7 Dis 2013

Smile :)



Hai :D Permulaan yang baik sebab aku mulakan post dengan smiley, hahahaha. I don't know why I'm so happy these days. I just don't know why. Just feel like smiling all the time and nothing else matter :)





Haiya I don't know why I just want to smile, and smile and smile and smile and smile and smile and smile and smile and smile :) Memang malam ni aku kelihatan muda berganda lah kot sebab asyik senyum ja dari tadi. Tapi yang peliknya aku tak tau sebab apa aku rasa happy sangat hari ni, weird isn't it? Smile without reason. Ok itu menyeramkan orang keliling hahahaha.

Malam ni layan MaharajaLawakMega kat laptop. Duduk sorang-sorang dalam bilik sebab roommate aku si Lyana Natasha Sahaja pulang ke kampung halaman beliau. Cis untunglah duduk Ipoh, tiap minggu boleh balik kalau nak. Bape jam je kan dari Tanjung Malim, kalau aku nak balik Kedah tiap minggu memang pokai la, nak harap PTPTN memang makan hati ulam jantung pisang lah aku kan. So nak pujuk hati kita layan MLM malam ni. Ok sebut pasal ni aku nak senyum ditambahperisa dengan gelak ketawa sekali.

Maklumlah tengok online kan, nak cari link malas so aku alang si Edi Jurizal yang baik (sangat) tu dah tag nama aku untuk link-link sekalian so aku pon just klik dan tengok episod MLM dengan gumbira senang hati beta nya. Takyah susah-susah cari link kahkahkah. Sebenarnya aku dah buka guatv.com based on link sebab kalau nak tengok video yang lain-lain semua dah ada kat situ. Tapi bila si Edi tu tanya dah jumpak ka belum aku kata dak. Tumbuh tanduk, lama tak buli orang padahal aku dengan gumbira dok tengok yang lain dah hahahahahahaha kesian kesian. By the way thanks PokCik Edi hahaha susah ja kena buli ngan aku.






Esok cuti, so esok nak relaks je. Hamboih kan, assignment tak siap lagi bajet sangat nak relaks. Tapi macam malas ja nak buat, and malam pulak ada persembahan teater kat Dewan Besar. Apa ke tajuk tak ingat, masuk percuma and mata kucing saya (MyCat) akan diberi. Sapa tak pergi memang rugi lah kan. Setakat gi nak goyang-goyang kaki makan cekelat dalam dewan sambil tengok orang berlakon terpekik meroyan atas pentas tapi dapat markah MyCat, sapa nak bagi woi, UPSI je ada. Kira ok lah tu dekat, and tajuk cerita ni much better than lagi satu punya teater yang baca tajuk pun aku rasa nak gelak sambil lempang semua orang di keliling aku. " Pasir-pasir di Pasir Salak " Apa ke lawak benor tajuk cerita, banyak benor pasir dalam cerita kome hahahahahahahahahaa.

Dahla nak sambung tengok MLM dulu, nak bergelak sakan. Eh, my header is changed ! Rasa macam comel pulak header baru, baru buat tadi. See, mood happy sangat hari ni, sampai rajin melampau nak buat header baru. Haih apalah nasib kau blog weh, aku just mampu edit header je, nak bagi kau baju baru aku dah pening tengok kod-kod HTML blog yang new template dashboard ni so nanti lah kalau rajin aku godek-godek kod tu. So, babai :)








Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)