Home About Facebook Twitter Ask.fm Kawan.r

21 Ogo 2014

Title?



Title? Takdak title. Saja rajin nak menaip. Gedik. Haha. Disebabkan dari tadi asyik menghadap blog ja, so aku decide nak bukak blog kesayangan aku ni. Asyik hadap blog web tu ja, bosan. Tu pon kalau tak kerana Miss A pergi buka blog reramai gedebuk besar depan skrin sebab cek kitorang punya reflections and assignment tu berjalan ke tak. Malu k. Bukak blog aku, reflection only week 3? Padahal dah minggu 10 dah pon. Kau takyah heran, aku punya level procrastinate memang tahap dewa expert. Bila dah kena cek macam tu depan depan budak kelas lagi baru nak terhegeh update semua reflection sampai week 10, tu pon sebab miss kata next week I'll check again. Hahaha

Otak tepu sebab banyak sangat menaip. Dok kerah otak pikir balik apa yang jadi sepanjang kelas week 4 - week 10. Dah nama pon reflection weekly, kalau kau nak hantam ingat semua masa week 10 memang lemau la cita dia. Dok confuse, apa yang jadi dalam minggu ni. eh, tapi bukan kita buat ni dalam minggu ni ke? Taklah, minggu ni. Ish tak minggu tu. Ni nu ni tu tu ni. Dok lawan dengan roommate aku. Tu lah padahnya so moralnya, jangan procrastinate. Dah siap, lega. Tapi jangan nak lega sanga, belungguk buak lagi. Skrip tak siap lagi.

Hah, about skrip, wait for our movie ! Will be released soon. Haha. Kalau dulu aku jadi Garlic, kali ni upgrade jadi garlic bread. Makan dengan mushroom soup. Ok bahana lapar -.- Takdenya, kali ni assignment lagi, digital story telling kena buat movie lagi. Aku pon konfius, aku ni Dip in Englis ke or aku ni budak masscom or budak teater? Aku pon tak tau. Yang pasti kali ni tak jadi watak utama dah. Maklumlah dah femes, terus naik jadi co director, scriptwriter pon aku jugaklah. So, tengok nak jadi macamana cerita tu. Kelangit or kelaut. Kalau dulu aku kerja bawah Hippo Production, kali ni tubuh production sendiri, Rufflers Production kata kau haa. 

Ok actually nak letak lagu je. Suka satu lagu ni, well ada yang pernah suggest lagu ni so yeah, I like it now. So yang tengah serabut tu bolehlah santaikan minda kejap. Because it is so, cute and lagu ni boleh lah kan nak acah acah sweet ke bagi dekat sesape yang kau rasa they are the ones that you want in your life, dunya and hereafter, so bukan acah tapi actually sangat sweet and comel. Ok comel


You are The One - Raef






Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

20 Ogo 2014

Takdir dan Peluang

Ok assalamualaikum and hai :) Tetiba rasa nak menaip. Ayat cliche lama jugak tak hadap blog ni. Lama ke. Boleh la berhabuk jugak blog ni kan. Well macam biasa alasan aku busy. Busy sangat. Puih. Haha
Ok entahlah. Rasa nak menaip. Rasa nak meluah tapi tak tahu la nak luahkan apa. Life has been quite miserable lately but Alhamdulillah I'm getting fine and okay, InShaAllah. 



Takdir dan peluang. Dalam hidup mana kita boleh dari dua benda ni. Dah nasib badan. Heh. Takda lah haha. Actually takdir tu yang bawak peluang dekat kita. Peluang pertama. Kedua. Dan seterusnya. Well kadang-kadang kita diberi peluang kedua untuk memperbaiki, menunjukkan, dan memperkatakan apa yang kita tak berpeluang nak kata dalam peluang pertama.

Ok, sejujurnya, aku bersyukur sangat dapat peluang kedua. Sejujurnya. Sangat sangat bersyukur. Walaupun peluang kedua ni, sekejap. Terlalu sekejap. Tapi kali ni aku berpeluang nak luah apa yang aku pendamkan selama ni.

Semua yang jadi, aku anggap ujian untuk aku. Nak uji sejauh mana benar setiap apa yang aku pernah ucap. Terima kasih, kamu. Peluang kedua, yang kamu anggap adalah peluang kedua untuk kamu is actually adalah peluang kedua untuk aku juga. Walaupun ya, aku agak kecewa. Sebab peluang kedua berlalu sia sia. Sia sia ke? Tak jugak. Tapi terkilan sebab aku masih tak dapat pertahankan benda yang bawa makna dalam hidup aku, walaupun dah diberi peluang kedua. Tapi sapa je aku naku nak persoalkan kehendak Dia? Kan? Aku mampu rancang, aku mampu usaha sehabis baik aku tapi kalau kehendak Dia tak mengizinkan semua tu jadi, aku nak kata apa?

Tak banyak aku nak cakap pasal apa yang jadi. Sebab aku cuba nak ikhlaskan semuanya. Aku tau walaupun aku kata aku benci tapi sebenarnya rasa benci tu sikit pon takde. Sebesar zarah pon takde. Yang ada hanya rasa sedih sebab aku tau aku takkan mampu jadi someone yang kamu akan fight for. Someone yang kamu akan sedar, aku ada senyap senyap, memerhati, mendoakan dari jauh. Aku tau aku takkan mampu menjadi sebaik dia di hati kamu, sebab tu kali ni, dengan mudahnya juga aku putus asa. Bukan aku tak mau nak berkeras. Tapi apa guna, kalau semua tu sebenarnya menyusahkan kamu? 

Cuma aku keliru dengan diri sendiri. Aku rasa berat nak lepaskan kamu sekali lagi. Tapi aku lagi rasa berat tengok kamu sedih macam tu. Bodoh ke aku. Aku pandai nasihat kamu setiap kali kamu down. Tapi bila sampai dekat diri sendiri aku tak tau dari mana aku nak cari kekuatan, nak bangun semula tanpa sikit pon rasa benci atau dendam. Aku bukannya tak rasa sakit tu. Sakit. Sakit sangat. Sebab kadang aku rasa aku dipergunakan. Pelarian. Tapi aku tak mampu nak marah. Tak mampu nak benci. Entahlah.

Mungkin. Kehadiran aku dalam hidup kamu is just, nak tunjuk dekat kamu yang actually kamu tu baik and you're worth to be loved. Entahlah, even benda jadi macam ni still for me, I don't have any regret in loving you. Sebab entah. entah and entah. I don't know why but that's what I truly feel about you. I just feel glad, that this second chance we got, walaupun kejap sangat tapi peluang tu aku guna untuk cakap apa yang aku rasa terhadap kamu. Walaupun mungkin, it's just me who ever feel about us. Bukan aku tak paham, aku paham. Tapi, as usual, entah. Sebab aku paham kamu sendiri serabut dengan masalah ni so that's why aku malas nak cakap banyak-banyak. 

Tapi semestinya aku tak boleh nak diam kali ni, sebab jujurnya aku memang terkilan. Sebab tu aku luahkan semua yang ada dalam hati aku. Kali kedua. Berulang. So benda tu macam, aku tak expect akan berulang tapi berulang so macam down la. Nampak tak berpusing pusing ayat tu kan. Tapi tu lah. Aku tau kamu rasa rimas tengok. Ya bukan aku tak sedar, aku dok luah dalam tweet apa semua. Maaflah kalau semua tu merimaskan, tapi ok jujur aku tak boleh nak pendam. Aku nak luah, nak cakap direct dekat kamu tapi aku takut aku akan buat kamu lagi stress, so I decided to write. Tweet and so on. Maaflah, perangai aku yang satu ni.

Tapi. Seriously. Aku just nak tengok kamu happy. Even masa kamu decide kamu pilih aku, tapi aku dapat tengok macamana serabutnya kamu masa tu. Tapi aku sebenarnya cuba nak yakin, sebab kamu mintak aku tolong kamu untuk bangun. So I put away all those mixed feelings. Tapi jujurnya, memang sekali lagi, aku terfikir nak give up. And esoknya bila kamu cakap macam tu, terus aku kata ok, go. Sebab memang aku pikir benda tu. Kamu kata kamu keliru, tapi, apa yang buat aku terkilan is aku sebenarnya boleh agak hati kamu. Ya, mungkin aku tak boleh lawan kenangan kamu dan dia. Tapi aku cuba. cuba, but at the end, I failed, again.

Entahlah. Aku sendiri keliru. Aku masih nak yakin dengan mimpi mimpi yang aku anggarkan sebagai satu jalan lepas istikharah aku yang dulu. Tapi, entahlah. Entah. aku tak tahu. Ikutlah, aku cuma harap kamu bahagia. Aku cuma harap kamu sentiasa senyum dan ketawa, tak kiralah dengan siapa pon kamu. Aku just tak mau tengok kamu sedih. Sebab bila aku nampak kamu sedih, aku rasa macam diri aku sendiri yang jatuh, ini pon satu aku tak tahu kenapa. Aku pon tak tahu kenapa aku sayang kamu sampai macam ni sampai aku macam tak berapa nak kisah apa yang aku rasa, is just all about you. Stupid isn't it?

Aku serahkan semuanya pada takdir. Ya, takdir dan peluang. Sejujurnya, aku masih mengharapkan peluang. Peluang untuk mencuba lagi. Tapi, semua yang ada mendesak aku untuk lupakan semuanya, langkah ke depan. Cari bahagia sendiri. Tapi, berat. Berat sangat hati ni nak tinggalkan sesuatu yang bermakna dalam hidup aku. Apa yang aku buat, semua kenangan tu macam menghantui aku. Gelak, tawa, gurauan. Lagu lagu. Even makanan. Walaupun kejap je semua tu, tak lama tapi semuanya dah ubah something yang besar dalam hidup aku. Ya, aku ingat lagi ayat dia, sapa yang lebih kenal siapa? Baiklah, it's her yang lagi kenal kamu. Aku hanya kenal kamu, as someone yang mampu buat aku senyum, gelak, marah, happy, bahagia at the same time. Tapi, ya, aku kata dekat dia, memang dia lagi kenal kamu, lagi lama kenal kamu. Dia mintak aku faham perasaan dia. Baik, aku cuba faham. Selama ni aku cuba faham, tapi, aku persoalkan, then who I am? Am I not human? Salahke kalau kali ni akku cakap apa yang aku rasa, apa yang aku pendam. Aku manusia, wahai kamu dan kamu. Manusia. Manusia. Aku ada rasa. Aku rasa semuanya, walaupun aku tak pernah nak kata apa, aku pendam semuanya, sebab apa? Sebab fikirkan perasaan kamu dan kamu.

Maaf lagi sekali, kalau tindakan aku luahkan sakit yang aku rasa semua tu merimaskan, annoying. Tapi aku dah tak mampu nak tipu diri aku sendiri. Jadi, maaf. Maaf sebab perasaan yang aku ada untuk kamu. Jujurnya, masih tidak berubah. Tapi, aku nak pikir diri aku sendiri. Aku penat. Terlalu penat. Macam yang aku kata, jangan gunakan aku. Aku tak kisah untuk dengar setiap keluhan kamu, untuk bantu kamu. Tapi jangan sebab rasa sayang aku, sebab aku ada untuk susah kamu, kamu gunakan tu sebagai kesempatan. Jangan, jangan biar aku label kamu sebagai someone yang kejam, sebab aku tahu, kamu, bukan macam tu jadi jangan biar aku pikir macam tu.

Annoying jugak kan, kalau asyik cakap pasal perasaan, cinta, jodoh. Macam takda benda lain nak pikir. Tapi, yeah, love is one of the biggest thing that matters in our life. So, aku serahkan semuanya pada Allah. Aku serahkan kamu dalam jagaan Dia, semoga kamu mendapat apa yang terbaik untuk kamu, dan aku juga mendapat apa yang terbaik untuk aku. Sebolehnya, aku taknak bermusuhan. Macam apa yang kamu minta. Ya, mana mungkin aku nak memusuhi orang yang ada dalam hati sendiri? Sakit, lagi sakit nak buat macam tu. So, aku lapangkan dada. Aku ikhlaskan. Aku maafkan. Aku harap kamu juga maafkan aku, sebab kali ni aku gagal lagi, gagal nak tolong kamu macam apa yang kamu minta. Aku cuba bantu kamu keluar dari kesakitan, tapi aku tak mampu nak bantu sebab kamu terlalu menghargai kesakitan tu, kamu mencari semula kesakitan tu, dan aku tak mampu nak halang kamu. Maafkan aku.

Orang kata, andai digenggam kuat, tapi kalau memang sudah tertulis bukan milik kita, akhirnya akan terlepas jua. Tapi walau ditolak ketepi, di tendang jauh, andai memang sudah tertulis milik kita, akhirnya mendatang jugak. Jadi, aku lepaskan semuanya. Semoga Tuhan menjaga kamu, macam yang kamu kata. Kita berhenti di sini, kerana Allah. Andai memang jodoh, kita jumpa semula, kerana Allah. Terima kasih kamu, aku terima. Dan aku pon, nak juga ucap terima kasih, untuk semuanya. Jaga diri, be happy, be strong. Aku jalan dulu, sayang.



Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

6 Ogo 2014

Just Sitback and Listen





Everyone mesti ada taste sendiri kan dalam nak pilih lagu. Well, macam-macam jenis lagu ada sekarang ni. Kadang kadang it doesn't make sense pon and bila dengar certain songs I was like, what the? But yelah cita rasa orang pon dah nama lain lain so mesti ada yang suka walaupun pelik pelik kan. So I usually prefer English songs, well since that is one of the way I've been using to improve my English. Almaklumla sejak bergelar budak D.I.E ni kan, macam-macam cara kena pikir nak improve English kalau tak memang malu kompeni la nama je ambik major English tapi dok lali lagu tu jugak. But I also prefer instrumental songs. Well rasa macam kalau tengah nak stress ke ape ke and if I need to listen to some kind of music then instrumental will be nice sebab tak membingitkan. And lastly lagu lagu Melayu, lama or baru both pon aku dengar sebab asal sedap memang automatic berulang ulang lagu tu je la kat mulut aku. And Malay songs, the old one for me is better sebab takdela merepek repek and my all time favourite is arwah Achik Spin. I really love his voice and all his songs. And the other one I like is Zamani. Dia punya suara mak aih menusuk jantung dan qalbu punya lunak merdunya. And the last one is Arrow. So introduction pepanjang jela ni kan sebenarnya saja ja kali ni entri nak letak lagu ni sebab tetiba tangkap leleh pulak kan so ye lah, tu jelah. so ada yang suka jugak lagu ni? Hahahaha k bye :) 


Arrow - Niat Hati Taknak Berpisah




Dah lama tak berjumpa
Rindu rasa hati
Inginku bertemu denganmu
Biarpun hati ini
Menyatakan benci
Namun hakikat
Kau masihku sayang

Mengapa kita berjumpa
Dan mengapa kita bercinta
Niat hatiku nak kekal lama
Hidup denganmu wahai kasih
Niat hatiku tak nak berpisah
Apakan daya jodoh tiada

Kenangan demi kenangan
Menjelma diingatan
Sukarnya melupakan dirimu
Rintihan demi rintihan
Menyeksakan hidupku
Aku derita... keranamu
Oh kekasih

Sungguh tidakku sangka
Akhirnya begini
Sebuah ikatan asmara
Engkau yang aku sayang
Yang aku kasihi
Mungkinkah bersatu kembali



*p/s : Orang kata, if a girl give a song for you to listen, it means she's trying to tell you some hidden messages, something that she can't say it directly and she wants you to understand the message. Betul ke? For me, yeap it's true and kalau aku bagi lagu kat sesapa yang jadi special dalam hidup aku tu maknanya there's something that I want to say, something hidden so is this song one of it? Hidden message? Haha entahlah. Korang selalu buat? Kalau lelaki bagi lagu dekat perempuan, selalunya sebab lagu tu best, or ada jugak nak bagi bagi hidden message? Entohler labu






Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

5 Ogo 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Is it too late? No right. Dah lama sangat ! Lama sangat tak update blog ni since I was very busy with the other blog yang sebetulnya takdelah berupdate sangat kan tapi sumpah rindu tahap gebang. So sat mula mula dengan ini walaupun lambat tapi takdela lambat sangat kan, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Harap dimaafkan segala salah dan silap, keterlanjuran kata atau bahasa, terlebih mengusik atau bergurau, terbuli bila-bila masa, terjerkah tak semena mena, tertokak kat mana-mana and semacam gala jenis ter lagilah kan. Selamat Hari Raya, Happy Eid Mubarak to all muslims :)







Macamana cerita raya tahun ni memasing? Meriah tak? Kalau meriah Alhamdulillah, syukur atas semua nikmat yang Allah bagi dekat kita. Tapi dalam masa yang sama jangan lupa dekat saudara-saudara Muslimin dan Mukminin kita yang tengah dalam kemelut di Gaza sana. Kita walau tak mampu nak menolong, tapi kita tolong apa yang kita terdaya. Doa kita. Senjata paling kuat. Seronok kita, jangan sampai terlupa masih ada yang sedang menderita. Tolonglah setakat mana kita mampu.






Kalau kita rasa kita susah, ingat ada lagi yang sedang diuji lebih hebat dari kesusahan yang kita rasa. So, bersyukurlah dengan segala nikmat yang kita ada sekarang :) Jadi cerita raya, Alhamdulillah raya kali ni meriah dengan keluarga dan sahabat-sahabat terchenta. Memang meriah sangat sebab ramai yang datang rumah, tambah pulak buat open house masa raya ketiga, walaupun penat tapi memang puas hati sebab orang datang puji masakan aku, eh masakan mak aku. Kikiki :D

Nak je share gambar tapi masalahnya gambar-gambar raya kali ni tak banyak yang diupload so cerita dia macam biasa malas benau nak transfer masuk laptop ke ape ke selalu curi dari Facebook je tapi adelah barang sehelai dua so sat nak jugak letak buat kenangan.



Potret raya keluarga (2014)
Keluarga anak beranak Incik Mohd Jifri and sila abaikan
muka Incik Mohd Jifri yang macam nak halau bebudak
tak bagi datang mintak duit raya


Incik Mohd Jifri bersama isteri beliau terchenta
Madam Gee hihihi


Ini? Entahlah


Si Bayah dan juga beta



Third day of Syawal in front of my opened house 



Adinda yang kununnya candid



Si Adam Afiq dengan gerek baru dia



Datin datin panglima



Beta di hadapan cermin ajaib bersama adinda beta yang
asyik mengukur tinggi beta -..-



Beta bersama Datin Bendahara Bayah



Beta bersama adinda 



Beta bersama tentera tentera panglima



Bonda dan juga adinda



Zulin si sasterawati negara datang open house di rumah beta bersama
rakan seangkatan beliau



Beta bersama adinda dan juga scandal kecik si Adam Afiq
dan tak lupa si gerek merah



Beta bata



Beta bersama sasterawan negara si Zulin



Kekasih hati beta :)
Walaupun dah tak pakai baju raya tapi kira aci laa



Selfie di tepi highway lepas hanta si adik aku balik kolej



Gelak sebab cover Incik Mohd Jifri punya buncit haha


Punya tadi kata takda gamba kan? Last last banyak lah jugak haha. Apapon, raya kali ni kira puas hati jugak sebab dapat stay sampai raya ketujuh lah kiranya tak macam tahun lepas. Lepas je raya terus stress sebab berlungguk sangat assignment. Biasalah nama pon student. So sampai di sini dululah kiranya, apa-apa sambung lagi di entri akan datang. Kena pikir pulak esok nak kena inject HPV and sapa yang tak inject lagi tu silalah langkahkan kaki pergi inject jangan jadi doktor sendiri ye. Ok see you :)




Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,