30 Dis 2013

Moments Need To Be Created




Hai ! Meet me again, with new stories new gossips. No lah, tak baik gosip-gosip apa lah korang, haha. So, after more than a week from my latest update, about joining a segment, now here I am. Thanks for those yang datang melawat my blog, sory tuan segment because I've joined but I didn't really joining because I don't do any blogwalking and so on, sorry sebab I went back for my mid-sem break ! But, I've already follow back those yang sudi singgah and follow this teratak buruk, thanks, really !






Okay back to story, cuti seminggu untuk mid-sem break. Masa diluangkan diguna dimampatkan sebaik mungkin tanpa pembaziran sedikitpun. Cuti seminggu je kot, so memang kena manfaatkan segala masa yang ada. Throwback time aku balik tuh, naik bas dari T.Malim ke Ipoh pukul 8 pagi, and I took Mahligai's bus. And seriously, really satisfied with their services! Bas memang selesa sangat, doubledecker and aku dapat seat kat bawah but tak kesahlah janji selesa kan. Naik bas, membuta lah apa lagi. And driver, really friendly, tersenyum je so memang no complaint about them ! Well done :)

Then sampai kat Terminal Amanjaya, Ipoh dalam pukul 9 something. Like seriously, cepatnya driver ni bawak. Aku target, kalau ikut purata ayah aku bawak kereta selama ni dari Ipoh ke T. Malim it's supposed to be like 2 hours something. Ni satu jam lebih je, memang gila ah cepatkan. Then sampai sana, tunggu pakcik kawan aku datang, sebab dia dah tolong belikan tiket. Menunggu termenung menganga lah kami dalam tu, then pakcik kawan aku ni sampai. Sampai je, dia kata tiket pukul 4. Gila, jenuh tunggu. Kepala otak aku memang dah bayang darjah kebosanan yang bakal melanda. But fortunately, pakcik dia suruh beli tiket lain. Dia kata takkan lah kami nak tunggu sampai pukul 4 kan, then try tanya boleh tukar tiket ke tak but untuk bas apa entah tu memang tak boleh. Then terpaksalah beli tiket lain, bas Transnasional, tiket pukul 11. Memang lega boleh balik awal, tapi kesian sangat kat pakcik kawan aku tu, burn macamtu je duit tiket. Nak bayar dia tak kasi, dia kata biarkan jelah.  Haih, terima kasih banyak-banyak pakcik. Maaf sangat dah menyusahkan macamtu.





A lot of thanks to you pakcik and his wife :)
Allah je akan balas kebaikan korang <3


Then, perjalanan diteruskan. Kali ni, bas Transnasional, paham-pahamlah. Bas yang dah lama. Driver pon dah veteran. Mula naik bas tu, sampai ke seat belakang hah aku ni merantau berseat trekking kan nak ari seat. Keadaan disukarkan lagi dengan tercabutnya label-label yang supposed to be on the seat. Bila orang dah mula naik, mula lah gelabah sebab tak jumpa tempat lagi then nak cari pulak kena ke depan semula berlanggar eksiden bagai dengan semua orang. Rupanya, seat aku depan sekali. Memang, cis label durjana, tergamak kau mempermainkan daku yang daif lagi naif ini -..- Maklumlah, first time naik bas sendiri.

Sampai Shahab dalam pukul 4, mak dengan adik dah tunggu kat sana. Then pergi makan bagai, hanta Amizah balik rumah dia, then terus balik. Sampai ja rumah, tak sempat aku nak duduk pon, mak dengan adik aku terus tak cakap banyak masuk rumah letak kunci kereta ambik  kunci motor ajak aku keluar pi mengail. Aiya, tak sempat aku nak duduk pon. Aku sabor je lah, haha. Nak duduk rumah memang taklah sorang-sorang, boring kot so paksakan diri ikut mak aku pergi mengail tapi aku tak mengail pon. Elok mak aku turun mengail, aku ambik moto merempitlah apa lagi :P

Whole week, aku banyak spend masa dengan kawan-kawan aku sebenarnya. Hari Ahad, pergi kenduri rumah kawan aku yang duk dekat apa entah nama tempat, nama dia Atikah. Dia ni kawan sampai form 3, then dia pindah sekolah. Memang lama gila tak jumpa, pergi kenduri sebab dia dah nak sambung belajar kat Penang. Selesai makan kenduri, aku ajak dorang teman beli kek and KFC sebab nak buat surprise kat adik aku sempena birthday dia yang dah berlalu tu then terus pergi Dusun Resort, tempat keja ayah aku. Aku plan dengan mak, dia bawak adik aku pergi sana then aku yang beli kek bagai tuh. Muka terkejut adik aku, terus pusing, blushing sebab kawan-kawan aku ada sekali. Yalah, dia sorang laki ! Haha, and we took many pictures actually and I want to show it all but macam biasa aku ni bukan perajin orangnya so malas nak transfer, ada la satu dua aku curik dari Facebook je.


Muka adik aku, poyo gila. Bangga la tu
sambut birthday dikelilingi bunga-bunga.
Flowers over boy haha


Gamba ni ja aku upload dalam FB
Our friendship <3
Bestfriend since Form 1, yang second person tu
Zaty, bestfriend dari tadika lagi :)


Memang banyak gambar lah bila kami ni bergabung. Tapi maaf takda, malas nak transfer :( So we planned for another date <3 Hari Selasa, kitorang spent time pergi melawat Ladang Anggur dekat Sik. Siap bawak bekal lagi and pergi berkelah dekat Lata Mengkuang !






























Actually, beriban lagi gambar tapi kalau nak letak semua memang taklah kan. Ni pon curi dari FB makhluk-makhluk seangkatan ni je haha. Apapon, memang cuti kali ni walaupun kejap, tapi memang sangat. Lepas rindu aku kat depa ni, maklumlah masing-masing busy dengan study. And of course, sangat happy luang masa dengan family aku, gelak tawa, pergi memancing pusing kota cari port mancing, sangat best walaupun penat. I'm just happy with my life. Alhamdulillah, thanks Allah for all these gifts :') And, moments need to be created, grab each chance to make it becomes something that will give colours to your life :) Lots of love from me, goodnight ! See you again sooner or later :)




  

Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

19 Dis 2013

SEGMEN SAYA SAYANG BLOG SAYA



Hai saudari saudari cikebum cikebum. Alkisahnya tadi godek-godek sambil menari zapin tengok newest post rakan-rakan blog then terjumpak pulak satu segmen ni. Jenis ni I like, sebab syarat nak join damn simple so takdelah korang rasa macam tengah nak apply jadi doktor pakar bedah kan sebab nak kena ikut terma syarat yang pelbagai tu. Dah lama tak join segmen so terasa nak join, so apalagi jomlah support rakan-rakan blogger kita ni by joining their segment :) So disebabkan rajin meh nak letak siap-siap syarat segmen ni yang simple adios amigos. Oh ya by the way syarat-syarat tu copy paste tapi ubah sikit je nak bagi full words and sentences, maap ye penganjur hee :)



Sila klik banner ini untuk join ye sayang-sayang terchenta :)


TERMS AND CONDITION

1.Macam biasa mana yang belum jadi follower ayu, sudi-sudikan la jadi follower ayu yer, takde paksaan..
2. Kalau nak like pages ayu pun di alu-alukan..
3. Buat tajuk " Segmen: Saya Sayang Blog Saya "
4. Macam biasa...letakkan banner diatas yer...simple je..hehee..nanti backlink kan ke entry ni yer..
5. Dah siap...boleh hantar...hehehe....letakkan link entry kawan-kawan kat ruangan komen dibawah yer...




Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

15 Dis 2013

That Day

 

Hai peeps :) Berjumpa lagi kita di hari ini. Hari ni dah hari ahad, lagi 7 hari, yeay nak balik Kedah. Tak sabarnya aku, tambah kali ni aku balik naik bas dengan kawan aku, balik sendiri dari Perak ke Kedah. First experience naik bas jauh macamni, without my family. Excited nak balik plus dengan excited nak baik bas tu bergabung meletup kata kau haha. Walaupun aku sebenarnya takut nak naik bas jauh-jauh ni, yalah kita selalu dengar kan macam-macam berita pasal bas ni, bila pikir balik seriau jugak sebenarnya. Tapi serahkan semua pada Allah, insyaAllah selamat semuanya :)

Hah, nak tau? Masa hari Jumaat hari tu ya Allah aku sabor je lah. Sehari air takdak dekat kawasan kolej aku ni. KUO, KHAR semua takdak air. Bangun tido dengan mamainya terus bukak twitter, tengok budak-budak UPSI semua kalut tweet pasal air takdak. Terus melompat aku pergi bukak paip. Ternyata benar belaka. Setitik pon tarak ! Apa lagi, gelabah tak hengat lah, dah Jumaat tu ada kelas pukul 5-7, English for ICT with Mr. Zahren. Semua budak kelas aku kelam kelibut dok pikir, takkan lah nak gi kelas tak mandi kan? Last-last dorang text lecturer cakap pasal air takda. Nasib baiklah lecturer ni berhati murni bak iklan apa tu sabun ka apa, dia cancelkan class. Apalagi, menyengih macam kerang busuk lah aku, dengan busuk tak mandi masa tu memang sesuai sangatlah korang nak cop aku kerang.

Then dok pikir pulak, macamana kami nak mandi ni? Takkan lah sehari suntuk duduk tak mandi. Walaupun aku ni takdelah rajin sangat sampai purata mandi sehari mencecah puluhan kali tu, tapi takda lah sampai boleh duduk sehari tak mandi, panas kot ! So, aku keluar nak tanya member aku rumah sebelah, tengok semua dah heret timba. Menyibuk sekejap aku kat situ. Rupanya semua dok tarik pili bomba. Cis bernas jugak otak bebudak ni rupanya. Aku pon balik menyeru housemate aku Shidah, kutip timba gi tadah sama. Tapi boleh la untuk mandi sekali dua dengan ambik air sembahyang kan. Sadis betul aku rasa hari tu. Malam pulak perut meragam, hah sudah -..- Memang berserabut, bad mood aku malam tu. Yelah, kalau korang pon main dengan sakit perut menyucuk memulas ni, mau tak bad mood? Silap orang buat hal, kena kerat 16 aku rasa malam tu. Tapi malam tu dah di announce kata paip ada yang pecah so dorang kena tutup untuk baikpulih, tapi air dah pun dipam masuk dalam tangki so keesokannya air akan ada macam biasa.

Next thing is about my first public speaking assignment. Kemarin lah dibuatnya kelas oleh si Capital S tuh, punya lah kan nak ganggu masa cuti kami yang sudah sedia kontot tu nak jugak dia buat masa cuti. Jumaat dengan serabut air takda, pastu nak kena prepare untuk public speaking pulak. Memang taklah ! Aku punya dok berharap yang si Capital S ni akan cancel kelas kitorang, sebab Jumaat malam tu dekat tengah malam pon air takdak lagi. Tapi harapan tinggal harapan, harapan ku layu tersembam. Jangan haraplah si Capital S tu nak cancelkan kelas dia, panjangkan duration lagi ada lah rasanya -..-

So dengan keadaan perut yang meragam, gagah jugak aku prepare untuk public speaking. Informative speech, so kitorang kena cakap pasal anything yang informative, memberi maklumat. Tajuk aku? Apa lagi, aku cakap pasal crush aku lah, Incik Aiskrim :D Nak kenal dengan dia?



meet him, Incik Aiskrim <3


This also ;)


Inilah yang aku cakapkan. Sabor kejap, ok Jumaat malam aku prepare untuk speech then just practice sikit-sikit je dengan information yang ada. After midnight, dah iron tudung bagai untuk pakai esok, aku pon tarik selimut nak tidolah kononnya. Then online kat phone, bukak FB, tengok pakcik Edi dah tagkan aku link untuk MaharajaLawakMega. So layanlah dulu, sambil-sambil dok bergaduh ngan orang tua tu, tip tap tip tap ding dong ding dong dah sampai pukul 2, then tak sedar aku tetido kan. 

Masa aku tido tu, aku tak tak taulah, aku rasa aku ni takdelah jenis tido nak berkungfu bagai kan, aku rasa aku tido statik je, tapi heran betol aku macamana tangan aku or mana-mana bahagian badan ni boleh pulak buat lawak nak mengigau ke ape ke, aku bukak mata tengok dah cerah benderang, tengok jam, 8:50 a.m. Mak aii ! Tengok handset aku rupanya dalam mode SILENT ! Patutlah, ada bapa banyak misscall dari Muslihah and patut jugaklah tak dengar alarm, bijak sungguh -.- Gelabah aku lompat lari gi toilet, bukak paip ok nasib baik air ada, terus mandi mengalahkan kerbau serius talk kerbau pon jealous dengan cara aku mandi pagi tu, terus pakai baju tempek bedak pakai tudung terus lari keluar. Gila kau, kelas pukul 9, bangun pukul 8:50? Mana tak heart attack aku, tambah pulak kena kelas dengan si Capital S kan, cuak nak mampos aku.

Masa aku keluar tu, lalu rumah sebelah tengok pintu buka. Aik, heran aku sebab rumah tu semua classmates aku, so aku pon cek lah. Tengok si Wafa keluar, muka relaks nak mampus. Aku tanya, Wafa kenapa tak gi kelas lagi? Then dia kata ada nak buat nota sikit untuk speech. Then aku tanya, eh kelas kita pukul 9 kan? Then dia kata yes pukul 9. Mak aih relaksnya minah ni. Then dia suruh aku pergi dulu. Aku pon ok lah jalan 3 kali ganda laju berbanding biasa, kalau sebelum ni aku selalu kena cop kura, hari ni Usain Bolt menyerah kalah letak jawatan. Ok tu over -..-

Nasib baiklah kelas kali ni buat kat kampus baru so aku tak payah susah-susah naik bas. Yang aku ingat, kelas dekat blok 4. Pulak, sampai blok 4, aku buat muka bangang. Kat mana kelas? Bukak handset, nak call kawan, kredit habes zero licin kosong dan seangkatannya. Kau ni time ni lah kan kau nak takde kan -..-Tengok wifi, takde connection. Hah punah aku, memusing serata blok cari kelas. Ingat Muslihah ada bagitau kelas kat mana, bila nak bukak cek baru ingat yang dia post kat FB, so memang tak boleh bukak lah kan. Memusing dah macam orang gila aku, auntie cleaner tu tengok pelik je, aku rasa tak lambat penyapu yang dia dok sapu sampah tu melekat kat kepala aku haha.

Then nasiblah nampak Wafa dengan Yana  baru datang. Lega gila aku, perasaan tu macam kau tersesat kat planet Matoki tanpa memakai tong oksigen, then kau terjumpa oksigen. Hah macam tu lah perasaan dia, then pergilah kami bertiga masuk ke kelas, tengok semua orang dah ada dalam tu. Nasib baik lah si Capital S tu tak marah, kitorang masuk terus duduk depan sekali buat muka comel tak bersalah. Elok dah duduk, terus dia mulakan presentation speech tu, by namelist. Maknanya nama aku second last so sempatlah nak refresh balik apa yang aku baca.




muka lega aku bila dah masuk kelas then Capital S tak marah



Pastu Muslihah pulak mintak maaf tak berenti kat aku, sebab aku ada pesan suruh tunggu aku, then kalau aku tak keluar tolong ketuk pintu sebab yelah aku sorang je dalam rumah ni yang dalam Group A, lain semua Group B mana ada kelas, so dorang tido tahap kau bukak mulut letak bom meletup pon dorang takkan bangun. Then aku kata takpe, aku tak dengar alarm je, then phone pulak silent sebab tu tak dengar, lagipon si Capital S tak marah so no big deal lah kan.

Then presentation start, sampailah turn aku. Aku cakap pasal aiskrim kan, masa nak cakap memang nervous tak ingat, tapi disebabkan aku bercakap pasal benda yang aku suka, so aku jadi excited nak share dengan orang information pasal aiskrim ni. So berspeechlah aku pasal aiskrim dengan semangatnya, ada stuck jugak bila kadang aku lost, tak tau nak guna  word apa kan. But overall aku suka, sebab kawan-kawan aku semua bagi respond, bila aku tanya ke ape ke, memang buatkan nervous aku hilanglah dorang ni. Paling best bila cerita pasal creepy ice-cream flavours. Semua macam, eh eh, eww, eww muka kegelian dengar pasal aiskrim perisa dakwat sotong, perisa sotong, belut and most creepiest is perisa lidah kerbau. Muka dorang masa tu semua macam betul nak tau, and itu buatkan aku lagi santai dan excited untuk bercerita kat dorang.





Bad starting, but good ending. Alhamdulillah I've done my first speech quite okay, walaupun hari tu sangat serabut bagi aku. Sebenarnya aku ada rakam, ingat nak bubuh dalam post ni tapi takpelah abaikan sebab cari USB aku yang hilang entah ke mana so just abaikan. Panjang pulak post kali ni kan, excited benor nak bercerita haha, so I should stop now, remember in whatever you're doing, do it your best :) May you get what you deserve, and of course the best for you, cheers up !









Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

12 Dis 2013

Rindukan Aku Dalam Doamu





RINDUKANLAH - ENCIK MIMPI





Okay aku tau ketinggalan gila aku kan, cerita ni dah nak the end watammatun dah pon aku baru nak cerita pasal cerita ni. Aku tau aku tau tapi biarkan, aku just nak post lagu ni ja, walaupun aku tau semua dah siap ada dalam phone masing-masing sampai tak larat nak ulang dengar dah pon, but I don't care :P

Cerita ni kan, ohmaiGod so sweet. Okay aku nak melenting ja bila ada kawan aku yang kata si Raja Adrian Benjamin a.k.a King tu tak handsome. Eh eh eh eh eh hello ! He's a good looking guy okay ! Pelik betul aku depa kata tak hensem, pelik pelik.











Okay okay melting hahahahahahahaha. Nampak sangat takdak point kan nak cerita apa. Pakcik lah ni, kalut je suruh update kan, buat lah blog sendiri kalut je dengan blog orang. Memang suka cari pasal pakcik tu. Pagi-pagi buta dah mintak penumbuk dah, nak buat breakfast katanya kesian betul kan. Pastu asyik-asyik hanta gambar beras Jasmine Super 5, kesian la orang tak pernah jumpa beras Jasmine yang famous amous macam tu, sebab tu jadi macam tu, hesy hesy apa nak jadi dengan pakcik ni? Hobi pulak buli orang tapi takpe paham, orang yang masuk air memang macam tu :P

Tapi kan pakcik, suka kawan dengan pakcik ni sebenarnya, walaupun kadang rasa nak hantar bom atom, baling melekat dekat kepala pakcik disebabkan kesengalan overload, tapi at least ada point jugak aku nak gelak macam dengan apa dari pagi sampai malam. Okay terima kasih sila bangga sebab orang puji pakcik.

Got to go, just a short post sebab ada orang kalut sangat nak suruh post. Dah la takdak idea nak cerita apa. Oh ya by the way esok I'm going to do a roleplay. Nak kena jadi actor lah pulak kan berlakon bagai, aku saborkan je lah. And on Saturday I have to do a public speaking, informative speech so just wish me luck guys :) Really hope that I can do my best, In Sya Allah. Ingat lah selalu dalam apa yang kita buat, Allah sentiasa bersama kita. Jaga diri, jaga hati, jaga iman, jaga akhlak dan jaga budi. Semoga sentiasa dipermudahkan urusan harian kita kat atas dunia ni. So, have a blast ! Goodnight, sweet dreams ;)

Nota kaki : Sambung gaduh dengan orang tua kepoh :P









Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

7 Dis 2013

Smile :)



Hai :D Permulaan yang baik sebab aku mulakan post dengan smiley, hahahaha. I don't know why I'm so happy these days. I just don't know why. Just feel like smiling all the time and nothing else matter :)





Haiya I don't know why I just want to smile, and smile and smile and smile and smile and smile and smile and smile and smile :) Memang malam ni aku kelihatan muda berganda lah kot sebab asyik senyum ja dari tadi. Tapi yang peliknya aku tak tau sebab apa aku rasa happy sangat hari ni, weird isn't it? Smile without reason. Ok itu menyeramkan orang keliling hahahaha.

Malam ni layan MaharajaLawakMega kat laptop. Duduk sorang-sorang dalam bilik sebab roommate aku si Lyana Natasha Sahaja pulang ke kampung halaman beliau. Cis untunglah duduk Ipoh, tiap minggu boleh balik kalau nak. Bape jam je kan dari Tanjung Malim, kalau aku nak balik Kedah tiap minggu memang pokai la, nak harap PTPTN memang makan hati ulam jantung pisang lah aku kan. So nak pujuk hati kita layan MLM malam ni. Ok sebut pasal ni aku nak senyum ditambahperisa dengan gelak ketawa sekali.

Maklumlah tengok online kan, nak cari link malas so aku alang si Edi Jurizal yang baik (sangat) tu dah tag nama aku untuk link-link sekalian so aku pon just klik dan tengok episod MLM dengan gumbira senang hati beta nya. Takyah susah-susah cari link kahkahkah. Sebenarnya aku dah buka guatv.com based on link sebab kalau nak tengok video yang lain-lain semua dah ada kat situ. Tapi bila si Edi tu tanya dah jumpak ka belum aku kata dak. Tumbuh tanduk, lama tak buli orang padahal aku dengan gumbira dok tengok yang lain dah hahahahahahaha kesian kesian. By the way thanks PokCik Edi hahaha susah ja kena buli ngan aku.






Esok cuti, so esok nak relaks je. Hamboih kan, assignment tak siap lagi bajet sangat nak relaks. Tapi macam malas ja nak buat, and malam pulak ada persembahan teater kat Dewan Besar. Apa ke tajuk tak ingat, masuk percuma and mata kucing saya (MyCat) akan diberi. Sapa tak pergi memang rugi lah kan. Setakat gi nak goyang-goyang kaki makan cekelat dalam dewan sambil tengok orang berlakon terpekik meroyan atas pentas tapi dapat markah MyCat, sapa nak bagi woi, UPSI je ada. Kira ok lah tu dekat, and tajuk cerita ni much better than lagi satu punya teater yang baca tajuk pun aku rasa nak gelak sambil lempang semua orang di keliling aku. " Pasir-pasir di Pasir Salak " Apa ke lawak benor tajuk cerita, banyak benor pasir dalam cerita kome hahahahahahahahahaa.

Dahla nak sambung tengok MLM dulu, nak bergelak sakan. Eh, my header is changed ! Rasa macam comel pulak header baru, baru buat tadi. See, mood happy sangat hari ni, sampai rajin melampau nak buat header baru. Haih apalah nasib kau blog weh, aku just mampu edit header je, nak bagi kau baju baru aku dah pening tengok kod-kod HTML blog yang new template dashboard ni so nanti lah kalau rajin aku godek-godek kod tu. So, babai :)








Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

1 Dis 2013

Late Night Post



Bertemu lagi kita. Tak ada apa nak cerita pon, tapi hati terasa nak menaip kan so just kita taip dan lihat cerita apa bakal dicoretkan sebentar lagi. Idea datanglah, datanglah, ku seru dikau ke dalam otakku. Silalah muncul, idea oh idea oh idea datanglah dikau.

Hah datang dah, aku sekarang dah mula kalut pikir nak balik untuk cuti mid-sem nanti. Wah wah lagi sebulan nak cuti dah mula kalut kan, nak beli tiket bagai. Kali ni nak berdikari, nak balik sendiri naik train or bas, dah tak payah mak ayah datang ambik lagi dah kan. Berapa kali dah asal nak balik je mak ayah datang ambik. Tak pasal kena cop anak manja kan walaupun memang lah aku anak manja kan hahahaha :P

Tapi kali ni aku kata aku nak balik naik train or bas jugak. Walaupun ayah aku dah mula cotcetcotcet tanya itu ini kan tentang plan aku tu, risau sangat dia dengan anak dara dia sorang ni. Haih, ni yang terharu ni :')

Kali ni plannya si Bella dengan Mariana nak ikut balik Kedah dua tiga hari kan. Kesian gila aku dengan dorang tu, eksited nak ikut aku balik Kedah semata nak tengok bendang. Aku sabor jelah kan, budak Johor dengan Pahang, dekat tempat dorang bukan ada banyak bendang macam Kedah kan so aku saborkan jelah dengan keeksitedan dorang tu.


Ape da korang eksited macam apa lagi.
HAHAHAHA


Hari tu call mak, then cakap kat dia :

Me   : Mak, Bella ngan Mari nak ikut balik rumah, depa nak tengok bendang. Tido dalam dua tiga hari camtu la lepastu baru balik rumah masing-masing.
Mak : Ok ja, mai lah tak kisah pon. Emeer macam mana?
Me   : Eh awat pulak dengan si Emeer tu?
Mak : Dia tak mau ikut balik jugak ka?
Me   : Eh dia nak ikut camana. Dah la dia sorang laki, takkan la dia nak ikut.
Mak : Awatnya, takpa aih. Kalau dia tak balik Sabah taktau nak pi mana boleh ja mai la rumah kita. Mak  buat macam anak angkat ja semua.
Me   : Dak kot, dia balik rasanya sebab dia kata dia nak kumpul dengan family dia untuk krismas. Dia kan family bercampur, pakcik makcik dia la.
Mak : Oh takpa la, kot dia takdak kawan.

Nampak tak kesportingan mak aku di situ hahaha. Dia tak tau anak dia ni still ada secebis konflik perasaan dengan bestfriend dia si sepet ni kan, siap boleh pulak ajak budak tu datang rumah kan haih memang takkan mungkin aku biarkan lah. Taknak aku perasaan yang dah terhakis ni tetiba menebal kembali kan.

Apapon aku cerita kat Emeer dia macam besa la gelak mengalahkan hilaian pontianak je. Dia kata dah ada greenlight, banyak la kau punya greenlight kan. Apapon, yang pasti aku dah eksited gila nak balik rumah. Like seriously, semester 2 is damn boring ! Aku kadang dah macam a loner je dalam rumah ni. Entahlah, kadang aku rasa sunyi sangat, kadang duduk sendiri rasa nak menangis je. Serious aku nak balik, itu je yang ada dalam otak aku sekarang. Kalau sem lepas aku tak kisah langsung duduk sini, malah eksited setiap kali habes cuti sebab nak duduk kat UPSI ni, tapi untuk sem ni memang lain sangat.

Kelas sangat memenatkan. Everyday, kelas sampai petang. Pagi-pagi dah kena berebut bas macam dengan apa lagi kan. Dah masuk azan maghrib baru sampai rumah. Dengan nak berebut bas yang macam apa lagi, duduk macam sardin mampat je dalam bas tu, bertolak-tolak bagai, its really annoying ! Ingat lagi kejadian aku dilanggar, nak tersembam muka kat lantai, yang melanggar pulak muka mak aiii macam nak telan aku time tu. Sorry brader, aku baru melangkah sebelah kaki nak keluar dari gerombolan manusia, dah gedebush kena langgar dengan kau. Kalau ikut cerita Melayu mesti tu dah jadi tragedi cinta bus stand dah aku rasa. Pastu lepas balik tu, tunggu makanan, pusing je nampak kau, haih gabra kau tau tak? Takut kau cam aku then tetiba kau meroyan marah aku kat kafe tu tak ke naya.



Muka aku cuak nampak mamat tu -.-


See, banyak je pulak idea. Mencurah curah bagai ayaq terjun pulak kan. Eh dah nak masuk minggu ketiga dah pon aku punya study. Cepat je masa berlalu. Kemarin aku pergi fakulti, ambik Sijil Dekan dengan Sheryl, Jayson and Muslihah. Macam tak percaya jugak aku akan dapat peluang pegang sijil tu. Alhamdulillah, aku harap itu akan jadi permulaan untuk aku struggle more lepas ni, nak kekalkan pointer, nak pegang lagi sijil tu untuk sem ni. Walaupun subjek kali ni fuh mencabar mental betul aku rasa. Kadang rasa macam tak boleh nak go on je, tapi pikir balik, ni keputusan yang aku dah buat, so I have to face it. Pikir mak ayah aku buatkan aku rasa bersemangat balik. Rasa senang je bila aku hantar gamba sijil tu kat mak then she replied :


" Congratulation. I'm very proud of you "


Bila mak aku reply macam tu pon dah buat aku rasa senang hati. Apa yang aku buat selama ni, untuk mak dan ayah aku. Aku just nak tengok dorang tersenyum dengan apa yang aku capai. Teringat pulak masa aku ambik result SPM, dua kali cikgu panggil nama aku untuk naik pentas. Dapat 8A 1B, really I've never expected that. Masa ambik result dari tangan pengetua, dengan terketar-ketarnya, menangis aku atas pentas tu. Then aku punya nak rahsiakan, nak buat surprise kat mak ayah aku sebenarnya, punya aku diamkan. Tapi surprise tak menjadi, sebab salah sorang cikgu kat sekolah aku tu, aku panggil Kak Ta sebab dia tu adik beradik kami jugak dah awal lagi call mak aku masa nama aku kena panggil. Yang kawan aku pulak dok kat bawah, ayah aku call, dia pergi cakap kat ayah aku yang aku dok atas pentas ambik result. Pikir balik macam nak marah pon ada, sebab aku plan nak bawak result tu pergi kedai mak aku, nak buat surprise kat dia kat sana tapi hancus. Cis, baru sekarang rasa nak marah pulak, hahaha. Masa aku turun pentas tu, tengok mak aku dah ada dengan kawan-kawan aku. Then masa nak tunjuk slip aku tu, mak aku terus senyum dan peluk aku, terus dia menangis. Haih aku ni mana boleh tengok mak aku menangis macam tu kan, apalagi, berdrama la aku kat situ. But that moment, I had this one feeling. SATISFACTION. That moment when I brought happy tears on my mom's face, was one of my life satisfaction. Aku rasa lapang sangat masa tu, sebab aku dah buat mak aku menangis sambil gelak dan senyum tengok result aku, itu yang aku usaha selama ni, kegembiraan mak dan ayah aku.

Hah, penat throwback. Tetiba pulak nak mengimbas kenangan kan. Bukan apa, just nak mengingati that moment, nak jadikan motivasi untuk aku cari semangat setiap kali aku rasa nak down dengan study aku sekarang ni. Aku nak ingat airmata gembira mak aku masa tu, untuk aku capai kejayaan lagi dan lagi, so aku boleh tengok lagi tawa tangis gembira mak dengan ayah aku. Itu dah cukup bagi aku.

Penat menaip, I think I should stop. No no no, I must stop. Compulsary, kalau tak nanti aku meraban benda lain pulak, jenuh la korang nak scroll page ni nak baca sampai habes post ni kan haha. So, keep calm, and move forward. Whatever happen, always remember that Allah is always with you. Whatever problem you are facing now, always believe that Allah knows that, Allah has planned it for you, so that you will achieve the best thing for you one day. Remember, Allah is The Greatest Planner. Keep calm, and believe in Allah S.W.T and don't forget, believe in yourself because if you want it, you can do it ! Goodnight, have a great dreams all of you :)








Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

22 Nov 2013

Long Time No See



Hai guys :) Long time no see. Its been quite long time that I haven't update any post in this blog. Kemain kan busy nya mengalahkan menteri dalam negeri. Busy lah sangat tapi memang busy pon. Gampang punya ayat macam dengan apa lagi. 

Memang dah lama aku dok bukak stalk blog aku ni. Eh, stalk blog sendiri pon boleh. I mean aku bukak la nak tengok ada visitor yang singgah ke tak kan, tapi aku nak update any post tu memang tak la kat rumah, maklumlah takda wifi jaring kat sana, kelambu tidur malam ada lah kan so macamana nak berinternet. Sebulan seminggu aku lalui cuti sem dengan mengorbankan kredit sepanjang hari just untuk main internet. Huahuahua, hidup  terbiasa dengan internet kan, bila takdak mula meroyan so I had to find a way.

Just abaikan yang tu, now dah 22/11/2013. It means almost one week that I've started my semester 2 back in UPSI. Fuh, waktu nak balik ke UPSI tu mula la dalam hati nak tangkap syahdu siap drama sebabak ala hindustan kan, nak feeling bagai. Maklumla tengah syok bercuti, heaven doing nothing at home, just spent time with family tetiba cuti habes kan  rasa macam  gampang je.





Sebelum balik UPSI tu, masing-masing cuak nak cek result. Maklumlah first sem ye dop, still blur dengan apa yang aku buat. For my result, Alhamdulillah,  even though aku target pointer aku akan low sebab carry marks yang timbul tenggelam dulu tu,  tapi Alhamdulillah untuk sem permulaan ni Allah bagi aku peluang untuk rasa kegembiraan bila dalam slip exam tu ada tulis " Senarai Dekan "

Aku sendiri tak sangka, macam mimpi pon ada lantas aku tampar laju-laju muka aku yang menggerutu. Macam gampang kan semua ayat nak klasik bombastik bagai. Tapi yeah as what I said, Alhamdulillah, I got 3.51 for this first sem. Walaupun atas urat je lepas menyelit masuk dalam Dean's List tu, tapi dah cukup untuk buat aku rasa lagi bersemangat nak target higher pointer for second semester.

So dengan semangat wajanya aku melangkahkan kaki ke kelas pada 18/11/2013, first and second classes for semester 2 began with Writing Skills and Grammar2 with Madam Nadiah Yan, which she was also teaching me Grammar1 for last sem. Memang best lah kelas dia kan, gelak je penat aku.

Bermulanya penderitaan aku bila third class started. English Language Pronunciation. Okay like seriously I was very excited to sit for this subject before because we're going to learn further about phonetic symbols which is very very very much interesting thing that should be learned. But once the lecturer came in, she spoiled everything ! Without any introduction to the subject, without any explanation terus dia suruh tulis nama, no matriks and give her RM10 and get a book for the subject. Then tak banyak cakap terus suruh buat group of three, and we were given assignment. On the FIRST DAY, we got an assignment without any explanation or nothing !! Memang bengang lah kan, subject ni bukan pasal hikayat kisah cinta macam Setia Hujung Nyawa yang senang kitorang nak treasure dan paham. All those symbols in the book, and all ridiculous diagram, ingat senang ke nak paham dengan takdak basic. Isnin ni presentation, it means kitorang ada seminggu je nak kaji buku tu, nak prepare slides, and create 20 questions based on what we read, and bila present kawan-kawan akan jawab soalan kita, kalau dorang tak dapat jawab, markah akan kena tolak. At that time, everyone was like




What the fruit is she talking about !


Kau ni nak cari pasal ke hape hah?!



Memang semua muka fedup gila. Tanya senior-senior, dorang cakap lecturer tu memang macam tu. Dalam kelas dia memang dia takkan explain or ajar anything, everything we'll do it by ourselves. Dengar je, memang fuhh macam volcano meletus semua budak  Semester 2 Diploma in English. Sakit hati tak terkata, tapi kerja kena buat jugak. Maybe ada something di sebalik apa yang lecturer ni buat kan, kita tak tau. So just do what she told and we'll just wait and see whats going to happen later.

I think that's for now, nanti-nanti akan update lagi. Ini pon disebabkan line UPSI Jaring menggila, hari ni baru dapat log in kat netbook aku ni cis sabor je lah kan. Got to go, cheer up and keep smile. Always remember that in anything we're doing, Innallahma'ana. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita so, cheers up !







Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,