5 Jun 2013

Better Accepting Than Regreting



Holla, hai, halo, hello, dan yang seangkatannya. Mood aku dah kembali normal. Tahniah aku ucapkan kepada diri sendiri. Big applause to me. Ha ha ha hambar 

Well, better accepting the fact rather than regreting something that had happened right. Now aku dah boleh sesuaikan diri. Alone in Universiti Pendidikan Sultan Idris. Maybe sebab dah habes orientasi so dah tak stress nak rushing segala bagai. Big applause again please.

Nak pikir pasal balik? Harap maaf lah. Kau tunggu je depan rumah aku, raya ni je kita jumpa. Sekarang memang tak lah. Next week dah start class, aku satu benda tak prepare. Aku datang bawak baju je banyak, kamus buku buku dang sedara mara beliau sehelai pon aku tak bawak. Bagus sangat perangai aku kan. Boleh dapat mata merit dah ni, akhlak terpuji :3

Dan yang jadi mangsa, cousin aku lah. Naseb lah ada jugak kerabat aku duduk dekat dekat kan. Kerabat lah sangat. Dia jelah talian hayat aku. Nak harap parents datang nak bawak beli barang? Gila kau, lusa aku start class kemarin dulu dorang dah kena rempit ke sini :3 Kesian kan.

Wah betul mood baik ni, panjang jugak aku taip. Dan pasal blog ni, dah lama tak aktif. Dah outdate. Bukan tarikh tamat dah, tarikh tunggu lupus yang paling layak. Rasa nak join segmen kot. Dah lama tak berblog walking sambil follow blog orang yang cun tuh kan. Blog aku ni memang la orang jeling pon taknak. Nak follow pikir 1000 kali. Oke gebang. Maybe sebab aku jarang update so orang malas nak follow sebab takdak faedah pon.

Lepas ni nak cari segmen lah. Oh lupa nak cita pasal roomate aku. Aku duduk Kolej Ungku Omar. Satu rumah ada tiga bilik. Satu bilik dua orang. Kira housemate aku 5 orang. Dua dari Pahang. Sorang dari Perak. Dan roomate aku orang Johor.

Sebab tu jangan lah herap sebab apa aku ber Aku-Kau pulak dalam blog ni kan. Dah terpengaruh ke cik Jas oih, habeh nanti bahasa Pedu yang aku sanjung agung tuh kan. Tak sanggup aku. Kekadang terkeluar jugak loghat Pedu aku. Hahaha. Tapi kena control lidah aku biar gemalai sikit, takut dorang pakat lawan nganga pulak tak paham. Nak rujuk kamus dewan memang lah tak jumpak ayat Pedu tu.

Dah la malas dah nak merapik. Nak tidor bai. Assalamualaikum. Keep Happy :)


Quote of the day :')
Accept the truth even it hurts you, and might turn
your heart into pieces </3

Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)