Home About Facebook Twitter Ask.fm Kawan.r

14 Sep 2014

BALIK





Yeyeah. Balik dan balik. Cerita dia tengah eksaited nak balik minggu ni. Sedar tak sedar dah minggu kepatbelas dah pon study. And next week dah start study week so that's why klut bebenor nak baliknya. Walaupun si Bella puas memujuk merayudomba supaya aku tak balik. Nak study katanya tapi wahai Bella sedarkah anda dengan hakikat pasal kawan baik engko yang seorang ni. Nama je study week tapi engko tahu aku punya takkan nak study awal awal. So daripada aku stay kat sini menghadap internet selama seminggu malam esok nak exam baru aku nak gegeh buka buku so lebih baik aku balik duduk rumah sapu sampah gelak gelak dengan kucing dan jiran depan belakang rumah.

So konklusi tetap nak balik walaupun lepas tu datang semula and sit for three papers and balik untuk cuti sem ! Yes. Sebulan. Tak sabar betul aku nak keluar dari sini sekejap. Nak duduk rumah makan makan gelak gelak golek golek dengan kucing dan kembali semula dalam bentuk bola padang pasir. Balik tak risau sebab mak ayah mai ambik. Tapi nak balik minggu ni kena balik sendiri.

Dah la plan ngan Wanie asalnya nak naik bas sesama. Then tetiba Wanie kata dia balik dengan kak dia. Ajak aku ikut sekali sebab nanti aku takdak kawan tapi memang taklah. Sebab tak selesa kot nak ikut orang. Orang ikut aku takpe dialu alukan tapisi Jasmin nak ikut orang memang macam tunggu dinasour bertelur pelangi petang la. So memang serabut sebab aku dok bayang dah ayat ayah aku : dah kalau takdak kawan tak payah nak balik duduk situ diam diam. Ok fine

So nasib baik cakap kat mak and mak kata ikut lah Yana. Yang pentingnya nak sampai ke Ipoh tu sebab nak kena tukar bas apa semua. Dari Ipoh ke Alor Setar takpa mak tunggu. So suruh Yana tolong teman sementara nak naik bas ke Alor Setar. So tengok nasib lah tiket tu sebab nak try and error kalau dapat bas lambat cerita dia merendek la dekat Mydin depan tu kan.
Ok actually boring sangat tunggu konon discussion kan dengan si Jayson and Wafa. Punya buat panic last last nak suruh tolong cek report je and print. Rasa macam sekali dengan dia aku nak print. Gaya macam penting sangat.

Ok bye. Cuti 5 hari minggu ni so bosan k bosan. Assignment ada lagi tapi tak rasa nak siapkan. Buruk punya perangai. Goodbye 



Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)