18 Dis 2014

Myself



Sambil tu layan lagu ni. HAPPY!


Tajuk kemain skema. Macam nak tulis essay masa first day masuk sekolah menengah. Haha. Ok it's 2.26 a.m. and I'm still awake. Walaupun esok awal pagi dah nak kena bangun sebab ada seminar. Wajib. Haih. Spoil je mood nak bercuti mid sem yang bakal bermula mulai hari Jumaat ini. Yehuu.

Ok again. Myself. No it is not my biodata or what so ever. 18/12/14. Time sure flies. It has been months since everything happened. I'm stuck in my past, till I do not realize that time is flying fast. 9 months. And I am still, wondering around thinking about the possibilities, the chances, mistakes, and regrets. Everything. 

Sumpah. Sape je yang tak penat kan. Asyik asyik nak layan jiwa perasaan. Asyik asyik nak sedih ingat semua. Walaupun aku selalu try motivasikan diri yang everything happened for the best and I'll get the best as I deserve tapi, kadang kadang aku tak dapat nak halang diri aku dari asyik pikir balik semua yang pernah jadi.

Mungkin aku ni just rindukan kenangan yang pernah ada. Ataupun rindukan orang yang pernah ada. Aku pon dah tak tau apa yang aku rasa. Yang aku tau makin aku paksa diri aku untuk lupa, makin kuat semua benda nak ingatkan aku dekat semua kenangan. Semua tu, menyiksakan betul. People said, forgive and forget. Of course. I've forgiven everything. Semuanya dah dimaafkan. Masing masing dah berpisah haluan dan dengan hidup masing masing. Bodoh la aku kalau nak berdendam. Nak marah. Nak sakit hati. Takde faedah untuk diri aku pon semua tu kan. But to forget everything? Senang gila nak cakap. Tapi nak buat. Sape je mampu nak buang something yang pernah buat kau rasa happy, macam tu je. Sekali sekala, mesti akan teringat jugak kan.

Perasaan benci tu, aku tau sebenarnya tak pernah wujud pon. Marah pon, tak ada sebenarnya. Mungkin masih tak boleh nak buang rasa terkilan. Sape je tak terkilan, apa yang kita rancang, apa yang kita mimpi, tiba tiba hilang macam tu je. But of course, kita merancang Allah yang tentukan. Never ever forget that! So, sekarang ni aku dah tak ingat pon apa benda yang buat aku sedih dulu. Aku dah lupa. Aku dah lupa rasa sakit tu sebenarnya. Tak ingat pon.

Tapi yang buat aku sakit lagi teruk sekarang ni, diri aku sendiri. Aku dah tak salahkan sesiapa dah. Aku tau semuanya dah takdir kan. And if people hurt me, intentionally or unintentionally, it is normal. People will hurt you, and you have to forgive everything, because it shows how strong you are. So yang aku salahkan sekarang ni, diri aku sendiri. Myself.

Sebab? Sebabnya orang yang melukakan, dah mintak maaf sejujurnya. I know if he had a choice, he would make everything right again. Apa yang jadi, takkan terjadi kalau kita diberi pilihan. I said okay and we walked on different path since that day. It means I accepted the reality. So sebab tu bila sekarang, aku masih terperangkap dalam kenangan apa semua tu. Bukan salah orang lain dah. Tapi sekarang ni salah diri aku sendiri. Aku sendiri yang ralit sangat, ingat semua benda sampai aku tak boleh nak melangkah ke depan. Tak boleh nak mula cerita baru. Aku yang letak diri aku dalam situasi ni. Bukan dia. Bukan depa. Bukan mereka. Bukan sapa sapa pon. Tapi aku sendiri.

Nak kata tak kuat, tak jugak. Because if I am not strong, I won't be able to come this far. Well, I survived. At least lah kan. Tapi, entahlah. Sebab tu orang kata, kadang kadang kita ni pon tak boleh nak paham diri sendiri. Apa yang kita nak sebenarnya. Itu ini. Semua tak kena. Entah apa aku meraban ni macam hilang idea je.

Ok so honestly, I don't know why I am still stuck in the same place. Aku tak tau kenapa. Almost 10 months. Isn't that stupid. Padahal masing masing dah tak kenal dah. Stranger. Masing masing dah dengan kehidupan masing masing. Dia dengan kehidupan dia. Aku dengan kehidupan aku. But why I can't let go those memories. Walaupun bukan aku tak sedar. Buang masa je nak ingat benda yang dah lepas. Just move on! That's what Bella keep saying to me. Marah betul makcik tu tiap kali aku sedih sebab teringat something. I love you Bella. Tetiba.

Mungkin sebab aku tak boleh nafi yang, there's something different. And  I don't know what is that thing. There's something in those memories that I can't erase. I can't let go. But I don't know what. Setiap kali aku rasa aku dah lupa. Mesti akan ada something yang macam, kedebuk depan muka, ingat balik semua. Selalu macam tu. Sampai kadang kadang aku rimas. Ape bende ni. Aku nak lupa semuanya so tak payahlah nak munculkan benda benda yang pernah berkait. Macamana aku nak lupa kalau gini. Ha gitu la selalu aku marah dekat diri sendiri, sebab tak tau nak marah sape.

And aku nak mula cerita baru. Apa orang kata, tutup buku lama buka buku baru. Bukannya aku taknak. Sape je taknak kan kalau itu salah satu cara untuk buat kau happy, lupa semua yang pernah jadi. Tapi setiap kali aku nak mula je, pastu akan ada jugak benda yang macam tadi, kedebuk depan muka, berkait dengan semua benda yang pernah ada. Terus aku jadi malas. Malas nak start something new. Malas nak rapat dengan orang. Malas nak berkawan. Becauss I feel haunted. And sebetulnya, aku sekarang jadi takut sangat nak berkawan dengan orang. Aku takut nak percaya dengan orang. Sebab ok aku memang jenis cepat jugak nak suka orang. Commonlah tengok orang style macho hensem kau berkenan. Tapi untuk aku nak percaya and sayang. Sangatlah payahnya (but I think it's good,right?)

So bila dah jadi macamni, memanglah. Jadi serik. Trauma. Amboi menipu takdela trauma. Just serik la. Jadi takut nak percaya sapa pon. Sebab nak bagi perasaan sayang dengan percaya tu, bukan ikut suka bagi je sape nak. There's certain qualities in person yang akan buat kau yakin untuk sayang and percaya. So bila kau dah sayang dan percaya, but things go wrong. Memanglah kau jadi takut nak percaya lagi. Sebab kau pernah percaya tapi things ended up differently from what you were hoping. That's why for me, I trust you, is actually bigger than I love you. Sebab once the trust is broken, you will never stop being negative. Asyik nak prasangka. Cewah. Asyik nak curiga itu ini. That's why, percaya, susah nak dapat, lagi susah nak kekalkan tapi sangat senang untuk dimusnahkan.

So lebih kurang gitu la aku sekarang. Nothing change much. Cuma sekarang banyak aku usaha untuk motivate diri aku yang everything will be fine. Something greater is waiting for me. Walaupun payah nak taknak kena lupakan. Cuma ambik masa. Masa tu pulak, tak tentu berapa lama. Ikut orang lah kan tapi dah aku ni jenis gini, memang aku rasa paling cepat pon setahun lah kot. I hope so. I hope soon. Sebab aku pon dah penat sebenarnya. Sebab aku tau aku tak matang lagi. Kalau aku dah matang, aku takdenye nak meroyan feeling feeling camni kat twitter la wechat la, sini pon ye gak dalam blog ni.

So nevermind. 2015 is coming and I'm turning 20 next year. Harap sangat la makin tua makin matang. Lepas ni harap sangat aku tak asyik nak hanyut tenggelam dalam jiwa yang terkontang kanting. Dah masuk 20 boleh berenti dah kot semua perangai tak matang tu. Boleh dah kot terima semua ujian dengan tenang, and hanya mengadu pada Dia je. Bukan sana sini menaip. Kan? Hihihihi aku sedar bukannya aku tak sedar x)

So, ok nak tido. Bai. Untuk yang nak balik bercuti macam aku, have a safe journey and a great holiday! 



Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

12 Dis 2014

Reality Fantasy cekodok



Pernah dengar tak.
3.a.m. is the moment when everything is the realest. You might get through all day full of laughter. Spending time with friends and your busy life. But 3a.m. will show you, the real feelings deep inside. What you are thinking. What you are hoping. What you are wishing. Yes. 3.a.m. 

And now 3a.m. I'm still wandering around. Thinking everything that passed and will come. Kadang kadang aku pon tak tahu apa la yang buat aku rasa macam, ada something yang aku cari. Yang aku nak. Tapi tak tahu mende. Berat nanang lagu ni.

Aku rasa macam aku berfikir. Tapi aku tak tahu apa yang aku pikir. Aku rasa serabut. Tapi benda apa yang menyerabutkan pon aku tak tau. Chikugunya betul. Dah la esok kuiz. Satu mende tak rasa nak baca. Semuanya sebab kelas malam tadi. Kalau tak mesti aku dah rajin. Cis. Tak habis nak cari alasan.

Tak sabarnya nak balik rumah. Minggu depan je lagi. Seminggu je lagi. Bawak bertenang anak anak. Dalam otak pikir nak balik. Nak balik. Assignment semua langsung tak rasa nak pikir. Padahal punya kemain azam sem baru. No more procrastinate. Toek. First assignment lagi dah procrastinate tahap dewa dah. Belum kira yang lain. Tak sedar diri lagi gamaknya yang sem ni semua courses tersangatlah tough tahap bodybuilder kuasa tiga. Biarkan biarkan. Nanti kalut semua benda baru la nak menyesal itu ini.

Belum kira practical lagi. Tak pikir lagi pon nak pegi practical kat mana. Malasnya. MUET lagi. Lesen kereta lagi. Ya Allah ape bende engko ni Jasmin. Cuba bawak teratur sikit hidup ni. Berterabur je rasa. Kejap letak lagu sebuah nak hilang bosan 







Tapi kan. Hidup ni memang misteri. Ok tetiba je. Aku rasa nak meraban je sebenarnya. Nak naik ke laut lalu turun dan merentas laut merah dalam acara kuak kupu kupu ataupun rerama gergasi. Lalu berhenti di sebelah pokok dan makan aiskrim walls selection perisa salad buah buahan ataupun oreo. Lalu berjalan sambil bermain yoyo ke arah utara tetapi berhenti sebentar di padang pasir melihat unta mengayuh basikal bersama cicak kobeng yang hidup di dalam padang pasir yang tandus tersebut. 

Punah. Dah la. Bosannya. Ok tetiba roommate aku mengigau. Macam macam. Semalam dia punya mengigau. I am so worried right now. Haa engkau. Budak english kan. Tak main la cakap melayu time ngigau. Nak speaking jugak la. Ok nak tulis. Roommate baru aku nama dia Yana jugak. Dulu Yana Natasha. Yang ni Yana Anuar. Budak kelas aku jugak. Aku gigih pindah dari blok 2 datang blok 1. Pendatang haram jadinya. Mau tak pindah. Duduk umpama mawar sepi dikelilingi bunga keladi. Tak tau. Tak kenal sesape. Buatnya tak terjaga nak ke kelas. Naya je sampai kelas kena halau, thank you for coming but get out from my class. So. Pindah. Pandai pandai la nak hidup. Ayok bukan aku sorang je. Ramai yang hidup secara nomad sem ni. 

Pergi tido. Sebenarnya. Tiada apa apa. Ok. Layankan je la. I love you Malaysia tahniah menang against Vietnam. Tapi silakan stop perangai tak cerdik tu. Tengok bola je dia punya emosional over. Live in peace. Bukan ke sabar tu separuh daripada iman.  Ok dah makin teruk. Need to stop. Have a good life, may Allah bless all of us :3




Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

5 Dis 2014

Lesson



Heart beats fast colours and promises. How to be brave? How can I love when I'm afraid to fall. Bla bla bla bla one step closer....




Third week in UPSI and I'm just counting for my mid semester break. Tak sabar nak balik duduk rumah selama seminggu dan merehatkan otak. Lagi berapa hari je lagi. Bawak bersabar. Bawak bertenang. 

In life. We learn from everything. Bukan setakat dalam kelas je hadap muka cikgu yang kadang bengis kalah naga dan ada yang menyengih sokmo mengalahkan kerang. But from every single things. Every single creation that exists. Kita belajar dari benda benda sekeliling. Batu. Air. Angin. Awan. Kura kura. Semut. Rama rama. Jiran sebelah rumah. Jiran satu rumah(?) Jiran belakang atas bawah. Makcik kafe. Driver bas kiffah. Pemotong rumput. Kipas angin. Semuanya lah. And one of it, pengalaman. 

As I looked through all the experiences I've experienced before, banyak benda yang macam aku kena belajar balik dari segala kebangangan yang pernah wujud dulu. Kesilapan kesilapan. Atau pun benda benda positif yang mungkin dah hilang dari diri sendiri. Tengok balik. Dulu aku ni macam ni macam tu. Sekarang. Aku begini begitu. Reflect. Why. Why I did that and this.
 
So bila aku reflect balik. Dan aku tengok balik apa yang aku lalui sekarang I was like. Serve me right. I deserve to be in particular situation because of things I used to do back then. Pernah tak kau terfikir setiap kali ada orang buat salah ke dengan kau. Buat kau sakit hati ke. Apa yang kita nampak, dorang buat salah dekat kita. They are guilty. Tapi satu benda yang rasanya kita, ok maybe aku je, jarang nak terfikir setiap kali ada orang buat aku sakit hati.

"Aku pernah buat orang sakit hati macam tu ke dulu?"
Soalan tu. Rasanya jarang sangat kita nak tengok kesalahan diri sendiri. Apa yang kita pernah buat. Sebab apa yang kita nampak pada masa tu, dia buat salah kat kita so dia bersalah so tembak je. Tapi kita takkan pernah terfikir kenapa. Kenapa benda tu boleh jadi dekat kita.

Kita pandai je asyik dengan penuh motivasinya kata what comes around goes around. You'll get what you've given to the world. Kau buat kau akan kena balik. Hidup umpama roda and bla bla bla yang seangkatan dengan dia. Tapi takdenye kita akan reflect and pikir semula. Sebenarnya apa yang kita rasa tu, kita sebenarnya pernah buat benda yang sama. Sebijik and sejibik. Mungkin kita lupa atau buat buat lupa. 

I've learned that. And I'm really confident now about kifarah since I've tasted it now. Betul. Cepat atau lambat, setiap apa yang kita pernah buat tu mesti akan ada balasan dia. Walaupun kadang bukan niat kita pon. And. Sampai sekarang aku tak mampu nak buang rasa bersalah atas apa yang aku pernah buat dekat hamba Allah ni. Cumanya, aku lega sebab aku dah dapat kemaafan dari dia. Dan aku jugak dah rasa balik sebijik dan sejibik macam apa yang pernah aku buat dulu. Dulu aku mensia siakan. Sekarang, aku tau apa rasanya disia siakan. Lesson learned. And, I'm really glad that he's happy right now the way he deserves. Aku pulak yang terkontang kanting. 

Ape pon. That's life. I'm not perfect so I made mistakes. And I've learned, inShaAllah will always try to learn from my mistakes. And I understand, all of us are just imperfect human. Ada lebih ada kurang. Kalau dulu aku persoalkan kenapa aku diuji begitu begini. Tapi bila dah tengok balik masa lampau dedulu. Takde ape yang patut dipertikai. Hanya mampu kata padan muka dekat diri sendiri. Lain kali jangan buat lagi. Itu je. 

Tapi yang pastinya setiap benda tu, Allah dah rancang dengan perfect and detail dah. Allah tau dah semua kesan jangka pendek ke panjang ke sebab ke akibat ke. Allah tau dah. And bila aku tengok balik, mungkin kesilapan yang aku pernah buat dekat certain people, semua tu untuk menjauhkan aku dari mereka. Sape yang tau, dalam masa depan aku ni akan jadi beban atau masalah untuk dorang ataupun sebaliknya? Allah tau. Sebab tu Dia pisahkan awal awal. Allah tau semua apa yang baik. Aku yakin dengan tu.

Makanya. Jangan mulakan kesalahan kalau taknak dibalas serupa. Kita taknak orang buat kita tapi kita pulak buat orang. Pa cita? So pandai pandai la. Hablumminannas pon kena jaga kan? Jadi. Maafkan dan meminta maaf. Mintak maaf setiap kali kita tau kita salah. Dan maafkan kalau ada yang buat salah. Baru tenteram hidup.



Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,