18 Mac 2015

RANDOM




As the title given, this is just a random post. I'm currently sitting for final, and just finished with third paper today so it's quite tiring to look at those notes, to memorize, to understand, so lets take a short break with writing in this blog.

Entah pehal tetiba skema gila nak introduction bagai. Haha. Gamaknya sebab tadi jawab exam essay terlupa buat introduction kot tu yang tetiba nak skema bagai nak buat introduction kan. So, takdak benda pon tapi rasa bosan and rasa nak menaip. Mostly mungkin sebenarnya rasa malas nak baca notes yang tak kurang berlambaklah jugak nak kena baca. Tiga paper dah lepas tu rasa macam, melepaskan nafas kelegaan yang teramatnya lah. Tambah lagi paper tadi, dia punya notes yang dah disimplify kan pon ada dalam 5 helai kertas -.- masak kepala nak hafal padahal yang naik tu sikit sikit je. Haih

So esok fourth paper, Writing for the Media. Paper Sir Ridhuan. Takdela stress sangat paper ni tapi tak boleh la nak ambik mudah jugak kan. Baru gigih nak selak slides buat nota, memang dah tabiat tak berubah dari zaman sekolah, pesyen study last minute. Tapi ok lah jugak kan, jangan langsung tak berusaha terus nak berserah tawakkal je tak kena lah. At least ada jugak usaha kau nak buat betul betul, walaupun kau boleh dikategorikan sebagai makhluk mamalia yang paling pemalas di antara segala spesis makhluk.






Jumaat takde paper, and last two paper will be on Monday. Both ! Haaa hamek kau aku dah terbayang keserabutan nak menjawab dua paper tu. Mana nak hafal yang ni, nak baca yang nu. Tapi takpe, gagah dan gigihkan diri. Nak habes dah pon, yeay!

So after final akan cuti dalam dua minggu and terus masuk praktikal. Ni satu lagi yang mencuakkan. Macamanalah nanti nak angkat call ambik order pizza nak layan customer. Tak terbayang dek mata. Walaupun aku rasa memang takkan 100% guna English lah kan bila engko jadi operator pizza, bukan semua customer nak speaking london ngan kau. Tapi, still aku ni bukannya jenih reti nak deal dengan orang, so memang cuak lah. Kena kena yang call tu kawan sendiri teruih cakap: laaa hang ka hang nak makan pa habaq mai kat aku la ni hang jangan dok order hat susah susah la order hat paling senang sudah mudah kerja aku. Haha I wish I can speak like that, mahu fail aku punya internship.

So, we'll be moving to Shah Alam. Jadi warga Shah Alam la pasni peace yo peace yo pulak. Area rumah sewa tu memang best lah jugak, Facilities apa semua not bad, senang kerja jugak kalau perlukan apa apa. Alhamdulillah settle jugak pasal rumah sewa yang sangat sangat menguji hati jiwa minda dan segala organ dalaman. Macam macam masalah timbul but finally we met with great and kind people, bersyukur sangat sangat dapat rumah yang kebabom sangat memuaskan hati.

So, whatever it is, we must be positive nak hadap benda benda yang akan datang ni. Kalau takut sebab takde experience, time ni lah nak kena manfaatkan untuk gain experience. Walaupun aku sendiri rasa tak sepatutnya aku pilih domino untuk praktikal sebab macam tak berapa kena dengan bidang lah kan, belajar bahasa tetiba pergi jadi operator but mesti ada jugak benda yang boleh belajar dari jadi operator tu. Macamana nak bercakap, macamana nak bersabar. I have to learn much of that for sure, at least dapat tingkatkan self-confidence pon dah kira ok lah. Biar merangkak rangkak takpe, pelan pelan kita belajar. Haa tetiba bersyarah pulak kan, boleh jadi pakar motivasi. Kalau tak takde lah dapat full mark untuk forum baru ni, cewah ha riak riak Jasmin riak. Haha takdela aku melawak je ngan engko wahai blog. Sadis gila melawak dengan blog je. Haha k.

Oh lupa before I forget, hari ni birthday si Lyana Natasha tu. Ex roommate aku, merangkap bestfriend aku lah kan kat sini. Hihi dulu aku banyak membebel pasal tak puas hati dengan dia dalam blog ni, at the end dia lah ha yang duduk ja melekat dengan aku kalau aku ada masalah ka aku happy ka aku sedih ka ataupun time aku punya sel otak tak berapa berhubung. That's what people said, jangan cepat sangat hukum orang. Satu kesalahan yang dia buat, tak bermakna kita kena butakan mata nak nilai kebaikan yang ada dalam diri dia kan. We must be reasonable lah dalam menilai orang tak boleh ikut hati je. Kita sendiri pon buat salah sana sini, why can't we consider other's mistake kan. Ok bersyarah lagi. Memang dari kecik tersilap pilih cita cita aku ni, sepatutnya pilih jadi kaunselor takpon pakar motivasi, penceramah bebas ke kan. Ok merepek



Terimalah hadiah dari cik google. Eh jangan
komplen, aku ikhlas setulus jiwa dan raga semurni
embun pagi sehening dan sesuci lebaran dah ni






Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)