Tiada Arah Tuju
Jawab Salam Dulu ye! ^^
Err err err. Hah sudah punah habeh. Pehal dah tak tau nak mula intro ni -.-' Bukan pa, aku ni kan kureng sikit bab dan chapter friendly terhadap alam sekitar dengan ayat ala ala gadis melayu yang paling last dalam dunia so aku tak tau nak start camne entri kali ni. Kalau tidak asyik dok hai hai hai, huh bosan aku tengok ayat kuno tu -.-
Well whateverlah omputih kata atau dalam translatenya apa apa sajalah, janji aku buleh sambung tulis entri. Hah tengok kan betol ! Dalam dok gagap gagap pasal nak intro dah nak habes perenggan kedua dah pon. Heh (O..O)
Entri kali ni tanpa arah tuju, aku tak sempat nak tengok map nak tuju ke mana so kalau ada pengikut kat belakang korang ikut je lah apa yang aku nak meraban malam malam ni. Yeah yeah dah takdak idea, pherghh ayat gedik gila toq ! Siap yeah yeah macam dok high dengan heavy rock metal pulak :3
Hah jumpak dah idea. Tetiba mentol menyala atas kepala. Terang lagi bersuluh dah ni. Lalu terkantoilah si idea yang berhempas pulas menyembunyikan diri di sebalik liang roma dinding almari kasut tu.
Sekarang ni dah masuk musim cuti sempena Chinese New Year kan? Aku tak perasan pulok tarikh yang soheh ikut kalendar bila Chinese New Year tu. Tapi yang pasti budak budak sekolah sekarang tengah lupa diri. Ceh baru cuti seminggu dah lupa diri. Tengok aku ni, tak pernah lupa diri. Homework hari hari aku buat. Ditekankan di sini ! Home-work >..<
Burpppp - aiseh tetiba terbelahak depan ni. Puihh kantoi lah kalau calon mak mertua, eh mentua, eh aku tak tau lah mertua/mentua. Tak kesahlah. Bakal suami aku punya mak baca ni soheh wajib reject aku serta merta. Alah rilek la, musim raya cina ni angin banyak keluar sebab banyak makan limau, nak nak lagi angpau tak dapat tu yang aku hangin sangat ni -,-
Tapi kan, best pulak tengok budak budak sekolah bersuka ria dengan cuti yang dorang dapat. Terimbau pulak kenangan kenangan masa sekolah dulu.
Plus lagi budak budak hostel macam aku. Semangat kemain ! Lebih dari aku pulak yang nak kena buat kueh bulan, pastu nak bakar mercun pongpang pongpang kan. Nak kata semangat sebab nak dapat angpau beriban dak jugak. Bukan kata beriban, sesen dalam tafsiran angka wang rupiah pon aku tak pernah dapat. Nasib aku penyabar - padahal takdak motif pon sebab pa angpau tu perlu aku dapat (--')
Tapi... heh bapa banyak tapi da -.- Time cuti ni lah ramai adik beradik dan orang pakat balik kampung. Berayalah kunun, haha xD Best apa camni, asal ada perayaan je cuti. Wah ini memang masuk dalam bajet si Mei Mei : " Saya suka saya suka " lalu disumpah menjadi kuih koci Mak Tijah oleh si Gopal. The End.
Haha >.< Semenjak dua menjak ni semakin aku terpengaruh dengan karakter dalam Boboi Boy dan jangan tanya aku kenapa. Semua gara gara dok melayan bebudak dalam Ask.fm la ni.
Alang alang dah tersebut, follow lah ask.fm aku. Jangan dok pandai ikut senyap senyap kat belakang ja, tanyalah sama - entah kat sapa aku tuju kata kata ni sebab bukan ada orang baca entri aku ni :'3 Whateverlah janji blog aku tak bersawang, hahaha. Follow -----> Incik Bos Adudu
Dah? Terimas kasihs :* Dah la malas dah nak taip. Bai bai ! Haha tak beretika langsong aku ni. Okelah sampai di sini sahaja penulisan saya kali ini. Moga bertemu di lain hari. Sekian, terima kasih ^^,
Eh eh belom lagi, lupa nak abeskan pasal raya cina tadik. Asal dapat peluang merendek je teros aku rebut peluang sampai tergelincir dari landasan. Apapon, just nak ucap Happy Chinese New Year kat semua warga yang berbangsa Chinese di Malaysia.
Sebenarnya, aku menyimpan satu harapan bila tiba je musim cuti Chinese New Year dan jugak tak kira mana mana cuti perayaan dan cuti panjang tapi tapi tapi tapi. Ah tetiba blackout tak buleh nak taip so biarlah rahsia tapi ! Korang kena doakan supaya apa yang aku harap dalam hati ni tercapai, boleh tak? *-* muka comel mata besar haha.
Terima kasih ! Heheeeee <3 <3 <3
Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)