Assalamualaikum and hi! Lama betul blog ni dipinggarkan daku. Haha. Lama tak menaip sampai blur sat nak tulis pabenda tapi rasa rindu nak menaip.
So how's life? Mine is doing fine so far. Baru habis midsem break sebenarnya. Otak ni macam masih bermalas malasan di rumah. Pergi kelas rasa macam zombie berjalan. Dengan baru baik demamnya hah suara dah sikit tertransform nak acah ella. Haha.
So balik cuti tak pergi mana. Bosan! Tapi okaylah jugak, balik pergi kedai mak pergi kedai ayah. So I helped my dad dekat kedai lah, doing my old works kan. Rindu kot nak menumis sup bakso, perap ayam goreng kentang bancuh air semua tu. Tapi pergi pun tak banyak sangat dah kerja nak buat since my dad has few workers already so depa buat keja depa lah kan aku pi jadi cashier ja lah.
Masa mula balik tu macam agak kekoklah dengan kawankawan yang rapat dekat situ. Seriously depa tengok aku macam tak pernah kenal aku. Sentap jugaklah. Padahal sebelum ni dok melawak dengan aku lawan karom duet sesama. Tapi the next day sebbaik it got better. Ayat biasa yang akan kena: budak pandai, budak jauh dah balik, berlagak. Bebai jugak aku, sapa yang kerek dengan sapa la ni? Aku pi sana sebab rindu kat hangpa kot tapi hangpa tengok aku senyum pun dak kuang hasam betoi. Nasib sat ja kalau dak nahaih la.
Seminggu cuti tu tak rasa apa. Klikpokklikpok (ni bunyi kelip mata nah) habih dah cuti tak dan nak merasa. Baru nak manja sikit ngan mak dah kena balik sini. Homework assignment takyah tanya memang bawak balik saja ja. Semua pun sama, group kelas tu malam isnin baru aktif balik pakat tanya ada kerja apa haha.
So, aku dah tak tahu nak tulis apa. Haha. Macam banyak benda, macam tak ada benda. So nevermind lah. I'm doing well, I'm doing fine. Doakan aku pulih, doakan aku tenang. Itu je. Next time jumpa lagi, bye :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)