Terima Kasih Arigato Thank You Syukran
Ya Allah boleh jugak! Haisy penat do aku nak ngadap perangai benda alah si internet ni. Like seriously aku tak tau sebab pe lah lambat cam siput sedut sangat. Aku ingat memang peluang untuk aku hapdet blog ni memang dah takde sebab tak lepas tahap kritikal dah. Ada lagi rupanya :'3
Sorry tetiba membebel tapi, tak kesah sangat sebab aku paham takde orang baca. Yes aku paham. Sadis pulak rasa hoho -.-"
Tadi baca paper hari ni. Main issue, tentulah yang kes kat Lahad Datu sekarang ni kan. Takkan pulak tetiba dan tak semena wartawan nak tulis pasal aku -.- Pastu, aku kan masa baca paper hari ni tu kan, suddenly out of blue tetiba aku rasa nak teriyak. Tssk :/ Series sedih bila baca berita pasal wira-wira negara kita kat sana. Pastu dalam paper hari ni ada yang dorang terbitkan surat "Satria Lahad Datu" tu kan. Series talk, jatuh air mata aku. Sebak :/
Warkah Satria Lahad Datu
* Wahai isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan, jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna
* Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada di saat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah
* Wahai mak dan abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak dan abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna kepada negara
* Wahai ibu dan ayah mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu dan ayah menjadi balu sebelum usia
* Oh Malaysiaku! Maafkan aku andai aku gugur di medan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya
Bila aku baca kan, series aku tak tipu, aku nangis! Rasa sebak sangat baca, padahal aku ni bukanlah jenis yang cepat feeling sangat ( kot -.-') Tambah lagi baru ni, sepupu aku sendiri as pasukan Maritim kena lapor ke Kota Kinabalu. Walaupun bukan di Lahad Datu, tapi kat sana pon baru-baru ni kena serang kot.
Ape pon, just mampu doa yang terbaik untuk para pejuang kita, dan doa yang terbaik untuk negara kita sendiri ni, Malaysia. Doa banyak-banyak bagi negara kita ni sentiasa aman dan makmur. Doa bagi kes di Lahad Datu tu settle nicely then doa bagi benda ni tak jadik dah lepas ni :')
Kepada para pejuang negara, chaiyok ! Dan bagi keluarga wira negara yang telah kembali ke rahmatullah, be strong. Insya Allah, syahid fi sbilillah perjuangan mereka, kan :) Syahid itu ganjaran yang sangat besar, Masya Allah, besar ganjarannya :')
Oke then, maaf terfeeling pulak x) Terima Kasih Pahlawanku :')
Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)