30 Jun 2014

Ramadhan Tiba



Ramadhan tiba Ramadhan tiba ^.^ 
Hai and very good evening or supposed to be goodnight. Haha. Cerita dia lama gila tak update blog. Tapi blog ni la. Sebab sekarang tengah buzy kalah gaban tengah update blog lagi satu, official for education punya blog sebab buat assignment. Subject Web kan. Well now dah semester 4 dan cerita dia jugak tengah sedih tak habes lagi sebab pointer jatuh. Memang rasa down jugak mula-mula sebab special sem ramai yang dapat dekan tapi aku jatuh so memang padan muka jugak sebab sapa suruh main-main kan. Anyway Alhamdulillah jugak sebab walaupun jatuh banyak tapi takdelah parah sangat, so bersyukur and lepas ni usaha lagi lebih baik jangan memain dah Jasmin ye.

So, hari ni first day Ramadhan. Memang sedih la cite dia kan. Buka puasa pon sadis. Apatah lagi sahur, cecah milo ngan biskut kering je, tu pon kebas yang Bella punya menyicah sekali sebab takda pape. Alahai nak ja aku terbang balik rumah. Sebab terlalu menyedihkan. Lepastu bazar pulak dah berpindah ke Behrang. Memang yelah dekat sangat Tanjung Malim dengan Behrang kan, memang aku akan rajin sangat nak ulang-alik ke Behrang. Haih. Bersabar. Tu je mampu.

So sem ni memang tak balik rumah lagi. And dengar khabarnya hanya akan balik dua hari sebelum raya. Sedih kan hidup. Sangat. Dua hari je kot sempat merasa puasa dengan family, In Sha Allah. Pastu dengar katanya cuti sekejap je, dengan busy assignment yang bertimbun-timbun. Memang kali ni tahap busy perdana menteri pon sikit je lagi nak surrender.

Hah dan satu lagi, hari ni, I mean kemarin, first day puasa, 29/6/2014, actually bersamaan dengan my lovely mom's birthday. So here, I wish you happy birthday my love. I wish you a blessed life, in this dunya and here after. May you always be blessed with health and happiness. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan dan semoga sentiasa dilindungi dari segala marabahaya dan dengki khianat manusia. I love you mak, so much and too much 

So, bermulanya awal Ramadhan ni, semoga bulan ni menjadi bulan untuk kita mentarbiyah diri masing-masing. In Sha Allah, benda yang kita jarang buat, kita rajin-rajinkan buat. Benda yang kita tak pernah buat, kita usahakan buat. Semoga kita dapat ubah diri sikit-sikit, dan kekal walaupun selepas Ramadhan. Banyak pahala kalau kita buat amal dalam bulan mulia ni kan. So jom sesama buat apa yang boleh, In Sha Allah berganda ganjaran Allah kasi :) Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat :) Puasa jangan tak puasa ye !





Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

2 ulasan:

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)