Hai korang korang yang membaca (kalau ada), lamanya tak update ! I am too busy right now, maklumlah sekarang dah week 8, as student memang week yang sangat hectic and tiring, sangat sangat sangat penat dan stress. Okay taknak buat introductory paragraph berjela, nak cerita ni mai dok dekat dekat :)
Sabtu, 18 & 19 Januari 2014, aku dan kumpulan 3 kerja lapangan subjek Hubungan Etnik dah berlepas ke Rawang menaiki jet UPSI. Takdelah bas je saja nak gempakkan cerita. Kitorang pergi untuk menjalankan kerja lapangan merangkap assignment kitorang untuk subjek ni. Tempat dipilih ialah Rumah Kasih Sayang Hikmat Baitul Mahabbah, which is rumah untuk anak-anak yatim yang bertempat di Rawang. Nak diringkaskan, sepanjang dua hari kitorang kat sana, macam-macam jugak yang kami kena hadapi. At first sampai je kat situ semua muka terkejut, sebab anak-anak yatim yang keluar were like from babies and 12 years-old. We were expecting bigger kids to be handled but yeah, they are too small ! Semua muka memang terkejut dan macam, eh macamana ni, dengan segala plan and games yang dah dirancang siap bawak kayu hoki bagai nak kasi bebudak ni? Even kayu hoki tu lagi besar dari dorang.
Tapi dah nak buat macamana, plan diteruskan jugak. At first memang susah gila nak handle. They are too hyperactive ya Allah. Buas sangat, walaupun semua comel gila. Aku ni pulak takda pengalaman dengan budak-budak so rasa cepat je nak menyirap. Tapi usaha sabarkan jugak sebab yelah, dorang ni anak-anak yatim kan, kitorang pergi nak hiburkan, happykan dorang so semua pakat tahan je sabar layan kerenah, maklumlah budak-budak. Cerita panjang pon malas rasa so why not kita just tengok je gambar-gambar yag dah di snap sepanjang kat sana ok tapi sila paham, nak letak tak banyak gambar sangat and pastinya semua gambar tu ada aku di dalamnya :P
BEFORE BERTOLAK AND SEMASA PERJALANAN
SESAMPAINYA DI SANA DAN SEPANJANG AKTIVITI
|
Rumah Kasih Sayang Hikmat Baitul Mahabbah, Rawang |
|
Majlis perkenalkan Fasilitator :) |
LAST DAY, GOTONG ROYONG AND PENUTUP
Nak letak semua kenangan yang dah disimpan dalam kamera, memang takkan cukup ruang :') Kerja lapangan ni is one of the best memory ever happen to me and I'm sure, to all of us. Dapat peluang untuk gembirakan anak-anak yatim yang kecik-kecik ni, Allah, aku bersyukur dapat peluang ni. Sangat sebak bila pikir keadaan dorang, kecik-kecik dah takda ayah, takda mak, macamana dorang nak tempuh masa depan. Ya, they are special, very special. Adik-adik, akak doakan korang semua berjaya dalam apa saja yang korang buat untuk masa depan korang, belajar rajin-rajin, jadi anak yang soleh solehah dan ingat Allah selalu ada dengan korang. Dua hari bersama, walau mula aku rasa annoyed dengan perangai dorang yang nakal, tapi malam ni aku rindu, aku sebak, rindu nak tengok dorang lagi, and I hope aku dapat peluang tu lagi. In Shaa Allah, panjang umur ada rezeki kita jumpa lagi sayang-sayangku, adik-adikku :)
Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)