27 Sep 2014

Saturday 3.00a.m.




Aku doa.
Supaya Tuhan melapangkan dada mereka.
Melembutkan hati mereka.
Yang pernah aku sakiti.
Yang pernah aku lukai.

Moga mereka memaafkan diri ini. 
Dan moga. 
Tuhan juga lembutkan hati ini.
Untuk memaafkan mereka.
Yang pernah menyakiti.
Yang pernah melukai.
Yang pernah memburukkan.
Yang iri hati.
Yang dengki.
Moga aku juga memaafkan mereka. 
Sungguh. 
Aku lupa,
kamu juga manusia.
Dan aku harap kamu tak lupa.
Aku juga manusia





Maka dikesempatan ini dengan ini saya ini ingin memohon maaf dan memohon doa doa sempena bakal berlangsungnya Final Exam bagi pelajar pelajar Diploma Universiti Pendidikan Sultan Idris. Asal final je mintak maaf. Asal mintak maaf je raya. Selamat Hari Raya Aidiladha. Weh lambat lagi nanti kira lain. So dah nak final dah. Esok lusa tulat. Isnin start exam. Three papers fo semester 4 Dip in English students! Semoga dipermudahkan semuanya bagi kami. Dan mohon maaf lah kan, biasa la nak final ni typical mohon maaf sebab taknak nanti ada apa apa salah yang menyulitkan proses penjawaban dan permarkahan ke kan. Walaupun sepatutnya setiap masa kau perlu aware and apologize kalau kau ada buat salah tapi takpelah.

So goodluck ! Three killer papers. Academic Writing, Translation II and lastly Reading for Aesthetic Purposes. Nak komen banyak banyak pon letih je. So all the best je lah. Haa saje cari modal mengupdate. Maklumlah dah rajin sekarang sebab senang update through phone. So ok bye. Semoga Allah menjaga orang orang tersayang 



Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)