Takdir dan peluang. Dalam hidup mana kita boleh dari dua benda ni. Dah nasib badan. Heh. Takda lah haha. Actually takdir tu yang bawak peluang dekat kita. Peluang pertama. Kedua. Dan seterusnya. Well kadang-kadang kita diberi peluang kedua untuk memperbaiki, menunjukkan, dan memperkatakan apa yang kita tak berpeluang nak kata dalam peluang pertama.
Ok, sejujurnya, aku bersyukur sangat dapat peluang kedua. Sejujurnya. Sangat sangat bersyukur. Walaupun peluang kedua ni, sekejap. Terlalu sekejap. Tapi kali ni aku berpeluang nak luah apa yang aku pendamkan selama ni.
Semua yang jadi, aku anggap ujian untuk aku. Nak uji sejauh mana benar setiap apa yang aku pernah ucap. Terima kasih, kamu. Peluang kedua, yang kamu anggap adalah peluang kedua untuk kamu is actually adalah peluang kedua untuk aku juga. Walaupun ya, aku agak kecewa. Sebab peluang kedua berlalu sia sia. Sia sia ke? Tak jugak. Tapi terkilan sebab aku masih tak dapat pertahankan benda yang bawa makna dalam hidup aku, walaupun dah diberi peluang kedua. Tapi sapa je aku naku nak persoalkan kehendak Dia? Kan? Aku mampu rancang, aku mampu usaha sehabis baik aku tapi kalau kehendak Dia tak mengizinkan semua tu jadi, aku nak kata apa?
Tak banyak aku nak cakap pasal apa yang jadi. Sebab aku cuba nak ikhlaskan semuanya. Aku tau walaupun aku kata aku benci tapi sebenarnya rasa benci tu sikit pon takde. Sebesar zarah pon takde. Yang ada hanya rasa sedih sebab aku tau aku takkan mampu jadi someone yang kamu akan fight for. Someone yang kamu akan sedar, aku ada senyap senyap, memerhati, mendoakan dari jauh. Aku tau aku takkan mampu menjadi sebaik dia di hati kamu, sebab tu kali ni, dengan mudahnya juga aku putus asa. Bukan aku tak mau nak berkeras. Tapi apa guna, kalau semua tu sebenarnya menyusahkan kamu?
Cuma aku keliru dengan diri sendiri. Aku rasa berat nak lepaskan kamu sekali lagi. Tapi aku lagi rasa berat tengok kamu sedih macam tu. Bodoh ke aku. Aku pandai nasihat kamu setiap kali kamu down. Tapi bila sampai dekat diri sendiri aku tak tau dari mana aku nak cari kekuatan, nak bangun semula tanpa sikit pon rasa benci atau dendam. Aku bukannya tak rasa sakit tu. Sakit. Sakit sangat. Sebab kadang aku rasa aku dipergunakan. Pelarian. Tapi aku tak mampu nak marah. Tak mampu nak benci. Entahlah.
Mungkin. Kehadiran aku dalam hidup kamu is just, nak tunjuk dekat kamu yang actually kamu tu baik and you're worth to be loved. Entahlah, even benda jadi macam ni still for me, I don't have any regret in loving you. Sebab entah. entah and entah. I don't know why but that's what I truly feel about you. I just feel glad, that this second chance we got, walaupun kejap sangat tapi peluang tu aku guna untuk cakap apa yang aku rasa terhadap kamu. Walaupun mungkin, it's just me who ever feel about us. Bukan aku tak paham, aku paham. Tapi, as usual, entah. Sebab aku paham kamu sendiri serabut dengan masalah ni so that's why aku malas nak cakap banyak-banyak.
Tapi semestinya aku tak boleh nak diam kali ni, sebab jujurnya aku memang terkilan. Sebab tu aku luahkan semua yang ada dalam hati aku. Kali kedua. Berulang. So benda tu macam, aku tak expect akan berulang tapi berulang so macam down la. Nampak tak berpusing pusing ayat tu kan. Tapi tu lah. Aku tau kamu rasa rimas tengok. Ya bukan aku tak sedar, aku dok luah dalam tweet apa semua. Maaflah kalau semua tu merimaskan, tapi ok jujur aku tak boleh nak pendam. Aku nak luah, nak cakap direct dekat kamu tapi aku takut aku akan buat kamu lagi stress, so I decided to write. Tweet and so on. Maaflah, perangai aku yang satu ni.
Tapi. Seriously. Aku just nak tengok kamu happy. Even masa kamu decide kamu pilih aku, tapi aku dapat tengok macamana serabutnya kamu masa tu. Tapi aku sebenarnya cuba nak yakin, sebab kamu mintak aku tolong kamu untuk bangun. So I put away all those mixed feelings. Tapi jujurnya, memang sekali lagi, aku terfikir nak give up. And esoknya bila kamu cakap macam tu, terus aku kata ok, go. Sebab memang aku pikir benda tu. Kamu kata kamu keliru, tapi, apa yang buat aku terkilan is aku sebenarnya boleh agak hati kamu. Ya, mungkin aku tak boleh lawan kenangan kamu dan dia. Tapi aku cuba. cuba, but at the end, I failed, again.
Entahlah. Aku sendiri keliru. Aku masih nak yakin dengan mimpi mimpi yang aku anggarkan sebagai satu jalan lepas istikharah aku yang dulu. Tapi, entahlah. Entah. aku tak tahu. Ikutlah, aku cuma harap kamu bahagia. Aku cuma harap kamu sentiasa senyum dan ketawa, tak kiralah dengan siapa pon kamu. Aku just tak mau tengok kamu sedih. Sebab bila aku nampak kamu sedih, aku rasa macam diri aku sendiri yang jatuh, ini pon satu aku tak tahu kenapa. Aku pon tak tahu kenapa aku sayang kamu sampai macam ni sampai aku macam tak berapa nak kisah apa yang aku rasa, is just all about you. Stupid isn't it?
Aku serahkan semuanya pada takdir. Ya, takdir dan peluang. Sejujurnya, aku masih mengharapkan peluang. Peluang untuk mencuba lagi. Tapi, semua yang ada mendesak aku untuk lupakan semuanya, langkah ke depan. Cari bahagia sendiri. Tapi, berat. Berat sangat hati ni nak tinggalkan sesuatu yang bermakna dalam hidup aku. Apa yang aku buat, semua kenangan tu macam menghantui aku. Gelak, tawa, gurauan. Lagu lagu. Even makanan. Walaupun kejap je semua tu, tak lama tapi semuanya dah ubah something yang besar dalam hidup aku. Ya, aku ingat lagi ayat dia, sapa yang lebih kenal siapa? Baiklah, it's her yang lagi kenal kamu. Aku hanya kenal kamu, as someone yang mampu buat aku senyum, gelak, marah, happy, bahagia at the same time. Tapi, ya, aku kata dekat dia, memang dia lagi kenal kamu, lagi lama kenal kamu. Dia mintak aku faham perasaan dia. Baik, aku cuba faham. Selama ni aku cuba faham, tapi, aku persoalkan, then who I am? Am I not human? Salahke kalau kali ni akku cakap apa yang aku rasa, apa yang aku pendam. Aku manusia, wahai kamu dan kamu. Manusia. Manusia. Aku ada rasa. Aku rasa semuanya, walaupun aku tak pernah nak kata apa, aku pendam semuanya, sebab apa? Sebab fikirkan perasaan kamu dan kamu.
Maaf lagi sekali, kalau tindakan aku luahkan sakit yang aku rasa semua tu merimaskan, annoying. Tapi aku dah tak mampu nak tipu diri aku sendiri. Jadi, maaf. Maaf sebab perasaan yang aku ada untuk kamu. Jujurnya, masih tidak berubah. Tapi, aku nak pikir diri aku sendiri. Aku penat. Terlalu penat. Macam yang aku kata, jangan gunakan aku. Aku tak kisah untuk dengar setiap keluhan kamu, untuk bantu kamu. Tapi jangan sebab rasa sayang aku, sebab aku ada untuk susah kamu, kamu gunakan tu sebagai kesempatan. Jangan, jangan biar aku label kamu sebagai someone yang kejam, sebab aku tahu, kamu, bukan macam tu jadi jangan biar aku pikir macam tu.
Annoying jugak kan, kalau asyik cakap pasal perasaan, cinta, jodoh. Macam takda benda lain nak pikir. Tapi, yeah, love is one of the biggest thing that matters in our life. So, aku serahkan semuanya pada Allah. Aku serahkan kamu dalam jagaan Dia, semoga kamu mendapat apa yang terbaik untuk kamu, dan aku juga mendapat apa yang terbaik untuk aku. Sebolehnya, aku taknak bermusuhan. Macam apa yang kamu minta. Ya, mana mungkin aku nak memusuhi orang yang ada dalam hati sendiri? Sakit, lagi sakit nak buat macam tu. So, aku lapangkan dada. Aku ikhlaskan. Aku maafkan. Aku harap kamu juga maafkan aku, sebab kali ni aku gagal lagi, gagal nak tolong kamu macam apa yang kamu minta. Aku cuba bantu kamu keluar dari kesakitan, tapi aku tak mampu nak bantu sebab kamu terlalu menghargai kesakitan tu, kamu mencari semula kesakitan tu, dan aku tak mampu nak halang kamu. Maafkan aku.
Orang kata, andai digenggam kuat, tapi kalau memang sudah tertulis bukan milik kita, akhirnya akan terlepas jua. Tapi walau ditolak ketepi, di tendang jauh, andai memang sudah tertulis milik kita, akhirnya mendatang jugak. Jadi, aku lepaskan semuanya. Semoga Tuhan menjaga kamu, macam yang kamu kata. Kita berhenti di sini, kerana Allah. Andai memang jodoh, kita jumpa semula, kerana Allah. Terima kasih kamu, aku terima. Dan aku pon, nak juga ucap terima kasih, untuk semuanya. Jaga diri, be happy, be strong. Aku jalan dulu, sayang.
안녕하세요! This is twinscraftlife. We are handcrafters! pls visit our blogshop~ We sell handmade bags, pouch, phonecase, bookmarks, notes and many more! 감사합니다~ 꼭오세요~ twinscraftlife.blogspot.com
BalasPadam