5 Sep 2013

Makin Jauh or Makin Dekat?






Hai :) Hermm, dua tiga empat menjak ni aku asyik post pasal feeling je dalam blog ni. Apa nak buat kan, dah nama pon, asal asal wujudnya niat nak tubuhkan blog ni memang untuk meluahkan segala apa yang terbuku di hati. Bukanlah niat nak cerita segala hal yang berlaku dalam kehidupan aku, but just sometime nak meluah kat sapa, selain berdoa dan merintih pada Nya, aku tak tau. So menulis la jawabnya. Walaupun setengah orang akan kata, " eh dia ni segala hal nak story, pehal. Tak malu ke, semua benda nak dedahkan umum".

Well aku paham doh, memang macam serabai sangat kalau semua benda kau nak cerita dalam ni, macam nak cerita kat semua orang masalah yang kau tengah hadapi kan. Tapi entahlah, malas aku nak pikir apa yang korang-korang nak cakap. Yang pasti, aku nak meluah melalui blog ni. Ini blog aku, coretan dalam ni, hanya sekadar coretan pasal memori yang aku sedang hadapi. Kenangan, pengalaman. Mana tau satu hari nanti nak godek-goodek balik kan. Baca balik segala post yang lama-lama dan aku akan berkata " Eh tak sangka bangangnya aku dulu", nampak tak thrill tu?

So macam tulah, memang ramai yang buat blog aku rasa, memang suka untuk meluah perasaan. Well perhaps, indeed la. It depends on you, yourself of course. Aku menulis bukan bermaksud nak membuka segala hikayat dongeng yang berlaku dalam hidup aku, tapi just meluah rasa yang tak terluah, dan dalam masa yang sama berkongsi pengalaman maybe. Mana tau ada orang tersesat dalam blog aku ni, pastu terbaca post aku, and at the same we are facing the same problem, we can exchange tips or ideas that we can use to settle certain problems. Right?

Lain orang, lain pandangan, lain cara berfikir. Mana la tau aku dapat jumpa kaedah yang tepat padat dan mantop untuk digunakan dalam menyelesaikan masalah aku ni ha. Senang cerita takpayah aku perah otak aku untuk berpikir. Hah, nampak tak kemalasan tu, jelas bersuluh weh. Hermm, nampak sangat ayat cuba happykan diri sendiri. Hermm. Hermm. Malas dah la nak taip. Tapi apa yang maksud title tu kalau aku tak cerita. Kena taip jugak la ni -_-

Well, based on previous post, aku cakap aku nak jauhkan diri dari kawan aku, yang aku jatuh suka tu. Well, I do try my best untuk jauhkan diri dari dia. Tapi semalam time kitorang tengah makan kat kafe, tetiba nampak dia. Aku buat tak tau je, tapi dia perasan pulak kawan aku. Hermm, dia ikut pulak gi lepak ngan kitorang. Memang aku buat bodoh, macam dia takda kat situ. Perasan pulak dia yang aku taknak layan dia, terus dia mintak diri. Sorry because I did that. But aku rasa bersalah, aku chat kat dia, mintak maaf.

Hari ni pulak, hermm. Lepak sama-sama. Sebab dia perasan yang aku menjauhkan diri. Sorry, bukan aku nak buat kau macam ni weh, tapi kau tak tau, sedih hati aku ni tiap kali aku pandang kau. Sakitnya, aku yang tanggung. Aku tak boleh nak tunjuk sebab aku tau kau akan rasa bersalah dengan apa yang aku rasa. Aku taknak kau rasa bersalah sebab dalam hal ni aku yang salah, aku jatuh suka kat kau. Perasaan aku ni yang rosakkan hubungan baik kita. Aku mintak maaf. Tapi tadi, lepak sesama, aku boleh nampak, kau dah berubah weh. Kau tak banyak cakap macam dulu. Kau ignore je semua orang. Hermm, atau sebab tadi aku ignore kau? Sebab tu kau senyap? Sorry, aku dah jadi kekok dengan kau weh :( Aku tak tau nak tunjuk reaksi apa depan kau. Nak tunjuk happy, sedih or marah. Aku dah tak tau dah. Makin aku nak jauhkan diri, napa aku rasa macam makin dekat pulak kita. Punah weh punah. The end lah, malas nak pikir :(








Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

1 ulasan:

  1. kuatkan diri. kalau dia bersalah, maafkan. kalau kita bersalah, kita mintak maaf. cubelah, rasa derita itu sebentar berbanding bahagia di kemudian hari. :)

    BalasPadam

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)