Home About Facebook Twitter Ask.fm Kawan.r

14 Apr 2014

Kenapa


Kadang-kadang, aku terfikir sendiri. Kenapa ya, susah sangat nak paksa hati kita untuk lupakan hal yang menyakitkan kita. Kenapa ya, hati kita kadang-kadang kita rasa dah kuat, dah sado orang kata, but on the next day, kita akan rasa lemah semacam, dan akan rasa sakit semula. Kenapa ya?

Menaip, sebab aku perlu meluahkan apa yang terbuku. Bila diluah dalam doa, itu menenangkan aku. Tapi kadang aku rasa aku perlu luahkan apa yang aku rasa, bukan melalui lisan tapi melalui nukilan. Tapi, manusia akan menilai. Itu salah satu keburukan bila kita meluah dengan cara ni. Aku pon tau benda tu, tapi, aku masih rasa ini adalah salah satu cara untuk aku buang rasa beban, berat, sebak dalam hati, kenapa ya?

Kadang-kadang, aku rasa aku dah mampu tersenyum ikhlas dengan semua yang aku pernah lalui. Tapi kenapa, kadang aku rebah semula. Rasa sakit tu, dok mai ketuk bagi salam kat hati aku ni. Kenapa ya?

Sebab aku tak faham diri aku sendiri ke. Mungkin. Kadang aku sendiri keliru dengan diri aku. Aku nak sesuatu, tapi kadang aku rasa aku tak layak untuk sesuatu benda, maka Allah jauhkan aku dari benda yang aku nak. Tapi bukankah kita perlu berusaha, tapi kenapa ya, hati ni kadang rasa ragu. Aku keliru. Kita hendakkan sesuatu maka kita disuruh berusaha. Tapi ada lagi satu kenyataan, kita perlu melepaskan sesuatu jika kita dah berusaha tapi jalannya buntu. Aku keliru. Aku perlu bersabar dan berusaha lagi, atau aku perlu mengalah. Sedangkan aku tau, kalau sesuatu sudah ditakdirkan untuk aku, suatu saat ia akan kembali semula pada aku. Tapi kenapa hati ni degil sangat, payah sangat nak hadam hakikat ni. Kenapa ya?

Kenapa ya, aku mudah sangat rasa sedih. Mudah sangat rasa lemah dengan semua benda yang menguji aku. Walaupun jauh di sudut hati aku meyakini yang ada hikmah semuanya. Tapi dalam jalan aku bersabar mencari hikmah tu, kenapa hati ni masih nak mempersoalkan apa yang terjadi. Hati, kenapa ya?

Kadang aku rasa, aku sebenarnya dah boleh terima apa yang ditetapkan untuk aku. Tapi kenapa bila aku duduk sorang-sorang, aku masih nak rasa sedih bila teringat semula rasa gembira yang aku pernah rasa. Aku mengingati rasa gembira, senyum dan tawa. Tapi, kenapa aku bersedih. Sedangkan semuanya pernah membuatkan aku ketawa. Tapi kenapa saat aku ingat semula, aku rasa sedih pulak. Kenapa ya?

Kenapa ya, bila kita menyayangi seseorang, sama ada dalam diam atau terang-terangan, kita akan payah melupakan. Sedangkan kita tahu, ikhlasnya rasa sayang tu, terbukti bila kita mampu tersenyum melihat orang yang kita sayang, tersenyum, walaupun bersama orang lain. Tapi kenapa ya, mulut kita melafazkan rasa gembira melihat orang yang kita sayang gembira walau bukan dengan kita, tapi dalam hati kita, jauh dalam hati kita, kenapa perlu ada rasa sakit dan cemburu. Kenapa ya?

Kadang rasa dah boleh terima semua sebagai kenangan. Tapi, kenapa ya, bila teringat, rasa masih nak menangis. Kenapa lemah sangat. Kenapa hati berat melepaskan. Walaupun aku sedar satu hakikat tentang jodoh. Walaupun aku sedar, kalaupun aku masih bersama dengan orang yang aku sayang, tapi suatu saat kalau dah tertulis memang tak ada jodoh antara kami, lambat laun aku perlu terima kenyataan tu jugak. Dan satu lagi berkaitan jodoh yang aku sendiri yakin selama ni, walau jauh mana berpisah. Walau apa yang jadi, kalau dah nama jodoh, at the end tetap akan bersama. Aku sedar. Aku sendiri yakin semua tu. Tepi hati, kenapa kau masih nak berdolak dalih, nak rasa berat dan terbeban dengan semua ni. Kenapa ya?

Jawapan dia mudah. Sebab aku, manusia. Mungkin sebab aku, terlalu leka. Jadi Allah hadirkan ujian untuk tarik aku semula. Ya, aku tau. Aku, tak sebaik mana, masih mencari jalan tu. Terima setiap kali diuji. Tapi, bila diuji dengan perasaan, mudah je aku lemah. Perasaan tu, Allah yang hadirkan. Bagi aku indah. Bagi aku, kegembiraan. Tapi saat ni, aku rasa aku dah kuat, tapi saat berikutnya, aku jatuh semula. Kadang Allah hadirkan seseorang, untuk mengajar kita sesuatu. Kehadiran seseorang tu, mengajar aku untuk menghargai rasa sayang. Mungkin sekejap. Tapi bila Allah tarik semula, aku tewas dengan perasaan sendiri.

Sejujurnya, aku tak boleh nak lari dari kenyataan yang aku ni kaum hawa, yang ada hati dan perasaan yang lembut. Selama ni aku sembunyikan semua tu di sebalik gelak dan tawa aku. Selama ni aku bangga dengan diri sendiri, sebab aku rasa aku jenis yang kuat hati dan mental. Tapi bila diuji baru aku sedar yang aku tak kuat mana. Lemah. Terlalu lemah rupanya aku. Jadi, aku perlu bangkit.

Dalam usaha nak melangkah, aku tetap tak boleh halang diri aku dari toleh ke belakang. Toleh untuk tengok semula apa yang aku pernah tempuh. Apa yang aku pernah ada. Allah yang tahu, bagaimana rindunya aku dengan semua tu. Sayang. Satu rasa yang Allah hadirkan dalam hati aku untuk dia. Jauh dalam hati aku, aku tau walau lepas apa yang terjadi, rasa tu, sikit pon tak berubah. Walaupun aku sendiri sudah meragui hati dia yang dulu pernah aku curi katanya. Masihkah sama. Atau sudah terhapus semuanya.  Aku tak tau. Walaupun perit. Dan pedih, bila kita pendam semuanya dalam diam. Melihat dari jauh. Mengharap dari jauh. Tapi bukankah berdiam itu lebih baik. Aku tau. Aku sendiri sedar Allah sedang merencana sesuatu. Tapi kadang-kadang aku rasa geram dengan hati sendiri, yang selalu tak sabar nak cari hikmah yang tersembunyi tu. Aku paksa diri untuk menjadi matang. Mungkin aku belum cukup matang.

Aku akan cuba untuk pegang dengan apa yang mak pernah kata. Biar apa yang jadi, apa orang buat kat kita. Sabar. Sabar. Jangan sesekali balas balik. Jangan sesekali kita buat benda yang sama kat orang. Kunci dia, sabar. Sabar. Tapi, kali ni bagi aku lain. Sebab aku rasa, aku juga sebenarnya yang menjadi pendorong kepada benda ni. Ya, salah aku jugak sendiri. Sebab awal-awal lagi aku mengalah. Mengalah dan memberi ruang, walaupun masa tu takdir memihak kepada aku. Tapi, aku terburu-buru. Sedangkan masa tu, peluang tu milik aku. Tapi aku, aku sendiri yang lepaskan. Maafkan aku. Maafkan aku. Maafkan aku, sebab rasanya, aku yang memaksa sehingga takdir yang mulanya berpihak pada aku, berpaling. Maafkan aku, maafkan aku untuk itu. Maafkan aku. Sebab aku seolah memutuskan keputusan yang perlu kau ambil, tanpa bagi ruang untuk kau cakap apa sebenarnya yang kau maksudkan dengan soalan tu. Maafkan aku. Maafkan aku untuk itu. Aku betul-betul menyesali semua ketidaksabaran aku waktu tu. Saat aku lepaskan kau hanya kerna satu soalan seringkas tu yang baru sekarang aku sedar, hanya soalan untuk bertanya. Tapi aku yang lepaskan kau. Aku. Aku. Maafkan aku, sekarang, aku sendiri tanggung penyesalan tu. Sangat menyiksakan.

Sebab tu jugak, hati ni rasa berat. Ya sebab tu. Tapi aku pujuk hati, yang semua ni dah dirancang dan ditetapkan. Dan aku jugak yakin, satu saat, andai takdir tu memang tertulis untuk aku, kita akan berjumpa semula, dalam cerita yang sama, situasi yang berbeza, tapi memegang watak yang sama, malah lagi hebat dari sebelumnya. Allah tau apa yang Dia nak buat kan, jadi, hati, kenapa ya perlu nak resah. Kenapa dan mengapa. Jangan persoalkan wahai hati. Sabar. Sabar sayang. Ingatilah pemilik hati yang mutlak, baru kita akan tenang. In Sha Allah.







Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)