Okay
Ok. Ok. Ok. Ataupun k.o. Kau sendiri yang tentukan usaha untuk kebaikan diri kau. Nak taknak, selemah mana pun kau, kau kena jugak bangun. Kau kena jugak kuat. Ya memang, kadang rasa sakit tu buat kau persoalkan, adilkah semuanya. Sedangkan kau dah cuba beri yang terbaik. Kau dah cuba untuk jadi yang terbaik. Tapi kenapa. Kenapa.
Seharusnya, tak timbul kenapa dan mengapa. Sebab kau tahu, Allah nak uji kau. Tahap mana iman kau. Tahap mana kuatnya kau. Tahap mana rasa percaya yang kau letak pada Dia. Dia yang mengatur segalanya, mengikut jalan cerita yang terbaik. Tapi, kadang kadang kau takkan mampu tipu diri sendiri. Kau takkan mampu selamanya cakap kau tak kisah, pergi mati semuanya yang melukakan kau. Tapi jauh dalam hati kau, kau tahu apa yang kau rasa sebenarnya. Kadang kau meronta nak tahu, whether everything is still alright. Is that person okay, bahagiakah. Sedihkah. Ketawakah. Menangiskah. Tapi kau tahan sebab kau tahu, kalau kau cari tahu, benda tu akan menyakitkan kau sendiri, sama ada kau lihat dia bahagia tanpa masalah, atau pun kau lihat dia tengah bersedih dengan sesuatu, tetap benda tu akan menyakitkan kau. Sampai bila kau nak siksa diri? Tak cukup lagi segala sakit? Tak cukup lagi segala tangis? Kenapa nak lemah sangat? Tolong, Jasmin. Jangan jadi bodoh.
Sebab kau degil. Otak dah cakap jangan peduli. Lantak. Pergi mati. Tapi hati. Selalu cari masalah. Nak menyakitkan diri sendiri. Nah padan muka, kan. Walaupun berapa kali kau pesan dekat diri sendiri, just forget what you feel and remember what you deserve. Sepatutnya kau dah tak peduli atau cakap pasal benda ni. Benda yang kau tahu menyakitkan kau. Tapi kau degil. Degil gila cadburry. So jangan tanya kenapa masih sakit. Jangan tanya kenapa masih perlu ada tangis. Sebab diri kau Jasmin. Diri kau sendiri.
Sepatutnya kau yakin janji Tuhan. Ya aku yakin. Setiap orang ada bahagian masing masing and this is my part. Segala rasa bahagia tangis tawa, tak selamanya kekal. Mungkin kerana semua tu buat kau lalai. Jadi Allah tarik semuanya. Allah gantikan dengan sakit dan tangis. Tapi tetap semuanya bukan nak melemahkan kau. Tapi semuanya untuk meneyedarkan dan menguatkan. Tapi kau yang belum redha dan ikhlas dengan semuanya. Sebab apa? Kau takut kau takkan dapat sejibik dengan apa yang kau pernah dapat? Sebab kau rasa semua tu dah terbaik, dah perfect. Kau tak tahu baik buruk sesuatu, cepat atau lambat, Allah tahu. Allah tahu Jasmin. Allah tahu sakit kau. Allah tahu setiap tangis kau. Allah tahu lemahnya kau. Allah tahu. Allah tahu. Biarkan kau sakit. Semua tu tak kekal Jasmin.
Selagi kau boleh tolong orang cari bahagia, kau tolong. Bahagia kau, suatu hari Allah akan beri, cepat atau lambat. Allah dah sediakan bahagian kau nanti. Jangan biar diri kau menyusahkan orang. Jangan biar diri kau jadi punca orang tak bahagia. Jangan biar diri kau jadi penghalang kesenangan dan kebahagiaan orang. Mudahkan orang Allah mudahkan kau. Bukan nak tunjuk konon kau baik. No. Tapi sebab kau kena ingat yang hidup ni bukan pasal kau sorang. Bukan cerita kau sorang. Bukan hidup kau sorang. Tapi ada orang sekeliling. Orang orang sekeliling. Yang kau kata kau sayang. Jadi, jangan pentingkan diri.
Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)