Home About Facebook Twitter Ask.fm Kawan.r

26 Nov 2014

Sayuran



Hello fella. So how are you doing? Mesti baik kan. Semoganya baik sentiasa. Good then. Ok. Motif sesaje sebab aku tetiba rasa macam eh apa khabar la blog aku tu. Lama tak beramah mesra berkunjung kunjungan dan bertanya khabar. Propa mesti ada padahal baru seminggu je aku rasa aku punya last entry. But nevermind sebab tujuan memang aku nak meraban malam ni.

Sayuran. Sebenarnya takde kaitan pon. Disebabkan one of the most annoying thing in the world is to think of a title for your blog post. Kalau kau post memang ikut peristiwa sejarah negara kau tahu la kan nak letak tajuk ape. Merdeka ke raya ke puasa ke. Ni dah kalau saja nak menaip takkan nak hentam tajuk sejarah hidupku dan hidupmu kot. Maka terciptalah segala jenis sayuran yang out of the blue muncul dan dinobatkan sebagai salah satu tajuk post. Ok

So dah dua minggu aku start kuliah. As semester 5 students. And serious cakap. Sampai sekarang otak aku ni tengah dok landing umpama honeymoon di Hawai sana lagi. Tak berfungsi lagi. Aku masuk kelas kosong aku keluar pon gagah la ada satu point masuk dalam otak. Yang lain memang entah pape je aku dah belaja sepanjang dua minggu ni. Subjek pulak semuanya mak aih memang menggalakkan penternakan jerawat dengan jayanya. Paling stress sekali of course lah writing. Dari tadika sampai sekarang nak menulis pepanjang ni lah yang paling aku malas sekali. Kalau macam menulis tanpa arah tujuan macam kat blog ni ok lah lagi, tapi nak berfikir secara saintifik spesifik puitis dan gramatis tu, memang tak dapat nak lawan raja malas tu. Tapi nak tak nak memang lah kena hadap. Tambahnya ni dah last sem kot. Lepas ni practical then graduate. Mak aih cepatnya masa. Rasa macam tak ready lagi nak melangkah ke alam seterusnya. Buat diploma pon aku dah macam nak gila. Degree. Master. PHD. *sigh

Tapi buat apa nak risau sangat dengan benda yang belum jadi. So pikir je apa yang kita tengah buat sekarang. So memang sekarang tengah struggle for final year and final sem lah kira. Sebab next sem dah tak kat sini. Entah ke mana aku nak merempat buat practical pon aku tak tahu. Tak pikir lagi pon. Rasa macam nak gi keje dekat kedai makan mak aku je. Speaking ngan mak jadi la. Haha. Memang English supposed to be sangat open lah kan kau nak buat pilihan. Tapi bila pikir balik, memang ye ke ada tempat yang 100% akan guna English. Mesti ada cuma aku pikir, macamana aku nak survive pulak. Aku ni dah la merangkak tergagap gagap lagi aku punya English. So memang tersangatlah malas lagi nak pikir. Kalau boleh taknak pikir taknak pergi practical. Haha. Banyak songeh.







Sambil meraban tu dengar lagu sikit so tak serabut sangat nak baca. So. Entahlah. Aku tak tahu la kenapa aku rasa berserabut sangat sekarang dengan semua benda. Macam takde semangat. Macam takde rasa nak buat apa apa. Parah sangat kot aku ni kan. Kadang kadang rasa macam. Kosong. Kosong je. Aku tak tahu la apa yang aku tengah pikir. Apa yang aku tengah serabut. Aku rasa serabut tapi aku tak tahu mende yang buat aku serabut. Macam ada sesuatu yang aku cari. Sesuatu yang hilang. Kadang kadang jawapan dia mudah je. Mungkin dah jauh dari Tuhan. Lalai sangat. Sibuk sangat dengan itu ini. Kan. Hmm.

Sometimes the best way is to follow the map that leads us to something that we really need. Tuhan. Kadang tu kita tak sedar yang kita sebenarnya dah jauh hanyut. Sebab terlalu pikirkan kalut dengan kerja, dengan study. Itu. Ini. Macam macam la. Betulla, nak berubah mungkin agak senang. Tapi nak istiqamah tu, sangatlah payah kalau kita ni tak bersungguh and tak tetap. So. Sedarkan diri cepat cepat.

Ok lah. Rasa macam nak je meraban keluar bumi jelajah bulan lalu kuak kupu kupu dalam lautan hindi tapi esok kelas awal. Mengantuk tapi malas nak tido. See masalah betul budak ni. Nak tido pon malas. Memang serabut. Kikiki. Goodnight and sleep tight mak and ayah. Rindu you guys so much and semoga mak cepat cepat sihat. Tok pon dengar kata dah ok sikit alhamdulillah so mak cepat cepat sihat biar semuanya sihat. Nah satu lagi lagu. Baru dengar lagu ni and macam best jugak leleh gitu. Choi asyik nak jiwa je. Takdelah. Good song catch your heart ape. Lagu ni best untuk karaoke jamban. Ok bai.







 

Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)