1 Mei 2014

Bosan




So hai ! Nampak tajuk so paham-paham aku nak menaip sebab terlalu bosan. Sampai hati kan kengkawan aku semua pakat nak balik minggu ni. Bella dimaafkan sebab kenduri abang dia. By the way congratulation Bella's brother, barakallahulakumawabaraka alaikuma wajama'a bainakuma bilkhair. Haa sila nyanyi lagu pengantin. HAHA. Melepas la kami. HAHA gurau ok gurau. Semoga masjid yang bakal dibina tu akan sentiasa mendapat rahmat Allah S.W.T dan berkekalan hingga ke jannah nanti :)





Ok fine tetiba nak masuk bab kawin, apa salahnya. Ok pastu Wanie pulak taktau la kenapa tetiba balik. Punya semangat aku nak ajak dia pi kelas tadi, dok kalut nak bisik. Aku balik katanya. Kelas pagi tak pegi cis jeles ok jeles. Pastu Mari pon balik jugak. Tak tau lah apa halnya dia balik. Mus pulak balik sebab gi interview SPA. Yana pon ! Semua kalut nak balik. Semua balik. Dalam rumah ni pon Masmira balik, Shidah pulak balik esok. Minggu ni minggu balik sedunia ke camna?

Ok so bermastautin lah aku dalam bilik seorang diri. Bosan tahap cipan. Cuti minggu 4 hari, memang alamatnya aku terperuk dalam bilik ja la. Takda sapa nak sembang. Takda sapa nak buli. Tak sapa aku nak potpetpotpet. Sedih gila gaya. Padahal ada ja kawan-kawan lain. Tapi tu la, kawan mana nak sama dengan kawan baik. Kan? Apatah lagi roommate. Ok fine, aku dengan Yana rapat gila sekarang. She's getting better than before so, so far so good, dan aku rasa aku berjangkit perangai dia yang banyak cakap. Ok bai

So bila duduk sensorang ni, ni yang aku tak suka. Sebab mudah sangat nak layan feeling tangkap syahdu tangkap leleh meleleh leleh cheese leleh hingus meleleh. Tak suka betul. Haih, kadang aku pon sebenarnya ada rasa fedup dengan diri sendiri. I was like, what's wrong with myself. Asyik nak layan feeling. Kadang aku buat tak peduli, dengan banyakkan mengomel dekat Yana. Haha, tahan je lah perangai aku. Kadang dia kata aku gila -.- Sebab kejap-kejap macam ni, kejap-kejap gelak, kejap-kejap macam tu. Haha, aku pon tak tau sebenarnya apa yang aku buat.







Tetiba teringat. Hari tu Yana mengigau menyanyi lagu English. Haha. Penat gila aku gelak. Mementang la budak English kan, sampai mengigau pon nak nyanyi lagu English. Ok penat gelak aku pukul 3 pagi ambik kau tetiba ada orang menyanyi. Ingatkan apala, rupanya mengigau. Hahaha ok ok.

So back to the topic earlier. Ok nampaknya aku masih cengeng. Dengar lagu ni, sedih. Dengar lagu tu, lahai sentap. Dengar lagu nu pulak, nak menangis. Tak paham aku. Sampai kawan-kawan aku pon la ni nak buka lagu depan aku tersangatlah memilih, berhati-hati. Haha, kesian depa. Biasalah, orang tengah merawat duka lara terpendam macam tu la.

Dah dekat dua bulan. Ok nampak tak aku kira. Rajin kan. Orang kira berapa hari relay, aku kira berapa hari aku separated. Haa kau ade? Takde kan. But still, masih sama. Tak berubah. Cuma takda la seteruk awal-awal dulu, sampai kadang nampak macam niyang rapik baru lepas lumba kuda, masa awal-awal dulu lah. Sekarang ni dah ok dah sikit. Aku kan kuat. Ok itu semua propaganda untuk diri sendiri. Moto lah kira, nak bagi semangat kat diri sendiri. Kalau bukan aku yang bagi motivasi untuk diri sendiri, sapa lagi kan? Harap kawan-kawan aku meroyan je semua.

So here I am, alhamdulillah, I guess better than before. Cuma kadang-kadang, yes aku hanyut jugak dibuai kenangan. Cewah ayat. Biasa la tu, setiap orang ada kenangan kan. Tambah-tambah lagi pasal orang yang pernah ada dalam hati sendiri. Korang pon takyah nak propa yang korang mampu buang semua kenangan semudah tonyohan Vanish. Percaya pink percaya Vanish. No no tak semudah tu. Dalam kau nak lupakan, makin kau akan ingat. Makin kuat. Hah macamtu lah aku rasa. Satu saat aku tak ingat sangat dah apa yang aku pernah cakap, gelak, usik, marah, dan seangkatannya, dan jugak apa yang pernah aku dengar, aku senyum, semua perkataan, gambar, madah apa semua. Tapi satu saat, semuanya terlalu kuat dalam hati aku, sampai aku akan rasa sedih semula. Not because of the memories, but because I realise, I will never have it again. I mean, with the same person who gave me that feeling.

Kadang-kadang aku akan gelak sorang-sorang teringat semua benda yang pernah ada. Haha, they were so funny actually.There's a lot to laugh when I remember about all the memories I've created with that person. Maybe because we started as friend. Then became good friend. Then, that particular feeling. Then that separated part. And now, stranger maybe? I don't know. Banyak untuk diketawakan. Kalau aku pikir-pikir balik, the only broken part is just when that person chose to give up. Tu je yang dia calarkan hati aku. Calar ke. Yelah, sikit sebab terkilan kan. Benda tak dijangka. Selain that broken part, semua benda pasal dia, to be honest sangatlah menggembirakan untuk diingat semula. That person was perfect as a friend. And with that particular feeling we shared, that person gave his best to me, and that person never hurt me actually. I'm glad for that, because all he gave were actually, interesting and funny to be remembered.






Tapi tu lah, rasa bersalah pulak sebab masih nak ingat semua benda tu. Sepatutnya simpan dalam hati dan doa yang terbaik je kan. Tapi takpelah, tu kira pengalaman. Tipulah kan kalau aku kata aku tak rindu semua tu. Memang penipu besar.Tapi, merindu sebagai kenangan jelah. Nak tak nak aku kena jugak move on. Walau sebenarnya memang aku taknak move on, tapi, buat apa terus nak sakitkan diri sendiri merindu pada kenangan yang tak mungkin kembali, kan? Lagipun orang kata, belum tentu orang yang kita ingat, kita peduli, akan ingat kita jugak so just accept that things have changed. Haa ayat tu gramatis. Sasterawoman. Ok kenangan lagi di situ. Tapi kan, kadang-kadang rasa bersalah sebenarnya, sebab menaip dalam blog pasal apa yang jadi. Tak ke tu macam menceritakan drama kehidupan. Tapi, at least semua tu jadi coretan pengalaman. Mana tau nanti bila aku dah tua, mata tak rabun lagi la time tu bawak tongkat dengan gaya parkinsen *entah cena eja, nak buka throwback ke kan. Pastu baca-baca aku akan tengok semula, oh macam ni rupanya aku dulu. Zaman bebudak, zaman remaja, zaman tak matang, zaman bercinta monyet, zaman crush-crushan, zaman cintaku untukmu, zaman brokenheart, zaman pascabroken, zaman pemulihan, zaman pembangunan semula dan zaman berdiri teguh bercerai roboh. Banyak gila aku punya zaman.

Aku tengok dia pon bahagia je. Jeles? Ok tipu la kalau aku kata aku tak jeles. Takdela jeles sebab dia bahagia, tapi just jeles sebab bukan aku yang buat dia rasa macam tu lagi. Tau je lah, dulu masa rasa bertaut, cewah, that person made me happy, and I've tried to make him happy. Give and take. But nevermind, aku sendiri pon kalau buat pilihan, mesti akan pikir apa yang terbaik untuk diri aku, dan jugak terbaik untuk diri orang lain, dan yang penting, semua orang akan happy. Dan nampak dia happy, so ok lah tu. Sekurangnya dia buat pilihan yang akhirnya happykan dia. Kalau dia tak happy memang aku nak marah lah. I don't let him go just to see him suffer ! Kalau dia tak happy, aku akan rasa lagi bersalah dan terbeban sebab aku gave up mula-mula. so now dia dah happy, sekurangnya aku takkan ada rasa bersalah sebab aku gave up. Well maybe akan ada yang sedih jugak, tapi kita ikut keputusan majoriti, kata rakyat negara demokrasi? So yeah, kadang-kadang tu, sometimes, kadang-kadang, cemana nak cakap. Ada jugak rasa sedih tu sebenarnya. Ok jujurlah, sedikit marah dengan apa yang jadi kan. Pastu mulalah hati aku nak pertikai itu ini. dulu macam tu macam ni, sekarang apa dah jadi. Macam-macam lah, yelah kadang-kadang terikut perasaan kan.






Bila jadi macamtu mulalah nak jadi niyang rapik semula. Berserabai. Haha. Roommate aku je paham. Haha. Tapi, the best thing to do is pujuk hati sendiri yang one day, aku akan jumpa sebab dan hikmah untuk semua yang jadi. Pujuk je lah. Takpon dengar lagu Ella ke Awie ke boleh aku menjerit. Sekali lagi roommate jadi mangsa untuk mendengar aku menyanyi. Haha. Tapi sekarang pon aku boleh pikir something. Kita tau yang Allah takkan uji aku luar batas kemampuan aku. Sebab Allah tau aku lagi kuat untuk terima semua ni. Aku yang sebulan mencipta kenangan pon dah meroyan macam ni, bayangkan kalau saudari yang di sana, yang lagi lama, kena hadap macam ni, mesti lagi teruk, kan? Ok ok dah nampak satu sebab kat situ. So, keputusan yang dah diputuskan semuanya adalah rasional dan hipotesis diterima akal. Haha.

I'm just glad that I can actually feeling much better. Yes, I've been struggling all by myself. And of course kawan-kawan sangat membantu. Nak pujuk diri sendiri untuk terima semua dengan ikhlas tu sebenarnya lagi payah dari kita nak nasihat orang lain yang alami benda yang sama. Aku pon, dulu kemain kalau ada kawan yang broken heart, aku punya nasihat pongpangpongpang macam Tanyalah Ustazah, time kena kat diri sendiri nah hambik kau, tersungkur menyembah bumi. Ok hiperbola. Betullah orang kata, kita takkan faham sesuatu situasi, selagi kita sendiri tak hadap benda tu. Aku buat tak peduli je. Aku gelak huhahuha macam aku dah ok, tapi dalam? Pandai-pandailah sumbat baldi dalam hati.

Cuma tu lah, hati ni, bukan senang nak bagi orang sana sini. Dulu aku dah pernah serik, tapi that person buka hati aku. Tapi things turn wrong, and now aku jadi makin serik. Aku dah tak berani rasanya nak rapat dengan orang. So, the best thing is, kita fokus study lah kan. Tutup rapat-rapat pintu hati. Sapa yang akan buka pulak nanti, bila, di mana, bagaimana, aku tak tau. Sebab Allah yang pegang hati aku. So, biarlah masa yang tentukan semuanya. Orang kata, patah tumbuh hilang berganti. Tapi tetap yang datang, takkan pernah sama dengan yang pergi. Never ever be the same.







Panjang gila entry malam ni. Ni namanya bahana kebosanan. Haaa gitu. So thanks for reading ! If and only if ada orang yang membaca. Remember this, whatever happens, the first thing you need to do is, keep that positive thinking in your mind. You need to be positive in order to survive. Gaya macam aku jadi penasihat untuk kem mendaki Everest je. So when you are positive, you tend to smile and have faith on what's gonna happen in future, what you'll get on what you deserve. And to be patience, and to believe in Allah's plan. If something has meant to be, no matter how you broke, how you fell, wherever you may go, whoever you may be with, one day, someday somehow, the best thing that has meant to be yours, will somehow become yours. And if what you desire do not turn as you wish, you will see, the best thing you deserve, will appear out of nowhere in your life. So, chaiyok chaiyok ! Keep smiling Jasmin, because I'm a strong girl, and I'm stronger than I've ever thought. In Sha Allah. Kita dah besar, kita dah matang. Kalau tak matang, anggap pengalaman ni sebagai langkah mematangkan diri kita sendiri.









Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)