20 Ogo 2013

Throwback Iftar 5 Agama Batch '95




Hai you alls ;) hoho, pukul 1.23 pagi hupdate belog. Nampak dah tahap kemotibasian aku semakin meningkat semenjak dua menjak ni kan. Hari tu aku kata nak update pasal raya, yes. Aku bukan nak update pasal raya lagi hoho. Yang raya tu nanti tunggu orang dah nak cerita pasal raya haji baru aku update entri pasal raya puasa haha Lol. Balik few last days of ramadhan, sempat pulak bebudak kelas aku dulu, plan untuk gather dan iftar sekali. Dah lama tak jumpa masing-masing kan. Yelah dah pakat pi sambung belajar merata ni, ada yang pi dok jauh merantau ke Salatan nun, ada yang ke Keyel, ada yang ke Upsi, eh tu aku sorang je yang kena, mostly dah menjadi orang Keyel.

Memang excited la kan bila dah jumpa ni, lepas SPM pon masing-masing tak berhubung sangat kan. So bila jumpa semula ni paham-paham jelah. Kelas aku ni nama ja kelas agama, tapi kitorang brutal punya. Bising kalah apa lagi la kan bila ada sekali semua. Alhamdulillah mostly turun ke iftar tu. Kira semua cooperate la nak jumpa, sebab masing-masing dah rindu nak sembang muhong lepas lama tak jumpa. Aku tau, yang paling dirindui mereka mestila aku. Sila jeling tajam.

Cita panjang tak guna. Jom tengok gambar. Haa part ni best, masing-masing fotogedik, maklumlah ada kamera mahal kan, memang full la memory kamera hang Fifi, nasib lah kan. Ladies and gentlemans, lets treasure our memories of craziness of 5 Agama, Smk Dato' syed Ahmad Batch '95 

Oh dan sebenarnya, majlis iftar tu jadi majlis kenduri jugak. Sempena abang long kami a.k.a Zuhair, ex class leader kami, yang akan berangkat ke Jordan nak sambung belajar, ambik Arab kot ! Bangga la, at least ada jugak wakil dari kami yang berjaya dapat gi luar negara, walaupun kelas Agama batch kami la yang paling teruk sekali tahap hingaq dan keras kepalanya :3



SAHABAT OF 5 AGAMA BATCH '95






Gambar ini telah mencetuskan kotroversi, tidak kurang
provokasi, topik utama semestinya ketinggian aku. Fine :3



We are sahabat selamanya :D












three buddies of mine :*



Jejaka idaman dalam kelas kami *muntah







Kami buddies selamanya <3






Kalau ikutkan, memang banyak lagi gambar aku nak bubuh. Tapi sayangnya semua masih elok bersemadi dalam enset, malas aku nak copy masuk netbook ni. Gambar di atas ni pon copy paste ja dari facebook, mostly dari facebook si Afifi Manap la, hang kan fotograper. Apapon memang enjoy gila jumpa semua, makan tu yang tak menahan, sedap -_- Aku dah terliur ni ha tengok gambar-gambar ni. Dah la malas nak hurai. Lapar :3





Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

2 ulasan:

  1. best ble jumpe kwn lama. berkawan biar sampai ke sorga. :)

    BalasPadam

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)