Home About Facebook Twitter Ask.fm Kawan.r

24 Jan 2016

24 JANUARY 2016



Mungkin ni semua salah diri sendiri. Perasaan yang tak pernah berubah ni, buat aku ada expectation. Aku tak ada niat nak buat sesiapa rasa terpaksa. Sorry.

Sekarang ni maybe aku just overthink pasal semua ni. Maybe takdak benda pun but sebab aku overthink make me jump into conclusion and make me decide to stop and stay away form certain people. But, this thing seriously aku tak boleh stop pikir. Parah betul haha. Takpelah.

Mungkin sebab tu orang kata don't rely your happiness on people. Tapi, jujurnya aku dah lama tak happy. Bila dia muncul semula, aku jadi happy semula. Mungkin sebab aku tak berkawan dengan orang kot. I push people away. Bila rapat semula, jumpa semula tu, I was very happy. And bila hilang, semua rasa happy tu macam hilang jugak. What's wrong with me 😪

I'm sorry. Mungkin aku terlalu pikir benda ni, aku overthink buat aku rasa nak meluah macammacam. And if that makes you uncomfortable, sorry. That's why I try not to express too much, try jugak nak pendam but haih I can't. So sini je lah tempat nak meluah. Sebabnya rasa selamat sebab macam takdak orang baca (the truth maybe ada orang baca kot but whatever understand please jiwa kacau) haha

Hmm. Yah. Ok lah. Just. It hurts ok. It hurts that we end up become like stranger again. Again. I wanna say hi but then, you don't bother to talk to me kan, so I stop myself. If you don't bother to talk to me, why would I? Ego mungkin but, lebih kepada rasa malu dah. Malu nak terhegeh mungkin haha

No I'm not laughing. I'm not 




I wonder how long I'll take to move on. Bertepuk sebelah tangan, is just too tiring. No matter how much you want to keep trying, maybe the best way is just give up. Not because you don't care. But because they don't. They don't care. Dan, perasaan. Mana boleh nak paksa kan? Kalau boleh paksa, dah lama aku bahagia move on dan terima orang lain yang ada dok tunggu. Itu yang aku fahamkan sekarang ni. Aku tak boleh paksa. Taknak paksa. Takkan paksa. But it hurts, seriously it hurts a lot.

I hate myself. Goodnight






Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

21 Jan 2016

21 JANUARY 2016


Why does it still hurts?


Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

13 Jan 2016

13 JANUARY 2016



It shouldn't hurt much isn't it? Since it's not my first time going through this. It's the emptiness that makes everything feels worse. Tak ada apa sangat pun sebenarnya. Cuba, cuba untuk tak fikir sangat.

Nothing happen pun, it was all fine. But, I am burning here. Because I feel everything when he feels nothing. Sebab tu, yang struggle hadap semua ni aku je. You said you won't be the fire. You didn't know. Now, you become the fire. I get burnt, as I have already said before. Dalam diam, perlahan lahan you become that fire, without you noticing.

Setengah benda, kita tak boleh paksa nak ia jadi macam apa yang kita nak. I tried. I tried my best. But maybe my best is still not enough. Aku ingat aku boleh kuat bertahan, tapi aku tak boleh nak tipu diri sendiri. I was hurt. When I was treated just as an option when you are only bored, I was hurt by that action. My presence or my absence, give no difference. That hurts too. Aku pujuk diri sendiri, kuat, tahan. Kalau betul aku hendakkan dia jadi sebahagian dari hidup aku, aku perlu beri dia masa, sabar tunggu dia. Tapi, aku tak sedar yang dalam usaha aku untuk semua tu, aku dah calarkan hati sendiri, abaikan perasaan sendiri.

Mungkin jugak aku yang overthink pasal semua ni. Padahal takde mende pun. Tapi. Entahlah. Dah mula tawar hati kot. Maybe that's better. Well, selama ni asyik nasihat orang, know your value, don't have to struggle for ones who do not appreciate what you'd done for them. If he didn't do anything to keep you, why do you even bother to fight for a spot in his life kan? If he wants you to be a part of his life, he'll make a spot for you. See, nasihat orang pandai sangat, diri sendiri?

Sampai bila? Bella kata kat aku, betullah. Kalau orang nak kita, kita mintak apa pun dapat. Tapi kalau kita nakkan orang, orang tu kasi tahi pun kita terima. I understand that now.

I am not an option. And definitely not a backup plan. Kita tak sama. Untuk kau, kau tak perlu nak usaha gigih sangat pun untuk dapatkan tempat dalam hidup aku. Sebab tempat tu sentiasa ada, kosong, aku kosongkan sebab nak bagi kat kau. Tapi aku? Kena usaha betul nak cari ruang, sekecil zarah ruang dalam hidup kau. Bila kau perlu kau datang,bila tak perlu diam menyepi. Aku bukan batu. Bukan.

Aku usaha sehabis mungkin untuk pendam. Tapi sakit sangat. Aku nak luah, takut kau baca, takut kau rimas, takut kau kata aku terlalu berharap, terlalu memaksa. Tapi, tak luah, sakit sendiri. 

Entahlah. Penat. Malas. How I wish I could stop all this, and feel nothing anymore. Aku jarakkan diri, untuk mencari kepastian. Orang kata, jarakkan diri dengan seseorang, dari situ kau dapat lihat dimana sebenarnya kau berdiri. If they care enough, they'll notice. If they don't, you should know your place. They said time will fade evrything, so, dear time, can you please do a good job now?








Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

6 Jan 2016

6 JANUARY 2016


Tak semua rindu boleh diluah
Tak semua rasa boleh ditunjuk
Kadang kau diam, 
Tapi hati meronta peduli
Cuma kau pendam
Sebab kau tak tahu
Apa yang kau rasa itu
Akan dimengerti

Aduhai aduh haha
Semaknya hati


Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

4 Jan 2016

3 JANUARY 2016


Kalaulah melupakan dan melepaskan itu mudah. Mesti semua takkan masih macam ni. Dalam diam aku, aku peduli. Itu yang payahnya. Kalau lah rasa berharap tu tak wujud. Aku pun takkan siksa hati sendiri.

Dalam banyak orang, tak tahu kenapa kau jugak yang aku cari. Aku tunggu.

Padahal banyak kali kot, terasa. Aku kadang wujud, kadang tak wujud. Kadang kau mesra, kadang kau dingin. Aku terasa. Bukan tak terasa.

Nak pendam, rasa berat, rasa sesak. Nak meluah, serba tak kena, takut kau rimas.

Aku teringat. Ya. Jujur kata, rasa rindu tu ada. Tapi, tak mampu nak kata apa. Kau diam, aku ikut diam. Nak menegur banyak kali, siapa aku kan. Nak memaksa memang tak. Takkan sesekali. Bukan aku tak faham. Bukan aku tak tahu. Kau ada life sendiri, banyak benda penting kau nak kena buat. Aku tahu, aku faham. Lagi sekali, siapa aku, kan? Tapi aku harap, aku bukan tempat kau tuju hanya bila kau bosan dan tak ada benda nak buat.

Hati. Jangan sakit lagi. Tolong. Aku penat.

Selagi aku kuat, aku tunggu. Kalau aku dah penat, mungkin aku akan berhenti. Mungkin aku akan tawar hati. Kalau aku tawar hati, itu lebih baik untuk kau. Dan mungkin baik untuk aku.

Aku tunggu. Tapi tak tahu sampai bila. Aku rindu, tapi, mungkin tak ada makna.

Aku, dah mula terbakar dengan api yang aku degil jugak nak main, kan?


Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

2 Jan 2016

2 JANUARI 2016




Yang kau perlukan,
adakah seorang aku
yang kebetulan ada di saat kau keseorangan
atau seorang aku,
meski di dalam keramaian?

Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,