Home About Facebook Twitter Ask.fm Kawan.r

28 Mei 2015

25/5/95 ~ 25/5/15



Heh. Lama tak update. Haha biasalah orang busy kan. Mana ada masa nak menaip ni. Sedangkan report tak bersentuh apatah lagi si blog ini. Biasala, benda paling malas aku nak buat sebenarnya nak buka netbook aku ni. Sebabnya netbook yang dah lama ini dah berat so nak buka pon dah makan masa apatah lagi nak buka internet.

So sekarang ni memang tengah busy dengan kerja. Well kerja lah sangat kan, maksudnya internship lah. Sedar tak sedar dah nak habis dua bulan dah. Tinggal lagi sebulan je lagi nak habis praktikal and then graduate. Pikir graduate je, tu report bertimbun tak pikir pulak. Hahaha biasa la nak pikir benda yang happy je yang susah susah buat tak nampak kan.

Whatever it is, memang penat lah bila dah start bekerja macam ni. Even aku ni ditugaskan as a call agent. Jawab call je. Duduk depan komputer, jawab call klik klik send order. That's it tapi dia punya penat tu mengalahkan apa lagi. Well maybe sebab kerja aku ni kena deal dengan orang yang banyak sangat ragam dan karenah. Ada yang menyakitkan hatinya ya ampun. Mampu tunjuk penumbuk depan komputer je lah sebab nak tinggi suara tak boleh. Ada yang sengal macam apa lagi nak gelak tak boleh so menahan gelak sakit perut ok. 

Tapi pengalaman tu penting kan. Macam macam aku belajar bila aku deal dengan macam macam jenis orang ni. Pentingnya sabar. Pentingnya jaga bahasa. Pentingnya adab. Orang ni pelbagai, ada yang boleh consider yang agent yang tengah ambik order ni jugak manusia. Tapi ada setengah orang, sebabkan kami berpegang dengan slogan "Customers are always right" so dorang punya adab memang ke laut lah. Depa layan macam kita ni robot.

Tetiba pulak dok bercerita pasal customer kan. Menyimpang dari title. Ok la kona masuk balik cerita asal. Me turning 20. Alhamdulillah, dah cukup umur aku 20 tahun. Walaupun fizikal tu, maksud aku ketinggian la, masih lagi di tahap yang mengecewakan but ok apa, at least aku ni macam kanak kanak selalu. Pendek dan bulat. K

Haha, but this time agak sedih dan terharu lah. Sebabnya again aku sambut birthday jauh dari family kan. But this time, memang terharu dengan surprise dari bebudak ni. Hampeh betul dengan segala lakonan dan kejutan.  Apa pun, thanks a lot for the surprise. Walaupun 3 hari lebih awal kalau tak silap, sebabkan Bella jauh, so dorang rancang untuk Bella datang time dia cuti. Memang macam hampeh punya berlakon. Si Yana tetiba pulak kononnya ada hal so tak ikut balik sekali lepas keja. Lepastu aku tetiba nak makan pizza so mintak Aida tapaukan pizza 5 ringgit tapi cuba dihalang oleh Wani dan Mari, tapi aku kepala batu jugak nak pizza tu.

Time aku tengahh main game, tetiba  si Wani marah Mari kes toilet kotor. Dia punya marah tu memang aku dengar pon menyirap. Tspi memang dah jenis aku ni, lantak hangpa la nak gaduh ka apa. Walaupun aku agak blur sebab tetiba ja Wani nak marah marah kata Mari kuang haja la apa la. Pastu tetiba si Yana dok ketuk pintu. Aku buat dono ja dengar dia ketuk pintu sebab aku nampak dia dah buka pintu luar. Maknanya dia ada kunci so why pulak tak reti nak bukak pintu sendiri nak ketuk ketuk. Tapi sebabkan Mari suruh bukak pintu so aku pon dengan bebal nya pegi buka pintu. Nampak ana dok menyengih ja terus aku jeling masuk dalam rumah balik, bengan sebab kena bangun buka pintu. 

Tetiba dengar orang nyanyi lagu birthday. Pusing and, ok ramainya orang dekat belakang aku. Bila masa depa ni ada dekat belakang? And, depa ni sambut birthday sapa tetiba ni? And tetiba nampak Bella. Ok fine. dengar ayat Happy Birthday CikMin ok ok, paham. Blur muka. Haha.

Semua tanya aku, tak suspect apa apa ke? Jawapannya, tak. Dah korang pon tahu perangai aku, stick dengan game kat phone bukan aku nak peduli dah orang dok cakap apa. Sebab tu Wani dengan Mari dok bergaduh pon aku buat bodoh je. Walaupun dalam hati, apa benda pulak budak budak ni dok bergaduh tak reti nak cakap elok elok ka. Aku marah dalam hati ja tapi mulut tak kata apa, muka stay poker.




So, I'm really grateful for everything I have for this 20 years of living. Setiap semua yang pernah aku lalui tu, aku yakin sebenarnya membawa aku ke arah takdir aku sendiri. Akan lead aku ke arah something yang terbaik untuk aku sendiri. Semua yang jadi tu tak ada yang sia sia. Semua bersebab kan. Kalau nak dibandingkan setiap kepayahan tu, rasanya lagi banyak nikmat yang aku dah dapat sebenarnya. Mungkin kadang kadang, cepat sangat mengeluh sampai lupa untuk bersyukur dengan apa yang dah ada selama ni. Banyak benda sebenarnya yang perlu disyukuri. Mak ayah, family, kawan kawan, pancaindera, kesihatan, kesenangan. Setiap kali nak mengeluh dengan kesusahan diri, harapnya aku cepat cepat sedar yang ada orang lain tengah lagi susah dari aku.

Seperti biasalah kan, apa yang aku harapkan bila dah bertambah umur ni, harapnya bertambah la kesedaran dalam diri aku. Semoga berubah ke arah kebaikan, semoga cepat cepat berubah jadi lebih baik dari sebelumnya. Semoga aku ni jadi lebih matang dalam nak handle masalah dunia ni. Semoga aku ni dijauhkan dari semua sifat buruk. Sombong, riak, takbur, pendendam, pendengki. Semua tu, mintak dijauhkan dari diri aku. Aku harap aku sentiasa jadi diri sendiri, tapi dalam masa yang sama masih lagi rasional nak pikir pasal orang lain. Mohon tak jadi orang yang selalu pentingkan diri sendiri. Sebab kadang kadang aku rasa, aku ni agak pentingkan diri sendiri so harap boleh buang sikap ni jauh jauh.

So, actually I was like waiting jugak lah. Haha, aku sendiri pon tak pasti kenapa. Walaupun aku yakin je sebenarnya mustahil kan. Macam last year pon. Tapi entahlah. Bila aku pikir pikir balik, entah lah, aku lebih kepada terkilan sebenarnya. Memang lah nampak macam bangang je, sedih pon ada kan. Tapi, entah. Rasa terkilan sebab, aku tunggu ucapan tu. At least, sebagai salah seorang yang aku pernah panggil kawan. Tapi. Semuanya dah terlalu jauh berbeza kan? Aku terkilan sebab, lepas apa yang jadi aku bukan hilang someone, tapi aku hilang terus seorang yang aku boleh panggil, at least seorang kawan. Completely, stranger. 

Lagi sedih sebenarnya sebab aku tak boleh nak buat apa apa. Aku mula tolak semua yang ada. Yang mula rapat, aku tolak jauh jauh. Sebab aku taknak benda yang sama jadi, bila rapat, then bila something come out, terus bertukar semuanya. Stranger. Stranger. Well, aku tak faham macamana orang lain boleh buat dengan mudah. Macamana ya, kau tengok orang yang sebelum ni rapat dengan kau, tanpa rasa apa apa. Tak bertegur sapa lagi, macam tak pernah kenal. Sebab aku tak boleh, tak boleh nak berlakon yang aku tak pernah kenal orang tu, sebab aku tau dulu dia pernah ada dalam hidup aku. So tak mudah sebenarnya. Kadang kadang, aku macam nak je tanya, kenapa sampai semua jadi macam ni, sampai terasing yang seasingnya. Padahal sebelum ni, kita pernah kata yang walaupun memang apa yang aku harapkan tu tak akan jadi nyata, tapi jangan buang friendship yang pernah ada. Tapi, mungkin jugak ini yang terbaik kan. Aku sendiri tau yang semuanya tak mudah bagi aku, Dan aku cuma boleh assume yang, semuanya juga tak mudah bagi orang lain. Sebab dalam hidup ni, bukan pasal diri kita je, kan? Apa yang kita anggap tak salah tu kadang kadang sebenarnya benda yang akan memudaratkan diri kita sendiri ataupun orang lain. Ok. Pahamkan Jasmin. Paham.

Ok. Melencong. Sebab lama sangat kot tak menaip. So, better stop sebelum melalut ke arah yang lebih mengarut dan syahdu. Haha. Ok lah, tak sabar nak habiskan praktikal. Doakan aku kurus. Haha. Doakan aku berjaya habiskan diploma dengan jayanya. Doakan aku sempat merasa konvo bulan 11 nanti nak ambik gambar lompat lompat baling topi. Doakan aku berjaya dunia akhirat. Terima kasih, untuk setiap yang pernah ada, yang masih ada, dan akan ada. Semuanya. Nanti balik nak tebus pizza free Domino's bagi kupon untuk hadiah birthday. Jangan jeles ok bye.






Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

7 Mei 2015

Life's Confusing


Pernah tak sesekali, kau rasa macam kau nak something to happen this way. And sometimes kau nak benda tu jadi macam lain. Kadang kadang kau tak tahu apa sebenarnya yang kau nak. Satu saat, kau rasa kau patut menyumpah, pedulikan. Yang salah tetap salah. Tapi satu saat, kau rasa buat apa semua sumpahan. Semuanya meresahkan diri sendiri. Jadi kau pujuk hati untuk redhakan, ikhlaskan. Tapi masalahnya, benda yang sama tetap nak ganggu fikiran kau, even dalam mimpi pon.

Entah, kebelakangan ni aku kerap mimpi seseorang tu nampak sedih. Serabut. Semuanya. Saat aku tengok dia dalam mimpi aku, bila bangun sakit tu terasa. Seolah aku resah tengok kesedihan seseorang tu. Tapi kata orang, kalau kita mimpi orang dalam keadaan susah hati, sedih, maknanya dia tengah bahagia, tengah gembira. Makanya aku yakinkan diri, dia bahagia. Cukuplah. Baguslah. Redhakanlah. Ikhlaskan. Lepaskan semuanya.

Kadang kadang rasa nak ambik tahu lagi. Entah apa khabar dia. Sihatkah. Baikkah. Gembirakah. Ketawakah. Tapi, akal larang hati, sebab taknak sakit lagi. Tahu, saat kau lihat orang yang kau simpan dalam hati kau bahagia dengan orang lain, kau tak boleh tipu. Cemburu tu ada. Sakit apatah lagi. Sedih, jangan tipu kata tak ada. Tapi, kau tak mampu nak buat apa. Jangan cuba cuba ambik tahu, cukup kalau kau harapkan dia bahagia selayaknya. Cukup.

Kata orang masa menghapus semuanya. Memories supposed to fade, kan? Aku expect, bila aku dah tak ambik tahu, aku akan lupa semuanya. Kenangan tu. Gelak tawa tu. Senyum tu. Tapi makin aku tak peduli, makin kerap hadir dalam mimpi. Makin menyesakkan hati setiap kali aku bangun dari mimpi. Kenapa? Aku tak tahu. Macam biasa, yakinkan diri, Tuhan nak menguji je, tahap mana kekuatan kau nak ikhlaskan semuanya.

Kadang aku rasa diri aku merimaskan. Masih nak bicara pasal kenangan, pasal orang yang pastinya sudah lupa sendiri siapa aku. Orang sekeliling akan menyampah. Kau ni tak habis habis dengan kenangan. Come on. Move on. Bukan dia seorang yang ada. Apa sangat yang ada dalam diri dia. Apa yang kau nampak sangat dalam diri dia sampai kau bodohkan diri sendiri berpegang dengan kenangan yang dah tak ada makna tu. Nampak sadis. Menyedihkan.

Apa yang aku nampak dalam diri dia? Semuanya, semua yang orang lain tak pernah nampak. Di sebalik kasar bicara, ada lembutnya. Di sebalik baran, ada sabarnya. Di sebalik serius, ada gila gilanya. Di sebalik gila, ada rasionalnya. Entah. Kalau orang lain pon hairan kenapa aku terlalu sayangkan kenangan yang ada. Jangan tanya. Sebab aku sendiri tak tahu. Kenapa. Kenapa. Aku pon mencari jawapan.

Ye. Kalau ikutkan hati, aku taknak putus asa. Aku taknak putus harap. Tapi aku ikutkan akal, kalau kejar macamana sekalipon, andai bukan takdir memang takkan pernah berjumpa lagi. That's it. Dan akal menyedarkan diri, tak perlu. Tak perlu berusaha untuk mendapat tempat dalam hidup seseorang. Sebab kalau betul tempat tu dah ada, kau takkan perlu fight sesadis ini. Tak perlu.

Aku tak tahu. Di mana kau sekarang. Apa khabar kau sekarang. Baikkah. Gembirakah. Bahagiakah. Aku tak tahu. Sebab aku usahakan untuk tak peduli lagi. Aku usaha untuk lenyapkan diri aku dari semua yang berkaitan dengan kau. Tak, bukan maksud aku nak angkat kau sebagai musuh. Tak. Cuma aku tak rasa aku kuat. Walaupun dah lama berlalu, aku masih tak yakin yang aku dah betul betul kuat untuk lepaskan semuanya.

Kadang kadang aku tak tahu nak meluah dekat sapa. Kawan kawan. No, mereka mungkin faham. Atau sebenarnya tak faham. Yang akan ada cuma nasihat biasa, move on. Lupakan. Lepaskan. Ye aku tahu. Makanya semuanya terpendam lama. Sampai saat mereka pikir yang aku dah fully healed. Dah ok. Dah bagus. Mereka tak tahu apa apa.

Kadang kadang aku harap aku boleh ulang masa dan mulakan semuanya. Kadang kadang aku harap aku tak pernah luahkan apa yang dah pon aku luahkan. Kadang kadang aku harap aku luahkan apa yang aku tak sempat luahkan. Masih banyak sebenarnya, tapi cukuplah selama ni aku merimaskan dunia orang.

Perkataan cukup. Cukup. Aku rasa perkataan yang sama aku asyik ulang untuk diri sendiri. Tapi sampai sekarang, aku fail lagi. Sebab aku masih lagi nak bercakap pasal benda yang sama. Entahlah. Cukuplah.

Semoga kita dapat apa yang terbaik untuk kita. Walaupun kau mungkin takkan pernah tahu, aku simpan kau dalam hati aku senyap senyap je. Aku simpan semua gelak tawa senyap senyap. Aku taknak padam semuanya. Aku simpan. Aku simpan semuanya. Sebab semua tu cerita yang pernah aku cipta dengan kau. Tak perlu rasanya aku padam benda yang pernah jadi sebahagian dari hidup aku.

Di mana pon kau sekarang. Aku harap kau jumpa yang terbaik untuk diri kau. Walaupun hakikatnya, mungkin kau dah lupa siapa aku. Fihifzillah.


Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,