Home About Facebook Twitter Ask.fm Kawan.r

7 Feb 2015

Leisure



Hello dear blog yang ku cintai lagi ku kasihi. Apa khabar. Aku tanya apa khabar. Aku tanya apa khabar semua. Tetibe kan pengaruh MLM tadi. Awak kat mane awak kat mana eh apa khabar awak kat mana. Berceramuk. Haha

By the way, congrats to the winner. ZERO! and of course to all participants. Especially Sepahtu, and special jugak Shiro, and Bocey. Oh God. Semuanya feveret aku. Sedih Bocey dapat no 5 tapi yang lain pon memang layak untuk juara sebenarnya. Semua hebat, and Nabil, I salute you brother. Memang hebatlah kan kalau engko boleh nak stand up sensorang atas pentas sebesar tu. And Abam comel. and semua best. And, nevermind. Janji semua pon best. Ok ni betul pengaruh ni kan tak pernah rasanya aku nak bercerita pasal benda ni dalam blog.

Takpe sebab malam ni aku rasa nak menaip je bebanyak so apa yang ada nak taip kita taip je. So I'm still here, awake and masih mendengar lagu Bruno Mars, when I see your face... ! and when you smileee. Cause girl you're amazing just the way you are. Yeah

Bosan sebenarnya. Aku dalam bilik ni dah macam lone ranger pon ada. Macam takde roommate pon ye jugak. Kena tinggal lagi malam ni. Sedih pedih betul rase. Nasib aku ni dah biasa, walaupun memang la best bila engko duduk sorang dalam bilik, rasa macam dunia ni ente yang punya tapi, bosan lah asyik duduk je hadap laptop, sebab fon aku bateri gelong tempat cas rosak kena off nak cas guna charger kapit. So keje aku tengok movie, tu pon berbekalkan line wifi yang tahap hampeh tu memang extraordinary luar jangkauan manusia la.


Tetibe muncul lagu kat sini. Haha


By the way aku rasa lega gila dah lepas presentation report Mr. Sasi. Rasanya sepanjang aku buat diploma ni, benda ni la yang aku paling nervous sekali, Aku pon tak tau mende yang aku takut sangat. Mana tak takut, group no 3 present. And maybe sebab kali ni gabung dua group so ramai gila yang tengok time present. And I started with the introduction. But gladly, he said 'Well done' and he didn't ask questions because he said it's very clear. And kawan kawan aku pon kata group aku punya presentation memang best, mungkin sebab slides dia yang sangat kreati, and embarassing too in the same time sebab gambar tu kan but nevermind, as long as I am sure that we did a good job!

So sekarang, lega sikit je lah, tapi sambung stress dengan assignment lain. Allah, rasa macam penat sangat. Malas nak pikir dah rasa, rasa nak bercuti je lelama. Tapi pujuk diri, sabar. Kejap je lagi. Lagi 3 minggu then exam then habes sem 5. Lepastu pergi LI. Rumah sewa pon tak settle lagi. Haih

But, okay, be positive yang semuanya akan okay. Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu. Kan? So I am a very positive person now, wow! Haha. Perasan jugak aku memang positive gila sekarang, ape pon mesti aku akan kata, aku boleh buat. Allah akan mudahkan. Aku boleh. Boleh so just relax and keep going.

Okaylah sambung dengar lagu. Dari jauhh ku berlari, mengejar mimpi mimpi. Hmm, semoga semuanya dipermudahkan. Hadiah terbaik untuk seseorang adalah doa, kan? Moga kita kuat, walau bagaimanapun kita diuji. Moga kita temu bahagia, walau sakit macamanapun kita pernah rasa. Moga kita dapat yang terbaik untuk kita, walau terpaksa tahan  pedihnya luka hati sendiri, Haha, okay okay I won't start again about feelings, I'm finding way to let go. Remember? Yes Jasmin, find that way to let go, may we find the best in ourselves, despite all these lessons.









Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)