Home About Facebook Twitter Ask.fm Kawan.r

25 Jan 2015

Insomniac



Dear blog. Hahaha. Sangat. Okay macam zaman sekolah dulu dulu, dear diary dear diary. So here I am, writing. Again. Yeay. Ok. This is a life of an insomniac like me. Sekarang dah pukul 4 dan aku masih lagi berjaga, segar bugar fresh freshie. Langsung tak rasa mengantuk. Masalah betul.

Kadang kadang aku pon heran jugak. Kenapa dan mengapa berlakunya gejala insomnia ini. Tambah lagi dekat aku. Walaupun dah berdesing telinga aku asyik kena bebel dengan semua orang. Mak. Ayah. Bella. Yana. Wani. Mari. Baru baru ni Atin pon sekali masuk membebel aku bila dia tau aku tak tido malam. Kalau tido pon lepas subuh baru berjaya nak tido. Sebelum tu jangan harap la, kadang kadang je rasanya aku boleh tido, tu pun paling awal dekat pukul 3 jugak.





Atin kata, "CikMin ni banyak pikir kot sebab tu jadi macam tu. Bahaya tau nanti macam macam penyakit dapat. Tengok ni dah satu penyakit kena pakai spec dah, nanti darah rendah la bla bla bla" dan seterusnya satu group mock meeting membebel aku di malam yang penuh syahdu itu.

Girls, I know. Haha. Bukan aku tak tahu. Ye bahaya kalau tak cukup tido ni. Tapi aku nak buat macamana. Kalau aku tutup fon pon, aku akan pusing kiri pusing kanan, last last dekat pukul 6 jugak aku boleh tido. Kalau hari kelas lagi la, 6.30 dah bangun. Mungkin sebab tu jugak aku selalu tido petang. Memang la dorang kata sebab tido petang la hang takleh nak tido malam. Dah aku nak buat apa? Kalau aku tahan tak tido petang, konon nak bagi badan dengan otak letih so aku akan senang tido malam, tapi bila malam, tetap aku tak boleh tido jugak sampai dekat subuh. Sebab tu la aku tido jugak petang, sebab waktu petang tu aku selalu sakit kepala dah sebab tak cukup tido. And sebab tu jugak badan cepat penat so rakan rakan, jangan amalkan tido petang sebolehnya sebab tak elok !







So sekarang ni pon aku tak mengantuk lagi, jadi aku bukak la Barbie movies. Heheheh. you are never too old for Barbie girls. Layan ape magic magic terbang sana sini tuka baju sekelip mata. Takdelah stress sangat nak nangis nangis macam cerita melayu yang selalunya cliche kau baru tengok 5 minit pertama kau dah boleh predict the ending of the story.

Ok nak tengok Barbie and the Diamond Castle. Ulang ulang dan ulang sebab tak tahu movie apa yang best nak tengok. So, yeah kejap nak letak lagu ni, dulu macam tak suka tapi sejak minat Shila Amzah ni baru terasa kesukaannya itu. Lirik dia deep sakitnya tu di sini, bolehlah layan je la kan banyak komplen pulak diri sendiri suara umpama katak kembong lagi nak komplen haha. Ok bai







Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)