25 Mei 2014

25 May 1995/25 May 2014








Hahaha. So, hai everyone. See the title? So, can I get birthday wishes from all of you? No lah, just kidding, haha. So, today is 25 May 2014. Yes, today is the day. I'm officially turn 19 ! Yes yes, I'm a big girl now. Really really big I tell you, haha. So, this is the first post on my birthday. I guess. Talking about birthday, the same things is just about us getting older, and also our wishes for our increasing age. What else, I don't know.





Thank you for all wishes I got from my family and friends, on Facebook and Twitter as well. This time, I think I got first wishes via text from my brother. Right on 12 a.m. But my mom called me first to wish my birthday. Dah la masa tu dah tidur. Maklumlah kemarin kan ada kem. Dengan paginya tak tidur, bangun pukul 5.30  pagi then busy dengan kem tu sampai pukul 4.30 petang. Balik kem kawan-kawan ajak cycling ke tasik Proton City ramai-ramai main hujan. Dengan mengantuknya, balik malam penat gila memang tidur awal lah cita dia, nasib baik mak call tu dengar.

Then mula la orang wish kat Facebook bagai. Thanks for Facebook reminder. Haha. Then kawan-kawan aku yang gila tu mula buat gila kat group Wechat. Asal ada birthday ja mula meroyan. Mula wish birthday pastu dok sambung sembang pasal Cadbury then tetiba masuk pasal cekelat cium pastu dok cium-cium dalam tu sebab nak tengok hujan emoticon -.-

Birthday kali ni memang tak best lah cita dia. Sobsob. Sebab jauh ngan family. Selalu kalau birthday mula la nak jadi anak manja kan dengan mak ayah, peluk sana cium sini ngan mak ayah. Kali ni sedih ja rasa, sebab dengar wish dalam phone ja. Pastu takleh dah keluar sambut kat luar makan-makan. Aku makan maggie je hari ni walaupun birthday aku. Sadis siot walaupun duit PT dah masuk, kawan-kawan pulak ajak turun KL aku malas sangat sebab penat maka berseoranganlah aku. Eh sedihlah.

Bebel banyak pon tak guna. Kata nak jadi matang so apa ni dok beletiaq banyak Jasmin. So lets get serious, this is my birthday post. So, 25 May 1995 - 25 May 2014. 19 years have passed. 19 years, I've lived my life. 19 years, I've grown up, till this big -.-




So, these 19 years, Alhamdulillah, this day, Allah lets me live to feel this getting older moment. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Thank you Allah, for all You ever gave, give, and will give. Thank you for everything. You know how much I feel grateful for everything, You know how much I feel thankful for everything. Terima kasih, untuk kehidupan yang Engkau berikan. Terima kasih atas semua perancangan, pengalaman dan pengajaran yang Engkau aturkan sepanjang 19 tahun ni. Setiap tahun, apa yang aku harapkan adalah aku dapat mengubah diri aku, menjadi hamba yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Aku mengaku, kadang-kadang aku tewas dengan ujian. Aku tewas dengan nikmat yang diberikan. Tapi satu yang aku pasti, Engkau tak pernah tinggalkan aku sendirian. Alhamdulillah, terima kasih untuk semuanya, wahai pemilik diri dan hati yang hakiki.

19 tahun. Mak yang melahirkan dan membesarkan. Ayah yang mengajar dan memanjakan. Terima kasih, kekasih-kekasih hati. Terima kasih, untuk segala yang pernah mak dan ayah berikan. Dari tapak kaki sekecil tangan, hingga sekarang akak sebesar dan secomel bola ini. Terima kasih untuk semua kasih sayang yang tak pernah kurang, malah melimpah ruah. Terima kasih kerana sentiasa memanjakan akak. Terima kasih untuk segala perhatian yang tak pernah kurang, dari segala segi kehidupan, dari akak kecik, sampai sekarang dah besaq gajah, perhatian yang tak pernah kurang. Terima kasih untuk segala sokongan, dari segala aspek, mental, fizikal, kewangan dan segalanya. Terima kasih sebab sentiasa percaya dengan kelebihan dan kekurangan akak. Terima kasih sebab tak pernah putus mendoakan kejayaan akak. Terima kasih, sebab sentiasa ada waktu akak gembira, waktu akak sedih, waktu akak gila, haha. Maafkan semuanya, sepanjang 19 tahun ni, kalau ada salah silap, termerajuk melebih, termintak bukan-bukan, terkasar, tertinggi suara, termengada, termenyusahkan, termemeningkan, termenyakitkepalakan, dan pelbagai lagi ter dan kan. Now, I'm nineteen. Besaq dah sebenarnya, tapi perangai kadang-kadang macam budak-budak lagi, biasalah, sapa suruh mak beranak sanak pompuan sorang ni ja, hehe. I'm typing this with tears rolling down, because right now, you are not here with me, to see your little girl, growing older a year. Sebelum ni selalu sekali, tapi kali ni, dok tak sekali dah, nak balik tak boleh sebab tak cuti. So sebab dah tua lagi setahun, I should grow mature. Mom and dad, I'll try my best, to be the best daughter. Akak akan cuba sehabis baik, untuk jaga nama mak dengan ayah yang akak bawak dari jauh, sepanjang hidup, tak kira kat mana akak berada dan kemana akak akan pergi nanti. Terima kasih, untuk 19 tahun bersama. I love you, so much.

Friends. Memang kita tak kenal untuk 19 tahun. Haha. Tapi sepanjang persahabatan kita, terima kasih untuk semuanya. Terima kasih sebab sentiasa ada untuk buat aku gelak. Sentiasa buat aku marah. Dan sentiasa buat aku beletiaq kat hangpa macam-macam. Sebab sentiasa ada untuk bagi nasihat aku, untuk buat keputusan, time aku putus cinta ke. Haha. Time aku gelabah tak hengat. Time aku terlampau relaks like nobody business. Time aku gelak tak ingat dunia. Time aku menyanyi melalak bila stress. Time aku punya silent mode on. Time aku rasa nak makan cheese cake. Time aku meroyan nak ais krim. Time aku kalut pasal jerawat kat muka aku. Time aku teringin nak makan macam-macam. Time aku menggila nampak cekelat. Time aku punya kasut lekang. Time aku addicted to game sampai jalan tak hirau benda sekeliling. Time aku punya sarcastic mode melanda. Time aku meloyar buruk. Time aku menjawab dengan jawapan yang tak rasional. Time aku malas nak buat apa-apa. Semuanya lah. Sebab mak dengan ayah aku jauh, aku ada hangpa. Dari sekolah menengah, aku dah biasa hidup jauh dari mak ayah dan time tu masa aku diisi dengan hangpa, kawan-kawan aku. Sekarang pon, lagi jauh ngan mak ayah. Aku ada kawan-kawan baru, tapi kawan-kawan lama sentiasa di sisi aku, walaupun hanya dalam wechat. Terima kasih, sahabat.

19 tahun aku hidup. Macam-macam aku lalui. Macam-macam aku tempuhi. Aku belajar macamana rasa gembira. Aku belajar macamana rasa sedih. Aku belajar apa erti stress. Aku belajar nilai dan erti ketawa. Aku belajar menilai erti setitis air mata. Aku belajar apa rasanya bahagia. Aku juga belajar apa rasanya menderita. Aku belajar menyayangi. Aku juga belajar, erti disayangi. Aku belajar erti kehilangan. Aku juga belajar, beratnya menanggung walau sedikit penyesalan. Aku belajar bagaimana menghargai sesuatu sebelum semuanya hilang. Aku belajar erti kemenangan. Aku juga belajar pengajaran dalam setiap kejatuhan. Aku belajar bagaimana untuk tersenyum dalam keperihan. Aku belajar bagaimana menyembunyikan tangisan dalam setiap gurauan dan tawa. Aku belajar untuk kuat setiap kali aku rasa aku lemah. Aku belajar untuk positif, setiap kali aku rasa aku tak boleh nak buat sesuatu yang di luar kebiasaan aku. Aku belajar untuk kawal rasa marah setiap kali ada yang menguji kesabaran. Aku belajar untuk sentiasa ceria, supaya kawan-kawan sekeliling, lihat aku sebagai seorang yang sentiasa gembira dan positif. Aku belajar bagaimana memaafkan, setiap kali ada yang terkhilaf. Aku belajar untuk sentiasa meminta maaf, sekiranya ada melukakan. Aku belajar bagaimana beratnya memikul tanggungjawab. Aku belajar bagaima payahnya mendidik hati, melindungi hati, dan mentabahkan hati dalam setiap perkara. Aku belajar untuk yakin dalam setiap ketentuan. Aku belajar mempercayai perkara yang di luar batas akal. Macam-macam lagi, aku lalui, aku belajar dari setiap yang aku lalui. Dari aku kecik, remaja, dan sekarang, eh still remaja lagi. Haha.





Terlalu banyak. So kesimpulan, 19 tahun ni, dah macam-macam aku lalui, dan Alhamdulillah, saat ni, Allah masih bagi aku peluang untuk aku terus hidup dan memperbaiki diri. Untuk diri, keluarga, kawan-kawan, dan In Sha Allah, untuk agama aku sendiri. Banyak lagi yang aku akan tempuhi, In sha Allah jika panjang umur. Dan aku harap, aku akan kekalkan sikap positif yang ada dalam diri aku selama ni, dan aku harap aku berjaya untuk buang sikit-sikit sikap negatif yang ada. Bagi yang mengenali diri aku, terima kasih sebab terlibat dalam hidup aku, secara langsung ataupun tak, terima kasih sekiranya ada disisi aku, walaupun pernah atau masih. Terima kasih untuk segala pengalaman. Dan, aku mintak maaf untuk segala kesilapan dan kekurangan aku. Kalau ada yang perlu ditegur, tegurlah hati ke hati. Kalau rasa perlu untuk dimarah, marahlah kaw-kaw. Kalau ada yang perlu diperbaiki, bimbinglah. Jika ada yang memusuhi, maafkanlah, lapangkanlah. Jika ada yang masih terasa, aku mintak maaf semaaf-maafnya. Dan yang wish semoga panjang umur dan jugak ketinggian tu, terima kasih walaupun macam nak tembak ja rasa haha. So, now, hello ! I'm Jasmin and I'm officially a 19 years old girl ! Nice to meet you :)




Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)