Tiring but Awesome
Hye peeps ! Lewat-lewat malam macamni nak post, rajin pulak kan nak bukak laptop semenjak dua menjak ni haha, kalau tak kalau bukan sebab nak buat assignment jangan haraplah si Jasmin ni nak bukak laptop a.k.a netbook ni sesaja, tak rajin teman. Tapi memandangkan semenjak dua menjak ni banyak benda yang nak kena settle sepanjang minggu ni so kena rajin dan gagahkan diri jugak nak hadap line internet yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat menyakitkan hatiku yang sudah sedia sakit ini.
Tapi ok introduction ke laut. Bercanggah takdak kena mengena dengan tajuk. Actually nak cerita pasal hari ni. Pengalaman the whole day buat assignment dengan group. Assignment untuk ICT, which is final project untuk movie maker, dan kitorang kena buat one short movie yang duration minimum 15 minutes and maximum 30 minutes. Fuh mencabar kesabaran betul, ingat buat assignment grammar last sem, yang kena buat video dalam tak sampai 10 minutes pon dah macam apa dia punya fedup, apatah lagi panjang macam ni kan memang kena tahan la hati tu.
So kitorang decide pilih cerita Bawang Merah Bawang Putih, tapi ditukar kepada versi English so jadinya Red Onion and Garlic. Nak jadi cerita, aku dijadikan mangsa, menjadi heroin yang malang. Cis cis cis. Kira memang banyak jugak la aku punya part. Payah betul bagi aku nak bawak watak sedih, sadis dan pedih macam ni. Watak lembik, kena buli bagai, haih bukan jenis aku la macam tu hahaha tapi terpaksalah berkorban jugak demi menyiapkan assignment ni.
Memang penatlah shooting hari ni. 3 scenes tapi memang memenatkan gila. Sebab banyak kali kena shoot semula sebab tak jadi. Kadang tergelak kadang lupa skrip kadang blur kadang macam macam lah halangan rintangan cobaan dugaan dan godaan yang melanda sepanjang kami shoot tadi. Ni baru 3 scenes, ada lagi 3 scenes. Setakat ni yang dah lepas, scenes aku kena basuh baju. Memang basah la kan kena duduk dalam bilik air tu. Kena jerkah bagai hahahah. Then scene goreng ikan bagai, haha habes berminyak tangan kena pegang ikan. Kena tujah tolak bagai haha.
Muka aku takdak feeling gila masa berlakon, sebab payah sangat nak bawak watak sedih tu. Nak kena teresak esak menangis eh eh eh ingat sonang? Torgolak golak den ha masa berlakon tu. Kena tarik telinga lagi la sadis hahahah meraung raung padahal aku gelak. Tu yang special bila aku punya ketawa dengan menangis tak da beza, so bila aku ketawa orang ingat aku menangis dan bila aku menangis orang ingat aku ketawa, untung kan?
So conclusion hari ni memang penat gila sebab banyak kali kena record, so esok tengok macamana pulak scene dengan putera raja. See you later !
Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)