Home About Facebook Twitter Ask.fm Kawan.r

13 Nov 2014

HARAPAN



Hi guys. Long time no see. Agaklah kan rasanya baru bape minggu je tak update blog ni. Maklumlah internet tak berapa kaya. So hope our life is going well and better.

So actually next week dah nak masuk semula UPSI. Cuti sem is coming to its end. And I'll continue my life as a busy student again. As a semester 5 student or yes can be called as a senior. Result for last sem, Alhamdulillah, rasa terubat sikit sebab dapat naikkan pointer yang jatuh tersungkur masa sem 3 dulu. And yeah, everything is being quite well for me.

So motif is just, next week cuti dah habis. But right now, our family is facing something tough. Tok aku pulak tiba tiba pengsan dalam tiga hari lepas and she is warded. At first okay lagi. And I thought she was not in a serious condition. But today, she was transfered to Hospital Sultanah Bahiyah and masuk ICU. Tak sedarkan diri. Semalam mak aku yang stay hospital tunggu and tetiba pagi tadi lepas dia balik makcik aku called and cakap suruh datang cepat sebab tok dah tak sedar and takut tak sempat. Masa mak aku cakap kat aku tu, aku still mamai and macam, haaaa. Blur.

So terus pergi Alor Setar and tok aku still dekat kecemasan in red zone. Sepupu aku cakap masa dia masuk tengok tok macam sedar jugak sikit and doktor tengah cek itu ini. So red zone ni kena masuk sorang sorang kan. So mak ayah aku pon masuk tengok dulu. Then ayah aku keluar cakap, kak nak masuk tengok tok ka. Pergi la masuk tengok.

And that time aku macam. Terkelu. Aku diam and diam. Aku jadi celaru nak masuk ke tak. At last aku tak masuk tengok pon. Sebab aku tau kalau aku masuk, memang konfem sebak sangat. Sebab katanya pasang wayar apa bagai. I know that feeling. I've experienced it twice. Arwah tokwan, and tok sendiri masa dia pernah koma dua tahun lepas.

Ingat lagi masa masuk tengok arwah tokwan. Sebak hati. Rasa macam sakit sangat tengok keadaan dia. Orang yang selama ni bergurau dengan kita. Membebel tak berhenti. Bergelak ketawa. Marah kita. Tetiba kita tengok dia dalam keadaan macam tu. Aku memang tak boleh nak tahan. Sakit sangat nak tahan air mata, nak tahan rasa sebak. Sebab aku jenis nak tunjuk muka rileks. Muka kuat. Tapi dalam hati, sakitnya tahan rasa sebak tu. Sambil nak kekalkan muka senyum, muka kuat. Dah jenis perangai macam ni. 

Masa arwah tokwan kritikal dulu, aku tengah nak PMR. Aku rapat gila dengan tokwan. Dari kecik, sebab mak ayah aku sibuk so memang aku dengan adik tok dengan tokwan belah mak aku ni yang jaga sebab rumah dekat. So memang dah terbiasa sangat aku mengusik melawak dengan arwah. Cuma bila makin besar, makin sibuk dengan hal sendiri. Jadinya jarang dah nak balik jumpa walaupun rumah takde lah jauh mana. Duduk pulak asrama. So masa arwah tokwan mengejut sakit terlantar koma tu, aku macam shock gila. Tiba tiba semua gelak, marah, bebel dia hilang. And masa aku masuk tengok dia dalam ICU tu, rasa macam sakit sangat nak tengok orang yang selama ni asyik mengusik aku, membebel kat aku, mengikut je apa yang cucu cucu dia nak. And masa tu aku rasa macam, ya Allah ruginya masa yang aku tak cari untuk luangkan masa dengan dia. And masa orang kafankan arwah tokwan, masa cium dahi dia for the last time tu baru aku sedar yang, that was the first time I've ever kissed my grandfather. To show that I really love him. It was my first time. And it became the last time and chance for me too.

Dengan tok pulak, aku kurang rapat. Rapat tapi tak serapat dengan arwah tokwan. Tapi lepas arwah tokwan takde, aku cakap kat diri aku. Cari masa untuk tok. Jangan sampai nanti dia takde baru aku nak rasa macamana aku rasa waktu arwah tokwan takde. So I tried. But we grew up right. Tak dapat nak lari dari sibuk. And masa tengah SPM first paper, tok aku masuk ICU. Koma. Dekat dua bulan kitorang berkampung dekat hospital. Masa tu. Memang takut sangat sebab macam takde harapan. Masa masuk melawat. As expected. Aku memang tak boleh nak tahan rasa sebak tengok wayar sana sini. Sakit rasa nak menangis. Tapi muka tetap cool macam takde perasaan. Tambah pulak bila masuk tengok, selalu dorang galakkan untuk kita bercakap. Sebab walaupun koma, dorang boleh dengar apa yang kita cakap kan. Aku teringin gila nak cakap dengan tok masa tu. Nak suruh dia kuat. Nak suruh dia bangun. Anak cucu dia tunggu dia bangun. Tapi aku ni memang bukan jenis nak menunjuk atau nak cakap apa yang aku tengah rasa. Apa yang aku tengah pikir. So tiap kali masuk tengok mesti aku diam je. Tengok macam takde perasaan langsung. Padahal dalam hati. Berperang.

So ni kali kedua tok warded. And kali ni. Entahlah. Sebab mengejut tetiba kena transfer ke Alor Setar and ICU pulak. Doktor pon mak aku kata macam tak bagi harapan dah. So kitorang just tunggu and doakan yang semua akan okay. Tapi tadi mak aku buka cerita. Sepanjang sebulan ni, mak aku, pakcik aku, and makcik aku, semua mimpi arwah tokwan balik. And semalam masa mak jaga tok, masa dia tengah sedar sedar sikit tu, mak aku tanya kenal dia tak. And tok cakap kenal. Pastu mak cakap kat tok, maafkan semua anak anak. Kalau ada terasa. Kalau ada terdendam. Maafkan. Lepas tu mak aku kata, tok jawab pelan ja. Tapi lepas tu dia senyum. And senyum. Mak tanya tok senyum kenapa. Tapi dia tak jawab. Lepas mak balik pagi tadi, terus makcik aku call cakap tok dah tak sedar.

Aku harap semuanya dipermudahkan Allah. Kalau panjang umur tok, semoga dia diberi kesihatan dan kekuatan. Ajal maut, semua dah ditetapkan, kan? Kita hanya mampu berusaha yang terbaik. Saat ni, aku rasa bangga sangat aku ada dalam keluarga ni. Walaupun ada bergaduh sesama sendiri, tapi masing masing, lapan beradik termasuk mak aku, menantu menantu and cucu cucu, semuanya berpegang dengan tanggungjawab untuk seorang mak. Untuk seorang nenek. Masing masing jaga tanggungjawab tu. Termasuk mak aku sendiri. Walaupun dia sendiri tak sihat. Dia sendiri tengah lemah tapi, tanggungjawab seorang anak tu. Mak tak pernah lupa. Ayah pulak, sebagai menantu, tetap ada and peduli dengan semua keadaan. Aku sendiri takut, andai suatu saat aku tak mampu jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang anak, sebaik mak dengan ayah aku. Aku harap aku dijauhkan dari sifat lupa diri sampai lupa mak ayah walaupun suatu saat nanti aku akan jumpa kejayaan hidup aku. Nauzubillahiminzalik. Semoga kita dijauhkan dari sifat tu. 

Aku selalu harap yang mak ayah aku dipanjangkan umur and dikurniakan kesihatan sampai hari tua dorang. Sampai usia tua, waktu tu aku pulak yang jaga dorang. Aku nak dorang berenti dari semua kerja keras yang dorang buat selama ni untuk besarkan aku.  And andai satu saat aku jumpa jodoh, aku harap jodoh aku tu akan terima dan layan mak ayah aku macam mak ayah dia sendiri. Macamana mak dengan ayah aku. Aku tak boleh nak tidur sebab asyik pikir apa yang akan jadi esok, berita apa yang aku akan terima. Dulu sehari sebelum arwah tokwan takde, aku pergi melawat and masa tu aku rasa berat sangat nak balik asrama. Rasa taknak balik asrama. Rasa tak senang. And esoknya waktu perhimpunan cikgu panggil nama. Masa tu, memang aku agak dah apa yang jadi.

And kali ni, aku harap kami akan terima berita baik. Macamana dua tahun lepas, masa kami tengok tok dalam keadaan yang teruk. And katanya takdak harapan. Tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah tok sedar, bangun. And kali ni aku harap benda yang sama akan terjadi. Mohon doa dari kalian. Semoga semuanya bertambah baik. HARAPAN memberikan keyakinan dan kekuatan. Semoga semua tabah. InShaAllah, semua akan baik :')



Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)