Hai hai all of you :* Ayat klise bila aku update blog, " dah lama aku tak update blog " haha LOL. Hakikat memang teruk kan, eh ? Well, lately semakin parah sikap malas aku nak ngadap netbook ni. Yah sangat malas. Malas. Malas dan malas. Entahla apa nak jadi *sigh*
Kalau on pon just on fon, tu pon twitter ja. Facebook harap maaf, malas bebenor nak bukak. Yeah I'm twitterian now, not facebooker lagi dah haha. Mungkin sebab twitter ni senang kot, tak renyah macam facebook. Yeah !
Alang alang dah tau aku ni twitterian, hah apalagi follow la. Takkan cegat saja macam patung kan. Haha oke follow dulu, malas nak backlink so korang search lah @CheekMien95. Mention kalau dah follow dan nanti aku follow balik. Alang alang makan nasik biar sampai kenyang, follow jugaklah instagram aku. Haih aku dah canggih oke sekarang. Yeah big applause please muhehehee :3 Follow @cheek_jasmine di instagram
Apa lagi nak suruh follow ya, tadop dah :D Haa, nak story sikit pasal hari ni. Petang tadik ayah aku compete dalam karaoke competition yang berlangsung di SKKN sempena karnival mesra belia apa entah. Yeah tak dapat juara! Haha sakai -.- But at least dapat hamper dapat air dapat sumi, aku dapat kau dapat ke? Haha :P
Apapon congrates to my beloved father because you have been able to reach the final competition. Eh bukan senang nak terpilih top bape entah dari berpuluh tu kan. Dapat hamper pon oke la kenyang aku :3 haha. Baru minggu lepas dapat hamper jugak, hadiah saguhati pertandingan karaoke, eh belom habes cekelat hari tu dah dapat yang baru. Untung lah tak kena beli, jimat :P
Niat tu nak jugak la bubuh barang seekor dua gambar dalam ni tapi apakan daya. Aku mencintai MALAS aku lebih dari aku mencintai RAJIN ku. So tengoklah nanti nanti kan, bila mood buang tebiat rajin aku datang aku letaklah serangkap dua gambar. Malas nak transfer masok dalam netbook. Haih ni yang payah ni bila netbook mesti takdak bluetooth :3
So thats all :) Chill up and happy always. Pada insan yang masih baik hati kot kot terbaca post aku ni, thanks a lot to you guys :* I know my blog is boring -.- and I'm bored also with this blog haha :'3 So you guys pray for me. Hope I will get those good mood to make this blog better with excellent post and some few renovation okeh ! Eh, amacam aku speaking? haha #OhMyEnglish :3
And also, tolong doakan semoga permohonan aku ke Maktab dan mana mana IPT berjalan lancar dan aku berjaya harungi sesi temuduga dengan jayanya. Maklomlah nak jadi cikgu sangat kan so kena lah hadap interview, alahai lemah betol :'3
Well, till we meet again. Eventhough I don't even know when that time will come but yeah, pray for it ! :D
Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,
Hai :') Dah lama jugak tak update. Blogger tak tegar camni lah, kalau ada story gagah la nak menaip update kat belog ni. Kalau takde harap maaflah, memang habibat semulajadi bertandanglah gamaknya kan :3
Naseb baik jugak belog SS je, haha so tak risau sangat kalau followers lari ke ape ke sebab belog ni takde tujuan pon. Ah dah bapa kali asyik ulang ayat sama ja -.-'
Nevermind, lupakan. Sekarang ni makin cepat je masa berlalu. Makin hari makin ketaq dok tunggu keputusan permohonan aku. Dapat kat manalah agaknya :3
Cuak siot. Makin hari makin rasa nyesal sebab aku just apply for TESL. Course lain ciput sangat je aku apply. Asyik terpikir, boleh ke aku nak bawak course tu sampai habes :') Makin takut pulak nak pikir. Selalunya yang apply for TESL ni English memang kaw kaw punya cekanglah. Aku ni pulak? Haih tak tau nak cakaplah. Boleh gagah je kot -.-"
Tambah-tambah bila dah apply for education, mesti kena interview dulu. Alahai, cuka doo! :3 Communication is one of my weakness. Series talk lah, memang awkward gila bila nak communicate dengan orang ni. Itu baru kira cakap Melayu dah tak ketahuan dah, ni English pulak. Alahai memang suckss la :3
Eh eh, macam banyak pulak English word dalam post ni. Haha. Nak practice lah ni :3 Nak tengok macamane otak aku nak susun ayat sikit-sikit kan. Kalau yang sikit dah failed, yang berjela yah kirim salam rindu buatmu je lah :'D
Apepon, aku harap dapatlah kat mana-mana satu tempat yang aku apply. Benda tak tahu kita boleh belajar. And all the lackness, we can improve it slowly okay? Heheh :D
Well, till we see again then. Love who read this. Auwmm :* haha
P/S : aku dah makin ketagih dengan IMINGLE di facebook. Haha siot si Iffah Syamimie tulah yang buat aku addicted kat app tu. Comel giloss kot. Haha, kedek kedek je mende alah tu jalan, lari joget-joget. xD
Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,