New Trial, New Story
Hi. So today is the last day in 2014. Well, I admit that time flies so fast. Sedar tak sedar, esok dah nak masuk 2015. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je kemarin aku wish new year. Eh esok dah new year pulak.
What to say. 2014 had been a very great-tough year for me, Dalam masa setahun ni, macam macam yang Allah bagi aku rasa. Macam macam pengalaman yang Allah bagi aku tempuh. Tak kurang juga, kehilangan. Well, macam biasa memang setiap kali masuk tahun baru, kita akan mula kata yang tahun sebelumnya banyak benda yang kita belajar bla bla bla. Same thing over and over again.
But for me, 2014, is the most tough year so far. I mean, I managed to get through many things. And mostly, sendiri. Sebab ye lah sekarang ni kan duduk jauh dari rumah. So every single problem, aku belajar untuk settle sendiri, tanggung sendiri. Bertanggungjawab atas perbuatan sendiri. Everything, became the beginning of my independence.
Aku belajar banyak sangat benda. Terlalu banyak. Dan aku bersyukur sangat sangat, sebab semua benda yang pernah datang dan pergi dalam hidup aku, semua tu buat aku belajar untuk menghargai. Buat aku belajar untuk kuat. Buat aku belajar untuk mensyukuri setiap masa yang berlalu. Sebab, masa yang dah berlalu, kita takkan dapat semula. That's why, kita perlu hargai setiap saat yang ada.
Kalau nak tanya azam, setiap tahun pon ada azam. Cuma tercapai atau tidak tu, it depends on us. Tapi untuk aku, I just want to be a better person. Mungkin pada dunia. Keluarga. Sahabat. Kawan. Tapi yang sebetulnya, di sisi Tuhan. Itu je. Cuma kadang kadang, aku ni tak kuat mana. Manusia, selalu sangat tergelincir. Sebab tu, aku selalu doa yang Allah temukan aku dengan orang orang yang baik. Sahabat sahabat yang boleh tegur aku. Bimbing aku. Nasihat aku. Sebab takkan selamanya aku nak di takuk yang lama. Dunia ni, dah tak lama. Kan? Cuma aku tahu, Allah takkan ubah nasib seseorang melainkan dia mulakan langkah tu dulu. Maka, doakan aku tidak lalai hingga abaikan langkah mendekati Tuhan.
And, for those people, sama ada yang pernah ada, atau yang still ada di sisi aku. Terima kasih. aku hargai saat yang korang luangkan untuk aku. Sebab setiap dari kalian, mengajar aku sesuatu. And I'm sorry for any mistakes that I have done, sengaja atau tak sengaja. Moga dimaafkan. Terima kasih :)
So takde benda dah. Semoga semua azam dan cita cita bakal dicapai. Dan semoga Allah buka jalan untuk kita di tahun baru ni. Tutup buku lama, buka buku baru. Kalau pernah jatuh, bangun lagi. Cuba lagi. Kejayaan itu milik orang yang berusaha, bersabar dan bertawakkal. Selamat Tahun Baru, welcome 2015, may you become a better year for all of us
p/s : Wefie sempena hari last 2014 !
Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)