak pernah luahkan apa yang dah pon aku luahkan. Kadang kadang aku harap aku luahkan apa yang aku tak sempat luahkan. Masih banyak sebenarnya, tapi cukuplah selama ni aku merimaskan dunia orang.

Perkataan cukup. Cukup. Aku rasa perkataan yang sama aku asyik ulang untuk diri sendiri. Tapi sampai sekarang, aku fail lagi. Sebab aku masih lagi nak bercakap pasal benda yang sama. Entahlah. Cukuplah.

Semoga kita dapat apa yang terbaik untuk kita. Walaupun kau mungkin takkan pernah tahu, aku simpan kau dalam hati aku senyap senyap je. Aku simpan semua gelak tawa senyap senyap. Aku taknak padam semuanya. Aku simpan. Aku simpan semuanya. Sebab semua tu cerita yang pernah aku cipta dengan kau. Tak perlu rasanya aku padam benda yang pernah jadi sebahagian dari hidup aku.

Di mana pon kau sekarang. Aku harap kau jumpa yang terbaik untuk diri kau. Walaupun hakikatnya, mungkin kau dah lupa siapa aku. Fihifzillah.


Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

7 Apr 2015

The Beginning




Hi there. So today was my first day of internship at Domino's HQ. So well, it went well I guess. This week will be our training session so it's still okay. Minggu depan, tak tahu lah kan. Tadi we got chance to sit beside the operator yang menjawab call call orang dari seluruh Malaysia tu yang nak order pizza perangai itu ini, and I was like okay lajunya depa ni cakap sambil buat kerja klik sana klik sini hahaha. Cuak pulak aku tengok. So takpe mohon semua dimudahkan.

I don't really feel like talking about my internship. Rasa nak bercerita pasal sajak yang aku baca tadi je. Haha. Well kawan aku ada beli sebuah buku ni so dia bagi aku baca. And aku memang minat gila dengan sajak, melayu ke english aku bantai je. Sebab bagi aku they were like, a deep thought of someone. Kekadang baca terkena pulak diri sendiri, perasaan sendiri. so these sajak aku nak tulis dalam ni yang aku rasa menarik.maybe sebab macam mengena dengan perasaan aku kot. They are taken from Melankolia Bisu, Sefa, Aloy Paradoks. Jangan salah faham bukan aku nak menciplak ke apa tapi aku nak share sebab aku minat dengan bait bait ayat dia. No issue here!


HIDUP

Ketika kamu hidup dan menghidupkan,
kamu bisik ke telinga aku,
kata dah tak mampu.
Aku anggukkan.
Dan perlahan, melepaskan kamu,
mungkin perkara bijak yang aku pernah buat dalam dunia.

Sekurangnya,
aku boleh tengok kamu gembira
dari jauh.

Walaupun dalam senyuman kamu
selepas ini,
aku takkan ada.


PELURU DALAM

Ada orang kata patah hati itu akan sembuh,
with time.
Bohong.
With time,
semuanya akan jadi lagi parah.


DINGIN MIMPI

Dalam mimpi,
aku cuma mahu kamu di dalamnya,
kerana setelah bangun,
kaki aku berpeluh dingin
menceritakan kesakitan yang bakal aku lalui
kalau kamu tak ada di dalamnya.


KAPAL BOTOL MUSTAHIL

Kalau betul tanggapan aku,
aku nak sangat tengok kau tersenyum gembira,
dalam kapal botol mustahil bersama seorang kapten;
di antara banyak kapal botol lain aku simpan dalam almari,
yang aku intai sekali-sekala.

Sebelum aku tarik selimut 
dan tamatkan malam aku dengan tangisan,
sedih,
gembira,
bliss,
baguslah; mereka.


SING TO ME

Sing it to me in silent,
those melodies,
runs through your throat,
registered in my ears.

I am listening; your pain.


TERINGAT

Aku teringat perasaan ketika orang yang kau selalu SMS,
namanya akan selalu kat atas list SMS kau.

Lepas tu dia makin ke bawah.



Kemudian hilang.


Rileks.
Bukan cerita depress.
Teringat je, teringat.

Ha ha ha ha.
Ceh.


P/S: Ditekankan, I am not trying to copy someone's works okay! I am sharing those here because I like them. So you can get the book and read them too. Those are just few of them. Get the book, Melankolia Bisu- Sefa, Aloy Paradoks :)

Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

2 Apr 2015

Memories of Diploma in English (2013/2014)



Thank you for all memories that we have created. Some are close, maybe some are not. But still, we have walked this journey together, and we know each other, went from strangers to friends. This is not really a farewell, because we are connected, in a thing called memories. Thank you for this awesomeness, goodluck for our future, may we achieve what we have been dreaming.

















'

































Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

18 Mac 2015

RANDOM




As the title given, this is just a random post. I'm currently sitting for final, and just finished with third paper today so it's quite tiring to look at those notes, to memorize, to understand, so lets take a short break with writing in this blog.

Entah pehal tetiba skema gila nak introduction bagai. Haha. Gamaknya sebab tadi jawab exam essay terlupa buat introduction kot tu yang tetiba nak skema bagai nak buat introduction kan. So, takdak benda pon tapi rasa bosan and rasa nak menaip. Mostly mungkin sebenarnya rasa malas nak baca notes yang tak kurang berlambaklah jugak nak kena baca. Tiga paper dah lepas tu rasa macam, melepaskan nafas kelegaan yang teramatnya lah. Tambah lagi paper tadi, dia punya notes yang dah disimplify kan pon ada dalam 5 helai kertas -.- masak kepala nak hafal padahal yang naik tu sikit sikit je. Haih

So esok fourth paper, Writing for the Media. Paper Sir Ridhuan. Takdela stress sangat paper ni tapi tak boleh la nak ambik mudah jugak kan. Baru gigih nak selak slides buat nota, memang dah tabiat tak berubah dari zaman sekolah, pesyen study last minute. Tapi ok lah jugak kan, jangan langsung tak berusaha terus nak berserah tawakkal je tak kena lah. At least ada jugak usaha kau nak buat betul betul, walaupun kau boleh dikategorikan sebagai makhluk mamalia yang paling pemalas di antara segala spesis makhluk.






Jumaat takde paper, and last two paper will be on Monday. Both ! Haaa hamek kau aku dah terbayang keserabutan nak menjawab dua paper tu. Mana nak hafal yang ni, nak baca yang nu. Tapi takpe, gagah dan gigihkan diri. Nak habes dah pon, yeay!

So after final akan cuti dalam dua minggu and terus masuk praktikal. Ni satu lagi yang mencuakkan. Macamanalah nanti nak angkat call ambik order pizza nak layan customer. Tak terbayang dek mata. Walaupun aku rasa memang takkan 100% guna English lah kan bila engko jadi operator pizza, bukan semua customer nak speaking london ngan kau. Tapi, still aku ni bukannya jenih reti nak deal dengan orang, so memang cuak lah. Kena kena yang call tu kawan sendiri teruih cakap: laaa hang ka hang nak makan pa habaq mai kat aku la ni hang jangan dok order hat susah susah la order hat paling senang sudah mudah kerja aku. Haha I wish I can speak like that, mahu fail aku punya internship.

So, we'll be moving to Shah Alam. Jadi warga Shah Alam la pasni peace yo peace yo pulak. Area rumah sewa tu memang best lah jugak, Facilities apa semua not bad, senang kerja jugak kalau perlukan apa apa. Alhamdulillah settle jugak pasal rumah sewa yang sangat sangat menguji hati jiwa minda dan segala organ dalaman. Macam macam masalah timbul but finally we met with great and kind people, bersyukur sangat sangat dapat rumah yang kebabom sangat memuaskan hati.

So, whatever it is, we must be positive nak hadap benda benda yang akan datang ni. Kalau takut sebab takde experience, time ni lah nak kena manfaatkan untuk gain experience. Walaupun aku sendiri rasa tak sepatutnya aku pilih domino untuk praktikal sebab macam tak berapa kena dengan bidang lah kan, belajar bahasa tetiba pergi jadi operator but mesti ada jugak benda yang boleh belajar dari jadi operator tu. Macamana nak bercakap, macamana nak bersabar. I have to learn much of that for sure, at least dapat tingkatkan self-confidence pon dah kira ok lah. Biar merangkak rangkak takpe, pelan pelan kita belajar. Haa tetiba bersyarah pulak kan, boleh jadi pakar motivasi. Kalau tak takde lah dapat full mark untuk forum baru ni, cewah ha riak riak Jasmin riak. Haha takdela aku melawak je ngan engko wahai blog. Sadis gila melawak dengan blog je. Haha k.

Oh lupa before I forget, hari ni birthday si Lyana Natasha tu. Ex roommate aku, merangkap bestfriend aku lah kan kat sini. Hihi dulu aku banyak membebel pasal tak puas hati dengan dia dalam blog ni, at the end dia lah ha yang duduk ja melekat dengan aku kalau aku ada masalah ka aku happy ka aku sedih ka ataupun time aku punya sel otak tak berapa berhubung. That's what people said, jangan cepat sangat hukum orang. Satu kesalahan yang dia buat, tak bermakna kita kena butakan mata nak nilai kebaikan yang ada dalam diri dia kan. We must be reasonable lah dalam menilai orang tak boleh ikut hati je. Kita sendiri pon buat salah sana sini, why can't we consider other's mistake kan. Ok bersyarah lagi. Memang dari kecik tersilap pilih cita cita aku ni, sepatutnya pilih jadi kaunselor takpon pakar motivasi, penceramah bebas ke kan. Ok merepek



Terimalah hadiah dari cik google. Eh jangan
komplen, aku ikhlas setulus jiwa dan raga semurni
embun pagi sehening dan sesuci lebaran dah ni






Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

8 Mac 2015

Final !



Hi blog! Lamanya aku tak update engko kan blog. Takdela lama mana, but almost a month jugak la. Biasa la, last last sem ni memang lah busy kan. Sekarang ni aku tengah study week, so duduk je lah aku memerap dalam bilik di kolej ni. Sebab tak balik kan, nak balik takde duit so apekan daya, duduk jelah jawabnya.

So next week aku dah start final and then terus habes. Seminggu kemudian akan terus praktikal dekat HQ Domino, Shah Alam. So, dah nak habes dah. Tinggal satu sem je lagi. Okay so entry ni aku nak penuhkan dengan gamba gamba je. Firstly, last Sunday we went to Shah Alam, untuk tengok rumah sewa kan. So pergi jumpa agent tu and dia bawak pusing bla bla bla. Malas nak cerita sebab macam menyakitkan hati. Ok so lepas balik tu, kitorang singgah di Sungai Batang Kali. Haa gigih kau sehari sebelum tu pegi shopping beli barang masak nasik lemak. Macam macam dugaannya pon nak masak nasik lemak. Maklumlah masa guna periuk karan tu je, bukannya ada dapur kan. So pergi tu naik kete Lia, kawan si Yana. Dia yang suggest untuk berkelah bagai. Memang enjoyable sangat! Dah lama kot tak pergi mandi manda. Walaupun kalau ikut aku tak berani nak mandi air terjun bagai ni sebab sekarang kan banyak betul kes kencing tikus tu, tapi dorang kata tempat ni ok lagi, so I enjoy myself with them.






Okay actually banyak lagi gambar tapi macam tak sesuai je nak masuk dalam ni. Haha maklumlah mandi manda kan, so nevermind. So  memang enjoy habes. Fresh je rasa mandi air tu, sejuk ya amat. Sebab katanya air tu mengalir dari Genting Highlands, so memang lah sejuk kan. Sampai je terus makan, tak ingat apa dah sebab memasing kebulur tahap cimpanzi sebab dari pagi keluar pusing Shah Alam dengan tak makannya.  Sebab tu gambar nasik lemak tu takde, sebab selamat dilahap dulu dah. 

Okay so esoknya Isnin, pergi kelas macam biasa. But, it was already the last week for this semester. Okay fien, jumpa lecturer. Ada yang mengajar lagi, ada yang bagi tips exam je. Macam macam la so keje kitorang, snap gamba buat kali terakhir lah konon. Pahtu menggila dalam kelas dengan selfie tak berenti, haha.






Ok fine this one saje menggedik ngan Bella, nak guna 360 sexy lips.
Hamek ko asalnya tudung pink jadi oren terus, sakit mata tengok

Selfie aku banyak ngan Bella je la. Maklumlah kesian dia, sebab praktikal asing so takpelah kan hahaha. Syahdu betul Bella, siap menangis lagi. Tahula takut rindu kitorang :> Okay then nak kenalkan sikit lecturer lecturer kitorang untuk last sem ni, ada yang ada, ada yang takde. Letak mana yang ada je lah ye.


Ni Miss Hafza. Ajar Writing for Spesific Purposes and Reading Skills
masa sem 1. Selalu buat buat garang lepastu gelak bila kitorang cuak.
She's so cute and best belaja dengan dia

Ni Mr. Sasi, ajar kitorang Report Writing sem ni and pernah
ajar Public Speaking waktu kitorang Sem 2, so okay itu je. Haha

Ni Madam Nora, ajar kitorang Reading for Spesific Purposes sem ni and Thinking Skills
masa Sem 1. Orangnya, sangat strict! Jangan lah cari pasal. But still
dia boleh tolerate lagi dengan students. She helps us a lot actually.
Sebab kitorang ni malas sangat, sebab tu selalu kena marah. Thank you Madam sebab
garang dengan kitorang. And please ignore muka Syu yang tak semenggah tu

Another picture with Madam Nora

Okay tu dua orang. Sekarang ni nak tunjuk sikit sorang lecturer ni, yang memang favourite among all lah. Kitorang memang sayang gila dekat dia, kalau kelas dia cancel mesti sedih (and happy). Masa last class tu, memang rasa sebak je. Yelah, selama ni dia lah dok membebel bebel macam ape lagi haha. Best dengar dia bebel. Pastu kelas dia sangat best! Aku dalam kelas dia pon jadi bersemangat. Walaupun dengan lecturer lain aku akan membisu je tapi dengan dia, aku rasa confident je nak bercakap. Sebab dia pandai nak bagi semangat untuk students dia, kalau nak kritik pon, semua kritikan tu mesti bagi semangat untuk keep trying. Jangan malu malu nak cuba. Memang, he is really the best. Sir Lothfi, I'm really gonna miss you! And gambar dengan sir memang banyak lah cita dia haha. Dia macamni tau. Bila bersembang, dia lah kawan. Bila garang, dia macam ayah kitorang. Bila membebel, dia mengalahkan mak kitorang. Macamana tak sayang? 3 in 1 Sir Lothfi ni.







He said: macamana nak buat love ni. Hahaha


Sir Lothfi is too cute. Tak dapat beza dia ni lecturer ke student.
Happy go lucky memanjang

So tu je lecturer yang sempat kitorang bergambar. Lagi dua orang, Sir Ridhuan dengan Dr. Charanjit. Sir Ridhuan pon spesis sir Lothfi jugak, happy memanjang. Kelas tu, boleh kira ngan jari je berapa kali ada. And he's so nice. Buat quiz pon true and false je. Pahtu extendkan tarikh assignment, sebab kitorang behaved well katanya. Padahal assignment tu dah submit pon. Haha lawak betul Sir ni, and we gonna miss you too Sir Ridhuan! You are also one of my favourite, sebab awal awal kenal lagi masuk kelas dia dah kena warning: dalam kelas dia jangan serius. Haha. And Dr. Charanjit, macam madam Nora jugak. Strict, and she's very fast. Kadang kadang aku pon tak faham mende yang dia nak sebenarnya. But anyway, still loads of thanks for her,

Okay so aku tak ingat hari apa lepas tu, Rabu tak silap, kitorang keluar pergi karaoke. Haha. Hobi sepanjang zaman lah kira. Dah lama tak spend time kan. So just nak keluar enjoykan diri, then lepak lepak dekat kedai makan, makan char kueteow yang sedap yakmat tu. Ni pon nak letak gambar jugak.














We cherish every little moments, before it turns into memories. Sepanjang dekat dua tahun, aku dengan dorang je. Dorang tak pernah tinggal aku, time aku sedih, time aku happy, time aku bad mood, time aku punya gila tu tak dapat dibendung dengan segala alat perlindungan ke kan. Dorang ada dengan aku, So, memang sedih jugak la. Yelah, sorang dari utara, okay dua orang. Sorang dari Selatan. Sorang pantai timur. Sorang Perak. Eh Perak pon utara kan. K

Tapi lepas ni, mesti rindu gila la nak menggila ceni. Haih. Ok lah malas la jap gi rasa sedih pulak. Ok so last song we sang last night conclude everything. Nah dengar sendiri. So jumpa lagi wahai blog, bye and wish me luck for final!








Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,