Heart beats fast colours and promises. How to be brave? How can I love when I'm afraid to fall. Bla bla bla bla one step closer....
Third week in UPSI and I'm just counting for my mid semester break. Tak sabar nak balik duduk rumah selama seminggu dan merehatkan otak. Lagi berapa hari je lagi. Bawak bersabar. Bawak bertenang.
In life. We learn from everything. Bukan setakat dalam kelas je hadap muka cikgu yang kadang bengis kalah naga dan ada yang menyengih sokmo mengalahkan kerang. But from every single things. Every single creation that exists. Kita belajar dari benda benda sekeliling. Batu. Air. Angin. Awan. Kura kura. Semut. Rama rama. Jiran sebelah rumah. Jiran satu rumah(?) Jiran belakang atas bawah. Makcik kafe. Driver bas kiffah. Pemotong rumput. Kipas angin. Semuanya lah. And one of it, pengalaman.
As I looked through all the experiences I've experienced before, banyak benda yang macam aku kena belajar balik dari segala kebangangan yang pernah wujud dulu. Kesilapan kesilapan. Atau pun benda benda positif yang mungkin dah hilang dari diri sendiri. Tengok balik. Dulu aku ni macam ni macam tu. Sekarang. Aku begini begitu. Reflect. Why. Why I did that and this.
So bila aku reflect balik. Dan aku tengok balik apa yang aku lalui sekarang I was like. Serve me right. I deserve to be in particular situation because of things I used to do back then. Pernah tak kau terfikir setiap kali ada orang buat salah ke dengan kau. Buat kau sakit hati ke. Apa yang kita nampak, dorang buat salah dekat kita. They are guilty. Tapi satu benda yang rasanya kita, ok maybe aku je, jarang nak terfikir setiap kali ada orang buat aku sakit hati.
"Aku pernah buat orang sakit hati macam tu ke dulu?"
Soalan tu. Rasanya jarang sangat kita nak tengok kesalahan diri sendiri. Apa yang kita pernah buat. Sebab apa yang kita nampak pada masa tu, dia buat salah kat kita so dia bersalah so tembak je. Tapi kita takkan pernah terfikir kenapa. Kenapa benda tu boleh jadi dekat kita.
Kita pandai je asyik dengan penuh motivasinya kata what comes around goes around. You'll get what you've given to the world. Kau buat kau akan kena balik. Hidup umpama roda and bla bla bla yang seangkatan dengan dia. Tapi takdenye kita akan reflect and pikir semula. Sebenarnya apa yang kita rasa tu, kita sebenarnya pernah buat benda yang sama. Sebijik and sejibik. Mungkin kita lupa atau buat buat lupa.
I've learned that. And I'm really confident now about kifarah since I've tasted it now. Betul. Cepat atau lambat, setiap apa yang kita pernah buat tu mesti akan ada balasan dia. Walaupun kadang bukan niat kita pon. And. Sampai sekarang aku tak mampu nak buang rasa bersalah atas apa yang aku pernah buat dekat hamba Allah ni. Cumanya, aku lega sebab aku dah dapat kemaafan dari dia. Dan aku jugak dah rasa balik sebijik dan sejibik macam apa yang pernah aku buat dulu. Dulu aku mensia siakan. Sekarang, aku tau apa rasanya disia siakan. Lesson learned. And, I'm really glad that he's happy right now the way he deserves. Aku pulak yang terkontang kanting.
Ape pon. That's life. I'm not perfect so I made mistakes. And I've learned, inShaAllah will always try to learn from my mistakes. And I understand, all of us are just imperfect human. Ada lebih ada kurang. Kalau dulu aku persoalkan kenapa aku diuji begitu begini. Tapi bila dah tengok balik masa lampau dedulu. Takde ape yang patut dipertikai. Hanya mampu kata padan muka dekat diri sendiri. Lain kali jangan buat lagi. Itu je.
Tapi yang pastinya setiap benda tu, Allah dah rancang dengan perfect and detail dah. Allah tau dah semua kesan jangka pendek ke panjang ke sebab ke akibat ke. Allah tau dah. And bila aku tengok balik, mungkin kesilapan yang aku pernah buat dekat certain people, semua tu untuk menjauhkan aku dari mereka. Sape yang tau, dalam masa depan aku ni akan jadi beban atau masalah untuk dorang ataupun sebaliknya? Allah tau. Sebab tu Dia pisahkan awal awal. Allah tau semua apa yang baik. Aku yakin dengan tu.
Makanya. Jangan mulakan kesalahan kalau taknak dibalas serupa. Kita taknak orang buat kita tapi kita pulak buat orang. Pa cita? So pandai pandai la. Hablumminannas pon kena jaga kan? Jadi. Maafkan dan meminta maaf. Mintak maaf setiap kali kita tau kita salah. Dan maafkan kalau ada yang buat salah. Baru tenteram hidup.
Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)