15 Feb 2014

Decision for Goodness




Back again, here I am, di hujung minggu yang sangat menenangkan bagi aku. Cuti tiga hari sebab Mr Zahren cancel kelas hari Jumaat, so memang rasa heaven sangat dapat relaks minggu ni even ada lagi tiga assignments yang tak siap hohoho :D

Well, hujung minggu yang santai. without doing anything, just spend time relaks relaks relaks dan relaks. Tak lupa, makan makan makan makan. Haih, punah lah segala, makin tembun aku sekarang, but let it be, aku nak enjoy sekejap hujung minggu yang sangat menenangkan aku kali ni. 








Semalam, keluar pergi LoveEats dengan ex-classmates aku. Untuk meraikan si Hasana. Hurmm, tetiba sedih, tak sangka pulak Hasana nak keluar dari UPSI. Aku baru tau and I was like, why why and why. Aku rapat dengan dia dari sem lepas dalam kelas. Ingat lagi dulu, masa aku tengah patah hati gara-gara terjatuh hati dengan bestfriend aku si sepet dan boroi tu, dia selalu ada untuk dengar apa yang aku nak cerita. Sebab masa tu pon dia tengah alami benda yang sama, so we understand each other. Rapat. Rapat kami dulu, sekarang pon sebab lain group je yang renggang sikit. Pastu aku jarang nampak dia, keluar semalam baru tau yang dia sebulan tak datang kelas sebab kena chicken pox. No wonder la tak nampak dia sangat.



Left from front : Hasana & Zahid (disyaki scandal) and Afiq
Right from front : Masmira, aku, Dalilah, Dayzreen


Tapi tak sangkanya lah dia dah nak keluar dari UPSI. At first I thought she's leaving hostel only. Ingatkan nak keluar duduk rumah sewa. And bila kawan-kawan lain bagitau, tersenyap jugak aku. Sebab aku tak tau hujung pangkal cerita dia. Sedih tu konfemlah ada. Sebab Hasana and the gang, dan bebudak yang ada dalam gambar di atas, Dela, Dayzreen, Masmira, they are the ones who always care about my problems. Selalu tanya aku punya masalah, concern pasal masalah aku dalam bilik, and dorang faham keadaan aku.

So, sebab Hasana dah nak keluar, rasanya in this week or next week, terus dorang cadangkan aku pindah keluar dari bilik and pindah masuk ke bilik Hasana. Sanggup pulak dorang nak tolong handle dengan pihak pengurusan. Kalau ikutkan, itu yang aku nak. Bagus jugak cadangan tu. So, I;m considering about it. Kalau aku jadi pindah, then aku akan serumah dengan Ayna, Lucy, Dalilah, Dayzreen and Fatim. Aku cakap kat Ayna pasal tu, and she welcomes me, no need to consider anymore. Allah, terharu sebenarnya dengan dorang yang prihatin sangat dengan masalah aku.

Aku dah ambik keputusan nak pindah keluar. And ada certain things that I need to settle down. First thing first, macamana aku nak explain kat roommate aku pasal ni. Nak jadi jujur terlampau? Memang taklah. Takkan aku nak direct cakap : 


" Aku pindah sebab kau. Aku tak tahan dengan kau. Cukupla aku tersiksa mental selama aku tinggal sebilik dengan kau ni. So talk to my hand and goodbye, sayonara ! "






Mak aih gila kau ! Aku ni walaupun aku ni seorang yang lantang, tapi pikir ratus kali jugak nak cakap macam tu. Kawan kot. Itu yang payah. Sebab, she's one of my friend. Dari sem lepas aku agak rapat dengan dia. Aku taknak la sebab kan benda macam ni nanti aku bergaduh berperang ala samurai pulak dengan dia. Taknak la aku putuskan hubungan kawan kami, walaupun aku dah tak tahan sangat dah. Mental aku terdera sangat-sangat. Takkan nak jadi macam awal-awal dulu. Sekarang aku dah reti nak control, awal-awal dulu punya tak tahan siap nak tumbuk dinding bagai aku ni sebab geram terlampau, takkan nak jadi macamtu. Sekarang aku pikir, aku nak buat keputusan yang terbaik untuk diri aku, but at the same time, aku taknak kau sakit hati, terasa or sentap, walaupun aku dah tak lambat lagi nak meletop dah aku punya kesabaran.

So the best decision, I'm moving out. Babe, sorry kalau tindakan yang aku buat ni mungkin akan buat kau terasa. Tapi aku dah tak boleh pikir jalan lain dah. Lebih baik kau terasa sekarang dengan aku, daripada nanti aku dah tak boleh nak sabar dengan kau, meletup aku punya gunung berapi yang dah lama aku belajar control ni, pastu tercetus pulak perang dunia, pastu kita tak bertegur sapa, pastu kita putus pulak silaturrahim, aku taknak sampai macam tu. Marah, yes aku marah. Aku geram actually. Tapi aku waras lagi, terpikir dosa pahala nak putuskan silaturrahim sesama kawan ni. So, yeah, I'm moving out. Aku tak tau macamana nak face to face discuss benda ni dengan kau. Aku tak tau macamana nak tegur kau. Aku takut nanti, aku tegur, kau terasa. Tapi gara-gara tak tegur kau, aku merana.






So we'll see soon. Kalau aku jadi pindah, maybe aku akan mintak someone sampaikan teguran untuk kau. Come on, it is for your own good. Kawan-kawan sekelas, ramai yang dah tak sanggup nak hadap kau. Ramai yang dah sampai tahap, terpaksa. Aku taknak semua macam ni. So, please. CHANGE !






Aku tak boleh nak ubah kau. Kau yang kena ubah diri sendiri. Kami nak tegur takut, pikir perasaan kau. Tapi masalah, kau tak pernah pikir pasal orang lain. Attitude kau towards others. Appearance kau. Yes, kita tak perlu ambik pusing apa yang orang nak judge kita, but at least kau try to be someone yang has positive things in you. Ni masalah, mula dari diri kau sendiri. Kau yang buat diri kau nampak negative depan orang. So, just, please, please, please and please lah, ubah !

Aku tak benci kau, jauh sekali nak musuh dengan kau. Sebab aku pikir, kau kawan aku. Selalu kalau ada ada problem, kau ada jugak untuk aku. Aku tak nafikan semua tu. It's just, perangai kau, attitude, manners, diri kau. Aku dah tak boleh nak tahan lagi. So, I'm just sorry








Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)