Home About Facebook Twitter Ask.fm Kawan.r

7 Mei 2015

Life's Confusing


Pernah tak sesekali, kau rasa macam kau nak something to happen this way. And sometimes kau nak benda tu jadi macam lain. Kadang kadang kau tak tahu apa sebenarnya yang kau nak. Satu saat, kau rasa kau patut menyumpah, pedulikan. Yang salah tetap salah. Tapi satu saat, kau rasa buat apa semua sumpahan. Semuanya meresahkan diri sendiri. Jadi kau pujuk hati untuk redhakan, ikhlaskan. Tapi masalahnya, benda yang sama tetap nak ganggu fikiran kau, even dalam mimpi pon.

Entah, kebelakangan ni aku kerap mimpi seseorang tu nampak sedih. Serabut. Semuanya. Saat aku tengok dia dalam mimpi aku, bila bangun sakit tu terasa. Seolah aku resah tengok kesedihan seseorang tu. Tapi kata orang, kalau kita mimpi orang dalam keadaan susah hati, sedih, maknanya dia tengah bahagia, tengah gembira. Makanya aku yakinkan diri, dia bahagia. Cukuplah. Baguslah. Redhakanlah. Ikhlaskan. Lepaskan semuanya.

Kadang kadang rasa nak ambik tahu lagi. Entah apa khabar dia. Sihatkah. Baikkah. Gembirakah. Ketawakah. Tapi, akal larang hati, sebab taknak sakit lagi. Tahu, saat kau lihat orang yang kau simpan dalam hati kau bahagia dengan orang lain, kau tak boleh tipu. Cemburu tu ada. Sakit apatah lagi. Sedih, jangan tipu kata tak ada. Tapi, kau tak mampu nak buat apa. Jangan cuba cuba ambik tahu, cukup kalau kau harapkan dia bahagia selayaknya. Cukup.

Kata orang masa menghapus semuanya. Memories supposed to fade, kan? Aku expect, bila aku dah tak ambik tahu, aku akan lupa semuanya. Kenangan tu. Gelak tawa tu. Senyum tu. Tapi makin aku tak peduli, makin kerap hadir dalam mimpi. Makin menyesakkan hati setiap kali aku bangun dari mimpi. Kenapa? Aku tak tahu. Macam biasa, yakinkan diri, Tuhan nak menguji je, tahap mana kekuatan kau nak ikhlaskan semuanya.

Kadang aku rasa diri aku merimaskan. Masih nak bicara pasal kenangan, pasal orang yang pastinya sudah lupa sendiri siapa aku. Orang sekeliling akan menyampah. Kau ni tak habis habis dengan kenangan. Come on. Move on. Bukan dia seorang yang ada. Apa sangat yang ada dalam diri dia. Apa yang kau nampak sangat dalam diri dia sampai kau bodohkan diri sendiri berpegang dengan kenangan yang dah tak ada makna tu. Nampak sadis. Menyedihkan.

Apa yang aku nampak dalam diri dia? Semuanya, semua yang orang lain tak pernah nampak. Di sebalik kasar bicara, ada lembutnya. Di sebalik baran, ada sabarnya. Di sebalik serius, ada gila gilanya. Di sebalik gila, ada rasionalnya. Entah. Kalau orang lain pon hairan kenapa aku terlalu sayangkan kenangan yang ada. Jangan tanya. Sebab aku sendiri tak tahu. Kenapa. Kenapa. Aku pon mencari jawapan.

Ye. Kalau ikutkan hati, aku taknak putus asa. Aku taknak putus harap. Tapi aku ikutkan akal, kalau kejar macamana sekalipon, andai bukan takdir memang takkan pernah berjumpa lagi. That's it. Dan akal menyedarkan diri, tak perlu. Tak perlu berusaha untuk mendapat tempat dalam hidup seseorang. Sebab kalau betul tempat tu dah ada, kau takkan perlu fight sesadis ini. Tak perlu.

Aku tak tahu. Di mana kau sekarang. Apa khabar kau sekarang. Baikkah. Gembirakah. Bahagiakah. Aku tak tahu. Sebab aku usahakan untuk tak peduli lagi. Aku usaha untuk lenyapkan diri aku dari semua yang berkaitan dengan kau. Tak, bukan maksud aku nak angkat kau sebagai musuh. Tak. Cuma aku tak rasa aku kuat. Walaupun dah lama berlalu, aku masih tak yakin yang aku dah betul betul kuat untuk lepaskan semuanya.

Kadang kadang aku tak tahu nak meluah dekat sapa. Kawan kawan. No, mereka mungkin faham. Atau sebenarnya tak faham. Yang akan ada cuma nasihat biasa, move on. Lupakan. Lepaskan. Ye aku tahu. Makanya semuanya terpendam lama. Sampai saat mereka pikir yang aku dah fully healed. Dah ok. Dah bagus. Mereka tak tahu apa apa.

Kadang kadang aku harap aku boleh ulang masa dan mulakan semuanya. Kadang kadang aku harap aku tak pernah luahkan apa yang dah pon aku luahkan. Kadang kadang aku harap aku luahkan apa yang aku tak sempat luahkan. Masih banyak sebenarnya, tapi cukuplah selama ni aku merimaskan dunia orang.

Perkataan cukup. Cukup. Aku rasa perkataan yang sama aku asyik ulang untuk diri sendiri. Tapi sampai sekarang, aku fail lagi. Sebab aku masih lagi nak bercakap pasal benda yang sama. Entahlah. Cukuplah.

Semoga kita dapat apa yang terbaik untuk kita. Walaupun kau mungkin takkan pernah tahu, aku simpan kau dalam hati aku senyap senyap je. Aku simpan semua gelak tawa senyap senyap. Aku taknak padam semuanya. Aku simpan. Aku simpan semuanya. Sebab semua tu cerita yang pernah aku cipta dengan kau. Tak perlu rasanya aku padam benda yang pernah jadi sebahagian dari hidup aku.

Di mana pon kau sekarang. Aku harap kau jumpa yang terbaik untuk diri kau. Walaupun hakikatnya, mungkin kau dah lupa siapa aku. Fihifzillah.


Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)