Home About Facebook Twitter Ask.fm Kawan.r

14 Feb 2013

Alamak Alamak Alamak


Yes ! Gabra tak gabra tak? Haha, ngakulah yang korang gabra tengok post title tu. Nampak saspen je, padahal apa pon takdak. Bukan berkaitan isu politik atau seangkatannya, just isu yang paling meresahkan bagi kaki online macam aku. Esok tarikh tamat wifi ! Aduh duh duh -.-"
Cepat betol masa sebulan rupa-rupanya. Tak sempat nak rasa pape dah cukup sebulan.Alahai kesian kat bondaku Kak Gee nak kena bayar wifi ni. Sebab tu la aku tak pernah sia-siakan peluang untuk guna internet dengan jadual semampat dan sepadat sardin dalam tin. Bukan pe kesian kat mak tu, susah susah dia bayar, kalau tak guna rugilah ye dop? Haha, heh :3 bagus sangatlah alasan nak cover perangai asyik hadap laptop dengan phone 24 jam aku ni ><

Lepas ni bila pulak boleh online. Taknak paksa mak bayar, ikut beliaulah nak topup bila wifi ni. Maklomlah semuanya duit beliau. Aku tak amek port. Haha xD. Tapi bila dah bayar aku dengan tegasnya berjanji pada diri sendiri untuk tidak melakukan pembaziran terhadap aliran masuk dan keluar internet kat rumah, so hari hari aku akan online. Yeah !

Memalam ni tak tau lah nak cita apa dah. Ada satu lagi giveaway yang aku menjadi mangsa tag tapi, sangat sangat sangatlah malas nak join tak tahu nape :3. Maaf ye si tagger ^^, Dahlah, jom tido. Lewat dah woi :P Haha oke stop right here -.- Gudnite and bai bai :D and assalamualaikum !

Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

12 Feb 2013

Topup Free by Yanie Andierah


Jawab Salam Dulu ye! ^^,

Dah ditag, so joinlah :) Mana tau bernasib baik, jimat belanja aku pheww >.< 
Thanxs si tagger iaitu Cik Ika, jasamu dikenang oke kalau aku dapat topup ni, haha ^_=

KLik banner kalau nak join ^^


Sample blog url yang gempaklah kunun untuk Yanie Indierah ^^,

1. yaniemulabercerita.blogspot.com
2. andierahituyanie.blogspot.com
3. wow-yanieandierah.blogspot.com
4. yanAndie.blogspot.com
5. AndieYanie.blogspot.com

Blogger yang dibuli oleh saya :-

- Cik Puteri
- Cik Ika

Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

9 Feb 2013

Tiada Arah Tuju


Jawab Salam Dulu ye! ^^

Err err err. Hah sudah punah habeh. Pehal dah tak tau nak mula intro ni -.-' Bukan pa, aku ni kan kureng sikit bab dan chapter friendly terhadap alam sekitar dengan ayat ala ala gadis melayu yang paling last dalam dunia so aku tak tau nak start camne entri kali ni. Kalau tidak asyik dok hai hai hai, huh bosan aku tengok ayat kuno tu -.-

Well whateverlah omputih kata atau dalam translatenya apa apa sajalah, janji aku buleh sambung tulis entri. Hah tengok kan betol ! Dalam dok gagap gagap pasal nak intro dah nak habes perenggan kedua dah pon. Heh (O..O) 

Entri kali ni tanpa arah tuju, aku tak sempat nak tengok map nak tuju ke mana so kalau ada pengikut kat belakang korang ikut je lah apa yang aku nak meraban malam malam ni. Yeah yeah dah takdak idea, pherghh ayat gedik gila toq ! Siap yeah yeah macam dok high dengan heavy rock metal pulak :3

Hah jumpak dah idea. Tetiba mentol menyala atas kepala. Terang lagi bersuluh dah ni. Lalu terkantoilah si idea yang berhempas pulas menyembunyikan diri di sebalik liang roma dinding almari kasut tu.

Sekarang ni dah masuk musim cuti sempena Chinese New Year kan? Aku tak perasan pulok tarikh yang soheh ikut kalendar bila Chinese New Year tu. Tapi yang pasti budak budak sekolah sekarang tengah lupa diri. Ceh baru cuti seminggu dah lupa diri. Tengok aku ni, tak pernah lupa diri. Homework hari hari aku buat.  Ditekankan di sini ! Home-work >..<

Burpppp - aiseh tetiba terbelahak depan ni. Puihh kantoi lah kalau calon mak mertua, eh mentua, eh aku tak tau lah mertua/mentua. Tak kesahlah. Bakal suami aku punya mak baca ni soheh wajib reject aku serta merta. Alah rilek la, musim raya cina ni angin banyak keluar sebab banyak makan limau, nak nak lagi angpau tak dapat tu yang aku hangin sangat ni -,-

Tapi kan, best pulak tengok budak budak sekolah bersuka ria dengan cuti yang dorang dapat. Terimbau pulak kenangan kenangan masa sekolah dulu. 

Plus lagi budak budak hostel macam aku. Semangat kemain ! Lebih dari aku pulak yang nak kena buat kueh bulan, pastu nak bakar mercun pongpang pongpang kan. Nak kata semangat sebab nak dapat angpau beriban dak jugak. Bukan kata beriban, sesen dalam tafsiran angka wang rupiah pon aku tak pernah dapat. Nasib aku penyabar - padahal takdak motif pon sebab pa angpau tu perlu aku dapat (--')

Tapi... heh bapa banyak tapi da -.- Time cuti ni lah ramai adik beradik dan orang pakat balik kampung. Berayalah kunun, haha xD Best apa camni, asal ada perayaan je cuti. Wah ini memang masuk dalam bajet si Mei Mei : " Saya suka saya suka " lalu disumpah menjadi kuih koci Mak Tijah oleh si Gopal. The End.

Haha >.<  Semenjak dua menjak ni semakin aku terpengaruh dengan karakter dalam Boboi Boy dan jangan tanya aku kenapa. Semua gara gara dok melayan bebudak dalam Ask.fm la ni. 

Alang alang dah tersebut, follow lah ask.fm aku. Jangan dok pandai ikut senyap senyap kat belakang ja, tanyalah sama - entah kat sapa aku tuju kata kata ni sebab bukan ada orang baca entri aku ni :'3 Whateverlah janji blog aku tak bersawang, hahaha. Follow -----> Incik Bos Adudu

Dah? Terimas kasihs :* Dah la malas dah nak taip. Bai bai ! Haha tak beretika langsong aku ni. Okelah sampai di sini sahaja penulisan saya kali ini. Moga bertemu di lain hari. Sekian, terima kasih ^^,

Eh eh belom lagi, lupa nak abeskan pasal raya cina tadik. Asal dapat peluang merendek je teros aku rebut peluang sampai tergelincir dari landasan. Apapon, just nak ucap Happy Chinese New Year kat semua warga yang berbangsa Chinese di Malaysia. 

Sebenarnya, aku menyimpan satu harapan bila tiba je musim cuti Chinese New Year dan jugak tak kira mana mana cuti perayaan dan cuti panjang tapi tapi tapi tapi. Ah tetiba blackout tak buleh nak taip so biarlah rahsia tapi ! Korang kena doakan supaya apa yang aku harap dalam hati ni tercapai, boleh tak? *-* muka comel mata besar haha.

Terima kasih ! Heheeeee <3 <3 <3
 

Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Milo Tak Tertabur T^T


Jawab Salam Dulu ye! ^^

Bila larut malam *tarakuchacha* Suasana sepi *tarakuchacha* Lepas tu cari sendiri lirik aku tak ingat. Haha saja nak amek feel lah nak menaip memalam pagi buta ni. Orang lain pakat berdengkor siap pakej air liur setimba perisa bluberi cekelat lagi. Dan aku masih di sini dok klip pok klip pok kata orang tua tua dulu.

Paham dak pekebenda klip pok klip pok tu? Hah tu maknanya terkebil-kebil, paham dah? Oke paham tak paham korang pahamkanlah kalau tidak sampai ke besok aku tak buleh sambung menaip sebab nak explain panjang lebar dalam ni mengalahkan ensyclopedia pulok :3

Malas nak taiplah, tengok gambar je eh (^^,) - muka bajet lagi hak tuihh. Haha. Well pernah tengok tak ukiran ais yang super amazing? Macam-macam yang orang ukir guna ais yang pada asalnya langsong tak menarik untuk ditengok walaupon sangat menarik untuk dimasukkan kedalam segelas milo ais tabur, pherghh mantop beb ! Walaweih meraban ja tau.












p/s : Dah jangan pasang angan-angan tinggi melayut sangat nak tabur milo atas ais-ais tu. Takkan tercapai impian korang tu. Silap-silap korang yang jadi art terbaru dalam sejarah dunia T^T



Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

8 Feb 2013

Segmen : Lagu Favourite Saya by Leeyana Amzar


Jawab Salam Dulu ye! ^^

Hai (^^,) - muka bajet comel, puihh :3 Haha. Hari ni terasa nak join segmen. Rajin? Hahaha, banyak lah aku punya rajin, aku join sebab Cik Ika dah tag aku so aku pon termerajinkan diri nak join. Bukan apa, aku malas nak join pon disebabkan line internet ni lembap tahap tak hengat, puihh nyampah aku dengan line internet ni. Nak buat satu-satu benda pon ~ erghh malas nak bebel.

Dengan ini aku mengjoinkan diri sendiri secara rasminya ke dalam sebuah segmen yang aku bajet aku akan kata : " Saya suka saya suka " dengan gaya Mei Mei sebab segmen pasal lagu peberet, heheh. Dah memang kalau bab lagu ni tak dapat dipisahkan dari jiwa ibarat irama dan lagu tak mungkin dapat dipisahkan, puihh sila muntah setelah membaca petikan sebentar tadi xD


klik banner untuk join ^^,

Lagu Favourite saya ialah : Perfect Two by Auburn




You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the vaptain and I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date

You can be the hero and I can be your sidekick
You can be the tears that I cry if ever split
You can be the rain from the clouds when it's stormin'
You can be the sun when it shines in the morning

Don't know if I could ever be
Without you cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause you're the one for me ! for me !
And I'm the one for you ! for you !
You take the both of us ! of us !
And we're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

Rakan blogger yang bakal saya buli :P
* Cik Diana
* Cik Orkid

Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

7 Feb 2013

Wahai Para Pengumpat


Jawab Salam Dulu ye! ^^

Hai :) Nampak tajuk? Adakah anda sedang terasa bahawa anda yang sedang dibicarakan? Kalau anda terasa, hah ambek ! Haha, oke aku gurau je jangan nak toya sangat muka korang oke. Tadi godek godek sambil minum oren susu dalam facebook, terjumpa satu artikel ni. Menarik ! 

So jom kita baca sama-sama supaya lepas ni kita insof sikit dari tabiat buruk yang satu ni :3 -aku pon kengkadang involvekan diri dalam aktiviti yang mengobeskan otak macam ni jugak uhukkk -.-

Eh jap, kalau golongan cakap besar dan pemuhong besaq buleh terasa dak dengan fakta ni? hahaha

Oh Kaum Bermulut Laser
sumber : Facebook






Alkisah seorang pakar mengumpat…

Shaharul seorang yang suka berkata-kata mengenai orang lain, di belakang orang lain.

Perkara yang ditumpukannya selalunya neg
atif.

Satu hari, beliau bertemu dengan Ustaz Kassim di sebuah warong.

Sebaik sahaja duduk, Shaharul mula berkata-kata mengenai jirannya, bosnya, isterinya dan juga sahabat-sahabatnya.

Ketika merungut dan bercakap buruk mengenai bosnya, Shaharul bertambah geram… semakin dicerita bagaimana bosnya tidak adil, semakin geram nada Shaharul.

Ustaz Kassim yang memerhatikan gelagat Shaharul bertanya:

“Apakah anta berasa gembira bila berkata buruk mengenai bos anta?” tanya Ustaz Kassim.

“Makin geram makin marah adalah – tapi boleh lepas geram,” kata Shaharul.

“Lepas geram, maksudnya lepas ini, tak berkata lagi mengenai bos anta?” tanya Ustaz Kassim.

“Tak… mengapa ustaz?” tanya Shaharul.

“Anta tengah meracun diri sendiri, tapi anta tak sedar,” kata Ustaz Kassim.

Shaharul terdiam. “Aku tengah meracun sendiri?” bisik dia di hati. “Bagaimana tu ustaz?”

“Selain bernafas tanpa sedar, tahukah anta bahawa ada lagi satu aktiviti badan yang kita lakukan tanpa sedar tetapi kita merasainya,” tanya Ustaz Kassim.

Shaharul menggelengkan kepala.

“Iaitu menelan air liur. Tapi pernahkah terfikir, apakah fungsi air liur yang dicipta Allah selain yang kita pelajari untuk menghadamkan makanan?” tanya Ustaz Kassim lagi.

Shaharul berfikir sejenak… “Payah betul soalan ustaz. Mohon pencerahan.”

“Air liur adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa keluar dari rongga tanpa disedari oleh manusia. Ia terdiri dari pelbagai bentuk molekul yang akan berubah sebagaimana air lain. Bilamana kebaikan yang diterima, didengar, dilihat, dibaca atau disentuh,maka molekul air akan berubah membentuk nilai yang baik, demikian sebaliknya.

Maka setiap orang sebenarnya membentuk perlakuan berdasarkan air liur yang ditelannya,” terang Ustaz Kassim.

“Jadi maksudnya….?” Kata Shaharul yang semakin berminat.

“Sedarkah kita bahawa apabila kita melihat benda lazat, kita menelan air liur, apabila kita bercakap kita menelan air liur, apabila kita mendengar sesuatu dengan khusyuk, kita menelan air liur, ketika kita mengumpat, kita menelan air liur dan pelbagai aktiviti lain, termasuk ketika anta (yang membaca) mendengar penjelasan ana ini? Dah berapa kali telan air liur sejak ana mula bercakap?” tanya Ustaz Kassim.

“Tak perasan pula. Rasanya banyak. Masa ustaz cakap, air liur terasa banyak terhasil… hmmm… mengapa ya?” tanya Shaharul lagi.

“Mengapakah Allah membuatkan manusia sedemikian? Apa fungsi air liur sebenarnya?
Ungkapan bahawa 'air liur penjaga kehidupan manusia' sememangnya ada asas. Apabila kita makan, air liurlah menjadi benteng pertama badan manusia.

Apabila kita membaca al-Quran, bercakap benda baik, melihat benda baik, mendengar benda yang baik dan melakukan benda yang baik - air liur berubah menjadi bentuk yang baik, dan apabila ditelan tanpa disedari, nescaya perasaan dan emosi kita terus berubah menjadi riang, yakin dan seronok.

Renungkanlah mengapa apabila kita melakukan kebaikan, badan kita berasa riang dan seronok? Bagaimana pula ketika kita melakukan dosa? Adakah kita berasa seronok selepas itu atau gusar?

Ramai yang tidak sedar, bahawa air liur yang ditelan secara tidak sedar tersebut juga mempunyai peranan yang penting untuk menentukan emosi dan pemikiran kita,” terang Ustaz Kassim.

Shaharul terpegun… “Jadi maksudnya kalau kita berkata tidak baik, maka emosi kita tak akan baik?” tanya beliau.

“Ya. Setiap kali kita mengumpat, kita akan melahirkan rasa yang lebih buruk sangka pada seseorang. Bukan sahaja orang yang mengumpat, tapi orang yang mendengar umpatan tersebut pun terkena. Ini kerana semasa mengumpat, molekul air liur kita berubah bentuk ke nilai yang tak baik, dan makin kita mengumpat, makin banyak air liur jenis ini ditelan.

Begitu juga, dengan orang yang mendengar. Makin mendengar, makin khusyuk pada umpatan, makin banyak air liur jenis yang tidak baik terhasil, dan ditelan tanpa disedari. Sekiranya orang yang mendengar menyampuk dan sertai sama perbualan tersebut, maka lebih teruklah air liur yang ditelannya.

Akhirnya, orang yang mengumpat telah menyebarkan racun buruk sangka pada seseorang kepada orang lain kerana air liur yang ditelan tersebut,” tambah Ustaz Kassim lagi.

“Jadi sebab itu, ustaz hentikan perbualan ana tadi? Ustaz biarkan ana bercakap tanpa menyampuk?” tanya Shaharul.

“(Gelak dan senyum)… ya tak ya… petuanya mudah kalau tak nak kena air liur beracun - jauhilah mengumpat, dan jauhilah orang yang mengumpat. Perisai untuk menjauhi mengumpat, ialah dengan senyuman dan jangan sampuk perbualan orang yang sedang mengumpat,” kata Ustaz Kassim.

“Hebat ustaz… mana ustaz dapat teori ini?” tanya Shaharul…

“Buku Senyumlah tulisan seorang sahabat karib,” jawab Ustaz Kassim.

Senyum.




Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Little Changes


Jawab Salam Dulu ye! ^^

Hai :) Before start baca post aku ni, better korang pandang atas bawah kiri kanan depan belakang celah kangkang, woi woi ni bukan nak mengajar buat benda lucah lah jangan nak poyo sangat --' haha.

See any different? Yeah of course sikit je different dalam tapak rumah aku ni, tak nampak post title? Little changes je bukan Many Big Much Changes, haha meraban dah aku :3

Well ekceli aku dah bosan sebenarnya nak tengok design blog ni, walaupun taklah lama sangat bertukar, tak sampai 3 bulan lagi pon but, you know lah manusia memang cepat bosan. HAHA ;D Tapi bosan macam mana pon, satu je problem aku dalam bab blogging ni, aku tak reti nak hias blog! Apatah lagi nak main coding bagai, erghh bukan bidang aku semua ni :3

Aku heran jugak sebenarnya dengan diri sendiri, dah lama jugak aku berblogging ni, tapi sampai sekarang kalau nak design blog ni mesti nak kena rujuk tutorial dengan lembapnya satu persatu, hisy -.-

Padahal adik adik muda remaja lagi aku tengok kemain comel giloss plus gempak blog dorang, jeles tetiba rasa, pheww >.<' But apepon tak kesahlah, better late than never, sikit sikitlah try ubah ye dop, bak kata Zizan pojaan hati dinda *wartawan baca jem!* 


" Tawakkal innahu dok tera dok tahu "


Aiseh men :D siap cakap Ganu la gitu boh, punoh dah kawe, haha. But thanks a lot jugak lah kepada rakan rakan blogger yang sudi follow dan jengah blog aku ni kan, dan ada yang puji comel, cantik, cute, hensem, menarik, tertarik, kau memang dabomm masok longkang, ah bangga kejap ^..^ -nampak hidung kembang dah tu? haha siot sengal aku ni :3

Oke lupakan cerita tak menarik di atas, tadi adalah salah seorang follower yang baru follow blog aku, so aku memang akan follow balik follower aku maklomlah peramah kan, puihh :B

Dia follower yang ke-98, yeah jangan nak pandang atas bawah aku tau follower aku ciput tsskk --' Then aku pon gi lah jejalan nengok blog dia naik limosin dan sampai je depan umah dia I was like O_O

Wow >.< Amazing ! Blog dia ni berwarna biru biruan, dan sebab apa biru biruan bukan pink pinkian? Of courselah sebab blog dia dipenuhi dengan siri animasi peberet zaman kanak-kanak hingga sekarang iatu An An An..DORAEMON !! oke aku tak tau camana nak eja lirik lagu ni --'

So entri ni saja-sajalah aku buat ala-ala nak review lah kononnya, padahal blog dia lagi awesome dari blog aku, huhuhuhuk :'D Series, awak buat saya jeleslah awakk >< Comel sangat Doraemon tu, bak satu buleh dak? Buleh la ^^,

Nak tengok? Yes silalah tengok :P Tapi ni sikit jelah buat syarat pembuka selera, nak hidangan lengkap full set ala carte silalah pergi sendiri ke blog si Doraemon ni dan follow dia, nanti dapat dorayaki selori, sapa nak bagi weih haha :3





See? See? Oh it's very cute! And so do the owner (^^,). Tertanya tanya jugak, takde ke orang yang buat blog bertemakan Barbie ke, Spongebob ke or Marsupilami? haha :D Kalau ada konpem aku follow dan usha hari hari dan mesti rasa berat hati nak click button X tu, tak sampai hati nak tinggalkan dunia muda dahulu kala, terimbas nostalgia dulu dulu ^^



Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

5 Feb 2013

Sweeeeeeet ? More Like Cruel


Jawab Salam Dulu ye! ^^

Yes ! Untuk pengetahuan post title di atas tak dak kaitan langsong malah bau bau belacan dan kacang panjang pon takdak dengan entri aku kali. Alah jangan nak pelik sangat. Macam lah korang tak pernah blur nak pikir post title yang ala ala gempak untuk entri korang kan --' Stop.

Ekceli, takdak pape pon.So what? Sajalah aku nak update blog ni, sebab hidup di dunia realiti aku ni series aku tak dak keja nak buat sebagai hobi so aku updatelah. Jangan nak marah, ini blog aku :P

Maaf kalau terkasar >.< Demi mengelakkan litar pintas dalam hati aku memilih untuk stop menaip dan penuhkan entri dengan gambar. Ya gambar yang penuh dan banyak lagi dan aku tekankan kat sini, jangan nak kata pape sebab? This is my blog --'

CUTE? TRUST ME THEY ARE CRUEL































Ya aku tau, menda ni kiut je, apa yang kejamnya kan? Yeah aku boleh baca apa yang korang dok sokseksoksek mengata dalam hati tuh :P Well of course cruel lah, series aku ni walaupon aku sangat lah deeply crushing into Incik Eskelem, tapi aku tetap menjalinkan skandal okeh ><

Si dia nilah skandal aku, tapi skandal aku yang atas ni semua kejam gila, sebab kiut sangat, sampai hati aku ni tak sanggup rasa nak menikmati dorang huh -.-'

Seriesla weih, skandal apa yang sanggup membiarkan perut aku ni kelaparan, just in case tak sanggup nak menikmati dorang sampailah aku terpaksa korbankan suami aku, biarkan dia menari zapin dan gangnam sambil menyanyi lagu ikan kekek mailai ilai :3

Cruel isn't it? yeah trust me, they are cruel ! Dunia dunia ~


Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Segmen : My Bestie by Ika Atiyka


Jawab Salam Dulu ye! ^^

Hai :) Di hari yang indah, join segmen ni kejap sebab tuan punya segmen invite sendiri iaitu cik Ika so join je lah hehe :D Lagipon syarat-syarat dia simple tu yang penting selain kerjasama Wonderpets x)
klik banner untuk join ^^


"  Bestfriends is something priceless, when people ignore you, bestfriends is always there for you, when people hate you, bestfriends is always have static loves for you, and when you're crying, bestfriends will cry more worst than you, that's mean by TRUE FRIENSHIP  "

Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

3 Feb 2013

Februari - Cepatnya !


Jawab Salam Dulu ye! ^^

Hai :) Lama jugak aku menyepi dari blog ni, ya aku merajuk, merajok dengan blogger ni lah, nak post pon payah, asyik asyik error error, huh sengal --'

Tapi nevermind, hari ni nak post jugak ^^ Sedar tak sedar hari ni dah 3/2/2013 dah, alahai cepatnya masa berlalu, dah masok bulan Februari dah pon, diri masih sama macam dulu, tak mula apa apa lagi usaha nak capai segala azam 2013, walaweih besalah, tiap kali nak countdown New Year kemain semangat kau Jah oii nak azam baru bagai, tapi dah masuk Februari pon still have no change, ape pon tak boleh -.-

Azam aku takdak satu pon lagi yang tercapai, haa what the hell -..- Apa azam aku ? ya singgah baca entri ni nanti korang tau lah, klik HERE..dah? oke thanxs :* walaupon aku tak sure ada ke tidak orang baca blog aku ni, sebab maklomlah blog syok sendiri kan, sadis betol hidup blog aku ni :'3 pheww

Walaupon aku tak kisah sangat ada orang baca ke tidak sebab nawaitu asal aku buat blog hanyalah untuk meluahkan apa yang aku rasa tak terluah di alam realiti, so blog ni hanyalah rentetan kenangan dan peristiwa yang terjadi dalam hidup aku, whether happy or sad, everything is here ^^

Tengok tengok ! tengah menaip post ni pon asyik naik warning serabai ni, ni yang aku nak fedup ni -..-' Entah apa yang error dengan post ni pon aku tak tau, bukannya aku sumbat gajah masuk dalam laptop nak letak dalam post pon , huhuhuhu >.< Jap lagi bila dah publish mula lah nak serabai bagai, dengan semua ayat rapat rapatkan saff, takdak perenggan baru, semuanya berserabut !
Oke abaikan perenggan di atas, hanya selingan *-*
Bila dah masuk Februari ni, mestilah dah makin dekat dengan tarikh keluar result SPM , haaaaa *pengsan* Series aku takut, takut kalau tak dapat result yang dapat banggakan mak dan ayah aku, nak jugak aku jadi anak yang membanggakan mak dan ayahh, bukan sekadar penghabis boras ajo :P

But apapon, aku hanya mampu berdoa yang aku akan dapat result yang baik :') Aku dah jawab dan buat yang terbaik, dan aku harap aku akan dapat yang terbaik :)

Setakat ni jelah, hehe :)
<3 <3 <3 <3 Bai bai bai, nanti aku post lagi oke !


Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,