Home About Facebook Twitter Ask.fm Kawan.r

27 Feb 2014

Unknown Title




Hi ladies and gentlemen, bertemu lagi kita di hari yang serba indah ini. Di sini saya ingin, ok malas nak skema. Hai guys :) Lama jugak tak update blog ni. Okay alasan cliche, aku sangat busy. Supposed to be free on these last two weeks of semester, tapi lecturer buat meroyan bagi assignment selungguk hambik kau. Panas hati tak terkata. Aku sabaukan jelah, dengan cerewet serba serbi. Takleh ingat bila assignment satu kelas kena reject and re-do. Sakit hati. Macam sakit jantung plus gastrik. Aku pon tak tau macamana ianya berkaitan tetapi dalam kes kecerewetan lecturer kali ni ia sangat logik walaupun tak munasabah. Sekian.

Okay aku malas nak flashback dan mengimbas segala memori berkaitan dengan assignment so lets move to the next topic. Kalau ada yang terbaca or membaca previous post aku yang pasal ketidakpuasan hati aku dengan roommate aku tu, haaa ni ada sambungan dia. Pada suatu malam yang tragis, di mana malam aku bertungkus lumus meng re-do aku punya grammar assignment. Tengah aku menyetresskan diri tu, tetiba dia bukak mulut.

Cheek Mien, aku baca blog hang 

And I was like. WHAT ?! Muka aku kalau tengok masa tu cita indon zoom in zoom out part suspen tu pon kalah dengan aku punya reaksi masa tu. Naseb masa tu muka aku hadap tingkap, bukan hadap dia. Dan aku just, "Oh". Dan aku teruskan kerja, buat dono tak heran. Padahal dalam hati gila nak tergelak. Serious aku tak sangka yang dia akan baca blog aku, dan aku tengah cerita pasal dia. Tragis kan?







At first memang la aku cuak, takut dia terasa ke ape ke kan, but dia pon ok ngan aku so ok aku just buat tak tau yang aku pernah tulis pasal ni dalam blog ni. And I was expecting that she'll change! Because she read my blog, she read all I've written about her. Tapi harapanku layu. Harapan tinggal harapan semata. Takdak apa yang berubah. Dan saat ni aku terpikir, kau ni takde perasaan ye?

hati batu ke cena?


Then aku decide, pergi jumpa pihak pengurusan, mintak nak tukar bilik. Berderu hah soalan dia tanya aku.  Aku pon dengan gigihnya cerita la apa kebenda bla bla bla bla bla. Lastly dia suruh buat surat, tunjuk alasan kukuh sebab apa nak tukar bilik. Dia kata, buat surat, cerita la pa benda semua, sampai sesak nafas tu cerita. Haha laka laka pulak dah abang pejabat ni. So lepas ni kena buat surat pulak dah, haih tapi takpala, why not kan kalau try? Demi diri sendiri.
Nevermindlah, we'll see how it goes. And sebab tu jugak kalau perasan link blog dah berubah, sebab ramai dah tahu blog ni dan rasa macam dah tak best pulak nak meluah rasa. jasmineversusketam. Vogue kan?

Apa lagi ye, sekali update blog berbakul bakul nak cerita, maklumla update tu sedekad sekali. Oh ya, tak lama lagi dah nak final, then cuti sem ! Perancangan yang tak tercapai capai is nak ambik lesen kereta. Harap tercapailah kali ni. Ayah pon dah buat aku janji nak ajar aku bawak kereta balik ni, so  yahooo finally takyah nak rasa jeles lagi dengan kawan-kawan lain yang dah mendrift kesana sini aku baru terhegeh nak ambik lesen.

And, cinta hati :) Allah, aku sebut pasal cinta hati ni mula la nak tersengih sebusuk kerang di pasar. Bahagia. Itu je yang aku mampu kata. Walaupun aku tau, baru hampir sebulan semua ni terjadi, aku tau awal lagi nak buat kesimpulan summary conclusion bagai tapi on present, aku sangat bahagia. Terima kasih pencuri hati. Dia pelengkap hari-hari aku. Terima kasih






Bila dapat orang yang betul hargai dan sayangkan kita, malah nama kita menjadi lafaz dalam setiap doa, itu sebenarnya yang aku harapkan. Dia, yang pikir jauh ke masa depan, dan aku, ada dalam impian masa depan dia. Hati mana tak tersentuh? Sungguh, hati aku dah tertaut. Semua ni tak pernah dijangka kan? Tak pernah terpikir yang someone yang kita tak pernah terpikir akan kenal, sekarang menjadi sebahagian dari kebahagiaan hidup kita. 








Ya, masa depan, jodoh ajal dan maut kita tak tau. Tapi aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita. And kalau jodoh itu milik kita, aku tau aku akan bahagia :) Enough for tonight, see you soon :)




Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)