Home About Facebook Twitter Ask.fm Kawan.r

14 Sep 2013

Dah Nak Habes !



Assalamualaikum again and hai hai hai ! Ceh nampak tak gaya kalut gelabah semacam. Excited weh, tadi siapkan case study and you know what, that was the LAST assignment for this semester ! Alhamdulillah, dalam menempuh life as semester one student ni, walaupun asyik merungut payah lah stress lah dengan assignment, tapi semuanya dapat jugak diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.

Tapi boleh tengoklah markah kan, ada certain subject yang dah boleh tengok markah assignment, kuiz and test. Well, entahlah. Ni yang nak stress balik ni haha :3 Yang macam fedup, GRAMMAR. Ya Allah, rasa macam senang je time jawab tu, keluar result hah ambik kau ! Terpegun terkaku terdiam tergamam seribu bahasa. Jayson sampai 3 hari jadi pendiam sebab stress. Alahai, Oh My Grammar !

Sekarang dah week 13, maknanya lagi seminggu je tinggal. Pastu week study leave. Then, FINAL ! Aku cuak dah. Tapi macam biasa, buat bodoh je. Apa nak jadi la dengan aku ni, boleh bersantai dengar lagu di masa lapang, lepak-lepak kat kantin, dan yang pastinya mesti akan tido. Bukan rasa nak buat revision ke apa ke. Jasmin woi tolonglah sedar. BANGKITLAH !

Dah malas nak meraban. Takut nanti meraban melencong ke cerita feeling tangkap leleh payah pulak. Tu lagi satu, asyik menghantui. Aku pon tak paham dengan diri aku, kejap aku rasa ok, kejap aku rasa macam aku ni salah seorang penghuni Tanjung Rambutan yang kalau look around We Chat location is just around 300m Lol. Nampak tak keWechatan aku tu -_-

Eh betul lah dengan test yang aku buat hari tu, aku memang kurang memahami diri sendiri. But aku ni seorang yang music smart. Means memang berjiwa muzik. Kejap nak cari result test tu.



Bagi yang rabun jauh atau dekat or paling koman silau tu,
Silalah Klik Gambar Untuk Membesarkan Dia


See? Music is in me. It is true, I just love musics. Yang kaler Hijau (Myself smart) means ability untuk faham diri sendiri. Sikit je, maknanya aku ni memang tak faham dengan kehendak diri sendiri kot :3 Well I guess it is true. Kekadang aku pon konfius dengan diri aku. Kuning (People Smart) is ability to understand others. Well, kalau ikut pandangan aku sendiri terhadap diri aku, memang selalunya aku akan cuba untuk faham situasi semua orang so that aku takkan mudah-mudah jump into certain conclusion.

Merah (Linguistic/Word Smart) is ability to talk. Memang fail lah nak bercakap. Madam Nora kata sapa yang tinggi dalam area ni boleh jadi cikgu. Aku? Nampak sangat dah haha :3 Haaa cuba tengok yang Biru (Musical/Music Smart). Tu menunjukkan betapa mendalamnya minat aku dalam bidang music. Memang kalau ikutkan hati, nak je aku belajar semua instrument and sambung study dalam music. Sebab minat weh, minat gila ! Tapi nak buat macamana, disebabkan aku tak pernah ada pengalaman pon sentuh alat music, dan selama ni aku hanya menyumbangkan suara di depan handset je, dan jugak harapan mak ayah aku yang tinggi lagi mencakar langit nak tengok aku jadi cikgu, aku mengalah. Tak salah kan, mak dengan ayah dah banyak berkorban untuk aku sampai ke tahap ni, so why not aku korbankan apa yang aku minat. Lagipon bukanlah korban  terus, sebab music tu tetap jadi peneman aku jugak, aku boleh je nyanyi melalak bila-bila masa dalam bilik ni, dan music instrument boleh je belajar sambil-sambil. Two in one lah orang kata. Ehem, sekarang pon in process learning guitar. See? Peluang dan ruang ada, just grab it.

Hoi tadi kata nak stop. Ok lah, malas pulak nak describe satu-satu pasal result tu. So kalau ada, kalau adalah orang membaca belog aku yang usang dan bosan dan bebal dan hampeh dan sebagainya ni, korang nak try buat test tu, nak tengok personaliti atau diri korang ni tergolong dalam golongan yang mana, means what kind of smart you are, click HERE and selamat menjawab !






Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

1 ulasan:

  1. jadi cikgu musik pon boleh, xleh musik, cikgu seni pon ok pe? huhu. :P

    BalasPadam

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)