Hai ! Nak menaip nak menaip. Haha. Lama jugak tak bukak blog, lama ka? Lama la jugak. Well baru balik dari Kedah kemarin dulu. Dekat seminggu jugak balik sebab kelas takda kan so apa lagi ambik la peluang balik. Kali ni, lain sebab aku heret sekali si Mariana tu balik rumah aku. Sebab dia pon tak pernah gi Kedah katanya so apalagi, ni la masanya nak terokai Kedah. Ceh
So balik ja rumah, tak banyak sangat aktiviti pon haha. Nasib la Mari ikut aku balik, memang asyik terperap dalam rumah je lah dah aku ni bukan kaki berjalan. Dan tambahnya sebab mak ayah kerja, dan motor aku tinggal kat Upsi so payah sebab nak kena berebut motor dengan adik aku. I ngatkan balik boleh naik motor baru ayah aku tapi motor dia tak sampai lagi rupanya.
Tapi ada jugak aktiviti yang aku bawak Mari buat. First, bawak dia lepak dengan kawan-kawan aku lah. Menyicah garam belacan tak ingat dunia. Gelak sana meroyan sini. Mari gelak ja tengok. Aku tau dia bukan paham sangat kami cakap apa. First pon dia dah kata yang cara aku cakap dekat rumah lawak and pelik. Memanglah, aku kat rumah aku hantam bahasa Kedah-Pedu aku la, mana nak keyel keyel dah macam kat sini. Dah bawak lepak tu silalah paham tahap mereng gang aku ni. Maka terjebaklah Mari untuk berselfie bersama kami. Bukan di ruma bukan di dapur bukan di toilet tapi di tengah bendang. Nah ambik nak sangat tengok sawah padi katanya si Mari so aku bawak turun tepi bendang, selfie. Tengah kilat dok sabung menyabung tu boleh kami dok pi diri tengah bendang dok selfie. Cari nahas. Aku belanja sekeping gambar sebab tak transfer, paham-paham la, aku dan malas mana dapat dipisahkan.
|
Mari kata : Gila ah kengkawan kau, sporting gila.
Yes. Depa gila. Sebab tu jangan tanya
mengapa aku begini. |
Memang sepetang lepak, asyik gelak. Haha. Mari malu je konon. Padahal aku tau yang dia sebenarnya tak paham sangat apa yang kami cakap. Tambah lagi cakap laju macam bullet train, memang nganga la. Kawan-kawan aku pulak memang jenis rabung, apa lagi riuh rendah. Haih rasa nak balik lagi. Rindu :(
So seminggu kat Kedah mana lagi ya. Hah ! Aku bawak dia gi D'Aman Park. Tasik Darulaman kat Jitra. Lepak-lepak tepi tasik sambil makan KFC. Tapi ni aku pergi ngan family, sebab keluar beli barang kat Alor Setar so balik singgah situ bawak Mari jejalan. So nak jadi cerita, aku ajak adik aku sewa buggy. Aku kata tak kira kali ni aku nak drive ! Berebut pulak dah, so bagi can kat adik aku bawak. Time tukar turn, excited gila. Tapi macam biasa aku takut sangat nak tekan minyak. Macam ayah aku kata masa dia ajar aku bawak keta, kaki tu takut nak tekan minyak bila keta tu nak jalan. Tekan pi la bukan keta ni nak terbang. Hah, kena sound sekali ngan ayah aku pedas hot and spicy punya ayat. So aku tekan minyak, serious tak sama macam bawak keta. Sebab dia punya pedal minyak tu panjang semacam and kaki aku tak sampai -.-
Dok tekan rasa habis dah tapi tak jalan-jalan. Last-last kena duduk hujung kusyen. Sadis. Time bawak menatang tu, mulut aku tak berenti potpetpotpet suruh orang tepi. Hangpa tau dak ni driver lulus kelas seminggu ja. Aku hantam ja pulas stereng nanti tak langgaq hangpa aku kona masuk tasik menyelam cari ikan guna buggy. Jangan main-main. Haha. Sampai kena perli dengan satu group jejaka-jejaka (sangat) sebab aku gelabah. Memalukan. Tobat nahu dah tak mau bawak pas ni. Nak belanja satu gambar? Takyah, nak tau visit insta aku cek kat sana search : JasmineJifri. Poyo kan aku
Memang enjoy jugak sebab balik kali ni aku ada kawan. Kalau dak, balik asyik dok lawan tengok hang aku dengan adik aku, cemuih aih. Pastu bawak Mari gi tempat kerja ayah aku. Pi mengail. Pi kutip buah pelam. Memang gaya excited kami tengok buah pelam tu macam time hangpa tengah kelaparan tetiba ada orang bagi ketupat palas cecah dengan serunding ayam. Camtula. Lapar pulak dah :3
Lastly, malam last mak aku bawak kami pi swimming pool. Mandi kolam renang dalam hujan pukul 8 malam. Bila lagi nak gila ye dak? Bawak pulak si Bayah, memang mood gila habih. Meroyan dalam kolam renang, nasib hari tu resort takda orang sebab malam kan, mana ada orang nak mandi kolam malam-malam kat situ, aku ngan adik aku ja selalu buat gila. Lawan berenang lawan selam. Tak menahan si Bayah asyik buat back-flip. Mak aku geleng kepala tengok. Nampak ayu tapi, back-flip baq hang.
Almost a week habiskan masa kat rumah. Terpaksa balik sebab ada kelas hari Rabu. Tu pon kalau ikut balik Isnin sebab cadang nak naik train, tapi tanya tiket takda just ada hari Rabu. So terpaksalah bonda dan ayahanda terchenta hantar. Dah la balik depa ambik, nak balik semula depa pulak hantar. Patut la selalu aku kena cop anak manja -.-
Balik Upsi bawak buah pelam seguni aku rasa. Dalam sekelip mata, semalam semuanya habes. Laku betul. Kalau jual dah jutawan aku, boleh beli unta sekor naik gi kelas takyah dah nak kerabat bas Kiffah. Hiperbola. Tapi agak menyakitkan hati, sebab kitorang balik sebab kelas start on Wednesday and we're supposed to have replacement class on Thursday and Friday. Selasa malam tu dah sampai lambat, pastu dapat tau kelas Rabu pagi cancel,tinggal kelas petang. Then ok lagi, kelas petang pulak extend ke pukul 3. Esoknya gi kelas, masuk kelas lambat, and ada test untuk Translation1. So kelas sejam je. Then tetiba, out of the blue, out of sudden, suddenly and as fast as lightning (tak tau apa kaitan last idiom), lecturer cakap yang there will be no replacement class.
Peh. Berderau darah I. Like, you told us to come back on Wednesday, just for this one hour test? Peh. Peh. Peh. Kalau ku tahu begini, akanku sambung bawak buggy tambah 3 hari 3 malam lagi kat tasik, rasa dah pro dah test JPJ lulus terus. Kalau tak, dah 10 hari kitorang cuti. Alahai. Sabar. Sabar. Ya, semuanya bersabar sambil tersenyum sinis pada hari yang indah itu. Lepas kelas apa lagi, ramai cabut balik semula. Aku memang takla sebab tak berbaloi kan, so okay masa dihabiskan dengan memakan buah pelam. Tapi nasib jugak dia suruh submit assignment on Friday, ok at least ada satu sebab untuk menghilangkan ke-hulk-kan.
So, hujung minggu dilalui dengan penuh tenang, kot? Nasib lah sem ni assignment tak banyak. Boleh kata, tak da assignment pon. Masa cepat sangat terbang. Lagi 3 minggu, dah habes sem 3. Then cuti sem dalam seminggu je, terus masuk sem 4. Sedihnya hidup sebagai special sem student ni. Short belaka. Aku pon short.
Eh by the way, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu dan jugak Selamat Hari Guru buat semua ibu-ibu dan guru-guru. Especially my lovely mom and my teachers. Thank you, for all your help and guidance. Thank you for all your support and criticism, which have turn me to who I am now. Semoga Allah membalas semuanya, dengan kebaikan di dunia dan di akhirat, In Sya Allah. Anda insan-insan yang telah membantu saya mencorak masa depan, melangkah menuju cita-cita. Jatuh bangun, anda dihadirkan oleh Allah untuk membantu saya. Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Rindu pulak dekat Ustaz Abdullah bin Din, dan Ustaz Azmy Ibrahim. Dua orang cikgu yang selalu potpetpotpet bagi nasihat. Tambah Ustaz Mie, ada saja benda dia nak potpet kat aku. Rindu nak gaduh ngan Ustaz Mie, nak buli dia dalam kelas. Haha, rindunya nak balik zaman sekolah, zaman kegemilangan rempit. Eh.
Potpetpotpet banyak mana pon, lama-lama letih jugak. Haha. Biasala tu. Manusia biasa kan. Merungut ja keja. Aku la tu. Haha. Alhamdulillah atas semuanya. Merungut ja kan, cuba bawak bersyukur banyak-banyak sama. Ok see again next time ! I'll see you in another ten days, when I'm older ! Have a nice day, peeps ;)
Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)