Awake Sangat
Well. 5 a.m. in the morning. Awake. Awake ke. Sangat Jasmin sangat. Padahal tak tido lagi. Makin teruk dah penyakit aku satu ni. Padahal esok kelas pukul 8 pagi tak sedar diri lagi. Haha. Takpe esok pergi tido dalam kelas ye. Tak pasal telan buku APA style tu kena baling ngan sir Lothfi. Tapi ok la telan buku mesti terus bijak bestari takyah nak payah payah hafal segala bagai untuk final ye dak. Yes bijak Jasmin bijak sangat
So sebab tak boleh tido kan aku pon saje la godek godek post lama lama dalam blog ni. Sedar tak sedar dah dekat 4 tahun dah pon wujudnya blog ni. Kahkah. Lama jugak aku ni kan jadi blogger kononnya. Tapi blogger jenis tak berjenis la, asyik nak meraban sana sini macam tak bermanfaat pon ada jugak blog aku ni. Well dah dari awal lagi niatnya nak buat blog ni tempat aku bercerita pongpangpongpang sebab aku ni bukan reti sangat nak share mende mende yang aku tak fully understand so kalau nak cari blog yang berfaedah sila faham di sini bukan tempatnya T.T
So kan bila baca balik post lama lama tetiba terasa diri seolah olah macam. Hmm. Pasepa aku ni dulu dulu. Time aku nak post semua tu agaknya kena rasuk jin kayak ka cena. Tambah bila tengok post post time broken heart sangat. Well of course lah memang blog ni tempat aku dok meluah perasaan kononnya tapi yang tak menahan bila baca ayat ayat tu aku macam. Peh. Sasterawan gila. Memang bila tengah hati berbunga bunga atau tengah broken heart aku akan automatik transfom A.Jasmin Jifri ke cena. Macam geli pon ada and terasa nak menampar diri sendiri. Tapi tu lah bestnya bila aku baca balik, mesti rasa nak tergelak dekat diri sendiri. Sedih tu memang lah sedih kan tapi aku tak paham perlu ke sampai aku keluarkan ayat ayat puitis tahap bunga bunga melingkar di tepi tasik nan indah macam tu. Hahahahaha.
Tu baru tengok part part pasal cinta. Kalau godek godek sampai ke zaman awal penubuhan lagi lah. Dengan tulisan kecik besar kecik besar. Allah macam nak terus hidup bawah katil ja rasa. Malu dengan diri sendiri. Awat hang pasepa waktu tu apa la yang ada dalam pala otak hang sampai tulih kecik besa kecik besa. Sat kala hitam sat kala pink pastu hijau dah macam dengan buku aneka kanak kanak riang.
Seriously kalau hangpa bosan, try lah godek post lama lama yang ada dalam blog. Well maybe it will be quite shameful and kadang hang akan rasa macam huh apa aku ni tak matangnya perlu ke benda macam ni pon aku nak meroyan dekat blog but trust me one day benda benda tu jugak akan buat hang gelak sendiri bila baca balik and gelakkan diri sendiri yang telah berjaya mengpost sesuatu yang over kreatif dan inovatif tu.
Sebab tu aku rasa sayang gila dengan blog ni. Dah 4 tahun macam macam cerita aku meraban dekat sini. Time aku happy time aku sedih time aku tengah berbunga bunga cinta time aku patah hati serapuh suci dalam debu. Kadang kadang ada jugak terfikir nak padam post post yang macam menceritakan pasal beda yang sepatutnya aku tulis dalam private diary, especially part part broken heart tertonggeng tunggang terbalik tu tapi bila aku pikir balik, aku create blog ni as my diary, tempat untuk aku cerita kisah kehidupan aku, well of course takdela cerita semua benda sampai detail tahap guna mikroskop tapi sekurangnya ni jadi tempat aku nak rakamkan benda benda yang pernah aku lalui. Lgipon blog ni is mine and to be frank I don't even expect any people to read sebab aku tau aku memang jenis suka meluahkan perasaan dalam bentuk penulisan compared to bercerita dengan orang and some people tak boleh nak terima cara yang macam aku kan. So it's just I have my own right and I'm free to voice out anything within my limit. I don't expect to tell everything for people to read and to judge me so kalau ikutkan aku pon taknak orang baca tapi dah nama pon blog yang tak diprivate so memang yelah orang akan baca kan. And tak rasa nak privatekan lagi sebab blog ni pon memang dari zaman sekolah and most of my friends know this blog and this is one of the way for them to know my life updates. Sort of.
So rasanya it is quite good to tell things in blog as long as you know your limit. Tak perlu lah hang nak cerita detail sampai terperinci gila sampai nak screenshot slip slip gaji ke IC ke resit beli air mineral pon hang nak bubuh tak payah la sampai tara tu. And most importantly kalau ada benda yang melibatkan orang lain tak perlulah rasanya hang nak cerita semua sampai latitude longitude si fulan bin si fulan pon hang nak letak kan. Be rasional. Tapi seriously kadang kadang ada benda yang hang tak boleh jugak nak control time menaip. Tambah tambah bila ikut perasaan. Menaip penuh syahdu bagai takpon tengah marah kan so kadang kadang hang akan tertulis mengikut emosi jugak. Sebab tu la aku gelak bila baca post post aku time broken heart kan, memang boleh apply untuk ganti A.Samad Said dah aku rasa. Emosi semua tu.
So ok pagi pagi buta aku dok meraban sorang sorang sebab tak boleh tido. Nak beransur beradu. Kbye.
Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)