18 Dis 2014

Myself



Sambil tu layan lagu ni. HAPPY!


Tajuk kemain skema. Macam nak tulis essay masa first day masuk sekolah menengah. Haha. Ok it's 2.26 a.m. and I'm still awake. Walaupun esok awal pagi dah nak kena bangun sebab ada seminar. Wajib. Haih. Spoil je mood nak bercuti mid sem yang bakal bermula mulai hari Jumaat ini. Yehuu.

Ok again. Myself. No it is not my biodata or what so ever. 18/12/14. Time sure flies. It has been months since everything happened. I'm stuck in my past, till I do not realize that time is flying fast. 9 months. And I am still, wondering around thinking about the possibilities, the chances, mistakes, and regrets. Everything. 

Sumpah. Sape je yang tak penat kan. Asyik asyik nak layan jiwa perasaan. Asyik asyik nak sedih ingat semua. Walaupun aku selalu try motivasikan diri yang everything happened for the best and I'll get the best as I deserve tapi, kadang kadang aku tak dapat nak halang diri aku dari asyik pikir balik semua yang pernah jadi.

Mungkin aku ni just rindukan kenangan yang pernah ada. Ataupun rindukan orang yang pernah ada. Aku pon dah tak tau apa yang aku rasa. Yang aku tau makin aku paksa diri aku untuk lupa, makin kuat semua benda nak ingatkan aku dekat semua kenangan. Semua tu, menyiksakan betul. People said, forgive and forget. Of course. I've forgiven everything. Semuanya dah dimaafkan. Masing masing dah berpisah haluan dan dengan hidup masing masing. Bodoh la aku kalau nak berdendam. Nak marah. Nak sakit hati. Takde faedah untuk diri aku pon semua tu kan. But to forget everything? Senang gila nak cakap. Tapi nak buat. Sape je mampu nak buang something yang pernah buat kau rasa happy, macam tu je. Sekali sekala, mesti akan teringat jugak kan.

Perasaan benci tu, aku tau sebenarnya tak pernah wujud pon. Marah pon, tak ada sebenarnya. Mungkin masih tak boleh nak buang rasa terkilan. Sape je tak terkilan, apa yang kita rancang, apa yang kita mimpi, tiba tiba hilang macam tu je. But of course, kita merancang Allah yang tentukan. Never ever forget that! So, sekarang ni aku dah tak ingat pon apa benda yang buat aku sedih dulu. Aku dah lupa. Aku dah lupa rasa sakit tu sebenarnya. Tak ingat pon.

Tapi yang buat aku sakit lagi teruk sekarang ni, diri aku sendiri. Aku dah tak salahkan sesiapa dah. Aku tau semuanya dah takdir kan. And if people hurt me, intentionally or unintentionally, it is normal. People will hurt you, and you have to forgive everything, because it shows how strong you are. So yang aku salahkan sekarang ni, diri aku sendiri. Myself.

Sebab? Sebabnya orang yang melukakan, dah mintak maaf sejujurnya. I know if he had a choice, he would make everything right again. Apa yang jadi, takkan terjadi kalau kita diberi pilihan. I said okay and we walked on different path since that day. It means I accepted the reality. So sebab tu bila sekarang, aku masih terperangkap dalam kenangan apa semua tu. Bukan salah orang lain dah. Tapi sekarang ni salah diri aku sendiri. Aku sendiri yang ralit sangat, ingat semua benda sampai aku tak boleh nak melangkah ke depan. Tak boleh nak mula cerita baru. Aku yang letak diri aku dalam situasi ni. Bukan dia. Bukan depa. Bukan mereka. Bukan sapa sapa pon. Tapi aku sendiri.

Nak kata tak kuat, tak jugak. Because if I am not strong, I won't be able to come this far. Well, I survived. At least lah kan. Tapi, entahlah. Sebab tu orang kata, kadang kadang kita ni pon tak boleh nak paham diri sendiri. Apa yang kita nak sebenarnya. Itu ini. Semua tak kena. Entah apa aku meraban ni macam hilang idea je.

Ok so honestly, I don't know why I am still stuck in the same place. Aku tak tau kenapa. Almost 10 months. Isn't that stupid. Padahal masing masing dah tak kenal dah. Stranger. Masing masing dah dengan kehidupan masing masing. Dia dengan kehidupan dia. Aku dengan kehidupan aku. But why I can't let go those memories. Walaupun bukan aku tak sedar. Buang masa je nak ingat benda yang dah lepas. Just move on! That's what Bella keep saying to me. Marah betul makcik tu tiap kali aku sedih sebab teringat something. I love you Bella. Tetiba.

Mungkin sebab aku tak boleh nafi yang, there's something different. And  I don't know what is that thing. There's something in those memories that I can't erase. I can't let go. But I don't know what. Setiap kali aku rasa aku dah lupa. Mesti akan ada something yang macam, kedebuk depan muka, ingat balik semua. Selalu macam tu. Sampai kadang kadang aku rimas. Ape bende ni. Aku nak lupa semuanya so tak payahlah nak munculkan benda benda yang pernah berkait. Macamana aku nak lupa kalau gini. Ha gitu la selalu aku marah dekat diri sendiri, sebab tak tau nak marah sape.

And aku nak mula cerita baru. Apa orang kata, tutup buku lama buka buku baru. Bukannya aku taknak. Sape je taknak kan kalau itu salah satu cara untuk buat kau happy, lupa semua yang pernah jadi. Tapi setiap kali aku nak mula je, pastu akan ada jugak benda yang macam tadi, kedebuk depan muka, berkait dengan semua benda yang pernah ada. Terus aku jadi malas. Malas nak start something new. Malas nak rapat dengan orang. Malas nak berkawan. Becauss I feel haunted. And sebetulnya, aku sekarang jadi takut sangat nak berkawan dengan orang. Aku takut nak percaya dengan orang. Sebab ok aku memang jenis cepat jugak nak suka orang. Commonlah tengok orang style macho hensem kau berkenan. Tapi untuk aku nak percaya and sayang. Sangatlah payahnya (but I think it's good,right?)

So bila dah jadi macamni, memanglah. Jadi serik. Trauma. Amboi menipu takdela trauma. Just serik la. Jadi takut nak percaya sapa pon. Sebab nak bagi perasaan sayang dengan percaya tu, bukan ikut suka bagi je sape nak. There's certain qualities in person yang akan buat kau yakin untuk sayang and percaya. So bila kau dah sayang dan percaya, but things go wrong. Memanglah kau jadi takut nak percaya lagi. Sebab kau pernah percaya tapi things ended up differently from what you were hoping. That's why for me, I trust you, is actually bigger than I love you. Sebab once the trust is broken, you will never stop being negative. Asyik nak prasangka. Cewah. Asyik nak curiga itu ini. That's why, percaya, susah nak dapat, lagi susah nak kekalkan tapi sangat senang untuk dimusnahkan.

So lebih kurang gitu la aku sekarang. Nothing change much. Cuma sekarang banyak aku usaha untuk motivate diri aku yang everything will be fine. Something greater is waiting for me. Walaupun payah nak taknak kena lupakan. Cuma ambik masa. Masa tu pulak, tak tentu berapa lama. Ikut orang lah kan tapi dah aku ni jenis gini, memang aku rasa paling cepat pon setahun lah kot. I hope so. I hope soon. Sebab aku pon dah penat sebenarnya. Sebab aku tau aku tak matang lagi. Kalau aku dah matang, aku takdenye nak meroyan feeling feeling camni kat twitter la wechat la, sini pon ye gak dalam blog ni.

So nevermind. 2015 is coming and I'm turning 20 next year. Harap sangat la makin tua makin matang. Lepas ni harap sangat aku tak asyik nak hanyut tenggelam dalam jiwa yang terkontang kanting. Dah masuk 20 boleh berenti dah kot semua perangai tak matang tu. Boleh dah kot terima semua ujian dengan tenang, and hanya mengadu pada Dia je. Bukan sana sini menaip. Kan? Hihihihi aku sedar bukannya aku tak sedar x)

So, ok nak tido. Bai. Untuk yang nak balik bercuti macam aku, have a safe journey and a great holiday! 



Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)