Is it too late? No right. Dah lama sangat ! Lama sangat tak update blog ni since I was very busy with the other blog yang sebetulnya takdelah berupdate sangat kan tapi sumpah rindu tahap gebang. So sat mula mula dengan ini walaupun lambat tapi takdela lambat sangat kan, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Harap dimaafkan segala salah dan silap, keterlanjuran kata atau bahasa, terlebih mengusik atau bergurau, terbuli bila-bila masa, terjerkah tak semena mena, tertokak kat mana-mana and semacam gala jenis ter lagilah kan. Selamat Hari Raya, Happy Eid Mubarak to all muslims :)
Macamana cerita raya tahun ni memasing? Meriah tak? Kalau meriah Alhamdulillah, syukur atas semua nikmat yang Allah bagi dekat kita. Tapi dalam masa yang sama jangan lupa dekat saudara-saudara Muslimin dan Mukminin kita yang tengah dalam kemelut di Gaza sana. Kita walau tak mampu nak menolong, tapi kita tolong apa yang kita terdaya. Doa kita. Senjata paling kuat. Seronok kita, jangan sampai terlupa masih ada yang sedang menderita. Tolonglah setakat mana kita mampu.
Kalau kita rasa kita susah, ingat ada lagi yang sedang diuji lebih hebat dari kesusahan yang kita rasa. So, bersyukurlah dengan segala nikmat yang kita ada sekarang :) Jadi cerita raya, Alhamdulillah raya kali ni meriah dengan keluarga dan sahabat-sahabat terchenta. Memang meriah sangat sebab ramai yang datang rumah, tambah pulak buat open house masa raya ketiga, walaupun penat tapi memang puas hati sebab orang datang puji masakan aku, eh masakan mak aku. Kikiki :D
Nak je share gambar tapi masalahnya gambar-gambar raya kali ni tak banyak yang diupload so cerita dia macam biasa malas benau nak transfer masuk laptop ke ape ke selalu curi dari Facebook je tapi adelah barang sehelai dua so sat nak jugak letak buat kenangan.
|
Potret raya keluarga (2014) Keluarga anak beranak Incik Mohd Jifri and sila abaikan muka Incik Mohd Jifri yang macam nak halau bebudak tak bagi datang mintak duit raya |
|
Incik Mohd Jifri bersama isteri beliau terchenta Madam Gee hihihi |
|
Ini? Entahlah |
|
Si Bayah dan juga beta |
|
Third day of Syawal in front of my opened house |
|
Adinda yang kununnya candid |
|
Si Adam Afiq dengan gerek baru dia |
|
Datin datin panglima |
|
Beta di hadapan cermin ajaib bersama adinda beta yang asyik mengukur tinggi beta -..- |
|
Beta bersama Datin Bendahara Bayah |
|
Beta bersama adinda |
|
Beta bersama tentera tentera panglima |
|
Bonda dan juga adinda |
|
Zulin si sasterawati negara datang open house di rumah beta bersama rakan seangkatan beliau |
|
Beta bersama adinda dan juga scandal kecik si Adam Afiq dan tak lupa si gerek merah |
|
Beta bata |
|
Beta bersama sasterawan negara si Zulin |
|
Kekasih hati beta :) Walaupun dah tak pakai baju raya tapi kira aci laa |
|
Selfie di tepi highway lepas hanta si adik aku balik kolej |
|
Gelak sebab cover Incik Mohd Jifri punya buncit haha |
Punya tadi kata takda gamba kan? Last last banyak lah jugak haha. Apapon, raya kali ni kira puas hati jugak sebab dapat stay sampai raya ketujuh lah kiranya tak macam tahun lepas. Lepas je raya terus stress sebab berlungguk sangat assignment. Biasalah nama pon student. So sampai di sini dululah kiranya, apa-apa sambung lagi di entri akan datang. Kena pikir pulak esok nak kena inject HPV and sapa yang tak inject lagi tu silalah langkahkan kaki pergi inject jangan jadi doktor sendiri ye. Ok see you :)
Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)