8 Mac 2015

Final !



Hi blog! Lamanya aku tak update engko kan blog. Takdela lama mana, but almost a month jugak la. Biasa la, last last sem ni memang lah busy kan. Sekarang ni aku tengah study week, so duduk je lah aku memerap dalam bilik di kolej ni. Sebab tak balik kan, nak balik takde duit so apekan daya, duduk jelah jawabnya.

So next week aku dah start final and then terus habes. Seminggu kemudian akan terus praktikal dekat HQ Domino, Shah Alam. So, dah nak habes dah. Tinggal satu sem je lagi. Okay so entry ni aku nak penuhkan dengan gamba gamba je. Firstly, last Sunday we went to Shah Alam, untuk tengok rumah sewa kan. So pergi jumpa agent tu and dia bawak pusing bla bla bla. Malas nak cerita sebab macam menyakitkan hati. Ok so lepas balik tu, kitorang singgah di Sungai Batang Kali. Haa gigih kau sehari sebelum tu pegi shopping beli barang masak nasik lemak. Macam macam dugaannya pon nak masak nasik lemak. Maklumlah masa guna periuk karan tu je, bukannya ada dapur kan. So pergi tu naik kete Lia, kawan si Yana. Dia yang suggest untuk berkelah bagai. Memang enjoyable sangat! Dah lama kot tak pergi mandi manda. Walaupun kalau ikut aku tak berani nak mandi air terjun bagai ni sebab sekarang kan banyak betul kes kencing tikus tu, tapi dorang kata tempat ni ok lagi, so I enjoy myself with them.






Okay actually banyak lagi gambar tapi macam tak sesuai je nak masuk dalam ni. Haha maklumlah mandi manda kan, so nevermind. So  memang enjoy habes. Fresh je rasa mandi air tu, sejuk ya amat. Sebab katanya air tu mengalir dari Genting Highlands, so memang lah sejuk kan. Sampai je terus makan, tak ingat apa dah sebab memasing kebulur tahap cimpanzi sebab dari pagi keluar pusing Shah Alam dengan tak makannya.  Sebab tu gambar nasik lemak tu takde, sebab selamat dilahap dulu dah. 

Okay so esoknya Isnin, pergi kelas macam biasa. But, it was already the last week for this semester. Okay fien, jumpa lecturer. Ada yang mengajar lagi, ada yang bagi tips exam je. Macam macam la so keje kitorang, snap gamba buat kali terakhir lah konon. Pahtu menggila dalam kelas dengan selfie tak berenti, haha.






Ok fine this one saje menggedik ngan Bella, nak guna 360 sexy lips.
Hamek ko asalnya tudung pink jadi oren terus, sakit mata tengok

Selfie aku banyak ngan Bella je la. Maklumlah kesian dia, sebab praktikal asing so takpelah kan hahaha. Syahdu betul Bella, siap menangis lagi. Tahula takut rindu kitorang :> Okay then nak kenalkan sikit lecturer lecturer kitorang untuk last sem ni, ada yang ada, ada yang takde. Letak mana yang ada je lah ye.


Ni Miss Hafza. Ajar Writing for Spesific Purposes and Reading Skills
masa sem 1. Selalu buat buat garang lepastu gelak bila kitorang cuak.
She's so cute and best belaja dengan dia

Ni Mr. Sasi, ajar kitorang Report Writing sem ni and pernah
ajar Public Speaking waktu kitorang Sem 2, so okay itu je. Haha

Ni Madam Nora, ajar kitorang Reading for Spesific Purposes sem ni and Thinking Skills
masa Sem 1. Orangnya, sangat strict! Jangan lah cari pasal. But still
dia boleh tolerate lagi dengan students. She helps us a lot actually.
Sebab kitorang ni malas sangat, sebab tu selalu kena marah. Thank you Madam sebab
garang dengan kitorang. And please ignore muka Syu yang tak semenggah tu

Another picture with Madam Nora

Okay tu dua orang. Sekarang ni nak tunjuk sikit sorang lecturer ni, yang memang favourite among all lah. Kitorang memang sayang gila dekat dia, kalau kelas dia cancel mesti sedih (and happy). Masa last class tu, memang rasa sebak je. Yelah, selama ni dia lah dok membebel bebel macam ape lagi haha. Best dengar dia bebel. Pastu kelas dia sangat best! Aku dalam kelas dia pon jadi bersemangat. Walaupun dengan lecturer lain aku akan membisu je tapi dengan dia, aku rasa confident je nak bercakap. Sebab dia pandai nak bagi semangat untuk students dia, kalau nak kritik pon, semua kritikan tu mesti bagi semangat untuk keep trying. Jangan malu malu nak cuba. Memang, he is really the best. Sir Lothfi, I'm really gonna miss you! And gambar dengan sir memang banyak lah cita dia haha. Dia macamni tau. Bila bersembang, dia lah kawan. Bila garang, dia macam ayah kitorang. Bila membebel, dia mengalahkan mak kitorang. Macamana tak sayang? 3 in 1 Sir Lothfi ni.







He said: macamana nak buat love ni. Hahaha


Sir Lothfi is too cute. Tak dapat beza dia ni lecturer ke student.
Happy go lucky memanjang

So tu je lecturer yang sempat kitorang bergambar. Lagi dua orang, Sir Ridhuan dengan Dr. Charanjit. Sir Ridhuan pon spesis sir Lothfi jugak, happy memanjang. Kelas tu, boleh kira ngan jari je berapa kali ada. And he's so nice. Buat quiz pon true and false je. Pahtu extendkan tarikh assignment, sebab kitorang behaved well katanya. Padahal assignment tu dah submit pon. Haha lawak betul Sir ni, and we gonna miss you too Sir Ridhuan! You are also one of my favourite, sebab awal awal kenal lagi masuk kelas dia dah kena warning: dalam kelas dia jangan serius. Haha. And Dr. Charanjit, macam madam Nora jugak. Strict, and she's very fast. Kadang kadang aku pon tak faham mende yang dia nak sebenarnya. But anyway, still loads of thanks for her,

Okay so aku tak ingat hari apa lepas tu, Rabu tak silap, kitorang keluar pergi karaoke. Haha. Hobi sepanjang zaman lah kira. Dah lama tak spend time kan. So just nak keluar enjoykan diri, then lepak lepak dekat kedai makan, makan char kueteow yang sedap yakmat tu. Ni pon nak letak gambar jugak.














We cherish every little moments, before it turns into memories. Sepanjang dekat dua tahun, aku dengan dorang je. Dorang tak pernah tinggal aku, time aku sedih, time aku happy, time aku bad mood, time aku punya gila tu tak dapat dibendung dengan segala alat perlindungan ke kan. Dorang ada dengan aku, So, memang sedih jugak la. Yelah, sorang dari utara, okay dua orang. Sorang dari Selatan. Sorang pantai timur. Sorang Perak. Eh Perak pon utara kan. K

Tapi lepas ni, mesti rindu gila la nak menggila ceni. Haih. Ok lah malas la jap gi rasa sedih pulak. Ok so last song we sang last night conclude everything. Nah dengar sendiri. So jumpa lagi wahai blog, bye and wish me luck for final!








Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)