Home About Facebook Twitter Ask.fm Kawan.r

1 Dis 2013

Late Night Post



Bertemu lagi kita. Tak ada apa nak cerita pon, tapi hati terasa nak menaip kan so just kita taip dan lihat cerita apa bakal dicoretkan sebentar lagi. Idea datanglah, datanglah, ku seru dikau ke dalam otakku. Silalah muncul, idea oh idea oh idea datanglah dikau.

Hah datang dah, aku sekarang dah mula kalut pikir nak balik untuk cuti mid-sem nanti. Wah wah lagi sebulan nak cuti dah mula kalut kan, nak beli tiket bagai. Kali ni nak berdikari, nak balik sendiri naik train or bas, dah tak payah mak ayah datang ambik lagi dah kan. Berapa kali dah asal nak balik je mak ayah datang ambik. Tak pasal kena cop anak manja kan walaupun memang lah aku anak manja kan hahahaha :P

Tapi kali ni aku kata aku nak balik naik train or bas jugak. Walaupun ayah aku dah mula cotcetcotcet tanya itu ini kan tentang plan aku tu, risau sangat dia dengan anak dara dia sorang ni. Haih, ni yang terharu ni :')

Kali ni plannya si Bella dengan Mariana nak ikut balik Kedah dua tiga hari kan. Kesian gila aku dengan dorang tu, eksited nak ikut aku balik Kedah semata nak tengok bendang. Aku sabor jelah kan, budak Johor dengan Pahang, dekat tempat dorang bukan ada banyak bendang macam Kedah kan so aku saborkan jelah dengan keeksitedan dorang tu.


Ape da korang eksited macam apa lagi.
HAHAHAHA


Hari tu call mak, then cakap kat dia :

Me   : Mak, Bella ngan Mari nak ikut balik rumah, depa nak tengok bendang. Tido dalam dua tiga hari camtu la lepastu baru balik rumah masing-masing.
Mak : Ok ja, mai lah tak kisah pon. Emeer macam mana?
Me   : Eh awat pulak dengan si Emeer tu?
Mak : Dia tak mau ikut balik jugak ka?
Me   : Eh dia nak ikut camana. Dah la dia sorang laki, takkan la dia nak ikut.
Mak : Awatnya, takpa aih. Kalau dia tak balik Sabah taktau nak pi mana boleh ja mai la rumah kita. Mak  buat macam anak angkat ja semua.
Me   : Dak kot, dia balik rasanya sebab dia kata dia nak kumpul dengan family dia untuk krismas. Dia kan family bercampur, pakcik makcik dia la.
Mak : Oh takpa la, kot dia takdak kawan.

Nampak tak kesportingan mak aku di situ hahaha. Dia tak tau anak dia ni still ada secebis konflik perasaan dengan bestfriend dia si sepet ni kan, siap boleh pulak ajak budak tu datang rumah kan haih memang takkan mungkin aku biarkan lah. Taknak aku perasaan yang dah terhakis ni tetiba menebal kembali kan.

Apapon aku cerita kat Emeer dia macam besa la gelak mengalahkan hilaian pontianak je. Dia kata dah ada greenlight, banyak la kau punya greenlight kan. Apapon, yang pasti aku dah eksited gila nak balik rumah. Like seriously, semester 2 is damn boring ! Aku kadang dah macam a loner je dalam rumah ni. Entahlah, kadang aku rasa sunyi sangat, kadang duduk sendiri rasa nak menangis je. Serious aku nak balik, itu je yang ada dalam otak aku sekarang. Kalau sem lepas aku tak kisah langsung duduk sini, malah eksited setiap kali habes cuti sebab nak duduk kat UPSI ni, tapi untuk sem ni memang lain sangat.

Kelas sangat memenatkan. Everyday, kelas sampai petang. Pagi-pagi dah kena berebut bas macam dengan apa lagi kan. Dah masuk azan maghrib baru sampai rumah. Dengan nak berebut bas yang macam apa lagi, duduk macam sardin mampat je dalam bas tu, bertolak-tolak bagai, its really annoying ! Ingat lagi kejadian aku dilanggar, nak tersembam muka kat lantai, yang melanggar pulak muka mak aiii macam nak telan aku time tu. Sorry brader, aku baru melangkah sebelah kaki nak keluar dari gerombolan manusia, dah gedebush kena langgar dengan kau. Kalau ikut cerita Melayu mesti tu dah jadi tragedi cinta bus stand dah aku rasa. Pastu lepas balik tu, tunggu makanan, pusing je nampak kau, haih gabra kau tau tak? Takut kau cam aku then tetiba kau meroyan marah aku kat kafe tu tak ke naya.



Muka aku cuak nampak mamat tu -.-


See, banyak je pulak idea. Mencurah curah bagai ayaq terjun pulak kan. Eh dah nak masuk minggu ketiga dah pon aku punya study. Cepat je masa berlalu. Kemarin aku pergi fakulti, ambik Sijil Dekan dengan Sheryl, Jayson and Muslihah. Macam tak percaya jugak aku akan dapat peluang pegang sijil tu. Alhamdulillah, aku harap itu akan jadi permulaan untuk aku struggle more lepas ni, nak kekalkan pointer, nak pegang lagi sijil tu untuk sem ni. Walaupun subjek kali ni fuh mencabar mental betul aku rasa. Kadang rasa macam tak boleh nak go on je, tapi pikir balik, ni keputusan yang aku dah buat, so I have to face it. Pikir mak ayah aku buatkan aku rasa bersemangat balik. Rasa senang je bila aku hantar gamba sijil tu kat mak then she replied :


" Congratulation. I'm very proud of you "


Bila mak aku reply macam tu pon dah buat aku rasa senang hati. Apa yang aku buat selama ni, untuk mak dan ayah aku. Aku just nak tengok dorang tersenyum dengan apa yang aku capai. Teringat pulak masa aku ambik result SPM, dua kali cikgu panggil nama aku untuk naik pentas. Dapat 8A 1B, really I've never expected that. Masa ambik result dari tangan pengetua, dengan terketar-ketarnya, menangis aku atas pentas tu. Then aku punya nak rahsiakan, nak buat surprise kat mak ayah aku sebenarnya, punya aku diamkan. Tapi surprise tak menjadi, sebab salah sorang cikgu kat sekolah aku tu, aku panggil Kak Ta sebab dia tu adik beradik kami jugak dah awal lagi call mak aku masa nama aku kena panggil. Yang kawan aku pulak dok kat bawah, ayah aku call, dia pergi cakap kat ayah aku yang aku dok atas pentas ambik result. Pikir balik macam nak marah pon ada, sebab aku plan nak bawak result tu pergi kedai mak aku, nak buat surprise kat dia kat sana tapi hancus. Cis, baru sekarang rasa nak marah pulak, hahaha. Masa aku turun pentas tu, tengok mak aku dah ada dengan kawan-kawan aku. Then masa nak tunjuk slip aku tu, mak aku terus senyum dan peluk aku, terus dia menangis. Haih aku ni mana boleh tengok mak aku menangis macam tu kan, apalagi, berdrama la aku kat situ. But that moment, I had this one feeling. SATISFACTION. That moment when I brought happy tears on my mom's face, was one of my life satisfaction. Aku rasa lapang sangat masa tu, sebab aku dah buat mak aku menangis sambil gelak dan senyum tengok result aku, itu yang aku usaha selama ni, kegembiraan mak dan ayah aku.

Hah, penat throwback. Tetiba pulak nak mengimbas kenangan kan. Bukan apa, just nak mengingati that moment, nak jadikan motivasi untuk aku cari semangat setiap kali aku rasa nak down dengan study aku sekarang ni. Aku nak ingat airmata gembira mak aku masa tu, untuk aku capai kejayaan lagi dan lagi, so aku boleh tengok lagi tawa tangis gembira mak dengan ayah aku. Itu dah cukup bagi aku.

Penat menaip, I think I should stop. No no no, I must stop. Compulsary, kalau tak nanti aku meraban benda lain pulak, jenuh la korang nak scroll page ni nak baca sampai habes post ni kan haha. So, keep calm, and move forward. Whatever happen, always remember that Allah is always with you. Whatever problem you are facing now, always believe that Allah knows that, Allah has planned it for you, so that you will achieve the best thing for you one day. Remember, Allah is The Greatest Planner. Keep calm, and believe in Allah S.W.T and don't forget, believe in yourself because if you want it, you can do it ! Goodnight, have a great dreams all of you :)








Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

2 ulasan:

  1. Alolo sukanya baca post Cheek Mien ni , kemas dan sempoi je :D Wahh , congratulations ea cheek Mien ! Alhamdulillah :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe thanks Puteri sayang ;)

      Padam

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)