Home About Facebook Twitter Ask.fm Kawan.r

8 Okt 2014

Semester Break's Here





Hai people ! So, Selamat Hari Raya Aidiladha walaupun dah berapa hari lepas. How was your raya? Must be good right, especially yang beraya sakan ngan family kat rumah. Walaupun kesian dekat sorang dua yang beraya kat kampus. Haha jangan ingat tak ada. Kawan aku contohnya. Tu lah Emeer, sapa suruh kau asal dari Sabah sana kan dah tak balik. Tapi sebenarnya sebab dorang ada paper. Haha

Semester break has started. Kali ni agak lama, sebulan lebih jugak. So memang membulatkan diri je lah keje kan. Awal balik raya semua pakat kata aku dah surut (kurus) sikit jelah. Takleh belah sampai makcik aku sendiri tanya, ni anak sapa tak pernah tengok pon. Amboi makcik menipu. Rasa macam terperli pon ada. Haha podah. Padahal dalam hati seronok. Sepanjang aku hidup ni kali pertama makcik aku kata aku dah kurus sampai over tak kenal. Terharu seketika. Tapi datangnya raya mengusir jauh kegembiraan. Baru tak sampai seminggu aku duduk rumah, aku sudah terasa seolah olah kembali menjadi bola. Alahai lantak kau lah badan malas aku nak pikir -..- Dah asyik letak makanan depan aku, mana bisa ku butakan mata! Lalu Alhamdulillah perut diusap kekenyangan seperti ular sawa. 

Wani kata : Don't worry kita gemuk bersama. Lalu si Yana menyahut gembira : Aku tidak lagi keseorangan. Tengkorak betul budak budak ni. Sumpah rindu. Haha. Baru seminggu tak jumpa. Dah rasa macam lama sangat aku tak membuli. Ingat si Yana sampai menangis sebab aku cakap aku dekat majlis tunang aku. Aku kena tunang paksa. Padahal tunang kawan mak aku. Dia kata dia kesian kat aku sebab kena paksa, sampai nak wechat mak aku katanya. Terharu pon ada bila dia kata, aku taknak tengok kau menangis lagi weh. Yang si Yana ni pon sampai musim bendul dia tu memang tahap tak hengat sampai menangis tersebak, terbantut selera nak makan dokong katanya. Padahal aku dengan Bella dah terbahak gelak sebab pakat nak menipu si Yana. Hahahahaha.  Tapi memang terharu, sampai menangis kawan aku sorang tu hanya sebab kesian bayangkan aku kena paksa ngan family. Sabor je lah aku dengan kebendulan dia yang bermusim tu.




Sambil baca dengar dengar. Sebab rindu dekat kengkawan
so dengar lagu ni buat hilang rindu.



So sebulan cuti, buat mende je. Aku, sebab sebulan ni memang membuta je kat rumah so dipaksa rela oleh bonda Gee untuk pergi ambik lesen kereta. Baru pegi daftar. Mak aih. Mahal tak hengat. Dengan tambah modul la mende akak tu merepek tadi. Kena buat statik lain then ada laluan S laluan Z apa benda pon tak tau. Pastu mula la mak nak potpet kata aku dulu takmau dengaq kata dia. Kalau ambik lepas SPM dulu murah la sikit pastu takde la menyusahkan nak statik semula la apa semua. Ok bonda ok mengaku salah, tapi semuanya berhikmah what. Cewah dan dan. Tapi takut jugak nak ambik lesen kereta ni. Bab kena perli konfem dah. Siap dah kena.


 " Takut tak nampak jalan depan ke? "
" Jangan lupa letak lapik atas kusyen tu "


Peh panas je rasa. Haha. Aku ni memang la pendek tapi ok je nampak. Yang lagi pendek dari aku pon boleh bawak kereta, ni pulak aku. Berlagak gila. Haha padahal memang masa mula aku try bawak keta mak aku tu, aku tak nampak pon -.- Tapi relekslah ye dak. Orang lain boleh takkan aku tak boleh. Walaupun memang time aku bercakap dengan orang aku kena mendongak sampai lenguh tengkuk aku kadang kadang, especially cakap ngan Jayson -.- Come on. Self esteem is the most important part. Asal yakin je mesti boleh punya lah. Tapi kalau apa apa terjadi dekat keta tu, jangan salahkan aku lah. Dah nama pon budak baru nak ambik lesen kan. Harapnya sempat la dapatkan lesen masa cuti sem ni. Nak jugak rasa mendongak bawak keta. Ni kawan kawan aku yang lain semua asyik pulas stereng aku dok start moto kadang hidup kadang tak lagi.

So, didoakan semoga semuanya dipermudahkan. So lepas ni boleh la merasa bawak keta takyah nak merempit lagi dah. Pastu for sure akan jadi driver. Wajib punyalah, sebab tu kemain si Yana, Wani dengan Bella tu menyuruh aku ambik lesen. Diri sendiri taknak gi ambik. Podah punya kawan kawan. Nasib baik sayang. Ok, daa ! Enjoy this song











Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)