27 Feb 2014

Unknown Title




Hi ladies and gentlemen, bertemu lagi kita di hari yang serba indah ini. Di sini saya ingin, ok malas nak skema. Hai guys :) Lama jugak tak update blog ni. Okay alasan cliche, aku sangat busy. Supposed to be free on these last two weeks of semester, tapi lecturer buat meroyan bagi assignment selungguk hambik kau. Panas hati tak terkata. Aku sabaukan jelah, dengan cerewet serba serbi. Takleh ingat bila assignment satu kelas kena reject and re-do. Sakit hati. Macam sakit jantung plus gastrik. Aku pon tak tau macamana ianya berkaitan tetapi dalam kes kecerewetan lecturer kali ni ia sangat logik walaupun tak munasabah. Sekian.

Okay aku malas nak flashback dan mengimbas segala memori berkaitan dengan assignment so lets move to the next topic. Kalau ada yang terbaca or membaca previous post aku yang pasal ketidakpuasan hati aku dengan roommate aku tu, haaa ni ada sambungan dia. Pada suatu malam yang tragis, di mana malam aku bertungkus lumus meng re-do aku punya grammar assignment. Tengah aku menyetresskan diri tu, tetiba dia bukak mulut.

Cheek Mien, aku baca blog hang 

And I was like. WHAT ?! Muka aku kalau tengok masa tu cita indon zoom in zoom out part suspen tu pon kalah dengan aku punya reaksi masa tu. Naseb masa tu muka aku hadap tingkap, bukan hadap dia. Dan aku just, "Oh". Dan aku teruskan kerja, buat dono tak heran. Padahal dalam hati gila nak tergelak. Serious aku tak sangka yang dia akan baca blog aku, dan aku tengah cerita pasal dia. Tragis kan?







At first memang la aku cuak, takut dia terasa ke ape ke kan, but dia pon ok ngan aku so ok aku just buat tak tau yang aku pernah tulis pasal ni dalam blog ni. And I was expecting that she'll change! Because she read my blog, she read all I've written about her. Tapi harapanku layu. Harapan tinggal harapan semata. Takdak apa yang berubah. Dan saat ni aku terpikir, kau ni takde perasaan ye?

hati batu ke cena?


Then aku decide, pergi jumpa pihak pengurusan, mintak nak tukar bilik. Berderu hah soalan dia tanya aku.  Aku pon dengan gigihnya cerita la apa kebenda bla bla bla bla bla. Lastly dia suruh buat surat, tunjuk alasan kukuh sebab apa nak tukar bilik. Dia kata, buat surat, cerita la pa benda semua, sampai sesak nafas tu cerita. Haha laka laka pulak dah abang pejabat ni. So lepas ni kena buat surat pulak dah, haih tapi takpala, why not kan kalau try? Demi diri sendiri.
Nevermindlah, we'll see how it goes. And sebab tu jugak kalau perasan link blog dah berubah, sebab ramai dah tahu blog ni dan rasa macam dah tak best pulak nak meluah rasa. jasmineversusketam. Vogue kan?

Apa lagi ye, sekali update blog berbakul bakul nak cerita, maklumla update tu sedekad sekali. Oh ya, tak lama lagi dah nak final, then cuti sem ! Perancangan yang tak tercapai capai is nak ambik lesen kereta. Harap tercapailah kali ni. Ayah pon dah buat aku janji nak ajar aku bawak kereta balik ni, so  yahooo finally takyah nak rasa jeles lagi dengan kawan-kawan lain yang dah mendrift kesana sini aku baru terhegeh nak ambik lesen.

And, cinta hati :) Allah, aku sebut pasal cinta hati ni mula la nak tersengih sebusuk kerang di pasar. Bahagia. Itu je yang aku mampu kata. Walaupun aku tau, baru hampir sebulan semua ni terjadi, aku tau awal lagi nak buat kesimpulan summary conclusion bagai tapi on present, aku sangat bahagia. Terima kasih pencuri hati. Dia pelengkap hari-hari aku. Terima kasih






Bila dapat orang yang betul hargai dan sayangkan kita, malah nama kita menjadi lafaz dalam setiap doa, itu sebenarnya yang aku harapkan. Dia, yang pikir jauh ke masa depan, dan aku, ada dalam impian masa depan dia. Hati mana tak tersentuh? Sungguh, hati aku dah tertaut. Semua ni tak pernah dijangka kan? Tak pernah terpikir yang someone yang kita tak pernah terpikir akan kenal, sekarang menjadi sebahagian dari kebahagiaan hidup kita. 








Ya, masa depan, jodoh ajal dan maut kita tak tau. Tapi aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita. And kalau jodoh itu milik kita, aku tau aku akan bahagia :) Enough for tonight, see you soon :)




Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

15 Feb 2014

Decision for Goodness




Back again, here I am, di hujung minggu yang sangat menenangkan bagi aku. Cuti tiga hari sebab Mr Zahren cancel kelas hari Jumaat, so memang rasa heaven sangat dapat relaks minggu ni even ada lagi tiga assignments yang tak siap hohoho :D

Well, hujung minggu yang santai. without doing anything, just spend time relaks relaks relaks dan relaks. Tak lupa, makan makan makan makan. Haih, punah lah segala, makin tembun aku sekarang, but let it be, aku nak enjoy sekejap hujung minggu yang sangat menenangkan aku kali ni. 








Semalam, keluar pergi LoveEats dengan ex-classmates aku. Untuk meraikan si Hasana. Hurmm, tetiba sedih, tak sangka pulak Hasana nak keluar dari UPSI. Aku baru tau and I was like, why why and why. Aku rapat dengan dia dari sem lepas dalam kelas. Ingat lagi dulu, masa aku tengah patah hati gara-gara terjatuh hati dengan bestfriend aku si sepet dan boroi tu, dia selalu ada untuk dengar apa yang aku nak cerita. Sebab masa tu pon dia tengah alami benda yang sama, so we understand each other. Rapat. Rapat kami dulu, sekarang pon sebab lain group je yang renggang sikit. Pastu aku jarang nampak dia, keluar semalam baru tau yang dia sebulan tak datang kelas sebab kena chicken pox. No wonder la tak nampak dia sangat.



Left from front : Hasana & Zahid (disyaki scandal) and Afiq
Right from front : Masmira, aku, Dalilah, Dayzreen


Tapi tak sangkanya lah dia dah nak keluar dari UPSI. At first I thought she's leaving hostel only. Ingatkan nak keluar duduk rumah sewa. And bila kawan-kawan lain bagitau, tersenyap jugak aku. Sebab aku tak tau hujung pangkal cerita dia. Sedih tu konfemlah ada. Sebab Hasana and the gang, dan bebudak yang ada dalam gambar di atas, Dela, Dayzreen, Masmira, they are the ones who always care about my problems. Selalu tanya aku punya masalah, concern pasal masalah aku dalam bilik, and dorang faham keadaan aku.

So, sebab Hasana dah nak keluar, rasanya in this week or next week, terus dorang cadangkan aku pindah keluar dari bilik and pindah masuk ke bilik Hasana. Sanggup pulak dorang nak tolong handle dengan pihak pengurusan. Kalau ikutkan, itu yang aku nak. Bagus jugak cadangan tu. So, I;m considering about it. Kalau aku jadi pindah, then aku akan serumah dengan Ayna, Lucy, Dalilah, Dayzreen and Fatim. Aku cakap kat Ayna pasal tu, and she welcomes me, no need to consider anymore. Allah, terharu sebenarnya dengan dorang yang prihatin sangat dengan masalah aku.

Aku dah ambik keputusan nak pindah keluar. And ada certain things that I need to settle down. First thing first, macamana aku nak explain kat roommate aku pasal ni. Nak jadi jujur terlampau? Memang taklah. Takkan aku nak direct cakap : 


" Aku pindah sebab kau. Aku tak tahan dengan kau. Cukupla aku tersiksa mental selama aku tinggal sebilik dengan kau ni. So talk to my hand and goodbye, sayonara ! "






Mak aih gila kau ! Aku ni walaupun aku ni seorang yang lantang, tapi pikir ratus kali jugak nak cakap macam tu. Kawan kot. Itu yang payah. Sebab, she's one of my friend. Dari sem lepas aku agak rapat dengan dia. Aku taknak la sebab kan benda macam ni nanti aku bergaduh berperang ala samurai pulak dengan dia. Taknak la aku putuskan hubungan kawan kami, walaupun aku dah tak tahan sangat dah. Mental aku terdera sangat-sangat. Takkan nak jadi macam awal-awal dulu. Sekarang aku dah reti nak control, awal-awal dulu punya tak tahan siap nak tumbuk dinding bagai aku ni sebab geram terlampau, takkan nak jadi macamtu. Sekarang aku pikir, aku nak buat keputusan yang terbaik untuk diri aku, but at the same time, aku taknak kau sakit hati, terasa or sentap, walaupun aku dah tak lambat lagi nak meletop dah aku punya kesabaran.

So the best decision, I'm moving out. Babe, sorry kalau tindakan yang aku buat ni mungkin akan buat kau terasa. Tapi aku dah tak boleh pikir jalan lain dah. Lebih baik kau terasa sekarang dengan aku, daripada nanti aku dah tak boleh nak sabar dengan kau, meletup aku punya gunung berapi yang dah lama aku belajar control ni, pastu tercetus pulak perang dunia, pastu kita tak bertegur sapa, pastu kita putus pulak silaturrahim, aku taknak sampai macam tu. Marah, yes aku marah. Aku geram actually. Tapi aku waras lagi, terpikir dosa pahala nak putuskan silaturrahim sesama kawan ni. So, yeah, I'm moving out. Aku tak tau macamana nak face to face discuss benda ni dengan kau. Aku tak tau macamana nak tegur kau. Aku takut nanti, aku tegur, kau terasa. Tapi gara-gara tak tegur kau, aku merana.






So we'll see soon. Kalau aku jadi pindah, maybe aku akan mintak someone sampaikan teguran untuk kau. Come on, it is for your own good. Kawan-kawan sekelas, ramai yang dah tak sanggup nak hadap kau. Ramai yang dah sampai tahap, terpaksa. Aku taknak semua macam ni. So, please. CHANGE !






Aku tak boleh nak ubah kau. Kau yang kena ubah diri sendiri. Kami nak tegur takut, pikir perasaan kau. Tapi masalah, kau tak pernah pikir pasal orang lain. Attitude kau towards others. Appearance kau. Yes, kita tak perlu ambik pusing apa yang orang nak judge kita, but at least kau try to be someone yang has positive things in you. Ni masalah, mula dari diri kau sendiri. Kau yang buat diri kau nampak negative depan orang. So, just, please, please, please and please lah, ubah !

Aku tak benci kau, jauh sekali nak musuh dengan kau. Sebab aku pikir, kau kawan aku. Selalu kalau ada ada problem, kau ada jugak untuk aku. Aku tak nafikan semua tu. It's just, perangai kau, attitude, manners, diri kau. Aku dah tak boleh nak tahan lagi. So, I'm just sorry








Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

12 Feb 2014

Rasa




Rasa. What's the meaning of 'rasa'. Bila sebut pasal rasa, macam-macam kita boleh relate kan. Sedih, gembira, gila, eh gila tak termasuk tapi kadang ada jugak aku rasa yang aku dah gila. Ok abaikan. Ok rasa, rasa yang berkecamuk. Rasa yang bertanda. Rasa yang membelenggu. Rasa macam sedap je kalau dapat KFC ke Pizza Hut time time camni, time tengah berserabut dengan segala hal kan, nak nak di penghujung hujung sem macam ni memang sangatlah stress dengan pelbagai benda.

Nak cerita pasal rasa hati sendiri, kadang kadang aku sendiri tak paham, konpius dengan apa yang sebenarnya aku rasa. Lama lama aku tak rasa apa apa. Ok malaslah cerita pasal rasa, macam payah je nak hurai dalam ni. Actually, aku pakai letak je tajuk sebab aku tak tau nak letak tajuk apa untuk post kali ni hahahaha so letak je lah habis cerita.

Ok nak cerita apa ya. Oh, teringat yang aku baru selesai shooting. Actually tak habes lagi, ada satu lagi scene which tinggal babak aku dengan Mak Labu yang akan menjelma dalam mimpi kununnya. Lepas tu habislah penggambaran yang berlangsung secara beberapa hari, kalah profesional kata kau. Letih tahap gaban, tambah watak aku yang asyik nak kena bermuram durja cis penat nak buat muka sedih padahal dah sakit perut tahan gelak.

Throwback hari Ahad lepas, kitorang shoot untuk scene tepi tasik and scene proposal and marriage. Scene tasik tak boleh belah, memang terbahak tengok Ain berlakon. Memang terror lah kau Ain, aksi kena tolak masuk tasik. Habis main air tasik yang dah macam teh ais tu. Si Rosmariah pulak memang dah profesional dah dia punya watak jahat tu. Mak Kundur moden, muncung je mulut panggil Mak Labu last last ditolaknya budak tu masuk tasik haha.

Yang paling tak menahan scene proposal dan jugak scene aku bersandinglah. Scene ni aku dengan si Jaimol, budak kelas etnik aku, budak sem 1 yang kami ambik as extra. Dia tu memang sangat terkenal lah katakan dengan perangai yang overconfident dalam bab nak present ke ape ke. Dia punya lakonan fuh, kalah aku yang dah start berlakon sehari sebelum. Sampai malu aku nak berlakon dengan dia, sebab dia tu sangat menjiwai watak, and I got no feeling into the character -_-

Sehari tu memang penat gila, and now tinggal lagi satu scene yang nak kena shoot and tinggal nak edit je lah kitorang punya movie tu. Rasa relaks sikit lepas dah shoot almost all scenes. Memang minggu ni, hectic gila aku rasa. Semalam memang menggelabab nak combine, edit assignment untuk Hubungan Etnik, both yang group dan jugak individu. Fedup pulak dengan wifi jaring yang buat hal, and I felt very down last night. Sampai sampai, hurmm termenangis depan cengkerik comel, punya rasa down, maaf saya tak sengaja.

Nak luah, tak tau nak luah. Sebab memang dari dulu kalau benda-benda macam ni aku tak reti sangat nak bercerita. Setakat nak menjerit "Aku stress, aku stress banyak kerja" sorang-sorang or depan kengkawan tu aku tau la hahaha tapi nak bebetul cerita meluah dengan penuh feeling tu, harap maaf aku tak reti.

Sebab tu kadang lagi suka nak stress sorang-sorang, biarlah orang tak tau apa yang aku rasa, apa yang aku pendam. Kawan-kawan boleh tengok aku gelak macam orang gila, tapi depa bukannya tau apa yang aku rasa sebenarnya. Sebab tu kot aku rasa punca, skemanya, sebab aku ada aku punya silent mode. Once that silent mode on, means aku ada la tengah stress over something yang aku tak boleh nak luah. Bila dah silent mode on tu, tak payah la rasa nak beramah mesra bertegur sapa sebab aku takkan jawab walau sepatah. Hah, harap maaf sekali lagi, tapi tu je cara aku nak kawal stress yang penuh dalam otak, and kadang-kadang rasa marah yang buat aku nak meletup, so baik tak payah tegur kalau taknak bom meletup depan muka.

So, sekarang ni baru aku rasa bersyukur sangat sangat sebab aku wujudkan blog ni suatu masa dahulu, walaupun sekarang tak berasa selamat sangat nak meluah sebab dah ada pembaca tu. HAHA :) Well, hurmm, entahlah. Terpikirkan semalam, yang termenangis pulak depan skype memang memalukan. Mesti cengkerik pelik tengok aku, buang tebiat kot tetiba menangis. Nak nak pulak cengkerik tanya kenapa dengan aku, rasa macam, ada lagi orang yang peduli dengan aku rupanya, selain mak ayah aku, rupanya ada lagi yang sudi nak bertanya tentang aku, ok that's one of the reason semalam.



This kind of simple question, actually do touch my heart
because at least, I know that there's someone cares
about me, thanks :)



Jujur, aku happy, happy dengan kehadiran cengkerik. Walaupun banyak bunyi, banyak songeh, tapi semua tu yang menceriakan hari hari aku. Sehari aku stress, tengok je muka, rasa ringan sikit. Of course, Allah merupakan tempat mengadu. Allah ada dengan aku saban waktu, setiap masa. Waktu orang lain tak mampu nak mendengar masalah aku, Allah tempat aku bergantung. Now, I've one more reason to smile, to laugh. Kadang walaupun ada jugak terasa, sebab selalu sangat kena buli, but I'm actually happy with that. Happy bila ada orang yang luangkan masa membuli aku setiap hari, orang yang aku cari bila aku buka mata, dan jadi last person yang aku cakap sebelum tidur. My parents are my happiness, my friends are my laugh, and cengkerik is my smiles, and he's the one now is in this little heart of mine.

Kadang kadang bergaduh, cari pasal je memanjang. Kadang rasa nak merajuk tapi haha, buat apa. Takut sebenarnya, takut kalau cengkerik termenyampah pulak kalau asyik merajuk. Tapi kadang tu silent mode on jugak, so sepatah sepatah je dijawab, haha tapi tak lama la, sebab tak menahan aku dengan songeh cengkerik ni, nak marah tak jadi.







So ya, for that cengkerik, sorry banyak banyak kalau kadang terlepas perangai yang mengada ke, yang mintak kaki ke ape ke yang rasa nak baling bom ke, kawe mintok maap lah ye. Kadang saje je nak cari pasal, haha. Tapi kalau termelampau tu, maaf banyak-banyak, because I'm trying my very best, to be the one which is good for you, as you're good enough for me :)

Nothing else to say, except that I'm glad that I know you cengkerik. Yes, we've just started all this, but I'm giving my very best on you. Our future isn't certain, but I want to try my best on the present, so that I'll gave no regret later on. I've accepted you, willingly, all your flaws, willingly. Hurmm, sebenarnya, kadang rasa sedih bila selalu kena panggil budak kecik, walaupun tau semua tu just gurauan and you got no other intention, but, yeah sedih sebab I'm not as what you call. Kecik. No I'm not 'kecik'. And, if you're really expecting me to be the kecik person, I'm sorry that I disappointed you, because I'm not a person who can be called as "Kecik", no I'm not. Kalau melihat fizikal, yeah there's nothing to be look at. I got nothing interesting on my appearance. I'm not as pretty as other girl, as thin or slim as other beautiful girls out there. I got nothing, but I'm very grateful for all I had and have, because I'm happy with myself, nothing else matter so, sorry for this flaw of mine :')










Kadang mungkin terlihat jiwang, yeah but it's not about being jiwang or whatsoever, it's just, I like you, and I love to express that, I love being honest with my feelings on you. That's all. So, yeah, nothing to explain haha, I think that's all for tonight, will be updating again soon ! Assalamualaikum and have a great dream :)











Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

9 Feb 2014

Tiring but Awesome



Hye peeps ! Lewat-lewat malam macamni nak post, rajin pulak kan nak bukak laptop semenjak dua menjak ni haha, kalau tak kalau bukan sebab nak buat assignment jangan haraplah si Jasmin ni nak bukak laptop a.k.a netbook ni sesaja, tak rajin teman. Tapi memandangkan semenjak dua menjak ni banyak benda yang nak kena settle sepanjang minggu ni so kena rajin dan gagahkan diri jugak nak hadap line internet yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat menyakitkan hatiku yang sudah sedia sakit ini.

Tapi ok introduction ke laut. Bercanggah takdak kena mengena dengan tajuk. Actually nak cerita pasal hari ni. Pengalaman the whole day buat assignment dengan group. Assignment untuk ICT, which is final project untuk movie maker, dan kitorang kena buat one short movie yang duration minimum 15 minutes and maximum 30 minutes. Fuh mencabar kesabaran betul, ingat buat assignment grammar last sem, yang kena buat video dalam tak sampai 10 minutes pon dah macam apa dia punya fedup, apatah lagi panjang macam ni kan memang kena tahan la hati tu.

So kitorang decide pilih cerita Bawang Merah Bawang Putih, tapi ditukar kepada versi English so jadinya Red Onion and Garlic. Nak jadi cerita, aku dijadikan mangsa, menjadi heroin yang malang. Cis cis cis. Kira memang banyak jugak la aku punya part. Payah betul bagi aku nak bawak watak sedih, sadis dan pedih macam ni. Watak lembik, kena buli bagai, haih bukan jenis aku la macam tu hahaha tapi terpaksalah berkorban jugak demi menyiapkan assignment ni.

Memang penatlah shooting hari ni. 3 scenes tapi memang memenatkan gila. Sebab banyak kali kena shoot semula sebab tak jadi. Kadang tergelak kadang lupa skrip kadang blur kadang macam macam lah halangan rintangan cobaan dugaan dan godaan yang melanda sepanjang kami shoot tadi. Ni baru 3 scenes, ada lagi 3 scenes. Setakat ni yang dah lepas, scenes aku kena basuh baju. Memang basah la kan kena duduk dalam bilik air tu. Kena jerkah bagai hahahah. Then scene goreng ikan bagai, haha habes berminyak tangan kena pegang ikan. Kena tujah tolak bagai haha.

Muka aku takdak feeling gila masa berlakon, sebab payah sangat nak bawak watak sedih tu. Nak kena teresak esak menangis eh eh eh ingat sonang? Torgolak golak den ha masa berlakon tu. Kena tarik telinga lagi la sadis hahahah meraung raung padahal aku gelak. Tu yang special bila aku punya ketawa dengan menangis tak da beza, so bila aku ketawa orang ingat aku menangis dan bila aku menangis orang ingat aku ketawa, untung kan?

So conclusion hari ni memang penat gila sebab banyak kali kena record, so esok tengok macamana pulak scene dengan putera raja. See you later !






Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

7 Feb 2014

Untitled Post with Smiles



Day by day, I've passed so many things in my life. My life as a student, my life as a friend, my life as a daughter, my life as a girl, my life as a slave, my life as a human. Yes, too many things, too many stress I've been through. Sometimes, I found it difficult to handle. Sometimes, I cried by myself. Sometimes, I'm on silent for no reason, thinking what's gonna happen to my life in the next day.

Okay, but somehow, I have gone through it, one by one. No matter how hard things come out, I tried to manage it with smiles on my face. Slowly, many things have become better day by day. Everything that comes out difficult at the beginning, slowly turning easier as I go through them. Why feeling weird? Allah has planned it for you, which everything He planned is the best for you. When He planned something for you, it is to make yourself become better, as a human being. He created those test, of course He has the answers. He brought you to certain paths, of course He has ways for you to overcome it. So, why should worry?




Through all the tests He gave me, Allah has gave me something. Something to make me smile. Something to make me happy. Something to make me laugh. Something to make my day even better. Something to make my life just almost perfect. Family, mom, dad, friends and the latest one I got, you.

Your existence, all of you, colour my life. Mom and dad, who will always be there with me, through my down and up, everything I do I know I will always have your support and du'a. I know both of you've given me everything I need. You gave me the best as you can give, and bring the happiness that is perfect for me. As always, you guys are the best for me. I can't describe by words, how meaningful you are for me. All I'm doing now, is for your happiness later on. I'll try my best, to get the best and to give the best to both of you, mom and dad. I just wanna make you proud of having me as your daughter.

My friends. You are part of my happiness. Knowing all of you, is really great moment for me. With all of you, I've gone through many things, with all of you beside me. Don't walk after me, I may not lead. Don't walk in front me, I may not follow. Just walk beside me, and be by my side and we can walk together through all the days that we'll be facing later on. I want to create moments with all of you, create laughter and keep them as the best memories of my life. Thanks, friends, no, buddies, for being there for me.

Lastly, you. Now, you've been a part of my happiness. I've never thought that someone who was a stranger, friend, has now become part of my heart. To be honest, I'm really grateful that I met you. I'm grateful that I know you. Thanks, for being part of my heart, thanks for stealing this little heart I have. Thanks. Now I'm smiling, and I glad that you're one of the reason. I'm feeling special when I'm with you. Your smile, your laugh, your, your, your everything, have become the reason why I'm smiling and the reason why sometimes my heart stops beating. I've started including you in my du'a, hoping the best. If we're really meant to be together, one day, it'll happen.

I just don't know what title should I give to this post. It's just, things that make me smile. And all of those, are the biggest reason why I can smile and laugh like this. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, thank you Allah for their existence in my life.








Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

3 Feb 2014

Rasa yang Bertanda







Tersenyum. Itu yang aku tahu sekarang. Heart Stealer, you caused me a really bad disease. Am I losing my mind now? I have no idea, why I can't stop myself from smiling whenever you're around. What a great impact you left by your words. You, caught my heart. You, make me smile. You, make me laugh. You, make me feel like, I'm very lucky. You said that I'm your Heart Stealer. I stole your heart. Let me tell you. You are my Heart Stealer. 





Rasa yang bertanda. Ya, rasa ini mula bertanda dalam hati. Rasa ini yang buat aku tersenyum sepanjang hari. Rasa ini, buat aku ternanti-nanti. Bukan nak bermadah, tapi bila rasa ini wujud dalam hati, tangan menaip laju, mengikut luahan hati. I've started, liking you. Even worse, I've started, loving you. You ask me why, you ask me when. All I can say, I don't know. When and why. I don't have that answers. all I know, I just did.






Now, here it comes. I've started, liking and loving you. After all, I've started, missing you. Thinking of you. Missing your laugh and your texts. Yes, we're apart, and it's just started. Maybe it's much too soon to tell, but I'm missing you, badly. I said I have nothing. You can find someone, more kind, prettier, taller, skinnier and much better than me. You said you don't want someone better than me, because I'm good enough for you. And you said you have nothing. Now listen, for me, you have everything good for me, because you're perfect the way you are. Do you know, you melt me. Really. I, am melting. 






I don't hope too much, for us. Because, we'll never know our future and what's gonna happen one day. But at present, I'll just try, and give my very best for us to stay. And if one day, He says that ' Us ' is not meant to be, then stay still, as one of my best memories. Thank you, for this non-stop smiles you drew on my face, my Heart Stealer :)







Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,