Hai peeps :) Berjumpa lagi kita di hari ini. Hari ni dah hari ahad, lagi 7 hari, yeay nak balik Kedah. Tak sabarnya aku, tambah kali ni aku balik naik bas dengan kawan aku, balik sendiri dari Perak ke Kedah. First experience naik bas jauh macamni, without my family. Excited nak balik plus dengan excited nak baik bas tu bergabung meletup kata kau haha. Walaupun aku sebenarnya takut nak naik bas jauh-jauh ni, yalah kita selalu dengar kan macam-macam berita pasal bas ni, bila pikir balik seriau jugak sebenarnya. Tapi serahkan semua pada Allah, insyaAllah selamat semuanya :)
Hah, nak tau? Masa hari Jumaat hari tu ya Allah aku sabor je lah. Sehari air takdak dekat kawasan kolej aku ni. KUO, KHAR semua takdak air. Bangun tido dengan mamainya terus bukak twitter, tengok budak-budak UPSI semua kalut tweet pasal air takdak. Terus melompat aku pergi bukak paip. Ternyata benar belaka. Setitik pon tarak ! Apa lagi, gelabah tak hengat lah, dah Jumaat tu ada kelas pukul 5-7, English for ICT with Mr. Zahren. Semua budak kelas aku kelam kelibut dok pikir, takkan lah nak gi kelas tak mandi kan? Last-last dorang text lecturer cakap pasal air takda. Nasib baiklah lecturer ni berhati murni bak iklan apa tu sabun ka apa, dia cancelkan class. Apalagi, menyengih macam kerang busuk lah aku, dengan busuk tak mandi masa tu memang sesuai sangatlah korang nak cop aku kerang.
Then dok pikir pulak, macamana kami nak mandi ni? Takkan lah sehari suntuk duduk tak mandi. Walaupun aku ni takdelah rajin sangat sampai purata mandi sehari mencecah puluhan kali tu, tapi takda lah sampai boleh duduk sehari tak mandi, panas kot ! So, aku keluar nak tanya member aku rumah sebelah, tengok semua dah heret timba. Menyibuk sekejap aku kat situ. Rupanya semua dok tarik pili bomba. Cis bernas jugak otak bebudak ni rupanya. Aku pon balik menyeru housemate aku Shidah, kutip timba gi tadah sama. Tapi boleh la untuk mandi sekali dua dengan ambik air sembahyang kan. Sadis betul aku rasa hari tu. Malam pulak perut meragam, hah sudah -..- Memang berserabut, bad mood aku malam tu. Yelah, kalau korang pon main dengan sakit perut menyucuk memulas ni, mau tak bad mood? Silap orang buat hal, kena kerat 16 aku rasa malam tu. Tapi malam tu dah di announce kata paip ada yang pecah so dorang kena tutup untuk baikpulih, tapi air dah pun dipam masuk dalam tangki so keesokannya air akan ada macam biasa.
Next thing is about my first public speaking assignment. Kemarin lah dibuatnya kelas oleh si Capital S tuh, punya lah kan nak ganggu masa cuti kami yang sudah sedia kontot tu nak jugak dia buat masa cuti. Jumaat dengan serabut air takda, pastu nak kena prepare untuk public speaking pulak. Memang taklah ! Aku punya dok berharap yang si Capital S ni akan cancel kelas kitorang, sebab Jumaat malam tu dekat tengah malam pon air takdak lagi. Tapi harapan tinggal harapan, harapan ku layu tersembam. Jangan haraplah si Capital S tu nak cancelkan kelas dia, panjangkan duration lagi ada lah rasanya -..-
So dengan keadaan perut yang meragam, gagah jugak aku prepare untuk public speaking. Informative speech, so kitorang kena cakap pasal anything yang informative, memberi maklumat. Tajuk aku? Apa lagi, aku cakap pasal crush aku lah, Incik Aiskrim :D Nak kenal dengan dia?
|
meet him, Incik Aiskrim <3 |
|
This also ;) |
Inilah yang aku cakapkan. Sabor kejap, ok Jumaat malam aku prepare untuk speech then just practice sikit-sikit je dengan information yang ada. After midnight, dah iron tudung bagai untuk pakai esok, aku pon tarik selimut nak tidolah kononnya. Then online kat phone, bukak FB, tengok pakcik Edi dah tagkan aku link untuk MaharajaLawakMega. So layanlah dulu, sambil-sambil dok bergaduh ngan orang tua tu, tip tap tip tap ding dong ding dong dah sampai pukul 2, then tak sedar aku tetido kan.
Masa aku tido tu, aku tak tak taulah, aku rasa aku ni takdelah jenis tido nak berkungfu bagai kan, aku rasa aku tido statik je, tapi heran betol aku macamana tangan aku or mana-mana bahagian badan ni boleh pulak buat lawak nak mengigau ke ape ke, aku bukak mata tengok dah cerah benderang, tengok jam, 8:50 a.m. Mak aii ! Tengok handset aku rupanya dalam mode SILENT ! Patutlah, ada bapa banyak misscall dari Muslihah and patut jugaklah tak dengar alarm, bijak sungguh -.- Gelabah aku lompat lari gi toilet, bukak paip ok nasib baik air ada, terus mandi mengalahkan kerbau serius talk kerbau pon jealous dengan cara aku mandi pagi tu, terus pakai baju tempek bedak pakai tudung terus lari keluar. Gila kau, kelas pukul 9, bangun pukul 8:50? Mana tak heart attack aku, tambah pulak kena kelas dengan si Capital S kan, cuak nak mampos aku.
Masa aku keluar tu, lalu rumah sebelah tengok pintu buka. Aik, heran aku sebab rumah tu semua classmates aku, so aku pon cek lah. Tengok si Wafa keluar, muka relaks nak mampus. Aku tanya, Wafa kenapa tak gi kelas lagi? Then dia kata ada nak buat nota sikit untuk speech. Then aku tanya, eh kelas kita pukul 9 kan? Then dia kata yes pukul 9. Mak aih relaksnya minah ni. Then dia suruh aku pergi dulu. Aku pon ok lah jalan 3 kali ganda laju berbanding biasa, kalau sebelum ni aku selalu kena cop kura, hari ni Usain Bolt menyerah kalah letak jawatan. Ok tu over -..-
Nasib baiklah kelas kali ni buat kat kampus baru so aku tak payah susah-susah naik bas. Yang aku ingat, kelas dekat blok 4. Pulak, sampai blok 4, aku buat muka bangang. Kat mana kelas? Bukak handset, nak call kawan, kredit habes zero licin kosong dan seangkatannya. Kau ni time ni lah kan kau nak takde kan -..-Tengok wifi, takde connection. Hah punah aku, memusing serata blok cari kelas. Ingat Muslihah ada bagitau kelas kat mana, bila nak bukak cek baru ingat yang dia post kat FB, so memang tak boleh bukak lah kan. Memusing dah macam orang gila aku, auntie cleaner tu tengok pelik je, aku rasa tak lambat penyapu yang dia dok sapu sampah tu melekat kat kepala aku haha.
Then nasiblah nampak Wafa dengan Yana baru datang. Lega gila aku, perasaan tu macam kau tersesat kat planet Matoki tanpa memakai tong oksigen, then kau terjumpa oksigen. Hah macam tu lah perasaan dia, then pergilah kami bertiga masuk ke kelas, tengok semua orang dah ada dalam tu. Nasib baik lah si Capital S tu tak marah, kitorang masuk terus duduk depan sekali buat muka comel tak bersalah. Elok dah duduk, terus dia mulakan presentation speech tu, by namelist. Maknanya nama aku second last so sempatlah nak refresh balik apa yang aku baca.
|
muka lega aku bila dah masuk kelas then Capital S tak marah |
Pastu Muslihah pulak mintak maaf tak berenti kat aku, sebab aku ada pesan suruh tunggu aku, then kalau aku tak keluar tolong ketuk pintu sebab yelah aku sorang je dalam rumah ni yang dalam Group A, lain semua Group B mana ada kelas, so dorang tido tahap kau bukak mulut letak bom meletup pon dorang takkan bangun. Then aku kata takpe, aku tak dengar alarm je, then phone pulak silent sebab tu tak dengar, lagipon si Capital S tak marah so no big deal lah kan.
Then presentation start, sampailah turn aku. Aku cakap pasal aiskrim kan, masa nak cakap memang nervous tak ingat, tapi disebabkan aku bercakap pasal benda yang aku suka, so aku jadi excited nak share dengan orang information pasal aiskrim ni. So berspeechlah aku pasal aiskrim dengan semangatnya, ada stuck jugak bila kadang aku lost, tak tau nak guna word apa kan. But overall aku suka, sebab kawan-kawan aku semua bagi respond, bila aku tanya ke ape ke, memang buatkan nervous aku hilanglah dorang ni. Paling best bila cerita pasal creepy ice-cream flavours. Semua macam, eh eh, eww, eww muka kegelian dengar pasal aiskrim perisa dakwat sotong, perisa sotong, belut and most creepiest is perisa lidah kerbau. Muka dorang masa tu semua macam betul nak tau, and itu buatkan aku lagi santai dan excited untuk bercerita kat dorang.
Bad starting, but good ending. Alhamdulillah I've done my first speech quite okay, walaupun hari tu sangat serabut bagi aku. Sebenarnya aku ada rakam, ingat nak bubuh dalam post ni tapi takpelah abaikan sebab cari USB aku yang hilang entah ke mana so just abaikan. Panjang pulak post kali ni kan, excited benor nak bercerita haha, so I should stop now, remember in whatever you're doing, do it your best :) May you get what you deserve, and of course the best for you, cheers up !
Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,