Home About Facebook Twitter Ask.fm Kawan.r

4 Jan 2016

3 JANUARY 2016


Kalaulah melupakan dan melepaskan itu mudah. Mesti semua takkan masih macam ni. Dalam diam aku, aku peduli. Itu yang payahnya. Kalau lah rasa berharap tu tak wujud. Aku pun takkan siksa hati sendiri.

Dalam banyak orang, tak tahu kenapa kau jugak yang aku cari. Aku tunggu.

Padahal banyak kali kot, terasa. Aku kadang wujud, kadang tak wujud. Kadang kau mesra, kadang kau dingin. Aku terasa. Bukan tak terasa.

Nak pendam, rasa berat, rasa sesak. Nak meluah, serba tak kena, takut kau rimas.

Aku teringat. Ya. Jujur kata, rasa rindu tu ada. Tapi, tak mampu nak kata apa. Kau diam, aku ikut diam. Nak menegur banyak kali, siapa aku kan. Nak memaksa memang tak. Takkan sesekali. Bukan aku tak faham. Bukan aku tak tahu. Kau ada life sendiri, banyak benda penting kau nak kena buat. Aku tahu, aku faham. Lagi sekali, siapa aku, kan? Tapi aku harap, aku bukan tempat kau tuju hanya bila kau bosan dan tak ada benda nak buat.

Hati. Jangan sakit lagi. Tolong. Aku penat.

Selagi aku kuat, aku tunggu. Kalau aku dah penat, mungkin aku akan berhenti. Mungkin aku akan tawar hati. Kalau aku tawar hati, itu lebih baik untuk kau. Dan mungkin baik untuk aku.

Aku tunggu. Tapi tak tahu sampai bila. Aku rindu, tapi, mungkin tak ada makna.

Aku, dah mula terbakar dengan api yang aku degil jugak nak main, kan?


Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)